BEN ASHAARI

Thursday, July 28, 2011

ASAM TUMIS SULUR KELADI.....PETUA RAMADHAN..

P1300182
Salam semua, sah siap2 nak beradu ke. Sebelum tu meh sini mat nak share satu lauk2 orang kampung. Pernah makan sulur keladi?.. Hmm sekarang ni mudah nak dapat terutama di pasar tani atau pasar basah. Lauk sulur keladi ni memang menjadi kegemaran orang2 kampung kecuali mereka yang ada berpantang makan sulur keladi, macam mat pantang juga, pantang nampak. Satu masalahnya kadang2 sulur keladi ni agak menggigit atau gatal, nasib2 je baru dapat yang ok. Yang ni pun masa mat celur tadi, dah letak asam, sedikit garam dan juga jampi serapah, tapi tetap juga ada sedikit menggigit, nasib baik lepas masak asam, dia tak gatal lagi dah... (^_*)

Oh yea insya Allah minggu depan kita akan berpuasa kan, mat nak share tip Ramadhan dari Chef Norzailina Nordin yang mat kopipes dari FB beliau (dengan izin yeaa), seperti berikut..

"Supaya anda tak ketandusan idea memasak, sediakan senarai (no.1 - 29). Jika anak2 dah besar, minta mereka isikan juadah berbuka yang mereka inginkan. Jadi, setiap hari ada menu berbuka yang istimewa, sesuai selera masing2. Begitu juga untuk bersahur. Rancang sebulan awal supaya minda anda tak tertanya2 nak berbuka apa."

Terima kasih kak lina...ada lagi nanti mat share di blog DTS yeaa....Ok kita semak resipi pulak, jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna saiz sederhana atau ikan tenggiri
1 paket sulur keladi, yang telah siap disiang*
1 keping asam gelugor*
Sedikit garam*(*disatukan dan celur hingga sulut keladi sedikit lembut, toskan)
1/2 cawan jus asam jawa
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
3/4 cawan cili kisar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis sekejap. Tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau rata dan masuk sulur keladi dan bunga kantan tadi. Bila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..

6 comments:

~azillakhalison~ said...

sulur keladi?? OMG dah lame sangat x makan..carik2 kat pasar2 tani..xpenah jmpe..dah dekat 15 tahun xmakan..suke sangat kalau masak smbal

Oh Oeya said...

Wow!! :)

mizzkechique said...

wawa, kecik2 dl mesti msk ni sbb tanam pokok keladi byk kt blakang rumah... sedap!!!

Isteri Encek Bard said...

YA ALLAH CMG IEB MEMANG DAH LAMA SANGAT TERINGIN NAK MAKAN SULUR KELADI NIE... TAK TAHU LAH BILA NAK DAPAT MAKAN.... PAYAH SANGAT NAK CARIK SAYUR NIE... KALAU DAPAT MAKAN MESTI IEB MENANGIS PUNYER... SEBAB MEMANG TERINGIN SESANGAT NAK MAKAN SULUR KELADI.. DAH BERTAHUN-TAHUN TERINGIN NAK MAKAN.....

maziah said...

Sulur keladi ni susah nak cari kat area klang valley,kena g hala ke kg2 baru jmpa. Mmg sedap dimakan tp bab nak siang tu yg buat lemah badan hehehe

Panglima Muda said...

adyh cempedak tu kesukaan saya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.