BEN ASHAARI

Friday, February 25, 2011

JEMPUT MAKAN TENGAH HARI.....

P1250924_picnik
Salam semua, dah petang punn, hehe, biasa lah kalau mood merudum ni, nak masak pun ala2 jee..nak masukkan N3 pun ala2 jeee...kannnn. Hmm, ni semua masak sikit , sekali makan sudah, malas lah tepek, kang penuh peti sejuk, kat oven lain, letak dalam microwave lain...sapa juga yang kena kemas, ni kalau buka muka aku yang gebu nihhh...huhh, benda2 dalam rumah ni kalau boleh cakap, sah2 memasing muntah darahh....hahaha..Dalam gambar atas tu ada 3 jenis masakan yang biasa2..ada sup ayam, bendi rebus dan juga Pok Choy Goreng Haybee....Ok..mat letak juga lah resipi diaa...kita mulakan dengan sup ayam...

P1250922
Sup ayam ni sama macam mat buat yang lepas2, cuma petua mat masak merebus sup, memang mat campur 1 pokok daun sup dan kurang lebih 1- 2 camca besar bawang goreng buatan sendiri. Resipi dia mat kopipes dari yang dulu je lah yea..sama jeee.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..
P1250920_picnik
Dann yang ni pulak, alah hai budak2 sekolah pun boleh masak, kira resipi sihat, main rebus jeee..lepas tu kan mat suka sebab ada rasa masam2, pedas2 dan manis2...Bendi ni kurang lebih 250 gram, yang ni mat gebu nya....nak ke resipi, tapi senang sangat..tak pe ke?...ok kita lihat resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci, toskan
1/2 biji bawang besar. hiris
3 ulas bawang putih, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
1 kiub pati ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satu kan bawang besar, bawang putih, air secukupnya, kiub ikan bilis dan asam gelugor, didih kan. Masukkan bendi tadi. Biar mendidih.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubt gula..kalau nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
P1250919_picnik
Terakhir sekali mat masak Pok Choy Goreng Haybee. Haha, pening ke bila mat sebut hay bee tuu.. ini mat semalam masa pi beli barang basah, aku tergoda tengok pak choy segar2..alah sawi yang tangkai putih tu, kalau yang pendek2 hijau tu kita panggil bok choy. Kalau yang ni memang kena hidang cepat, masa panas2 gitu, baru seedaappp...Ok mat tulis resipi dia..

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 pokok sawi pok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
3/4 camca besar haybee (udang kering), cuci dan rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, hiris halus
1 camca besar sos tiram
2-3 camca besar air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang hiris, bawang putih, udang kering dan cili merah, tumis hingga harum. Tambah sos tiram dan masukkan pelepah sawi bok choy yang telah disiang tadi. Kacau rata dan tambah air. Masak hingga lembut.
  2. Masukkan daunnya dan masak dengan api besar, kacau pantas dan tambah garam secukup rasa, gaul dan matikan api. Hidangkan panas2...

19 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaa...ni malas ke terlebih rajin nih...semua nya menyaman tekak....adeeeii makan dgn nasi panas2...ada lak sambal belacan..pergghh...xkan nmpak la mertua lalu..(eh ampun, arwah mertua...al fatihah). Mat xpa la, dia makan xda mertua akan lalu..melainkan anak2 buah dia jek rajin ngusik...hehehe

whitecappuccino said...

Begitu menyelerakan..boleh ratah aje ni..

makdara TERdiva said...

lagi sedap kalau hantar kat sini..lalalalala :)

Drunbella Khoo said...

3-3 tu best.
lapaaaaaarrrrrrrrrr.
=_='

farasakura said...

sedapnyaa....nak gak msk cenggitu........

kakchik@ella said...

dari semlm cik mat dok merudum. sedih kakchik baca.

cheer up cik mat. dont sad2 .. kakchik nak tgk cik mat yg ceria.

Jia Sensei said...

ala2 pon ttp nmpk sedap sedap...ari ni mkn lauk dema(dewan mkn) je =)

Farhana Sahri said...

adusss...lapa lak petang2 ni..hahaha...wlupun tu besa mkn time lunch n mkn mlm..hehehee

zacky ~786~ said...

pergghh ~~

cik sessy said...

kalau guna ayam kampung lagi sedap kan??
gluppppppppp...
nak p kejo ayam belakang umah la cam ni....
kekekekekekeek...

IEZA said...

Salam...Yang paling best tang sayur bendi gan sup ayam....emmm memang menyelerakan..makan mesti tak ingat dunia..he..he..

akuanakpahang said...

Salam CMG, pinggan bunga kangkung tu mmg cantik dan antik :)
New Entry "Bila nak nikah?... bukan sekaranglah..."

cikjahflowers said...

assalamualaikum CekMatt...mangkuk BK berisi bendi rebus tu cantik..lain skit rupe nya

cek chun said...

Jap jap..nk basuh tangan dulu..
Ehh dah habih ka cikmat.
Alaaaaaa...

Itu bendi banyak mengancam la. Nti nak torai la masak sekali.

mamawana said...

aiiyoooo......so nice. Delicious. Superb.

shashacatering.com said...

ketiga2 resepi tu sy suka sangat, sebab rasanya sedap & low kalori plak tu.

Cik Mat, Boleh ke kalau saya kopi pes ke blog saya?

T.kasih Cik Mat;-)

Sunah Mohammad said...

ambek ang, tiga sekali che mat post..mentang2 ceq bizi hari ni tadi..huh! :p

Cahaya Kita said...

Sedap nye.... kalau org tgh berpantang leh ke makan lauk-lauk nie?

Nur68 said...

alahai CMG, lauk2 gini sy suka makan ratah je...kalau masak gini mak sy laju je makan tambah2 plak dengan sambal belacan...aduuhhhh....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.