Nama nasi goreng kunyit dan tentu lah guna kunyit hidup yang diparut, ada sedikit unsur2 perubatan, kerana kunyit boleh menyembuhkan luka dalaman, terutana kaum wanita, ianya juga kerap diguna dalam jamu dan perawatan tradisional orang nusantara. Mat guna nasi semalam dalam 4 cawan macam tu, dan juga ditambah sotong serta daging ayam dan lada hitam sebagai penghangat badan. Sedap dihidangkan panas2. Kalau tak de kunyit hidup, guna kunyti serbuk pun boleh....
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
2 biji telur, pukul sedikit dengan 1/2 camca teh lada hitam serbuk
1 keping dada ayam, hiris
1 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih dan potong
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang holland, hiris
2 biji bawang putih, hiris halus
1 inci kunyit muda, cincang halus
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan kunyit cincang hingga harum, masukkan ayam dan sotong, kacau rata. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, biar mengeras sedikit dan kacau hancur.
- Tambah serbuk lada hitam secukupnya dan juga garam secukup rasa. Masuk nasi dan gaul rata, besarkan api. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan juga sedikit serbuk lada hitam. Hidangkan segera sebagai sarapan atau minum petang..
15 comments:
Seronok laa buka blog En Mat Gebu.. dan dan tu teringin nak masak... macam senang je...perut dah kenyang pun rasa nak makan balik...
En mat gebu.. terima kasih
ish ish sedap terok , naseb baek baru lpas mkn so tada la terluir sgt tengok . hekhekhek
CIK MAT!!!! SEDAPNYA TENGOK.NAMPAK SIMPLE JER.
da lame tak mkn nsi goreng knyit ~
sme lerrr..takde mood nk bkk blog..hehee
sedap tuh..! feveret ni..buka blog che mat ni je dah buatkan shiqa jadi angau..angau dengan gambar2 yang berkaler-kaler..set pinggan tu pun cantik je..hehehe..
kalau buka je blog DTS ni,mesti nampak menu yg menyelerakan.DTS BEST SANGAT!!
saye sangat lapaarrr T_T
salam...eh..saya baru dok print resepi roti marble tu, skrg dh ada nasi goreng kunyit plak...ni yang best ni msk sini,wlpn x tinggal jejak...taniah cik mat...DTS mmg the best..
menu kat sini sentiasa menyelerakan.. tq DTS..
(Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan
abang mat ade resepi soba sup jepun tak????
nampak sedap sangat.resipi chicken chop or steak dah kongsik ke belum?kalau x lagi,share la..
suka masuk DTS nie. tengah stress terus hilang bila tengak makanan nie
sodap nya..
uhuk...kegemaran anak2ku.....hari2 menu ni pun xper
Nasik goreng is my favorite! Tak kira lah nasi goreng aper. Kalau I pergi ke mana-mana restoran buat kali pertama, I akan try nasik gorengnya. Kalau sedap, kemungkinan besar masakan-masakannya yang lain pon sedap jugak. :-)
Post a Comment