BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF

P1250053
Salam.. Mat Gebu sini, hmm baru sempat bersiaran. Siang tadi keluar beli2 barang semua, pening laa pala, sebab benda yang mat beli tergelincir sikit dari senarai2 yang bertulis..huhu. Satu yang mat rasa tak berapa suka nak buat, bila masa untuk settle kan kasi kemas itu barang2..nyampahh leerr...huhhh!!..Tapi sapa lagi nak buat, mat gebuu juga yang kena..Tak kesah lah kan. Ok petang tadi mat buat black pepper sausage puff, saya nak test, sedap ke tak, sesuai ke tak dengan selera kanak2...Nampak gaya macam ok, budak2 pun suka, pak budak lagi suka....mat gebu lagi suka..erkkk!!

P1250055
Sebenarnya kan, puff pastry ni amat2 sesuai untuk ibu2 bekerja. Nak siapkan sebagai kudapan minum petang untuk keluarga tak de masalah. Inti boleh pelbagai, nak manis boleh, nak pedas pun boleh...tepuk dada tanya selera. Style dan gaya membentuk pun boleh ikut kreativiti masing2. Kita boleh berexperimentasi dengan puff pastry tadi dan lihat hasilnya macam mana selepas dibakar, begitu menarik sekali. Kali ni mat buat inti dia yang sungguh ringkas dan mudah...Ok mat tulis resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej "Ayamas" berlada hitam, hiris nipis
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar susu sejat
1 helai bay leaf
1 camca besar sos lada hitam
1 pokok kecik daun bawang, dihiris
Sedikit bijan, untuk hiasan
Telur untuk disapu atas pastry
Mayonnaise secukupnya
Puff pastry secukupnya, dalam 5 keping (mat guna jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga harum. Masuk sos lada hitam dan juga sosej tadi. Gaul rata dan tuang susu, masak dengan api kecil hingga kering. Tambah hirisan daun bawang. Keluarkan bay leaf dan biar inti sejuk.
  2. UNTUK PUFF :- Ambil sekeping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian. Satu bahagian dikelar seperti dalam gambar. Pada bahagian yang satu lagi, sapukan sedikit mayonnaise, sudu kan beberapa keping sosey atasnya. Ambik bahagian yang berkelar tadi, tutup inti dan tekan tepi2nya dengan garfu, alih dalam dulang pembakar. Sapu telur dan tabur sedikit bijan, jika suka.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Jika oven anda ada fungsi kipas, boleh on kan masa membakar..

Post a Comment

13 Comments

  1. Salam sifu..memang sedap sosej puff ni .dah selalu jgk saya buat..sedapnbya..esok nak buatlah! heheeh..

    ReplyDelete
  2. lapar la pulak hujan2 nih...aduss....meleleh air liur...huhu..=)

    ReplyDelete
  3. lapar nyaaa T_T boleh minta abah try buat ni la ^^ heheh.. abah yuyu chef

    ReplyDelete
  4. cik mat--
    menu nie mmg sesuai utk budak2..
    thanks kongsi resepi..
    kalau cik mat gebu suka...ayu lagi suka ratah ini kudapan..hehehe

    ReplyDelete
  5. salam cik mat nk tanya sekeping puff pastry tu dapat 2 biji lah ya,tak faham sangat lah...

    ReplyDelete
  6. @ ida - yep...sekeping tu dpt 2 biji..

    ReplyDelete
  7. terimakasih cik mat esok boleh cuba..

    ReplyDelete
  8. en.dts, reti tak buat burger malaysia???
    http://eimah2328.blogspot.com/2011/01/burger-malaysia.html

    ReplyDelete
  9. cik mat, kat mana ye nak cari puff pastry tu ? dia dalam package frozen or cmne ye ? sbb dah cari merata, xjumpa. tny kat bakery store, die p bagi pastry margerine.

    ReplyDelete
  10. gulp!terliur tengok...resepi cik mat ni dah banyak saya salin, tp 1 pun x cuba lagi...aii... bila la nak rajin macam cik mat ni...

    ReplyDelete
  11. Aduh yg makan tadi pun bibir masih meleleh,,,,mai plak yg baru. Best tu CMG
    http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. encik CMG..oo mcm ni buat die
    nk tny..mcm mana nak jdi mcm gmbr no 4 tu ya??kapit dgn 1 lagi lapisan ek?pas2 toreh2 ke??
    maaf tny..xpenah buat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.