MAGGI SUP PEDAS.....BIRTHDAY KAK CT DELIMA

P1300031
Assalammualaikum, salam pagi Jumaat. Dsah sarapan?..Pagi ni mat tak de apa2 lah nak share cuma mi sup pedas, guna apa yang ada. Mi tu mat guna mi maggi tapi perencah dia tak ambik, guna mi dia saja. Mat guna apa barang yang ada, guna stok rebusan ayam, stok tu memang mat ada simpan dalam freezer, jadi mat gunalah...Kalau tak de boleh guna kiub pati ayam. Udang tu terpulang, nak ganti sotong pun ok, daging ke semua boleh ikut selera memasing yea. Wah, pagi Jumaat ni rasa tersopan pulak, masa type pun dok elok jee, tak delah tak senonoh bagai, selalunya macam2 gaya, bersila lah, melungkup lah..tapi ni hari duduk dengan penuh berhemah, kerusi pun kalau boleh berkata2 dia heran....haha.. eh nak ucap kan selamat hari lahir pada

(Gambar Ehsan Google)

Kak Ct Delima, yang ke ???...biarlah rahsia katanya, tapi kan Kak Ct Delima ni awet muda, sungguh, kalau jalan dengan Lily, anakdara dia tu, alah hai nampak macam adik n kakak je. Kak Ct ni orang Johor...jadi kalau depa balik dan ada masa mereka akan datang rumah mat, selalunya datang dengan Sis_Linn dan Kasawari @ Abang Burung...Pada Kak Ct Delima, DTS-MAT GEBU ucapkan selamat hari lahir, moga panjang usia, dimurahkan rezeki, awet muda dan diberkati Allah swt....pantun untuk akak...

ANAK PENGHULU UMUR SEBAYA,
NAMPAK MOLEK JALAN BERSAMA,
PANJANG USIA DIKASIHI OLEH "NYA",
ITU LAH DOA BUAT PUAN CT DELIMA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi, asingkan perencahnya..
4 ekor udang, dibersihkan
1/3 cawan daging ayam
600 ml air rebusan ayam
1 camca teh cili kisar
1 biji telur
6 tangkai sweet pea
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang
3 biji cili padi, dititik
Garam secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkna daging ayam dan udang, masak hingga kecut. Tuang stok ayam (atau air + 1/2 kiub pati ayam). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan telur dan kecilkan api. Biar telur mengeras. Tambah sweet pea dan mi maggi tadi, masak hingga mi lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera selagi panas....

Post a Comment

7 Comments

  1. gulpppp...sedapnya meee segeraaaaaaa... eh, mana boleh makan mee segera selalu~ :D

    ReplyDelete
  2. Nmpk megi pun aku lapoooooo..aduhh lagi2 hujan plk ni...
    stok megi kat rumah dh habis..huhuhuhu

    arghhh lapaaaaa.....

    "hepi besday kak Ct'...tggu raya sok mat kitaorg serangggg hehehe :p

    ReplyDelete
  3. terliur... dah lama tak makan Maggi...

    ReplyDelete
  4. CMG sedapnye nampak udang tu..terbayang2 lak rasa kat lidah sup tu...

    CMG...just for sharing...yang suami saya ajar seelok2nya mee maggie tu rebus asing dlu..lepas tu buang airnya..baru guna dengan air yg kita nak makan..sebab kena buang wax dia dlu...wax tu tak elok untuk jangka masa panjang...tapi tak tau la kalau ini petua untuk pemakan maggie tegar je...ehehe..

    ReplyDelete
  5. mempelbagaikan resepi untuk kami yang idop bujang ni

    ReplyDelete
  6. As'salam Mat

    maggi memang sedap mat, tanbah2 kalau ada udang dan hirisan dagin, memang terangkat kalau makan..hihi

    Mat, terima kasih wish b'day pagi2 tadi ya. Dan harap DTS sentiasa dipenuhi dengan kemesraan dan keceriaan setiap masa dan waktu. Cantik bunga, bagi hadiah kat kak ct kannn..kita hangkut bawak balik eh.. hihihi. TQ :D

    ReplyDelete
  7. Macam terbau aroma maggi ni kt muar pulak!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.