LEMAK UDANG BELIMBING BULUH..

P1290756
Salam petang semua, petang sikit baru mat dapat bersiaran. Hari ni mat menerima kunjunagn dri blogger masak2..yang tu mat cerita dalam entri lain nanti yea. Sebab kesuntukan masa mat masak simple dan mudah saja. Ada baki udang tu hari nya, mat masak lemak dengan belimbing buluh, lepas tu ada lah lauk2 ringkas lain lagi. Sekarang ni musim belimbing di kawasan tanah rendah, jadi boleh lah kita pelbagai gunakan ia, tadi mat dengar ada satu resipi tradisi orang Pahang ni depa panggil sambal hitam, macam tu lah tak silap, guna belimbing yang di rebus selama 8 jam..wahh lamanyaa kan, nak try nanti. Tapi sekarang kita semak resipi dulu...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA:-)
10 ekor udang kaki merah @ udang kaki pengantin (saiz besar)
10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap biji
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau (optional)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udangdibersihkan, kerat muncung dan kakinya, cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik, masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor dam juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan lauk2 lain..

Post a Comment

5 Comments

  1. sobbsobb.. dah la tengah lapa ni :'(

    ReplyDelete
  2. As'salam Mat

    kecurrrrr... lagi2 nampak belimbing tu. dah telan2 air liur 3-4 kali ni..huhu

    ReplyDelete
  3. gulp3...ghupenye cenggitu ghupe belimbing buluh..baghu peghasan

    ReplyDelete
  4. sambal hitam tu kalau time bulan puasa mat, sahur dengan dia je...sedapppp...
    Adeh menu mu ni sedap merembes airmata tgk heheh

    ReplyDelete
  5. yup...sedap sgt sambal hitam tuh...cik mat kene try buat..mmgmabeles bila makan..kan kwan2 kan.. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.