BEN ASHAARI

Sunday, April 3, 2011

NASI GORENG TELUR ASIN BERPETAI..

P1260977
Salam pagi Ahad, syukur alhamdulillah hari ni mat dah rasa OK, semalam rasa betul2 nak demam, lepas makan ubat, hmm lega dahh. Pagi ni mat habiskan baki nasi yang ada (2 hari lepas punya okehh!!) mat simpan dalam peti sejuk.. Nasi tak boleh membazir, beras mahal sekarang ni, kalau nak membazir terus bayangkan orang yang tak dapat makan atau mangsa2 bencana alam tu..insaf kann. Mat buat nasi goreng ikut apa ada dalam peti sejuk, ada telur asin, ok letak...ada petai..ok gak letak..dan benda2 lain..Eh, lepas ni ada projek gak kat dapur, jadi sementara tu cuci mata dulu dengan sarapan pagi ni yeaa....layannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
2 papan petai, ambik isinya
2 keping chicken meat loaf atau 1 keping dada ayam, didadu
1 biji telur asin, ambik isi dan cincang, asingkan sedikit
3 tangkai kacang panjang, hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 camca besar sambal tumis*(*resipi disini)
Sos ikan secukupnya
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Sedikit telur asin yang didadu, untuk hiasan
2 - 3 keping telur dadar nipis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan juga sambal tumis hingga harum dan bawang layu. Tambah telur asin, chicken loaf (didadu)@daging ayam, kacau rata.
  2. Tambah kacang panjang dan petai, gaul rata dan masukkan telur asin, gaul, tambah nasi dan besarkan api. Kacau rata hingga rata dan masak sekejap. Tambah sos ikan secukup rasa dan gau. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak kurang lebih 2 senduk nasi goreng atas telur dadar dan bungkus. Terbalikkan dan buat keratan X atasnya, buka belahan dan hias dengan taburan cili padi baki telur asin. Hidangkan.....

13 comments:

AdyBudika said...

matttttttttttttttttttt..fav aku..nasik goreng petai...nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sunah Mohammad said...

okeh, takde typo!

sweetazezah said...

salam...ad0Yaaiii...lapaaaaqqnya pew0t kak jijah ni.bak ler sesenduk cik maatt!!tak tahan sungguh nengok petai dok terbaring iteeww.sabor2..kul sbelas jap lg p mkn ikan talapia goreng berlada..

Miss Ran said...

tk pnh makan ns gorg petai..pcm ade rase petai tak nnti? yela macm tak ptg je

Azreen Zunairah said...

sedapnya pak cik gebu buat...semua nya memang nampak sedap..dah lah x bekpes lagi nieyh..huhuhu

Mama Hanim said...

alahai pagi2 cmni CMG dh bt menu yg mables.. lapo ni, blom bekfes..nk skit..hehe..
Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

(Gambar) Kemalangan 2 Treler Di Km 445.3, PLUS Sesak 5 Jam

Izamir Ridzwan said...

pakcik mat betul2 buat IR lapar

fana farhana said...

wahhh..pandainya cik mat masak! nak belajar dgn cik mat la mcm ni :)

Oh Oeya said...

"Hei Nasik Gorenggg!!"
"Hei bubur kacanggg!!"
uikkk dak eneng heheh :D
baru nak giler2 remaja kui3 :)
Selamat pagiii C'Mat :)
Mudah2an sepenuhnya sihat ye :)

akuanakpahang said...

Salam CMG, alahai tak pernah rase lagi nasi goreng letak petai :)
New Entry "Gambar erotik Elizabeth Taylor"

half-blood boy said...

pergh tgk pom dh rase lapar..

nurAMALLINA said...

adoyaiii..lapo la pulok.

cik cek said...

Resepi menarik ni....leh cuba buat nanti...thanks cik mat sudi berkongsi2 resepi...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.