BEN ASHAARI

Saturday, April 2, 2011

FOOD STYLING...MAT GEBU STYLE..


Assalammulaikum semua, selamat senja...Hmm tak de n3 masak2 petang ni, mat rasa sungguh penat dan takde mood langsung nak jengah ke dapur. Oleh yang demikian dari tak berisi dengan apa2 entri, elok kiranya mat letah sedikit "tutorial" mengenai food styling, mat gebu nya style. Faham, mat bukan sorang yang profesional, atau berpendidikan mengenai benda ini semua. Tapi mat letak juga atas permintaan pengunjung blog mat. Jadi bagi mereka2 yang lebih pakar, lebih bertauliah dan lebih luas pengalaman dalam bidang2 ini, silalah kritik membina. Sebab ini hanya tunjuk cara seorang blogger amatur yang masih mentah dalam dunia blog masakan dan ini hanya panduan sahaja, selebihnya ikut kreativiti anda, mat tak suruh ikut 100%. Ok, harap anda faham apa tujuan mat gebu lalukan ini semua....bukan untuk mendapat pujian, cuma sekadar menyebarkan cara mat...Oh yea satu lagi, gambar2 dibawah ni mat tak edit langsung, terus dari camera ayam....Kita mulakan yeaa..


Sebagai permulaan, sedia kan pinggan pilihan, orang kata guna pinggan putih lebih menyerlah, memang betul dan ikut lah gaya anda. Mat guna pinggan bunga kangkung jenis lama. Isikan dengan 2 senduk nasi lemak yang telah digemburkan. Kemaskan, jangan bagi nasi tu tinggi membukit. Bergantung pada saiz pinggan anda guna, sebab mat guna pinggan mungkum, jadi luas permukaan nasi agak terhad. Jika anda guna pinggan makan leper, mungkin boleh tambah lagi 1/2 senduk nasi lemak dan kemaskan. Kemudian, letak 3 keping timun disusun seperti dalam gambar. Jika ada halia atau belahan bawang dalam nasi, boleh juga kita letak sedikit bagi menampakkan ke aslian nasi lemak tadi..


Langkah seterusnya, jika anda gunakan ayam goreng, dan bersaiz besar, sila kerat untuk mendapat saiz yang lebih comel, susun atas nasi. Sebab pinggan mat guna agak kecil, jadi kenalah lakukan susun atur sebaik mungkin. Lepas tu, letak pulak telur. Ok pasal telur ni anda boleh goreng cara mata lembu atau pun rebus, kalau rebus letak lah 1/2 biji. Jika goreng mata lembu, ada kemungkinan saiz telur akan besar...dan jika ini berlaku anda harus....hmmmm..


Melakukan sedikit pembedahan. Trim telur tadi sehingga mendapat saiz yang agak comel dan sesuai dengan keadaan susun atur kita. Susun ikut kebijaksanaan anda. Mat letak bersebelahan timun je. Kalau anda guna ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng, boleh juga ditabur samada di tepi nasi atau sebelah telur tadi. Ini semua bergantung pada saiz pinggan yang anda gunakan.

Akhir sekali sudukan sambal tumis, jika guna pinggan besar, boleh juga sambal disudukan pada tepi bahagian nasi. Sebab mat guna pinggan sederhana, terpaksa sudukan di antara timun dan telur tadi. Kemaskan dan siap lah untuk langkah mengambil gambar atau photo shooting....yang tu nanti lah mat sambung lagi..tapi dengan menu yang lain pulak....Oh yea lupa nak pesan, dalam melakukan food styling, jangan lari dari tajuk asal., jika nama resipi Nasi, mesti ada menampakkan nasi...Dulu mat pun pernah kena tegur sebab resipi mee, tapi mee tak nampak, dipenuhi dengan eksesori mewah...erkk..hehe...Ok semua, salam sayang dari DTS-MAT GEBU... Jumpa di lain waktu....

21 comments:

RynaHakimi said...

Thanks ye sudi share =)

mia.lia said...

waaa... suke cmg buat entri cmni.. ;D
tp nasi tu xnmpk..hehehe

Miss Ran said...

tp sdp je kan

Mat Gebu said...

@ mia - sebab pinggan kecil, takpe, dalam N3 "nasi lemak beras super tempatan" tu kan nampak sudah nasi nya...

Siti said...

tukang masak pun boleh jd doktor bedah....

p/s: rupa cantik, makan pun berselera.

NaTaShA NoReMiLiA said...

hai..1st time sy drop komen kt blog org..just nk share skit ilmu dlm klas food styling sy blajar kt uitm dl..ni pd pandangan sy la yg jugak x berapa terer bab2 food photography ni..
pada saya, konsep nasi lemak berjaya ditunjukkan dlm gambar2 tersebut (ada timun, telur, sambal, nasi dll), tp kalau ditambah penggunaan props mungkin lagi menampakkan kelainan (contoh: org mkn nasi lemak dgn apa).apepun close-up rupa sambal nasi lemak dlm gambar last sekali tu sy suka ;) keep up ur good work!!!

alissa aiman said...

terima kasih pakcik.....sakit tgn dh oke ke? semoga cepat sembuh....kemarin 3,4 kali sy jenguk blog ni heran knp p.cik xletak 3 entry cm biasa hihihiihi risau p.cik sakit ke apa ke.....xpe lh rehat je sy sbgai peminat akan trus sokng dri blkg =)

Zullism said...

cayalah...patutla mantop..:)

Cicak Biru said...

Ado..........
Saya kalau gi kat blog En. Mat, mesti rasa lapar. Nampaknya jap lagi buka periuk la.........

Gee® said...

Terima kasih abg mat..ilmu yg sangat2 bermanafaat...patut la masakan abg mat nmpak gojes...apapon yg kita buat kena ada ilmu dan yg lebih baik kita berkongsi ilmu kan...caya lah abg mat gebu...

ibh said...

Thank's Cik Mat..sudi share tips2 mcm tu...

suri said...

Thanks for sharimg..^_^..

Lya Colours said...

salam cik mat. kita mintak salin resepi agar- agar gula melaka kat entry http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/10/agar-agar-gula-melaka.html

memang sedap. hihi

Cik JuneD said...

p.cik mat bukan saje terer gegile masak...

edit-medit pun terer gak..

weyhhuuuu..bangga nye kalau jadi cam p.cik..

heheee (^__-)V

~CiK TiNieY~ said...

lawa2 ni la buat saya sentiasa lapar...huhuhu

ratusiput said...

betul tu che mat.kdg2 presentation yg menarik ni boleh menaikkan selera...good info...

ummi nor said...

Yeaahh...'Eyes eat first...'

Well done Mat...

mimie loma said...

tma kasih mat kerna berkongsi ilmu....kan sharing is caring......tak gitu...heheheh

fara dean said...

terima kasih cik mat kerana tak lokek ilmu..

risa said...

sangat teruja...terima kasih cik mat:)

silence breaker said...

salam mat gebu,

saya kalau laaa mat rajin sket kan, boleh x bagi resepi ayam goreng mcm kat atas tueee lamee dah tringin buat tpi xjumpe2 resipi nyer....pelisss :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.