BEN ASHAARI

Sunday, January 30, 2011

NASI GORENG BELACAN......PROMOT BLOG 4..

P1250267
Hujannnnn.....hmm, sejuk, segar dan nyamann, cuma satu jelah, apa2 kerja tak boleh buat, maksud mat keje2 luar rumah lah. Tau tak, kalau kat Sedenak ni, musim2 hujan akan ada orang kampung pasang jaring di tasek berhampiran, selalunya musim macam ni, ikan terebul (sejenis ikan air tawar) akan menghempas kan diri untuk mengeluarkan telur, maka ia akan menjadi lemah. Maka akan tersangkut lah di jaring yang dipasang. Tapi mat tak delah pergi, bahaya, kalau aku termasuk kang, mau banjir Sedenak..erkk.. Ok pagi ni sarapan nasi goreng saja, tapi kali ni nak sangat makan nasi goreng belacan yang agak pedas, sesuai dengan cuaca sejuk sekarang ni kan...

P1250270
Resipi biasa2 saja, cuma letak belacan dan juga semalam ada beli kupang segar, pagi tadi bonda rebus dan ambik isinya, maka mat gebu pun mencilok dalam 1/2 cawan macam tu (tapi aku tengok macam nak 1 cawan jee isi kupang tu). Hmm lepas tu kan, tumbuk cili padi sikit, kasi panas, bukan blog jee kena panas..hehe. Untuk menambah kekejaman, mat santap pulak dengan petai jeruk....Wowww!!, sedap tapi bau ada sikit kuat lahh...hm ada ke aku kesahh..betul tak.. Kali ni mat akan promosikan satu lagi blog dari SB, mari kita lihat sapa pulak kali ni....

Tak lain tak bukan "Mira Hussin" dan blog "Diari Hati Mira Hussin"....hujan ni dengar lagu kat blog dia, rasa melayang2... Dia ni kira aktif di Sahabat Blogger....anda nak tau lebih dekat pasal Mira Hussin. boleh klik sini ke blog beliau....

Ok, selesai satu lagi blog, kita lihat resipi pulak, senang gila nak masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
3/4 cawan isi kupang
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 2 camca besar air
7 biji cili padi merah siam, tumbuk lumat
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili tumbuk hingga harum, masukkan belacan dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Tolak ketepi kuali, masukkan telur tadi dan masak hingga mengeras, kacau rata hingga hancur sedikit.
  2. Tambah capsicum (kesemua sekali) dan masukkan nasi, gaul rata dan masak dengan api besar. Masak hingga nasi kelihatan kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan cili padi dan bawang goreng...nak sedap lagi makan dengan jeruk petai..hmmmm

12 comments:

al_hakim said...

kenal dah ngan mira ni..pas ni sy pulak ya AI..hehe

Mat Gebu said...

@ al_hakim - insya allahh yeaa...hehe

My MiRa said...

thanks....hehehhe .....mira sgt suke nasi goreng.....nnti mira balik nk wat nsi goreng ni...cik mat gebu ade tak nsi goreng sotong nye resepi??

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh terpaku mata tgk foto ns grg belacan perghh..sini dah lah hujan,pekena lak ns grg mcm ni....huwaa...ngape dtg sini manjang perut ber'shuffle'.OH tidak!!!

aishah ramli said...

salam mat gebu,
ada resepi ayam beriani tak?
omak den nak buwek kenduri khamis nie.harap mat gebu boleh share,tq :)

mia.lia said...

waaa..nasi goreng mat ni msti kaye2..hehe..

skng ni slalu hujan~

Madam Sooyaree said...

Kalau sebut pasal belacan, mesti teringat Seniman Bujang Lapok, hehe

CekWa said...

uwaaaa,,,,bestnyer siap ada petai jeruk tuu...lama dah nak cari resepi best camni!

KOKOLÀIT Enterprise (001975488-K) said...

Waduh.. tergolek2 petai jeruk tu.. mmg nampak menyelerakan sungguh!

adli said...

waaa sodap tuuuuu~~~
sampai telan air liur ~

Mat Gebu said...

@ - myra -erkk, nasi goreng sotongg..hehe cuma tambah sotong jee lahh..hehe..

@ aleasara - Hmm, musim2 hujan ni memang sesuai..

@ aishah ramli - erkk kejap eks...ada satu tapi daging, mungkin boleh tukar pada ayam, tapi ni resipi kak liza, saya pernah buat dulu -> http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/11/daging-beriani.html

@ mia - ni kali sederhana jee...

@ madam - wahh, madam minat cerita2 mcm tu yea, sama lah kita..

@ cekwa - petai jeruk tu lahh yang hmm, ishh macam mana nak kata yea..

@ koko - hehe, tapi bau dia...kus smangat..

@ adli - nanti boleh cuba yeaa..

fahmijarai said...

huhuhu.. lama xmkn nasi goreng.. sedapnya..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.