BEN ASHAARI

Tuesday, April 5, 2011

PISANG TANDUK GORENG.....BESARR PUNYA!!

P1270034
Assalamualaikum, salam Selasa semua..Kita berada dalam suku ke dua tahun 2011...Hmm sungguh pantas masa berjalan meninggalkan kita. Kadang2 mat rasa tak larat dah nak berblog, hari2 rasa nya mat update dengan masakan. Resipi ulang tayang tu kira dan biasa sangat kan di DTS ni...Hmm, mat harap anda semua faham, mat memang tak dann nak letak resipi2 yang vogue kerap sangat. Kita tinggal dengan mak ayah, jadi masak pun kena lah juga ikut kemahuan tekak mereka...kann. Tak pelah, terpulang pada anda, jika sudi singgah, jutaan terima kasih mat ucapkan, jika jemu singgah pun mat ucapkan terima kasih sebab anda pernah juga singgah di DTS ini, mat sebenarnya tak harap apa2 dengan blog ini, hanya tempat untuk berkongsi sedikit info..cuma mat mintak satu je, jika lah kan mat gebu tak de kat dunia ini, manfaatkan lah blog DTS ini sebaik mungkin yea....

P1270039
Pagi ni atas permintaan bigboss, mat goreng pisang tanduk, abah mat tanam sendiri kat kebun. Goreng dalam 3 biji macam tu. Pisang tanduk ni kalau kita goreng bila dia dah masak "mala", nanti ia jadi melengas sebab gula pisang tadi akan keluar, jadi mat suka goreng masa pisang tu masak tapi masih keras sedikit. Kali ni hanya guna tepung beras + telur + garam + sedikit air kapur sebagai bahan bancuhan batter. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Kalau nak kaler kuning, boleh tambah pewarna makanan atau sedikit serbuk kunyit, terpulang pada citarasa anda...hmm ok mat tulis kat bawah ni, tapi agak2 saja yea tang tepung dia tuu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pisang tanduk secukupnya (mat guna 3 biji), kupas dan hiris serong sederhana tebal
2 1/2 cawan tepung beras (agak2)
1 camca teh air kapur
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
20 biji cili padi merah thai*
2 ulas bawang putih*
2 camca besar gula*(*ditumbuk lumat)
1/2 cawan kicap lemak (mat guna jenama JALEN)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, telur, air kapur dan garam. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan mendapat bancuhan yang sederhana pekat (anda cuba celupkan sepotong pisang tanduk, jika pisang tadi tersalut elok tanpa menampakkan warna pisang...tu kira dah OK.).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Letak pisang hiris tadi dalam bancuhan tepung, salutkan elok2 dan masukkan dalam kuali, banyak mana ikut saiz kuali anda guna. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas paper towel.
  3. Hidangkan bersama cili kicap... (gaul bahan tumbuk lumat dengan kicap, sesuaikan rasa, boleh hidangkan).

23 comments:

risa said...

ish ish ish...sabor2 le wahai perut ye...

Dawa said...

sebelah utara ni goreng pisang tak nah dimakan dgn cili kicap. huhu

Oh Oeya said...

pagiii C'Mat :)
mokcik pulak sukerrr yg dh 'masak' sangat.. yg dh lembik heheh..x brape nk lawo tp masamanis dia besttt.. 3 hengget sowang pon abiss hik3

Izamir Ridzwan said...

pisang tanjuk kena dgn kuah kicap ni mmg layan la ptg2

Gee said...

sedapnya! tgk cili kicap tu yg nmpk lg mengancam

Ujang9897 said...

wahhhhh!!!!!!!!!!


ni peberet nie.

ladyzamea said...

selalu goreng pisang tanduk...pasal ader kebun pisang tanduk..hehe

Ummi said...

Weeeyy Mat, kejinya tayang pisang tandukssss tuh....ya laaa...kita xda tanduksss...ada telinga panjang jek...huhuuu....teringat kerepek pisang tanduk makYah....uiishh sedapnyaaa...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

pisang kita tak bertanduk plak..kalau goreng pisang lain boleh tak Che Mat ..heheheheh...

Nin said...

CMG, kenapa lately cara penulisan macam orang merajuk, kecil hati je? Jangan la mcm tu. Hidup kena bergumbira. Lupakan apa yang orang nak mengata. Jangan ambil hati.. Kalau asyik fikirkan apa org nak kata, boleh STRESS kita dibuatnya. Pedulikan mereka dan orang2 yg sekufu dengan mereka. Apa yang penting CMG seronok dan happy berblog cara CMG.

P.S.: Kadang2 orang dengki dengan kejayaan orang lain yang mereka tak usaha untuk dapatkan. Forget them and Life goes on. Hidup CMG!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ermmm sedap.pisang tanduk goreng wajib ada tiap mgu klu umah LM.tp mmg sambal kicap org johor tak tinggal punyer..hihi

Mat Gebu said...

@ nin - hmmm..ntah lah...kadang2 saya ada juga terima msg tak sedap kat FB...yang tak sepatutnya..malas nak fikir saya delete dan block jee...org tu...

maiza love said...

sedapnya mamam pisang lak hari ni ye..nak sikit leh hehe..

Sunah Mohammad said...

pakcik mat~ err..

rokayah said...

teringin la pulak bila dah tengok...

putERi-kAtEk said...

sangat suka sambal kicap tu....dgn nasi goreng pun sedap kalau makan sekali.....

nurhidayah said...

suke betul..mkn goreng pisang ngn sambal kicap..br ada umpppp

logorithm said...

Wah! Baik punya! Pisang tanduk nih bukannya boleh dibuat benda lain pon kan selain daripada digoreng?

nur easy said...

isk nampak lebih gebu dr biasa psg grgnya tu..;)

Isteri Yang Comel said...

i like, orang johor kalau tak cicah sambal kicap mesti tak sah.. yaaa, rindu kampung halaman

Jun said...

mat..apsal ko syahdu sgt arini..relek arr..akak dah la brape arini mengong...kang nanges plak ...hehe. ko kan slalu ckp kt akak, x p slow2...ulangtayang mende yg sedap ape salahnya..leh la kira ingatan kat org lain soh masak lagik, hehe.

RaFFLeSiA MeRaH said...

aduii, ptg2 ni tgk goreng pisang, terliur betul dibuatnya....x penah pulak goreng pisang, tepung bancuhan campur dgn telur, agaknyer lebih rangup kot....

dayang Citra said...

Mat Gebu,kalau saya suka cicah dengan sos cili.Sos cili ni di campur dengan cili padi dan bawang putih yang telah ditumbuk.Masukkan sikit cuka,air,gula dan garam.Memang sedap.Guna kicap saya tak pernah cuba.Nanti saya nak try..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.