BEN ASHAARI

Sunday, May 1, 2011

MEE SUP RINGKAS...HIDANGAN RINGAN

P1270936
Salam malam...sihat semua?..mat ok jee..tapi huhu, 2 hari beturut kan mat kurang sangat tidur, tadi kan...kan....kann...kan...tiba2 tekanan darah ku naik lahh...waaaa..pucat kejap muka, terus teringat Ben Ashaari jiran ku itu, ada aku akan setaraf dengan beliau...dengar cerita broframestone pun ada juga. Hmmm, pasrah jee lahh, apa2 pun lepas ni kenalah pantau banyak benda...habis lahh, macam tu nak tutup blog jee lahh. Tapi tu cerita tadi. Sekarang ni meh nak ajak tengok menu mee sup ringkas, ni mat masak khas untuk n3 malam ni, lepas tu ku lepas kan mee sup tu kepada bonda, mat hirup lah 2 sudu kuah dia sebagai syarat aku yang memasak, bukan apa, terus ni tak berapa nak lalu makan bila kenangkan tekanan darah naik...huhu...apa2 pun mat gebu insya Allah takde apa2..jangan risau yeaa...i lep u all okehh!
..Terima kasih Ady Budika dan Sis_linn...


BAHAN-BAHANNYA :-)
Mee hoon secukupnya, rebus sekejap dengan air panas hingga lembut dan toskan
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 liter stok ayam
6 kepingan lobak merah diterap bentuk bunga
1 biji telur
1 pokok daun bawang
3 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu
1/2 keping fish cake, hiris
7 ekor udang, dibersihkan
1 genggam taugeh, dibuang ekor cuci dan toskan
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya (mat guna jenama "aji-shio")
Cili padi sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum. Tuang stok ayam dan masukkan lobak merah. Bila mendidih perlahan kan api dan pecahkan telur dan masak hingga telur keras.
  2. Tambah udang, fishcake, tomato ceri dan perasakan dengan garam secukupnya. Masuk serbuk lada hitam, kacau perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Mee hoon diletak dalam bekas sesuai, curahkan kuah atasnya, hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan cili padi sebelum dihidangkan panas.

10 comments:

Ayuni said...

lamer x masuk cni, nk cr resepi spagetti...

AdyBudika said...

aku tak suke taugeh..nak gantikan dengan sosej!!!

ladyzamea said...

wah bernanah bijik mata tengok carrot flower yg santekkk tu..

letak sambal kicap lebih yer..huhu

fazrin2211 said...

ringkas tapi sedap

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

ringkas dan tertarik!
panas2 cmni elok hirup2 cmni ;)

kakchik@ella said...

cili api tu yg buat terliur tu

SiS NaD said...

SaLaM aBG MaT...

MeManG RiNGKaS TaPi NaMPaK MNYeLeRKaNa Bila TeNGoK uDaNG 3 eKoR, LoBak BeNTuK BuNGa, CiLi aPi (!!!), DaN TeLuR... YuMMy!~ (^_____^)V

Zue_ita said...

Salam..TQ..mmg tgh carik resipi mee soup mcm kt kedai ni...he...nanti nk try..wish me luck!!

Sari Yusa Ibrahim said...

ringkas2 pun kalu kena caranya menambah2 ni..

lea said...

carot bentuk bintang. comel!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.