BEN ASHAARI

Thursday, May 12, 2011

KETAM MASAK LEMAK CEKUR..

P1280211
Salam semua, dah makan tengah hari..Menu mat hari ni biasa2 je..tapi sedikit luar biasa..haha. sebab tiba2 ada ketam dalam freezer, wahhh...sedapnya walaupun akan memberi kesan ke gatalan terlampau lepas tu. Ketam ni abah mat beli semalam, dan dia kata masak lemak, huhu, masak kan saja lah. Mat campur kacang panjang sebagai bahan sampingan.mat tak berapa sangat ketam, tapi kalau masa nak sangat makan, memang aku makan, kalau masa tak nak, koo letak tok penghulu ketam pun guaa tak pandang, jeling pun tak moo. Sepatutnya n3 ni keluar tadi tapi blog ada masalah nak publish, ni dah ok.. Sebelum tu apa kata anda undi DTS kat sini....terima kasih pada yang sudi yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ketam bunga (jenis sepit kaler biru)
10 tangkai kacang panjang, dipatah2, cuci dan toskan
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rsa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 cili merah
15 biji cili padi kampung
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci isi cekur
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dikerat kaki2 kecilnya, ketuk sedikit sepit ketam supaya isinya mudah keluar bila masak nanti. Cuci bersih dan toskan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama bahan kisar dan asam gelugor, kacau rata dan jerang hingga mendidih. Tambah santan cair, kacau. Bila mendidih tuang pati santan. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan...

16 comments:

Sunah Mohammad said...

ooo...baru lagi eks, patutlah semalam tak nampak ketam...ops! hahahahaha~

AdyBudika said...

sedapnya...sekali lagi masakan kegemaran aku T.T

Kakzakie said...

Memang tadi blog ada masalah. Kakak suka ketam....
Dah undi juga....

Saya Fiqa said...

wow...sdapynye..yummy..
dah lme xmkn masak lemak ketam..

aDisH.sHidA said...

ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm sedap nyer....suka ketam tp part kulit dia yang keras tu x suka..adoooi sapa nak tolong erk...x pernah pun makan pucuk cekur walau mak pernah wat ulam hahahaa

kakchik@ella said...

buh cekur eh cik mat? tak penah cuba camtu. pasni boleh la kakchik cuba try dan test. hihi ..

Lina said...

alamak ketam...my favourite! ni yg buat nak masak ketam gak ni hehe

en mat gebu sy dah undi yer...gud luck

CT Delima said...

Assalamulaikum Mat

sooodappp tuuuu... dok meratah ketam ni pon sodap gak :DD

Aku Ibu Muda said...

masuk2 je telan air liur..gulppp

Jawab Survey, dapat duit

mas saari said...

love it..

Sis-Lin said...

jauh beribu batu ni dtg semata2 keramu mu KETAM MAGE..! ha ha ha ha ha

Norasiah Nasir said...

cekur tu apa?

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

salam eknal...dtg amik resepiii

Ija Zambry said...

terliur je ketam tu nampak isi gebu dia ngintai sikit tu gerrraammmm nyammm! err nape ayat komenku ada baur lucah sket ek!err..ampun mat hehehe

Bayu Kenangan said...

ketam kalau masak lemak memang kuahnya manis dan sedap

Myra Jay said...

Assalam cik Mat,

MJ amik resepi nie ye :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.