GULAI HIJAU SIAM....HAPPY BIRTHDAY "SHAFIDAH"

P1290559
Salam semua, dah makan tengah hari?..Cuaca mendung kan, macam nak hujan..hmm tapi ada kala mendung akan berlalu pergi tanpa setitik hujan... Untuk kali ni nak share satu resipi fusion atau gabungan dari pelbagai sumber. Mat ada kala buntu juga nak masak, puas fikir, puas mentelaah, tapi ada tu satu pun guaa tak kenan, tatau pesal lah. Ini mat kira gabungkan ala2 siam, peranakan dan melayu...kira rojak lah, menggunakan rempah ratus, sedikit santan dan ikan tuna, kalau nak ganti ayam pun ok. Masakan ni tak pedas kerana menggunakan cili hijau dan sedikit lada sulah. Mudah dimasak walaupun nampak macam susah. Mat campur bendi dalam dia, kalau anda nak letak terung ke, kacang ke, semua ok, ikut kehendak masing2... Sebelum mat tulis resipi, dalam kesempatan ni nak ucapkan...

(Gambar Ehsan Google)

Selamat Hari Lahir pada Puan Shafidah Sharmen, siapa dia ni?. Kalau anda nak tau Fidah ni geng masak mat, kami kenal lama juga( sekitar 2006), sejak di MyResipi lagi..masa tu dia dok diam di Australia, kami kerap YM dan berbincang pasal resipi kek dan bertukar2 idea..Bukan nak kata apa, kami bertahun jadi teman blog, sedikit pun tak de apa masalah..syukur alhamdulillah, itu lah satu yang mat pandang hormat pada blogger2 masak ni, selain mereka beri sokongan antara satu sama lain, kami juga takde sifat dengki antara satu sama lain. Pada Fidah, moga panjang usia, murah rezeki dan berbahagia disamping suami dan anak tercinta... Allah selamatkan kamu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 kepingan daging ikan tuna @ tongkol, jenis putih, cuci dan toskan
10 tangkai kacang bendi jenis kontot, cuci dan toskan
1 biji tomato belah 6
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, belah
200 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili hijau
1/2 camca teh lada sulah biji
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping hirisan lengkuas
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak kelapa dalam periuk (guna minyak masak biasa pun ok), tumis serai dan bahan kisar halus hingga terbit minyak, gunakan api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan, daun limau purut, bunga kantan, asam gelugor dan kacang bendi. Biar mendidih dan masukkan santan, kecilkan api dan renihkan. Masukkan sos ikan dan sedikit gula. Kacau.
  3. Tambah tomato dan rasa jika kurang garam, tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, dan lauk2 lain....Selamat mencuba!!..

Post a Comment

8 Comments

  1. angkat tgn nih.. kenai kenai.. Fidah dulu ni kwn di alam maya tapi sekarang dah jadi kawan di alam real..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARIR UNTUK blogger Fidah..

    cik mat, nampak menyelerakan gitu..
    kalau makan nasi panas2.. peeh..

    hari nie ayu masak ikan haruan, ada telur ko......

    ReplyDelete
  3. happy besday utk blogger Fidah .. best dapat bunga dari che mat

    masakan gabungan ni mmg mengancam... ada pulak bunga kantan

    ReplyDelete
  4. huerkkkkkk....pakcik..ni dah bikin sentap ni..

    ReplyDelete
  5. fuh.. lega sungguh dpt menjenguk ke sini harini. setelah berhari hari tak menyempat. ape khabar cik mat?

    ReplyDelete
  6. gulai ni slalu mak buat kat rumah...heheh

    ReplyDelete
  7. thanks semua pada yang wish, terutama sekali pada CMG. Wa caya luuuuu. Yani..senang2 meh datang rumah. Or kalau ada lagi mana2 blogger yang duduk sekitar nibong tebal, parit buntar, bandar baru atau yang sewatu dengan nyerr....jom le kita berkenalan.. :D

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.