BEN ASHAARI

Friday, January 28, 2011

SARAPAN PAGI....MANFAATKAN APA YANG ADA.

P1250241
Hai semua, wahh ber hai-hai pulak dahh si mat, maklumlah sini baru je nak nampak matahari, hujan pagi tadi, baju pun belum sempat sidai sah2 basi tu nanti. Erkk, mula dah memasing gosiip..pstt si mat tu tak keje ke, asyik ada masa memasak jee, hmm mana eks dia dapat duit?. Aku kan merompak bank, kedai2 emas, kedai2 pajak gadai, tu pasal duit aku banyak.. Hahaha, dah2..jangan sibuk2, mana aku dapat duit tu bukan persoalan, janji aku buat benda halal dan tak minjam duit mak abah korang..boleh jawapan macam tu?..Ok tutup kes. Sekarang kita berbalik pada sarapan ni hari. Mat kan kalau sarapan tak de lah kesah mana, biskut osborne yang jenis zaman jepun tu pun aku orait jee. Ni hari abah mat suruh goreng mee, dan mat pulak habiskan baki roti dalam 4 keping, aku heran lah pesal kat rumah ni kan, kalau roti tang tak habis mesti 4 keping...huhh...

P1250244
Mee ni mat goreng cukup cepat dan simple, ingat tak sambal tumis ubi rebus semalam, ada berbaki dalam 1/2 cawan, jadi mat guna jee lahh, malas aku nak kisar2 lada bagai, lagi pun kita manfaat kan apa yang ada. Taugeh takde, guna sayur kobis dan mat letak benda2 lain lagi, tapi nak oter tu agak2 laa, jangan pulak letak kacang bendi ke, terung ke dalam mee goreng, tuu dah derhaka tahap si tanggang...Nampak togel jee mee tu kan, hmmm tapi at least ada lah rasa "mee goreng sempoi"...nasib baik tak semput... :-)


P1250246
Yang ni pulak tau kan, alahh semua biasa buat punya, roti telur, mat buat juga kali ni nampak ada korek2 mayonnaise, jadi kita campur sekali dalam dalam telur tu, ala2 telur dadar akak Sheila Rusly tuu..ala yang manggil2 kat TV, suruh tengok dia goreng telur..eh sedap nkoo lembut dan lunak jee bila dimakan...i relaaaaa....wahhh tetiba2..haha. Sebelum menutup tirai N3 sarapan mat nak bagi tau lah, blog kak jee atau bekas wartawan NST Puan Fauziah Abdul Samad tu mat mula suka, tulisan dia santai dan kelako, tak formal sangat, lagi satu gaya penceritaan tu, mudah difahami...ni bukan nak promot sebab dia bekas wartawan atau penulis skrip, tapi secara ikhlas, blog beliau di sini...

MEE GORENG SEMPOI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning
1/2 cawan sambal tumis*(resipi disini)
1/4 biji kobis, hiris, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, dicincang
1 keping tauhu, didadu dan goreng
1 keping fish cake, hiris
2 ekor sotong, dibersihkan dan hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap pekat
1 cawan air
Kicap cair secukupnya, jika perlu
Hirisan timun sebaga hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee kuning dicuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan masak sekejap. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata. Masukkan sotong, fishcake dan tahu. Biar mendidih. Tolak ke tepi kuali dan masukkan kan telur, bila telur mula mengeras, kacau dan hancur kan.
  2. Masukkan kicap pekat dan air, bila mendidih, masukkan mee kuning, kacau rata2. Tambah kobis dan gaul. Masak hingga kobis lembut. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan kicap cair tadi. Kacau dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur, hirisan cili, daun bawang, timun dan limau kasturi sebagai pembuka selera...

ROTI TELUR MAYONNAISE....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti Gardenia)
1/2 camca besar mayonnaise
2 biji telur*
1/2 biji bawang besar, cincang halus*
2 tangkai daun bawang, hiris halus*
1 tangaki daun sup, hiris halus*
1/2 camca teh serbuk lada sulah berperisa "aji-shio"*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, tuang sedikit minyak. Ambil sekeping roti, celup dalam bancuhan telur tadi pada kedua2 bahagian, celup saya jangan lama2. Kemudian letak dalam non-stick pan tadi.
  2. Masak hingga satu permukaan garing, terbalikkan dan masak hingga garing pada satu permukaan lagi. Buat hingga siap, kerat sebelum dihidangkan..

12 comments:

Mas said...

suka mee goreng...suka lagi kalau masakan orang....

akuanakpahang said...

Salam CMG, pergh ini kira bajet yang besar juga dah dan lazat :)
New Entry "AKU KELEMASAN..."

faizwan said...

En Mat saya setuju ngan pendapat En Mat tu manfaat apa yang ada janganla membazir terutama bab makanan tu kalo masih boleh guna la guna kretiviti untuk hasilkan makanan yang lain pulak kan jangan buang jer..

HAMSINI said...

salam mat pagi ni akak pun masak roti telur utk bekal anak2....mudah dan cepat......resepi mudah utk para ibu yg bekerja...

Aziela said...

hahahhahahaha....kelakar laa statement tu : aku heran lah pesal kat rumah ni kan, kalau roti tang tak habis mesti 4 keping...huhh...


kenapa mesti 4 keping jer everytime..? hahahahahahha

sok pagi nak buat roti telur mayo mcm cik mat nie la...kalau bwk bekal ke w/shop makan sementara servis keter pun ok nie kan

Zaliedana said...

Salam CMG..Nak tanya,mmg nma jer ke letak mayonis,tapi lam resepi xde letak mayonis pun.?Maaf kalu sy trslap..

Mat Gebu said...

@ zaliedaa - ok dah edit, terima kasih...

Watie Rose said...

salam Cik Mat, sy selalu singgah sini dan mmg tak boleh tahan wa cakap lu...apapun nak mintak ampun dulu walaupun belum raya lagik sbb sy ada ambil beberapa resepi Cik Mat, tp sy ada backlink kan kat Cik Mat...cik mat maafkan tak :)

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Esok nak p tour...suruh Wife buat Mee follow ChefMatGebu...bolehkan

cek chun said...

pernah berselisih bahu dengan k jee masa praktikal di nst dulu. thanks yer cikmat atas info

Erin said...

perrgghh.. sedap roti telor tu. nampak klasik.

Gadis Kampung said...

bestnyer kalo mat gebu ada disisi GK..boleh ari2 masak untuk gk...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.