CERITA PASAL GULA......MANISSS..

Salam semua, hmmm tak de n3 masak2 malam ni, tapi mat nak share cerita pasal gula..Anda sedia maklumkan gula merupakan bahan utama dalam masakan dan kehidupan seharian kita. Tiada gula hidup tak sahh..terlebih gula hidup merana. Dalam dunia baking, gula memainkan peranan yang amat penting. Dalam perbidalan orang2 melayu lama juga, gula diibaratkan sebagai satu daya pemikat, "mati semut kerana gula"..sungguh besar ertinya. Di Malaysia kita ada pelbagai jenis gula, dari yang biasa kita guna hingga pada yang digunakan untuk tujuan2 tertentu dalam satu2 proses makanan. Mat kongsi sedikit info pasal jenis2 gula yang mat dapat dari internet dan blog rakan2...Terima kasih pada mereka...

1 - GULA PASIR ....
  • Sejenis gula biasa yang kita guna dalam kehidupan harian, berbutiran agak kasar, putih dan ianya salah satu bahan pemanis penting dalam minuman dan juga kueh2 tradisonal. Boleh juga dikisar halus untuk digunakan dalam pembikinan kek dan biskut.
2 - GULA HALUS ....
  • Seperti gula pasir juga tapi keadaannya lebih halus sedikit dari gula pasir, yang ini pun sesuai digunapakai dalam pembikinan kek dan biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan2 lain bila diputar...
3 - GUKA KASTOR ...
  • Gula yang begitu sinonim dengan pembuat2 kek dan biskut. Paling ideal untuk membuat kek dan biskut, kerana teksture nya yang lebih kecil dari gula halus, dan bila diputar bersama mentega, ianya senang larut dan tidak menyebabkan mentega terlebih putar. Mudah didapati di pasaraya2 dan juga kedai2 menjual bahan baking..
4 - GULA AISING ....
  • Gula halus seperti tepung dan telah diberi sedikit campuran tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat biskut yang tidak memerlukan kita memutar mentega telalu lama, contohnya seperti butter cookies dan shortbread. Sesuai juga dalam penyedian sugarpaste dan juga fondant untuk kegunaan menghias kek. Juga meluas digunakan untuk membuat buttercream, paling utama ia perlu diayak sebelum digunakan. Diguna juga untuk menghias permukaan kek atau pastry dengan mengayak dipermukaannya.
5 - GULA "SNOW POWDER"...
  • Yang ini sejenis gula seakan2 gula aising tapi telah dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni mat tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa2 mudah didapati...apa2 info nanti mat share yea..
6 - GULA PERANG...
  • Gula perang meluas digunakan dalam membuat kek buah dan juga biskut cip coklat. Datang dalam 2 rupa yang berbeza terutama dari segi warna. Rasanya lebih kuat dan warnanya pulak dari perang dan perang gelap. Rasanya kurang manis sedikit dari gula halus dan juga sesuai digunapakai dalam membuat kek. Teksture nya agak kasar dan perlu dikisar sedikit. Tapi mat buat tak kisar, terus guna bersama mentega.
7 - GULA MELAKA/GULA KABUNG/GULA MERAH...
  • Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi bahan utama dalam penyediaan kueh-mueh orang2 melayu dan peranakan. Proses memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa2 hampas yang telah beku bersama2 gula...
8 - GULA TANJUNG....
  • Yang ni kat Malaysia mat tak pasti, tapi ianya seakan2 gula perang, bewarna oren dan mat perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab mat pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura...mungkin di Malaysia ianya digelar dengan nama lain...ada sesiapa tau tak?..boleh share yeaa...terima kasih.
9 - GULA BATU...
  • Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang2 lama yang menggunakan untuk memasak sirap ros dan membuat agar2 gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari gula pasir.
10 - GULA HITAM @ MOLASSES....
  • Bewarna kehitaman dan berbentuk pekatan. Terhasil dari bahan sampingan semasa memproses gula. Ia digunakan untuk memberi rasa dan warna dalam kek dan pencuci mulut...ini bergantung pada resipi yang mengesyorkan penggunaannya...
Ok..sekian dulu untuk hari ni...Selamat malam dan salam sayang dari DTS-MAT GEBU..Mohon ampon dan maaf jika ada info yang kurang tepat..dan jika anda punya info yang lebih spesifik, sila tulis di ruangan komen nanti yea.....Jumpa di lain masa, assalammualaikum....

Post a Comment

19 Comments

  1. [akcik mat, skrg ni sy kurang guna gula dlm minuman, selalu guna stevia.. sihat.. boleh elakkan kencing manis

    ReplyDelete
  2. sugar daddy atau sugar mummy x de ker?hehe

    ReplyDelete
  3. byk betol
    tau sbahagian je

    bgus2

    nice info

    ReplyDelete
  4. info berguna bg semua mat gebu..tq tq

    ReplyDelete
  5. salam mat,

    just nak share info. gula tanjung tu kalau tak silaplah kte sebut gula merah(yg sebenarnya warna oren) kalau kat Sarawak. dyg biasa guna gula tu utk buat kek2 kukus.

    ReplyDelete
  6. orang kata gula batu sesuai di minum kalau tengah batuk...

    ReplyDelete
  7. pepatah lama "mati semut kerana gula".
    dalam pemakanan seharian banyak gunakan gula.lebih2 lagi jika minum air bergas.

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Pelajar Di Bunuh Hanya Kerana RM7 ?

    ReplyDelete
  8. ehem..ehem...testing 1..2...3

    first time nak comment ni

    gula tanjung tu.kat sarawak ade abg mat.klu buat cake lapis kami pkai gula tu la....bole pangggil gula marah or gula perang ;)


    i suke blog u!!

    ReplyDelete
  9. semut mati kerana gula..manusia pon sekarang mati sebab gula kan kan kan...rupe2 nye banyak lagi jenis gule den tak tahu..adehhhh kesengalan sungguh! thansk for sharing ye cik mat!!

    ReplyDelete
  10. Saya kurang gemar kalau masak mknn yang savory letak gula. Dah ada mcm2 perasa yg menyedapkan tanpa perlu gula.

    ReplyDelete
  11. cik mat..CONFECTIONER SUGAR tu apa pulak???(isk betul ke ratu eja ni)slalu tgk kat utube buat buttercream pakai gula tu.

    ReplyDelete
  12. info yang menarik tapi kalo ada contoh gambar lagi menarik.. mcm sy br belajar ni ada beberapa gula yg tak tau bentuknya..

    ReplyDelete
  13. Mat, tutorial ko x cukup satu jenis gula lgk.....heheheh...gula-gula...ada x org wat kek ke, biskut kek....hehehhehe, tp dlm muffin ada kan letak gula-gula...hahahhaa

    ReplyDelete
  14. sekarang pun dah ada gula alternatif iaitu dari daun STEVIA.. bagus untuk pesakit kencing manis.. hehehe... dari info mengatakan boleh juga digunakan dalam masakan.. cara gunanya.. wallahualam...

    ReplyDelete
  15. terbaeeekkk...




    meh terjah http://img46.imageshack.us/img46/1474/esulinpost.gif

    ReplyDelete
  16. hye all..cbe wat test kt umah..cuba tapis secara kering mana2 produk 3 in 1..kandungan gula bleh tahan jgk..bukan setakat air gas ajer..hehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.