BEN ASHAARI

Sunday, April 17, 2011

KERABU DAGING ...ala...NYONYA

P1270561
Salam semua, dah makan tengah hari?..Hari ni mat masak..hmm masak biasa2. Nak makan yang masam2 dan pedas dan rangup dan berdaging...erkk berdaging...haha, pengsan..aku nak mengganas sat lagi. Hari ni kan kita buat menu ala2 peranakan tau, macam pernah crita banyak kali dulu, pranakan nya orang ni ada 2 kategori, satu pranakan penang, satu lagi Melaka. Mereka ni walaupun gaya sama, tapi ada sikit beza, terutama dari segi bahasa, dan juga gaya masakan. Kalau Melaka nya, dia banyak macam orang Melayu dan Indonesia, masakan pun ada guna cili, belacan atau terasi, buah keras atau kemiri, kunyit, santan dan sebagainya. Kalau penang mereka ada pengaruh Siam dan negara2 ke Utara. Tapi kan sini mat gebu nak bagi tau..mereka ni ada satu persamaan...mana2 bibik or wealthy nyonya's kan, depa ni berlagak beb, show off kuat, ada tu nak pakai yang terbaik siaaa, lepas tu pergi main ceki ramai2...ceki tu kira macam main judi lahh...gosip pun kuat...

P1270557
Kerabu daging yang mudah ni sedap dimakan bersama nasi hangat. Mat buat dalam 300 gram daging dan letak hirisan timun sebagai salah satu bahan tambahan. Pedas tu bergantung, kalau nak pedas boleh tambah hirisan cili padi, mat guna dalam 5 biji cili padi merah. Mat guba sedikit santan dalam 4 camca besar dan juga sos ikan. Boleh guna jus asam limau kasturi atau nipis, mat guna limau kasturi. Ok jom kita semak resipi..eh apa2 pun kasi guaa pantun dulu..ehem ehem...

NYONYA MUDA BERKEBAYA KASA,
TERSELIT BUNGA DI ATAS CEMARA,
KERABU DAGING RESIPI BIASA,
HIDANGAN SEBAGAI PEMBUKA SELERA

BAHAN-BAHANNYA:-)
300 gram daging batang
1 biji timun saiz kecil
5 biji bawang merah, hiris
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
4 camca besar pati santan
5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya

BAHAN TUMBUH HALUS :-)
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas. Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan2 diatas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
  3. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis...

22 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

nantikan kemunculannnnnnn...

KRABU BERONOKKKKKK ^^

hahaha.. saye pulak nak jadi chef... pakcik mat tak berapa gebu tahu tak, skrg, pak cik mat tak berapa gebu la penyumbang traffic saye paling tinggi -.-'

Mat Gebu said...

@ YUYU - WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.. terharuu...okehh..

mcm ni lah said...

fuiyoooo byk nye cili padi mesti terangkat nyer kerabu ni

SiS NaD said...

SaLaM aNKeL MaT GeBu...

PaSNi Wat La KeRaBu KeReNGGa... HeHe!~ (^_____^)V

Fyqa said...

waaa... nampak sedap....

fyna said...

fyna suka skodeng apa yang awak masak! ekekke..sangat sedap! fynanak tiru boleh?

MULAN said...

adoiiiii.... sedap nya kerabu ni mat...!!! nak la sikit..

✿❤Cik Izan❤✿ said...

sedapnya kerabu tuh...nasib baik aku dah mkn...kalau tergigit cili tu barulah berapi molek...hehehe...

Misz Ayu said...

wah sedappp..kena cubaa niii! =)

Misz Ayu said...

wah sedappp..kena cubaa niii! =)

tiQz said...

kerabu!!!!! sedapnyer.......!!!! wahhhh!!!!

fazrin2211 said...

blog ni memang menguatkan nafsu makan,hehehe, diet2!

Nini Mohd said...

pheww~ terliur. dah la pantang betul ngan kerabu2 nih.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

mat gebu..tenkiuuuuuuuu ;)

http://eppyphamdiary.blogspot.com/2011/04/terima-kasih-pakcik-mat-gebumenangis.html

akuanakpahang said...

Salam CMG. best nampaknya tak pernah rasa lagi :)
New Entry "Makin ramai lelaki sudah 'tak pandai mengayat'"

aDda said...

sekarang saya sedang menelan air liur.... grrrr!

Along Maklong said...

mmm.. memang telan air liurlah tengok kerabu CMG ni..
maklong terliur tengok cili api tu.. mesti berapi kan..

aima said...

cili ngan tangkai sekali....itu knp? bg lg power ke?...cili yg paling ku suka....

ShashaCatering said...

Aduhai! Kerabu daging plak....

Syoknya! Saya suka ni Cik Mat ;)

D'lla said...

wahh sedaappp
adehh mana la eden nk cr bunga kantan area cni..(cardiff)
nk wat laksa nnti..xda bunga kantan ni yg rs malas ni..
daun kesum lg la..any idea?or taruh belacan ja?

KayNisa said...

salam pakcik mat, saya dah cuba resepi ni. fuhhhh, mmg sodap.... terkenang2 di anak tekak.. leh lah tengok kt entry saya. agak2 lulus tak?

ni versi derhaka tau ;p

aku tak reti masak said...

mat, kita dah buat ini td siang..terangkat sedap, pedas tak hengat tp mmg sedap. apa2pun kita dah letak resepi (link ke cik mat DTS) kat blog kita. Kita kopi pes je cara membuatnya..t kasih mat kerana menceriakan hari sy dgn makananan yg best best hehhe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.