RESIPI BIASA-BIASA.....PROMOT BLOG 8.

P1250287
Yuu huu, dah makan ke semuaa...ni hari masak senang2 jee...Hujan2 ni tak berapa nak rajin. Tapi masak yang senang tu yang sedap. Hujan2 ni kan makan apa je sedap koo, hadoi susahkan. Ok ringkaskan cerita lah sebab hari ni mat ada benda lain nak buat. Tadi pagi lepas sarapan pergi ke bank sekejap...nak tau cerita..25 + 10 tahun, umur aku ni lah pestime i bukak account may bank dan ada kad cucuk2 tuu..haha sah2 ada yang gelak..biasalah mat gebu kan ada 1 jee buku bank iaitu ASB...serius weyy....tapi ok lah, at least selamat duit aku.. Lepas balik tu terus masak..Yang pertama mat masak peria goreng dengan kupang...mudah2 jee, apa orang kata masak bodo2...

P1250283
Lepas tu kan ada cendawan tiram, hmm buat sup pun sedap kan, korek2 peti sejuk ada crab stick dalam 5 batang macam tu, hmm humban kan jee lah dalam sup, tapi mat tak puas hati lah, tengok sup tu hmm macam air banjir jee, hiasan tak de lah daun sup tak de, daun bawang pun tak de, bawang goreng punn takde....hmm tak kesah lah...aku dah belasah pun masuk perut punn.. Ok nak promo satu lagi blog, kali ni blog aweks pulak, gilir2 yeaa.....jom lihat saya yang kenaa...

Cik Bulat nama diberi, femess nihh, kat SB, menjadi pujaan ramai atok2 dan pakcik2...perghh. Blog Cik Bulat kat sini...jadi boleh lah melawat....lepas tu kita sama2 bulat yeaa....ok, jangan lupa singgah...

Settle satu lagi, jom semak resipi.....

PERIS KAMBAS GORENG BERKUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas saiz sederhana
1 cawan isi kupang
1/2 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
2 biji cili merah*(*ditumbuk halus)
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria dibelah 2, buang biji dan hiris sederhana tebal, rendam dalam air garam. Isi kupang dicuci bersih, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dam garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kupang dan goreng sekejap, tolak ke tepi kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan gaul bersama2 kupang tadi.
  3. Tuang air dan bila mendidih, masukkan peria kambas (toskan dahulu), masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api.

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cendawan tiram, potong, cuci dan toskan
5 - 6 batang jejari ketam, kerat 4 setiap batang
Air secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "MAGGI" @ boleh guna stok ayam..
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan, tak letak sebab tak de
Bawang goreng untuk hiasan, tak letak sebab tak de

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya (anggaran 600 ml). Bila mendidih masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam.
  2. Tambah cendawan tiram dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan jejari ketam tadi, matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang...

Post a Comment

12 Comments

  1. kalo sup tu ada kaler2 ijo lg besh kan cik mat.

    simple mimple pun tetap nmpk sedap cik mat. Cik Mat hebatsss!!

    ReplyDelete
  2. OOOOH periakuuuuuu..kecor dh abgMat oooi!..No main ratah je nih...mak ai..tak senang duduk dibuatnya nih..

    ReplyDelete
  3. Salam CMG, pergh mmg pemes Cik Bulat tahniah diatas kepemesan itu :)

    Masakan peria tu kita mmg minat :)

    ReplyDelete
  4. CIK MAT SILAP EJA PERIA.. HIHIHIHI NAMPAK SEDAP PERIA TU.. MAT ADER RESEPI PERIA GORANG TAK??

    ReplyDelete
  5. peria favorite arwah ayah ni..
    http://adzriel.blogspot.com/2011/01/bila-hujan-aku-teringatkan-ayah.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..dapat resipi baru yang sempoi je tapi tak disangka - sangka..sedapppp..Dah masak tapi makan sorang je sebab anak tak suka peria..he he

    ReplyDelete
  7. sup cendawan tiram plg saya minat.

    ReplyDelete
  8. di bawah tajuk masakan peria ! haha. alamak ! tak suka peria. macam mana ni? haha. THANKS ! lalala~

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.