BEN ASHAARI

Sunday, February 13, 2011

SARAPAN SEMPOI.....dan....."ADY BUDIKA PUNYA CONTEST"

P1250578
Selamat pagi Ahad semua, ni hari N3 sarapan nak lebih kan cerita, yelah sebab mat bersarapan sup laksa (guna baki sup ayam semalam). Jadi sebab senang sangat, boleh lah kita celoteh lebih sikit. Semalam kan mat masak sup ayam, kat sini...jadi adalah berbaki sikit lagi, tadi pagi atas arahan bonda dia kata nak lah makan sup ayam tu dengan mee laksa. Mee laksa kering telah bonda redam sejak semalam lagi. Mat cuma buat sedikit penambahan saja, iaitu goreng tauhu dan juga buat bawang goreng dan tambah sedikit taugeh mentah.

P1250586
Kalau makan apa jenis mee sup, sambal kicap jangan di lupa, kalau tak kick dia kurang. Kalau nak sertakan dengan cili jeruk pun ok, tak de masalah, cumamacam tak berapa nak ngam pulak kan. Mee tu tak semestinya mee laksa, nak guna makaroni pun boleh, guna daya kreativiti masing2. Resipi mat tak tulis lah, tapi mat sertakan serba ringka apa yang mat letak....Ohh yeaa sobolom den lupo, ni ha ado lah sorang blogger buek konstest, kalau monang lah pendek kato eyy, dapek minyak wangi yang oiii..bojonamo laeyy, ori ni bukan boli kek lorong2 tu haa. Esey pun nak nyobut tak ghoti bona, bunyi eyy soakan2 "jolok"..ado koo patut jonamo eyy Jolok..hahaha..

Hahahaha, soryy2..tah atok Rombou mano lah yang kek ateh tu..Teman blogger ADY BUDIKA ada menganjurkan kontest di blognya...hadiah menarik, seperti dalam gambar, kalau dapat memang berbaloii, tarikh tutup pada 28 February 2011 jam 12 malam ..Untuk mengetahui macam mana cara2 nya, anda boleh lah klik sini.....Moga berjaya!!!...

BAHAN -BAHANNYA :-)
Sup ayam secukupnya, resipi di sini...
Mee laksa kering secukupnya, rendam 1 malam, rebus hingga lembut, toskan
Taugeh secukupnya
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Hirisa daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Isi mee laksa tadi dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya. Tabur taugeh, hirisan daun sup dan daun bawang, tauhu hiris, bawang goreng dan hidangkan bersama sambal kicap.
  2. Sedap dimakan panas, samada untuk sarapan atau minum petang...Selamat mencuba...

13 comments:

putERi-kAtEk said...

wow...pagi2 dh makan sedap2...kalau mcm ni hari2 konpem sy akan bangun awal ...hahaha

y u y u Z u l a i k h a said...

nak join la kontest dia!

Mat Gebu said...

@ PK - ehem ehem..

@ yuyu - yesss join jgn tak, sapa tau rezeki, myk wangi tu harga rm 200+ sebotol...

aDisH.sHidA said...

laksa sup x biasa makan g....huhuhu....arini shida bfst ngan ktw grg lagi....

watie said...

mana nak cari suplaksa kat penang ni ye...pasembor rojak banyak ler...teringin betui nak rasa ni...alahai cik mat...

ceritera asni said...

CIK MAT..ENTRY DUA DALAM SATU..HEHE

Aracy Flavia said...

eheee.. speaking ko mat gobu? suko lak ai esei baco. tokonang lak esei kek kampung tu ha. :) high 5 lah mat gebu!

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh! dah ejas-ejas nampak mmg best aje :)
New Entry "Teman tapi mesra"

Citarasa Rinduan said...

cik mat..
bila anak dan ibu bersatu...ayu jer lah yang sekodeng dari jauh laksa ayammu

kirim salam mak yah dan bak yer..

Adzriel AB said...

sempoi pun sangat sedap...nak tambah je..

AdyBudika said...

thanks mat...sebab iklankan contest aku..thanks a lotz..huhuhuh..minyak wangi JLO!!! bukan JOLOK!!!!

Mat Gebu said...

@ adish - waa, i love kway teow juga..hehe.

@ watie - hmm, tulah kan nampak gaya kena bikin sendiri lah..

@ ceritera - haha, tak lama 3 dalam 1 pulak..

@ aracy - waa orang rombou ko?

@ AAP - biasalah manfaat apa yang ada..hehe.

@ CR - heh insya allahh..

@ Adzriel - simple dan cepat.

@ ady - Sama2...no problem..erkk bukan Jolok eks..haha..

Aracy Flavia said...

Kampung esei kek Linggi tapi sedaro byk dok kek rombou tu. Hikhik.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.