BEN ASHAARI

Sunday, February 6, 2011

URAP TAUGEH DENGAN KERANG.

P1250374
Selamat tengah hari semua, dah makan?...Mat baru je siap masak, alah hai masak biasa2 jee, dalam2 tu aku buat lah urap taugeh dengan kerang...Nak cerita pasal kerang ni, tu hari kan, tiba2 aku jadi tamak gila, beli kerang 4 kilo!!...tak madan dengan penduduk isi rumah 4 orang. Jadi bila dah rebus tu, isi dia bonda kupas dan simpan dalam peti sejuk. Tebiat mat gebu, selagi benda tu tak habis, aku punya lah risau, hmmm tu yang menderhaka segala benda letak kerang. Tu ada sikit lagi, plan nak masak lemak dengan pucuk ubi nanti, tu pun kalau aku rajin laa, kalau malas tak buat...Hati rasa tak bess ni, kepala pun macam ting tong....Ok lah, ting tong ke men tong ke, masak memang kena, biasalah dok berkepit dengan mak ayah lagi, anak mak koo aku ni, hahaha, nak malu apa, memang betul, bini boleh cari 3-4 orang, mak kita tu lah sorang...kannnnn...perghh sesi meluah perasaan 2011!!...pengsann >_<

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram taugeh, buang ekor (mat tak buang sebab jenis taugeh kontot)
2 genggam isi kerang yang telah direbus (yang ni ikut budget memasing yea)
3 helai pucuk kunyit, mayang halus
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang muda sikit
2 biji cili merah*
5 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
2 inci isi cekur*
1/2 inci belacan* (*ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Taugeh dicuci dan toskan hingga kering. Gaul kelapa parut tadi dengan bahan tumbuk halus, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau nak renjis sikit serbuk perasa pun ok). Masukkan kerang, gaul hingga rata.
  2. Kemudia gaul taugeh dan hirisan daun kunyit tadi. Goreng tanpa minyak dalam kuali hingga taugeh sedikit lembut tapi masih rangup. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain....





11 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat tengahari cik mat

ya ampun..urap ko....peeh..makan dgn nasi panas tak payah lauk lain..ratah pun sodap..

kerang tu..peberet ayu tau

Mas said...

CMG....urap ni kalau dapat kat mas...ratah macam tu jer....
sedapppnya...
rasa macam nak cari kerang lak..he..he..

Melur Jelita said...

Salam Cik Mat,
apa beza urap dan kerabu? Sama je kot...

Mat Gebu said...

@ MJ - mungkin sama, cuma panggilan berbeza, tapi pada saya kalau urap wajib ada kelapa..kerabu ada tu tak de..

momma said...

apa2 jenis urap memang fevret lar!! makan ngn ikan goreng garing2, dap giler!

Azita Zain said...

sedapnya urap taugeh + kerang ni...
pembuka selera ni...

Adzriel AB said...

taugeh kontot ni rangup. memang suka ratah je atau berlaukkan nasi.

Yatie said...

Salam Mat,
Rajinnya bonda Mat kopek kerang yg 4 kilo tu...kalau akak, suruh anak2 jek...akak kalau kopek, maunya cepat siap, bukannya apa, sambil kopek sambil makan...makannya yg lebih..hehehe...akak mmng antu kerangggg..wakakaka..
= sedapnya tngk urap
kerang dngn taugeh tu..mmng sedap ratah2 gitew jek...

CTE said...

memang sedap....meleleh air liur nie...

Ida Ddapur said...

Sedapnyer che Mat..tambah2 urap ada kerang, feberetku...nak tapau boleh?

Nieza said...

adehh mau pengsan kejap nengok menu cik mat tayang ni...kerang tu yg tak tahan tu kat sini jarang2 nk jumpa kerang..mai pos sekilo kat sini cik mat..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.