SAMBAL BACHANG vs SAMBAL IKAN.

P1250183
Whaaa..ngantuknyaa, rasa macam nak lelap mata jeelahh..takut pulak kang terlelap terus selama-lamanya, terus lahh DTS dok macam ni saja, hehe.. Hari ni mat masak yang simple, yang mudah dan yang tidak cerewet, tapi dalam kategori pedas juga. Gambar atas tu sambal bachang, hmm bachang tu abah mat dapat kat mana pun aku kurang pasti. Tapi secara jujurnya mat lebih suka buah kuini dari bachang. Selain bau buah kuini lebih harum, isinya juga agak halus dan kurang serat. Kalau buah bachang, isi dia seakan2 bersabut. Tapi bila dah jadi sambal belacan, hmm ON jelahhh..sedap!!!...Ok lepas tu ada satu lagi sambal...jeng jeng jeng....

P1250185
Sambal ikan, yang ni atas perintah tuan yang terutama, Encik Ibrahim Bin Rajiman Bin Rama Wikrama (serius yea nama tu bukan aku tambah2 sendiri), tau tak sapa tu..bapak guaa lah beb. Tatau pesal dia suka pulak makan sambal ikan, tapi pesan jangan pedas....hmm macam mana nak cerita, nak makan sambal tapi tak moo pedas. Dia ikut jenis lada juga kan, ada tu jenis pedas, ada pulak jenis kurang pedas, selain kita buang biji dia..Semalam tak sangka lah nama "Mat Gebu" tiba2 disebut dalam Radio HOT FM...waaaaa...kembang idung kejap, "Pinky Girl Talk" ada menulis sedikit kesah ni di blog beliau di sini.....

SAMBAL IKAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kerisi
1/2 biji bawang holland, potong berbaji
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaska minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing, tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar dan biar layu sedikit, masukkan ikan, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

SAMBAL BACHANG .....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah bachang yang masak ranum
1 genggan cili padi kampung
1 inci belacam, dibakar harum
2 ulas bawang merah, hiris
Secubit garam dan gula (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah bachang tadi dikupas, dan rendam 10 minit untuk membuang getah. Kemudian hiris (mat guna 1/2 biji saja, sebab saiz bachang tu besar).
  2. Tumbuk cili padi, belacan dan secubit garam serta gula hingga lumat. Masukkan bachang tadi bersama bawang merah, tumbuh lagi hingga hancur. Rasa dan jika ok boleh dialihkan dalam bekas sesuai dan hidangkan...

Post a Comment

14 Comments

  1. En. mat, mengancamnya sambal ikan tu. serius tergoda. resepi kita sama la en. mat.

    mesti en. mat snap .. snap pakai camera canggih, kan. hihi ..

    ReplyDelete
  2. Selamat petang cik mat aduss sedapnya sambal bacang tu..terliur rasanya..bila nak buat ni?adoong tolong!!

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sedapnya sambal bachang, lama betul tak makan..

    ReplyDelete
  4. Sambal bacang giling dengan batu pengiling,kemudian makan dengan nasi panas panas adalah makanan paling lazat bagi saya.Seperiuk nasi pun boleh habis.

    ReplyDelete
  5. patutla ramai serang blog yatie. rupenye ade terselit nama blog di situ. kehkeh. Terima kasih,

    nampak sedap sambal ikan tu. hehe.

    ReplyDelete
  6. nk sruh mk masak resipi ni lah lepas ni :P


    my blog
    blog daus

    ReplyDelete
  7. selalu baca dan tgk je blog cik mat, kali ni nak komen, gara2 sambal bachang cik mat tu...inilah yg teringin nak mkn time pregnant dulu, tp kempunan..huhu...meleleh air liur tau..

    ReplyDelete
  8. Dush! Dahlah tngahari tadi tak makan nasi... huhu..

    ReplyDelete
  9. Salam CMG, pergh .. nie kalau ada ikan kering goreng makan nasi panas jangan citer le mat :)
    New Entry "Kacau, Hantu kat Temerloh ini."

    ReplyDelete
  10. lamanya tak mkn sambal bacang..bestnyer,

    ReplyDelete
  11. radio hot tu memang ambik citer yg hot2 saja.
    maka jadilah cik mat gebu hot :p

    congrate yer mat.
    anda memang hot!!

    ReplyDelete
  12. yes...ada dengau radio hot fm..ari isnin..citer pasal blogger...tersebut jugak nama cik mat......yuuhuu...

    ReplyDelete
  13. yes...ada dengau radio hot fm..ari isnin..citer pasal blogger...tersebut jugak nama cik mat......yuuhuu...

    ReplyDelete
  14. woooo...terliu seyhhh...api ssh nk dpt bachang..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.