BEN ASHAARI

Sunday, May 1, 2011

PUCUK PAKU GORENG BELACAN.

P1270928
Salam hujung minggu....masih golek2 atas tilam eks..yelah faham cuit kan, lepas tu esok cuti juga kan..apa kata Selasa tu sambung lagi cuti..susah2 sambung je lah sampai Jumaat..haha. Ok lah N3 pertama ni mat letak menu terbiasa, paling murah dan paling bess kalau kat kampung. Cuma ada sesetengah mereka yang sakit2 sendi, macam tak berapa ok kot makan pucuk paku sebab sayur ni jenis sejuk. Pucuk paku ni abah mat petik, yang tumbuh meliar kat tepi2 jalan menuju ke Tanjung Sedili..haha malu nak kutip?...Eh ada orang segan?..huhu, kalau segan beli jelah kat pasar. Ok jom mat tulis resipi dia pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekek pucuk paku, asingkan daun dari batangnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
1/3 cawan air
Sos ikan secukup rasa
Secubit gula
6 biji bawang merah*
1 biji cili hijau*
1 biji cili merah*
3 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan secubit gula dan sedikit sos ikan, kacau rata dan masukkan air, biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku dan gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar dan tambah kicap ikan secukup rasa. Masak dengan api besar dan gaul pantas. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidanglan segera bersama nasi panas...

9 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

abah saye pernah masak pucuk paku masak belacan kat omputih di hotel dia kerja! omputih tu suka sangat! siap nak balik ke Holland, dorang suka abah buat, & dorang tapau! hohohoho!!

kenangannnn~ padahal saye makan, tak sedap pun. sebab saye tak suka sayur.

miss univesal QnF said...

alamak sedap yer..sudah kelaparan ni..follow saya ya..
http://missuniversalqnf.blogspot.com/
thanks :)

mcm ni lah said...

kasi pedas sket baru la best suap laju2

Diarihatiku1976 said...

abg mat.. samalah lauk kita... cuma saya tak letak belacan jer....saya tambah sotong dan udang kecik-kecik jer...

akuanakpahang said...

Salam CMG, mantap pekena ngan nasi panas2 campo ikan kering terangkat :)
New Entry "Gambar : Ciuman 'maut' Lee Min Ho dan Park Min Young"

Mas said...

sedappnya pucuk paku goreng belacan..
terliur mas tengok....

umUMRA said...

pucuk paku masak lemak pon sodap..yummmy!

IDZUAN TECH 2U said...

dpt resepi terus i follow u.....

IDZUAN TECH 2U said...

dpt resepi terus i follow u.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.