BEN ASHAARI

Tuesday, February 15, 2011

SOURSOP SMOOTHIES WIF NATA DE COCO.

P1250656
Selamat petang semua, hmm panas lah, dah lah tu, hati pun macam panas, dari minum teh atau kopi panas, baik kita minum air buah2an. Kali ni mat buat soursop smoothies wif nata de coco, tak kira lah dah petang baru nak letak, sebab ini yang mat buat petang ni, aku tak dann lahh nak masak yang canggih manggih, keje banyakk, pening pala. Sebenarnya soursop atau durian belanda banyak khasiatnya, terutama dalam mencegah kanser. Sedap nih, sambil update sambil minum..hadoi ishh pesal sedap sangat nihh..sejuknyaa..aduh nyamannn bahhh!!...kalau minum terlebih, silap2 malam bah besar..atas tilam...hehe, ok jom semak resipi senang..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi durian belanda @ soursop
3-4 camca besar gula (atau ikut manis)
Nata de coco secukupnya
2 - 3 cawan air
Air batu secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan isi durian belanda bersama gula dan air, kisar hingga halus. Tuang dalam bekas sesuai, letak ais dan juga nata de coco secukupnya. Sedap dihidangkan sejuk..Selamat mencuba..


13 comments:

ceritera asni said...

CIK MAT!!! HAHAHA,BAH BESAR ATAS TILAM..HOMAIGODD!BTW,OUH TETIBA NAK RASA GAK AIR DURIAN BELANDA UH.

mia.lia said...

uwaaaaaaaaaaaa...lame xmnum mnuman gini ==

Kak Rose said...

suker sangat soursop juice ni... kalau makan kat lanai, this is a must have!

Sunah Mohammad said...

salam che mat~

gulp..sedapnye~ da la ekspressi che mat dalam entry tu menggoda2 jek..huhu~

mrsshaikh said...

As Salam Mat..salam perkenalan.. akak ni silent reader kat blog u nih.. suka i baca.. kalau ada yg akan nak kongsi minta izin yer copy n paste.. by the way sudi2 ler ke bloga akak. baru jer create.. baru2 nak blajar berblog. Salam kembali

ummiirfan said...

salam cek mat.. saya ni baru kat sini.. dah laaammmaaa saya jadi silent reader je dlm blog cek mat ni.. saya pun baru dalam dunia blog ni.. banyak resepi cek mat dah saya try n ada yang menjadi fav dishes my family.. hihihi.. harap2 cek mat dapat la jadi guru saya dalam dunia berblog ni ye..ufrom mmiirfan

CikGu NOr said...

mahal tau buah ni kan..kat kg skrg my ayah rajin duk menanam pokok durian belanda sekarang..tp x boleh nak cakap la kalau durian belanda x sempat nak jadi jus...sebiji tu sekejap jer ngadapnyer

Bizz said...

saya pun baru tak nak jadi silent reader dah!! minta halal semua resepi yg dh dicuba ye.
Air durian belanda ni je mgkin tak cuba sbb tak suka makan durian belanda hehe

Citarasa Rinduan said...

cik mat.................
air sangat menyejukkan hatiku..

itu sudah tukar kah>>
ayu nak tukar gaklah...

Noraizam said...

rasa nak sambung je straw dari sini....;D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.... betul kata Noraizam tu... rasa mcm nak celup straw ke gelas mat tuh.... durian belanda salah satu buah kegemaran... dulu kat tepi rumah ada dua pokok jenis manis punya...berbuah sepanjang masa... kadang2 buat askrim malaysia.. letak isi durian belanda kat dalam.. mmg syokk... pastukan.. kat pokok tu selalu bertandang si rama2 yg sayapnya nampak mcm kepala ular (warna coklat2 sikit) bertelur then larvanya yg sebesar ibu jari tu membesar sampailah bertukar jadi rama2 semula... hehe.. nostalgia betul laa...

harleena said...

mmg faveret soursoup ni. Kempunan la saya nak minum air soursoup lepas ni. huk3..

ajasasau said...

lapa nya~~~~

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.