ASAM IKAN TERUBUK ...ala...NYONYA MELAKA

P1250402
Petang semua, panass kan sekarang, lepas hujan sampai banjir2 di beberapa buah negeri termasuk Johor, ni tiba pulak musim panas, ni hari mat masak asam pedas ikan terubuk, asam pedas lagiiii, apa nak buat dah tu je orang suka makan. Tapi kali ni guaa masak gaya peranakan. Apa bezanya?..Pada mat tak jauh beza, cuma ada sedikit saja penambahan dalam rempah nya. Ikan terubuk ni tak sesuai untuk kanak2...dan kita sendiri nak makan pun harus berhati2, kena makan dengan cermat, kerana tulang dia, kus smangat, meyelirat, tapi isi dia sedap kan mainnnn.

P1250404
Ikan ni mat beli saiz sederhana siaa, dalam 350 gram mcm tu, jadi lah, bukan ramai sangat pun penduduk isi rumah, cuma 4 orang siaaa. Bab sayur tu terpulang, nak letak terung boleh, sawi jeruk boleh atau kacang bendi, macam mat masak tu. Kalau zaman dulu kan orang2 nyonya ni cerewet gila bab masak, giling nak halus, hiris nak halus masak ikut tertip dan cara, lepas tu kalau buat kueh nak lawa2, comey2...huh..tu pasal anak dara nyonya zaman dulu semua kerja berhalus dan pandai serba serbi...tapi anak dara melayu pun apa kurang nya..hebat jugaa..betul tak?..Seperti biasa kena pantun dulu...

MAKAN SIREH SAMA MAK DARA,
SAMBIL BERBORAK DI KALI LIMA,
CANTIK RUPA PEMBUKA SELERA,
SEIMBANG RASA PALING UTAMA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk (kurang lebih 350 gram)
10 biji kacang bendi muda (jenis kontot)
1/3 cawan jus asam jawa
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
Air secukupnya
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 keping hirisan lengkuas
2 biji buah keras
6 biji lada putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, kerat dan siang, cuci bersih, perap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi, kemudian cuci kembali dan toskan. Bendi cuci dan toskan, tak payah kerat sebab dah kontot...hehe..
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan ikan, bendi dan bunga kantan, tuang jus asam jawa. Kacau perlahan.
  3. Masak hingga bendi lembut, perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..

Post a Comment

12 Comments

  1. sedappnya..terliur mas tengok...
    suka hirupp kuah asam tu...nak sikittt...

    ReplyDelete
  2. Matttt....that my favourite asam pedas

    ReplyDelete
  3. favourite adik Hanim jugak... Nasi ngan kuah asam pedas pun dah memadai...

    ReplyDelete
  4. Ya Ampunnnnnn .. terliur nya kakchik en. mat. En. mat ni suka tau goda-goda org. mintak setepen kang baru tau!! haha ..

    ReplyDelete
  5. mat, yg keturunan nyonya sapa? bonda mat ke ayah mat?

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Mat,
    kalau belah Johor biasanya depa cicah roti dengan asam pedas ni.

    ReplyDelete
  7. Adehhh. Telioq dah ni. Dengan isi ikan yg lemak, halus, lembut.iskkkk

    ReplyDelete
  8. dapnyerrrr, mmg feveret asam pedas ni nak2 lagi ikan terubok bialah byk tulang tetap menjadi pujaan hati hehehe

    ReplyDelete
  9. abg mat gebu, riena nak reQuest la..riena nak belajar buat brownies tapi tak ada resepi yang riena boleh ikut..

    sekiranya abg mat ada boleh tak share? riena selalu ikut dan belajar kek dalam blog abg mat..TQ so much

    kemudian riena nak belajar buat kek red velvet,,tengah kumpul 1 resepi tapi tak buat lagi,kalau abg mat ada gak resepi tu blh share tak? hehehee

    ReplyDelete
  10. mat, sedap betul erk assam pedas "the best" nie. berbaloi..baloi...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.