BEN ASHAARI

Thursday, February 3, 2011

ASAM TUMIS KELADI.....PROMOT BLOG 18

P1250337
Wahh, lauk ulang tayang lagi..haha, apa nak buat, dah itu je yangsempat aku masak hari ni, bz lah dari lepas subuh tadi sampai ke petang, kan ni hari Chinese New Year, jadi pi lah beraya dan siap2 kan apa yang patut, tu pasal kena masak awal. Ok N3 terakhir malam ni mat letak satu masakan ulang tayang yang ke tah berapa kali. Kami di kampung akan masak ikut apa yang ada, yelah takkan nak makan "grill salmon atau ciken chop" je setiap masa, betul tak (perghh..nampak berlagak gilaaa...macam lah bess sangat sebut macam tu), hehe. Ok untuk blog yang ke-18, mat promot kan sorang teman blogger masak2, orang nya lawa, menetap di luar negara.....

Muna Mahdzar - Fadaaq, nama orang nya, cun, bergaya, artistik dan serba boleh...satu yang mat salute dengan Muna ni, sentuhan dia dalam dekorasi rumah, masakan dan apa saja akan menghasilkan sesuatu yang "stand on their own" nampak asli jeee, macam tak dak tiru mana2...jeless mat gebu, dari FP dia dulu, gambar2 punya lah cantik..tapi sekarang ni mat promotkan blog dia di sini...sudi2kan lah....pasti anda tidak kecewa...

ok..resipi pulak...jommmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji keladi saiz sederhana
5 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 1 jam
1 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor (tak nak masam, letak 1 )
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Keladi dibuang kulitnya, belah dua dan potong sederhana besar, cuci dan rendam. Kemudian rebus hingga 1/2 empuk, letak sedikit garam. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan tumis sekejap. Tuang air secukupnya dan masukkan tulang ikan kurau tadi (toskan).
  3. Bila mendidih, tambah asam gelugor dan keladi, masak hingga keladi lembut, perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa, tambah daun kunyit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api, hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak sedap, guna tulang ikan kurau yang masih belum dikerat, terutama tulang bahagian tengah. Bahagian seggan setiap tulang tengah tu ada "sum-sum" ikan kurau, jadi, masa nak masak, baru kita kerat2 bahagian senggan tu dan rendam, baru lah sum-sum dia keluar masa kita masak dalam gulai dan asam rebus....

13 comments:

mia.lia said...

wahhh..sdap nehhh..lapar lak mlm2 ni =P

y u y u Z u l a i k h a said...

kalau tukar keladi dengan benda lain?? hmmm.. tak suka keladi :(

Adzriel AB said...

masa kecik dulu mak suka masak ni. kutip keladi belakang rumah je. makan dgn nasi kuahnya berlenang (bertakung) je!

Mat Gebu said...

@ mia - tu lahh...malas kan nak tgk lama2..

@ yuyu - hmm tukar dengan nenas pun sedap..nenas madu..

@ adzriel - sama lah, kat kampung sebab tanah luas, jadi nak cucuk tanam pun senang..

syafiqsulaiman said...

Keladi memang ade belakang umah..
masak nak kene btol kn mat gebu??
klo tak nanti gatal..

dlu pernah makan x cukup masak..
abes gatal tekak ni..

Mat Gebu said...

@ syafiq - betul2...kalau keladi pokok dia terendam pun boleh menyebab kan gatal...pernah kena juga, sampai naik ke muka..

Melur Jelita said...

Maaf nak bertanya mengenai keladi yang gatal ni , Cik Mat. Ada caranya ka nak hilangkan gatalnya. Salah satunya kena masak betul - betul. Selain dari itu?

putERi-kAtEk said...

pakcik mat, ada tak resipi ayam penyek???huhuhu

shashacatering.com said...

Mmm... Nampak sedap jer! Mesti cuba nih. Tak pernah pun rasa masak keladi yang macam nih. Dulu mak saya masak keladi rasanya lain sikit ;-)

Muna said...

Terimakasih banyak cikMat sebab mem-promote blog cheq. Budi baik cikMat terhadap semua blogger Msia akan selalu dikenang... keep up the good work.
xox take care.

eqbalzack said...

leadi my feveret! bulan puasa beli kat pasar ramadhan..nak buat sendiri tak reti...hehe

Iza Akma said...

Assalam cikMat,
hmm,asam tumis keladi..sedapnya..sy suka keladi masak cam ni..my feveret..tp jarang skali dpt masak sbb mr hubby&anak2 tak suka..

aDisH.sHidA said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.