MEE BANDUNG MUAR...INSTANT PUNYA..

P1290539
Salam semua....huuu, penat leer, malam ni nak share resipi mee bandung Muar dari rempah segera jenama "ADAMI", boleh tgk contoh di sini ..1 paket rempah tu untuk 1 kg mi kuning, tapi tadi mat buat dalam 400 gram mi kuning dan mat guna 1/2 paket. Ok, ada yang tanya, sedap ke guna instant nya produk. Pada mat kan, kalau kita guna instant nya produk, jangan terikat sangat pada cara memasak yang disarankan pada bungkusan. Kalau kita biasa masa, sudah pasti kita lebih kreatif menyediakannya. Mat pun bukan lah pandai mana, setakat boleh2 saja. Macam yang ni mat pun bukan ada cukup bahan, cuma udang saja. Kalau nak sedap boleh tambah daging atau sotong. Kalau mi bandung wajib ada telur pecah yang dimasak dalam kuah. Selain yang ini, sorang blogger kenalan mat, Ayu Citarasa Rinduan pun ada mengusahakan pes mi bandung ni dan rasa dia pun sedapp...klik sini kalau anda nak tengok menu yang mat masak dulu, gunakan pes mi bandung CR....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging (tak letak, sebab habis sudahh)
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" jenama "ADAMI"
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera..

CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

Post a Comment

11 Comments

  1. Wah! Sedapnya mee bandung. Rasa teringin plak nak makan. Lagipun dah lama tak makan mee bandung ni.

    Terima kasih kerana bagi tip masak telor kat kuali lain ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat malam cik mat..
    terima kasih yer cik mat sbb promote pas bandung ayu tu.
    sangat2 hargai......

    apa pun perasa kan cik mat., pada ayu bergantung pada tangan gak...
    pandang udang yang dok tertenggek tu.. peeh........ besor2 ko... menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. alamak, kene try ini.folo blog ini.

    ReplyDelete
  4. hooooo..ade perencah mee bandung ek..PCM..leh ajor wat nasi arab tak..nasi mandi..

    ReplyDelete
  5. mengada la ko ni ji...hahahahahha~

    ReplyDelete
  6. Salam Abg Mat...


    Mak aih!~ Instant pun nampak menyelerakan... Ini tak boleh jadi ni...

    ReplyDelete
  7. suka2..sngt suka mee bandung .LM mmg buat stk ke doha perencah ADAMI ni.uik..sis ayu ada jual paste mee bandung ke CMG ?wahh nak tny sis ayu.

    ReplyDelete
  8. slmt tgh malam en.mat;

    pucuk dicita ulam mendatang lak ye en.mat gebu kita neh post resepi neh.. nmpk sgt menyelerakan ler.. baru jek cdg2 nk try ahad neh dgn pes mee bandung yg beli kt gerai Mee Bandung Muar, No. 4 Jln 8/3 PJ yg kuar kt Jln2 Cari Mkn Episod 6/2011 yg lps.. takot gak nk coba sbnrnya sbb xde instruction pon.. pes nya djual boh lam bekas tanpa tampal ape2.. tu yg konpius sket.. alang2 en.mat gebu kita neh da post sini logoooooo ati den... hehehehe... ske nengok DTS neh.. sungguh menikam kalbu tgk resepi2nye... Credit sungguh la pd DTS neh.. hehehehe!

    ReplyDelete
  9. woah....nad mmg suke giler mee bandung muar.. kat skudai susah cari...mee rebus haji wahid dekat lah...huk3

    nnt nad singgah sedenak lg yer,,,huhu

    ReplyDelete
  10. nak resipi nasi ayam penyet pulak...
    huhuhu

    ReplyDelete
  11. Paste paling kick untuk mee bandung muar brand "Mak Pon" ada dua jenis... Yang biasa & extra udang kering 😁

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.