BEN ASHAARI

Tuesday, November 30, 2010

PUDDING MILO....RESIPI DERHAKA LAGI.

P1240244
Salam semua, buat apa tu, mlek-mlek ke?..haha tau tak apa maksud tu, hmm kena lah tanya orang Jawa, apa maksud "mlek-mlek"...hehe. Ok N3 terakhir bulan November ini mat letak satu resipi terbiasa sangat2 yang telah mat gebu derhakakan tah berapa kali, tapi hasilnya syukur alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan dan tidak mengecewakan dari segi rasa dan teksture nya yang lembut dan gedik2. Resipi asal dari sini, tapi telah ku derhakakan beberapa kali, yang ini....yang ini... dan yang ini serta terbaru resipi sekarang ni, alah biasa lah, research and developt @ R n D...tak dosa kann?...

P1240249
Lepas buat tu, timbul satu masalah lagi, style nak makan macam mana pulak...tau lah suap kat mulut!, tapi nak bagi perias dulu, biar nampak lawa. Ok, mat cuba curah sedikit susu sejat dan tabur milo atas dia, lepas tu tenggekkan 1/2 biji ceri merah..wahh not bad tau sedap dimakan, ada rasa lemak2 dan rangup2 si milo tu tadi. Bila masuk tekak, sejuk siaaa, laju dia jalan, tak sekat2. Budak2 pun suka ni, yelah musim2 cuti ni kan kita utamakan anak2. Orang2 besar pun diutamakan juga.....Ok mat letak resipi dia pulak, layannnn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 camca besar penuh MILO*
1/2 cawan air panas mendidih*(*dibancuh hingga larut)
200 ml susu sejat IDEAL
1/2 camca teh esen vanilla
625 air*
100 gram gula pasir*
5 gram serbuk jelly konnyaku*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga larut)
Susu sejat sebagai kuah
Serbuk milo sebagai hiasan
Ceri merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jerang bahan2 yang disatukan tadi hingga mendidih, kacau sentiasa. Letak esen vanilla kacau lagi dan alihkan dari api.
  2. Masukkan susu cair dan milo yang telah dibancuh dengan air panas tadi, kacau rata2 dengan whisk hingga semua sebati. Tuang dalam bekas kesukaan, terpulang bekas kecil atau besar.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga beku. Keluarkan dari acuan, curah sedikit susu sejat, tabur serbuk milo dan hias dengn ceri merah sebelum dihidangkan...

RENDANG SOTONG.

P1240232
Salam semua, pernah masak rendang sotong?...Mat pun pestime dengar dan pestime buat, serius cakap, sedappp sehhhh!, mana2 yang tak makan daging atau ayam, mat syorkan buat ini masa ari raya, berbaloi beb!..tapi awas, ubat gatal's harus disiapkan, bukan apa takut lah lepas makan tak hengat nanti bergaru sakan macam "berock"...rela kee?. Terima kasih mat pada "Kak Ida 1001 Resipi", mat skodeng dari blog dia beberapa hari lepas kat sini..., terus salin, dan semalam masa ke JB, singgah pasar, aku rembat leer sotong dalam 1 kg, beringat2 juga sebab mat gebu kan alergi, habis kang keluar ruam lampin...nahe..nahe..tak bess, gatal koo, meretip2 rasa kegatalannya..adoiii!!!. Resipi memang mat ikut bahan2 dari blog kak ida cuma sukatan tu mat ikut style sendiri dan mat tumis sedikit dengan minyak kelapa, terima kasih kak ida!...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor sotong saiz besar (mat guna kurang lebih 600 gram)
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, belah 6
4 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka (mat tambah)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak kelapa (minyak biasa pun ok), tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga harum. Masukkan sotong, masak hingga pekat, tuang santan dan masukkan garam secukup rasa, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor.
  2. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan belahan bawang besar, kacau rata dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak guna satu kaedah lain pun ok juga, yelah kan takut sotong jadi liat. Ok buat macam ni, sotong tadi celur dalam air panas mendidih bergaram selama 30 saat, angkat dan toskan. Masak bahan2 rendang seperti biasa, hingga kering dan terbit minyak, masukkan sotong tadi bersama hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak 1 -2 minit, matikan api..

NASI GORENG KANAK-KANAK RIANG

P1240226
Salam Selasa semua, hari ni dah 30 hb, hari terakhir dalam bulan November, esok masuk 1 hb December, merupakan bulan terakhir 2010. Hmm, tiba2 kan, mat rasa, kot2 lah tahun depan mat gebu tak de lagi...maka tinggalkan segala kenangan ku di DTS, Tiffinbiru ini sebagai tanda kasih mat gebu pada anda semua, siapa lah tau kan, tah2 tak sampai tahun depan, hmm perasaan ni rasa macam lain jelah...mesti sebab dah makin berusia..huhu. Ok kita tinggalkan kesah tu, hari ni mat nak share satu resipi yang semua orang tau dahh, tapi tak kira, letak juga. Tak kesah lah kalau ada kata nak tayang set pinggan antik ke atau dah habis modal ke, janji ada N3 baru, kesudian anda2 singgah ke DTS amat2 dihargai....

P1240229
Sebab apa mat beri nama nasi goreng kanak-kanak riang?..Sebabnya nasi ni dah lah ringkas sangat, dah tu tak pedas. Kanak2 mana lah tahan pedas, orang tua pun ada yang tak tahan. Hidangan sampingan seperti ayam goreng, timun, salad dan apa2 saja lah yang kanak2 suka, nak letak nugget pun boleh, tak de masalah. Biasanya nasi goreng kita buat guna nasi berbaki atau nasi semalam, pada mat nasi beras wangi agak kurang menyerlah kalau dibuat nasi goreng, tapi itu terpulang pada selera masing2, yang nak makan kita dan keluarga, buat apa nak ikut tekak orang lain..betul tak?...hehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
2 biji telur ayam, kacau sedikit
10 tangkai kacang buncis, potong kecil
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah (optional)
1 1/2 camca besar majerin
1 genggam ikan bilis kecil. cuci bersih, tos dan goreng garing

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Ayam goreng
Daun salad
Hirisan timun

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan marjerin hingga cair, tumis bawang besar, bawang putih hingga layu, masukkan kacang buncis dan kacau rata. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, biar telur mengeras sedikit dan hancurkan, gaul rata dan tambah ikan bilis, serbuk lada sulah serta garam secukup rasa.
  2. Masuk nasi dan gaul hingga rata. Besarkan api dan kacau goreng hingga nasi sedikit garing (jika suka), rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama bahan sampingan. Kalau bukan untuk kanak2, anda boleh tambah hirisan cili...

SELAMAT HARI LAHIR "UNCLE BEN".

Selamat hari lahir mat gebu ucapkan pada Ben Ashaari, moga panjang usia, murah rezeki, dijauhkan dari malapetaka dan juga berbahagia bersama keluarga. Tak de apa yang mat gebu dapat bagi, hanyalah doa untuk kebahagian anda berdua suami isteri. Moga persahabatan maya kita berjalan dengan baik dan tanpa ada perselisihan faham. Dan pada yang membaca N3 ini, harap baca dengan cara terdidik dan berilmiah, jangan baca dengan perasaan penuh noda dan sifat2 keji serta "cemburu" yang tidak membina..INI AMARAN DARI DTS - MAT GEBU!!.... perghh panas kejap.. Ok ok jom pantun..biasalah mat gebu kannn...

HADIAH COMEL BERIKAT REBEN,
KADNYA PULAK BERIRAMA LUNAK,
SELAMAT HARI LAHIR BUAT AH BEN,
UCAPAN MAT GEBU DARI SEDENAK.

ALAS CANTIK BERHIAS JEMEKI,
UNTUK KEGUNAAN RAJA SEHARI,
PANJANG USIA DAN MURAH REZEKI,
ITU LAH DOA UNTUK BEN ASHAARI.

CUACA REDUP DILITUPI AWAN,
SERINDIT BERSIUL TAK JEMU-JEMU
TERPELIHARA KESIHATAN & KEWIBAWAAN
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DIRI MU....

Monday, November 29, 2010

ASAM PEDAS HALBA IKAN SEMBILANG

P1240223
Assalammualaikum semua..minta maaf sebab mat baru sempat masukkan N3, baru saja sampai ke rumah tadi dari Johor Bahru atas urusan "rasmi"...pelik lahh tu, ye tak yea je si mat ni, dok bertapa kat rumah sakan, tiba2 ada urusan rasmi..kononnn..haha, peduli apa kan, guaa tau lahh sebab ini guaa nya urusan beb!. Ok ini sepatutnya mat kongsi petang tadi dan ada satu resipi terbantut nak buat sebab urusan tadi tu.. Tak pe insya allahh esok mat buat resipi tertangguh yang ingin ku derhakakan itu. Asam pedah halba ikan sembilang, macam masakan asam pedas biasa2 saja, tapi ada kelainannya. Ikan sembilang tu segar hasil abang mat pi mancing semalam, dapat lah dalam 2 ekor kurang lebih 1 kg beratnya.. Ok jom mat share resipi asam pedas ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan sembilang segar (kurang lebih 1 kg)
3 biji terung kari
2 kuntum bunga kantan
1 genggam daun kesom
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa pekat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca teh halba
1/2 inci kunyit hidup tua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan sembilang disiang, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau nipis dan juga 2 keping asam gelugor selama 15 minit. Cuci kembali bersih2 dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 dan belah 2 tapi tak putus setiap belahan, rendam terung tadi. Bunga kantan, dibelah 2. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan dahulu) dan ikan sembilang tadi, kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Tambah bunga kantan dan daun kesom, masuk jus asam jawa, kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Dalam gambar ada sesuatu yang berbungkus daun kunyit kan, itu ialah telur ikan sembilang, lepas cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan kunyit, bungkus dalam daun kunyit dan ikat dengan benang cotton putih, masukkan dalam kuah asam pedas tadi dan masak perlahan hingga telur masak (masukkan awal sebelum dimasukkan ikan).

KUE TEOW GORENG PEDAS.

P1240218
Assalammualaikum, salam isnin, ni N3 nak cepat...mungkin petang atau malam baru ada N3, mat ada hal kejap lagi ni, nanti cerita. Ok pagi ni mat goreng kue teow pedas, awass memang pedas, tapi kalau tak suka, boleh kurangkan pedas. Mat goreng dalam 500 gram macam tu, tah2 tak sampai kot. Tapi goreng ringkas saya, sebab bahan2 pun tak banyak, mat belasah guna apa yang ada dalam peti sejuk. Kalau nak sedap mesti ada kerang, daun kuchai..hmm ni ada taugeh dan sawi jee, taugeh tu nasib baik jenis kontot, tak payah leer nak buang ekor.

P1240219
Perasan tak nampak minima sangat kan eksesori dia..hehe, tapi ok lahh rasa pada mat sedap, sebab pedas, tu kalau ada cili hijau jeruk, lagi pengggsann waa cakap sama luu, ulam timun pun tak dak. Kalau ada kerang ke, udang ke, lagi lawaa nih, melingkau jeee...ok ok nak cepat, mat tulis resipi dia ok..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang
2 biji telur, pukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fish cake, hiris
1/2 cawan isi udang
Taugeh secukupnya
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukupnya
1 kiub ayam maggi (optional)
3 camca besar cili kisar
5 biji cili padi, cincang halus (optional)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan cili padi sert kiub ayam (hancurkan) tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang, fish cake dan batang sawi, kacau rata. Tuang sedikit air.
  2. Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur. Biar telur mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah sos cili, kicap pekat dan sedikit kicap cair, kacau rata.
  3. Masukkan kue teow dan gaul hingga rata, masuk daun sawi dan taugeh, kacau dan masak hingga layu sedikit. Tambah kicap cair secukup rasa, dan masak dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Sunday, November 28, 2010

KEK BATIK BISKUT MARIE.

P1240213
Assalammualaikum, N3 terakhir sebelum kita bertemu lagi esok, insya allah. Kalau tengok gambar2 yang mat gebu ambik semuanya "standard" kan, tak de yang single look, semua ada teman2 dia, hmm ntah lah, mat pun tak pasti samada anda bosan ke tak, tapi tak pe...janji mat kongsi resipi dengan ikhlas, sebut pasal keikhlasan ni, anda pernah tak menghadapi situasi di mana keikhlasan sebenar sukar untuk kita laksakan, kecuali di mulut, tapi hati sungguh beku, ketat dan keras, lagi lah kalau seseorang tu pernah mencemar nama baik kita. Mat mengaku, benda itu perah terjadi dan amat sukar untuk memaafkan secara ikhlas 100%....Ntah lah tapi memaafkan manusia tanpa rasa ikhlas dalam diri kita, lagi lah beban...hmmm

P1240216
Berbalik pada resipi kek batik biskut marie ni. Resipi mat ambik dari blog kak ummi kuantan yang comel tu, di sini... Tapi seperti biasalah mat dah derhakakan sikit, jangan tatau, bukan apa, mat buat 1/2 dari resipi asal dan guna bahan yang ada di rumah, seperti pernah mat cerita dalam N3 lepas, memasak ni perlukan kreativiti walaupun pada tahap minima, lagi satu nak derhaka pun kena fikir dari segi logiknya. Contoh, kata lah serbuk koko tak de, kat rumah ada MILO, hmm pendapat anda macam mana, sesuai tak ditukar ganti?..Sesuai kan...ha macam tu lah lebih kurang keserasian dari segi logik, mat nak cerita banyak, mat gebu sendiri pun bukan lah terhasil dari mana2 institut kulineri hebat, setakat belajar dari pengalaman, perkongsian dan pembacaan saja, minta maaf yea sebab N3 ini terlebih intro...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram biskut marie, dipatah 4 (mat gune jenama Munchies)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

ASAM PEDAS AYAM DENGAN NENAS..

P1240210
Salam, jumpa lagi...yelah selagi sihat dan ada usia kan, kalau esok2 mat gebu mati, kita tak jumpa lagi lah....tatau lah kan mana satu nanti N3 terakhir mat gebu..huhu..moga panjang usia ku. Ok petang ni mat share resipi ulang tayang. Tak jemukan?...Alaa astro pun ulang tayang banyak kali, berbayar pulak tu, ni blog DTS peree jeee. Mat masak asam pedas ayam pagi tadi, kalau tak silap, asam pedas ayam ni typical masakan orang2 Johor. Dan ada yang dicampur dengan sawi jeruk, cuma kali ni mat letak nenas madu....sebab apa nenas madu..sebab nenas madu manis. Oleh sebab mat guna ayam kampung, ianya agak liat sedikit, tapi dah masak dalam pressure cooker, daging ayam jadi lembut. Kalau guna ayam daging, kasi buang semua kulit dan lemak dia ok....Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam di kerat sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
1 genggam daun kesom (tak letak. sebab tak de)
1 biji sederhana nenas madu, kupas dan potong serong
1 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/4 cawan cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata, biar hingga ayam sedikit kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga ayam empuk.
  2. Tambah nenas, bunga kantan dan daun kesom (jika guna), masak hingga nenas lembut sedikit, tuang jus asam jawa dan sir jika kuah agak kurang. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

MAMAFAMI BAGI AWARD..OHH LIHATLAH DUNIA!.

Terima kasih mat ucapkan pada mamafami, perintis dan juga pembakar semangat kami2 sebagai blogger masakan. Secara amnya blogger masak2 menjadi satu komuniti, tanpa ada buruk sangka antara satu sama lain dan sering membantu dengan ikhlas...itu yang mat gebu tau lah kan..kalau silap maafkan daku yea. Minta maaf mat pada mama sebab terlewat ambik...Tapi mat ambik juga kan.. Erkk...kena jawab soalan yea..orait ciken soalannya...hehe

Ucapan terima kasih pada pemberi award :-)
  • Terima kasih tak terhingga pada mamafami yang anggun, jelita, comel lagi gebu dengan tanda ingatan beliau pada mat gebu. Mat gebu menerima dengan rasa berbesar hati (sebab aku memang besar...haha boleh gitu)., bak kata pepatah melayu, Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa...
6 fav artis/singer/group :-)
  • M Nasir
  • Sheila Majid
  • Search (kumpulan)
  • Rossa
  • Ahmad Jais (penggsannn!!)
  • Jamal Abdillah
Tag 10 bloggers : Mana2 yang dapat ni anggap je macam terima Bonus....mari kita lihat sapa yang kenaa!!..
  1. Mak Dara Terdiva (MDT)
  2. Prof Hariz
  3. Melur Jelita
  4. Lydia Miza
  5. Ana Skodeng
  6. Cek Chun
  7. Aeinio
  8. Miss Along Wani
  9. Khai Adry
  10. Aida
**Pada sesiapa yang sebelum ni ada bagi DTS award dan tag, dan mat gebu terlepas pandang, sila tinggalkan link award tu yeaa...harap maaf!**

UBI GETOK...SARAPAN ORANG KAMPUNG.

P1240203
Assalammualaikum, selamat pagi semua...dah sarapan?, Hari2 Ahad macam ni mesti ramai berehat2 di rumah atau pun keluar berjalan2 kan. Ok malas cerita banyak, tapi nak cerita sikit..hehe. Ubi getok satu makanan amat sinonim dengan orang2 kampung terutama masyarakat Jawa, eh apa luu ingat guaa peranakan siaa kaa, ada campur jawa juga, datuk sebelah abah mat gebu jawa, tapi nenek sebelah abah, melayu + cina baba...erkk, memang rojak petis betullah mat gebu nih. Pagi ni mat bersarapan ubi getok, tapi terus terang yang ni bukan mat yang buat, tapi bonda terchenta yang mengetoknya, ubi pulak cabut di farmville kami. Pstt..amacam corak ubi getok tu..comey tak?..kena pulak dengan tea set bunga terung, jenis antik..lagi cun kann....sempat lagi tuu..

P1240207
Sedap dihidangkan bersama sambal tumis, tapi pagi ni mat gebu belasah makan dengan ikan masin cekik leher @ selar kuning. Alternatif lain ubi getok ni boleh juga dibulat2kan dan celup dalam bancuhan tepung dan goreng ala2 pisang goreng. Makan dengan sambal kicap (orang2 Johor kalau makan jenis tu, kena ada sambal kicap), macam kat sinii.... Ok, kalau dah bercerita, tapi tak letak resipi macam kurang adilkan, walaupun resipi ulang tayang. Mat cuma letak resipi anggaran saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, guna kelapa berkulit basah@ muda sedikit
Sedikit gula halus (optional)

BAHAN SAMPINGAN :-)
Ikan masin, pilihan anda
Sambal tumis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi dibuang kulitnya, cuci bersih dan kerat kecil, letak dalam periuk bersama air dan garam secukup rasa (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja sudah cukup). Rebus hingga empuk. Toskan.
  2. Letak dalam bekas bersama kelapa parut dan sedikit gula, tumbuk ubi tadi bersama anak lesung batu hingga hancur dan bersatu sama bahan2 lain. Bila sudah bersatu, masukkan dalam loyang dan tekan padat. Biar sekejap dan boleh dipotong.
  3. Kalau nak goreng, anda boleh bulat2kan adunan tadi, nak sama bulat guna scoop ais cream saiz sederhana. Selamat mencuba untuk semua...

Saturday, November 27, 2010

MINGGU BEROMBAK DTS....TERIMA KASIH SEMUA.

Salam semua, N3 selingan malam ni, mat letak minggu ni nya keadaan di blog Tiffinbiru. Sebelum tu minta maaf, tak de niat langsung nak merasa riak atau menunjuk, sekadar ingin memberitahu, DTS bukan sentiasa mendapat kunjungan yang ramai, tapi ianya stabil. Syukur alhamdulillah. Kadang2 bila kita lihat kedatangan pengunjung yang memberangsangkan, ianya macam satu suntikan semangat untuk kita lebih memberi tumpuan pada blog, rasanya bukan mat sorang yang beranggapan macam tu, semua yang berblog pun punya perasaan yang sama..betul tak?.. Jangan tipu..dosa...dosa...

Kita lihat graf di atas tu, keadaan dia berombak kan, tapi hujung minggu Sabtu dan Ahad, ianya menten 4K+, yang tu memang mat berterima kasih sesangat2 pada pengunjung semua. Hari bekerja (Isnin - Jumaat) keadaan tidak menentu. Tapi 23hb - 25 hb tu, memang agak panas, terutama 24 hb, ianya mencapai lebih 8600 UV, boleh rujuk pada carta tu yea. Yelah mungkin blogger lain lagi banyak dan meriah kan, depa tu terkenal. DTS hanya blog masak2 yang update 2 - 3 kali sehari, tu pun ikut keadaan. Lagi pun Mat Gebu ni siapa lah sangat....serius ni, bukan saja2 cakap....kita ni kan jenis "orang zaman dulu-dulu"...huhu..

Kita skodeng dari "Google Analytic" pulak, hehe, terima kasih pada mereka yang sudi meletakkan link blog DTS di blog mereka. Ada kurang lebih 2251 yang meng"link" kan blog DTS, terima kasih sekali lagi. Buat mereka yang telah membuat N3 untuk DTS, mat ucapkan terima kasih juga.. Akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu dan selamat berhujung minggu..

BLOG PILIHAN MALAYSIA 201O...MARI MENGUNDI!

Salam semua, N3 kali ni sekadar nak bagi tau bahawasanya Dapur Tanda Sempadan telah disenaraicalonkan sebagai salah satu blog pilihan malaysia 2010, bagi kategori "blog tutorial pilihan". Terima kasih pada yang mencalon dan mengundi. Undian bagi peringkat pertama akan belangsung dari 10.00 malam 26 hb 2010 hingga 8 pagi 30 hb November 2010, boleh klik disini... Jadi kalau ada kelapangan waktu boleh lah anda semua melihat2...Turut tercalon beberapa blog hebat masa kini dari pelbagai kategori. Psttt jiran sepagar DTS, Ben Ashaari pun ada (blog personal suami pilihan)....Terima kasih juga mat pada blogger "ShahAzrin" dengan N3 mengenai pekara ini diblog beliau disini... Pada anda2 semua buat lah pilihan yang bijak, salam sayang dari DTS - Mat Gebu....

DAGING LADA HITAM HALIA.

P1240200
Erkkk..hehe, N3 masak2 terakhir malam ini, psstt lepas ni ada N3 lagi satu, tapi bukan masak2.. N3 apa tu..hmm ada lahh, tunggu yea, n3 pembakar semangat pada blogger2 semua dan juga pembakar semangat DTS untuk terus berblog...serius beb!!..Ok pasal N3 ni, mat pasti mesti daging korban anda ada lagi kan?. Ni kali mat masak lebihan daging korban dalam 500 gram macam tu. Cuma masak lada hitam saja, lepas tu letak halia bagi dia hangat dan perhebat menolak angin dalam badan..hehe. Ini mat masak simple saja. Memandangkan daging ni bukan jenis dari batang pinang, mat terpaksa rebus dulu hingga empuk. Tapi mat guna pressure cooker atau periuk tekanan, masa memasak jadi singkat dalam 15 minit macam tu dah empuk. Berbaloi tau dan gas pun jimat. Tapi mat nak pesan, kalau nak guna, WAJIB baca cara2 menggunanya dengan teliti, dan ikut arahan seperti yang disyorkan, okey!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan, rebus hingga empuk dengan halia dan bawang putih
1/3 biji capsicum merah, didadu
1/3 biji capsicum hijau, didadu
1/3 biji capsicum kuning, didadu
1 batang saleri, hiris serong
1 batang leek, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
1 1/2 inci halia muda, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
4 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama "LIFE")
Kicap cair, jika perlu
Hirisan daun sup sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan leek hingga layu, masukkan daging rebus tadi (asingkan stoknya), kacau dan biar tergoreng sekejap. Masukkan sos lada hitam, kacau rata dan tuang air rebusan daging. Biar mendidih.
  2. Masukkan batang saleri, dan masak hingga pekat. Tambah red/green/yellow capsicum dan bawang besar tadi, kacau rata dan biar hingga layu. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair secukupnya. Masak sekejap dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi hangat...

LEMAK PEDAS TERUNG PIPIT.

P1240198
Salam senja , hmm tutup tingkap dan pintu yea semua. Kalau di kampungkan, masa2 nak senja, harus tutup tingkap dan pintu, yelah masa tu kan pertukaran waktu siang ke malam, jadi makhluk2 halus ni akan memulakan aktiviti merempit mereka, lagi pun masa tu nyamuk banyak... Bagi yang ada anak2 kecil pun nak juga kita titik beratkan. Eh jangan mudah tak percaya dan kata tahyul, ada kebenarannya, tapi mat tak pasti lah kalau yang duduk kat pekan dan bandar2 besar...hehehe.. Ok kali ni mat nak share satu lagi typical masakan kampung. Terung pipit atau juga ada yang panggil terung palembang, satu jenis sayur/buah yang begitu sononim dengan masyarat nusantara terutama di Malaysia, S'pore, Brunei, Indonesia dan Thailand. Walau pun ianya ada rasa lemak2 pahit, tapi memang sedap kalau dimasak dan juga sesuai dibuat ulam, ada jual di pasar2 tani dan juga pasar basah, macam kami kat kampung, pi petik kat pokok sajaa... Ok semak resipi di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan rebus hingga 3/4 lembut
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik, belah dua, buang tulang dan rendam
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
200 ml pati santan
700 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1/3 cawan cili padi*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan ikan bilis tamban, terung pipit, serai, asam keping dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga terung lembut.
  2. Tambah pati santan, masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

TUMIS AIR PUCUK MANIS BERUDANG..

P1240195
Salam tengah hari semua, hmmm macam lemau jee bila sampai hari Sabtu, sekarang ni bila petang je hujan, tak boleh nak buat apa dah, nasib baik ada blog. Oh yea ni hari mat masukkan N3 masak2 yang paling cincai dan biasa teramat sangat. Yelah apa yang mat masak, tu jelah mat share, takkan hari2 nak masak yang canggih manggih . Mat pun kadang2 malas nak letak, tapi dari blog macam tak bergerak jee, elok lah kan ada N3, dah lah N3 lepas bukan cerita masak2, takut pulak mat nanti blog ni jadi kurang "asli", blog DTS kan ada jiwa..tu sebab aku pun ala2 jiwang sikit..hehe..

Dalam resipi ni mat guna cendawan "Enoki" sebagai pemanis, boleh beli dimana2 pasaraya atau di Tesco, dijual dalam pack. Mat letak akhir sebelum diangkat untuk mengelakkan ianya menjadi lecur dan terlampau layu. Rasanya manis. Mat pernah nampak Hana goreng dengan tepung cendawan enoki kat sini... Ok jom kita tengok resipi cincai mat gebu ni hari...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis
3 batang putik jagung
1 paket cendawan "enoki", kerat pangkalnya, lerai kan, cuci bawah air mengalir dan toskan
10 ekor udang saiz sederhana
800 ml air
1/2 kiub pati ikan bilis "maggi"(optinal)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Putik jagung dihiris serong, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi. Tambah udang dan gaul rata, tuang air, masukkan jagung, kiub ikan bilis (kalau guna) dan biar mendidih.
  3. Masukkan pucuk manis, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Bila pucuk manis lembut, masukkan cendawan enoki tadi dan padamkan api. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman..

TERIMA KASIH PADA YANG "SUKA" DTS..

Assalammualaikum, N3 ini khas mat tujukan pada semua yang telah menyertai "Segmen - Saya Suka Blog Awak La" dan yang telah memilih blog DTS menjadi salah satu blog yang mereka suka. Terharu mat gebu, terima kasih juga pada Ben, teman sepagar DTS...((lagi2 mat gebu sebut nama "BEN"..hehehe sila muntah yeaa!!)). Blogger yang telah memilih DTS sebagai antara 5 blog kesukaan ialah..jeng..jeng..jeng...hehehe...

Friday, November 26, 2010

PIZZA GEBU....MAT GEBU....HEHEHE

P1240191
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 sebelum tidur..haha..Lama tak buat pizza, tadi petang mat buat lah untuk dibagi kepada 3 orang anak buah kesayangan mat gebu. Biasalah masa cuti2 sekolah ni. Sebenarnya mat guna resipi yang sama macam dulu2 juga, cuma tukar atau pelbagaikan topping dia saja. Mat buat 2 jenis sebenarnya, tapi yang ni cuma letak 1 saja. Satu bahagian mat guna sosej ayamas dan juga ditabur dengan cendawan "enoki", satu lagi guna crab stick, sebab ada antara kami yang tak makan ayam dan daging, kecuali makanan laut saja. Resipi akan menghasilkan 2 keping pizza berukuran 9 inci....

P1240193
Sedap dimakan bersama sos pilihan anda, tak kesah lah apa pun ikut citarasa masing2 yea. Lagi satu kan, pizza ni memang nak kena ada keju kan, cuma di Malaysia ni kan keju mozarella tu agak mahal, jadi mat sendiri guna jimat2 saja. Lagi satu, yang ni sos dia mat guna sos tomato saja, kalau yang dulu mat buat sendiri sos dia dan memang berbeza rasanya...klik sini. Kalau nak try guna sos lada hitam pun sedap. Hmm ok lah mat share resipi dia yeaa...sama je macam dulu2 cuma topping ada sikit beza...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

SAMBAL BEBOLA DAGING

P1240179
Salam semua, jumpa lagi dengan satu N3 dari DTS. Hari ni kan, mat buat sambal bebola daging, guna daging korban yang masih berbaki. Resipi asal datangnya dari blog Hana...hehehe, hana lagi, apam pagi tadi pun blog Hana juga. Ni mat asyik sebut2 Hana je, ada pulak kang orang tanya soalan "pedas"...erkk takmo2, tak suka yea skandal..cukup lah dengan Ben sorang, serik pak tua dah, jenuh nak menjawab soalan2 wartawan..i don like gossip. Bebola daging ni selain dibuat sambal, boleh juga digunapakai untuk bakso, spaghetti meatball dan kalau nak masak sup dengan sayur pun sedap juga. Resipi kat blog hana dia letak kentang dan tomato, tapi mat, buah tomato tak dak,jadi letak kentang saja...ok jomm kita lihat resipi dia...

BAHAN BEBOLA DAGING:-)
2oo gram daging kisar (mat kisar sendiri guna food processor)
1/2 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung sagu ubi
1/2 bahagian putih telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat - yang ni mat sendiri tambah)

BAHAN SAMBAL:-)
4 - 5 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
Kentang, potong baji dan goreng garing
Jus asam jawa secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BEBOLA DAGING :- Satukan semua untuk bebola daging, gaul rata dan kacau sehala hingga sebati. Kemudian bulat2kan, saiz tu ikut suka yea,kalau nak cepat kenyang buat besar2..kalau penduduk rumah ramai, buat comel2. Rebus bebola tadi dalam air mendidih. Bebola akan terapung bila masak, cedok keluar dan tos, ketepikan.
  2. UNTUK SAMBAL BEBOLA DAGING :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bebola daging, bawang besar dan kentang, gaul rata. Biar hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup..

APAM SALJU.....ADUH SOPANNYAA...HMMM..

apam1
Salam morning Jumaat yang mulia, syukur alhamdulillah dengan izin darinya dapat kita bernafas lagi di hari baru..Moga kita masih boleh menghidup udara segar lagi esok, insya allah . Amacam semua, plan sarapan apa ni hari, pagi2 dah ada N3 kan..hehe, tah jam berapa lah agaknya si mat ni ngukus apam. Ok lah sebenarnya ni mat buat semalam, untuk bonda berbuka puasa. Resipi mat ambik dari blog Hana Jepung..alah dok je Jepung tapi aweks jawa Batu Pahat...Hana wes mangan?..Tu je yang mat tau, kita ni jawa dah banyak campur, jadi faham2 macam tu saja lah, nak cakap yang real punya, jangan harap...

apam2
Mat buat 1/2 dari resipi asal. Apam ni sedap, lembut dan nak buat pun senang, kalau Hana guna acuan lompang, mat nak cepat, pakai je acuan apam 4 segi, murah je acuan tu, beli kat kedai RM 2/- , pstt..kalau mat gebu, pose kan barang kedai RM 2, sahhh ada yang ingat aku beli kat JJ, tak pun paling komen Tesco..hehe..biasa lah pose mau lebih bagi nampak mahal, harga kemudian kira. Warna untuk apam ni anda boleh letak ikut kreativiti anda, mat guna kaler kuning, merah jambu dan pepel. Tapi kan apam ni dia tak merekah, sebab mat letak 3/4 penuh saja, kalau letak lebih sikit, insya allah dia merekah. Lagi satukan, api masa mengukus tu kena kasi kuat...Ok anak2 semuaa jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula peerang (brown sugar)
3/4 cawan gula pasir (guna semua gula pasir pun ok, tapi manis, pandai2 adjust yea)
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula peerang dan gula pasir, kisar sampai sebati.
  2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
  3. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan. Sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
  4. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....

Thursday, November 25, 2010

SEGMEN PANAS DI BLOG "B.A"...

Salam semua, hehehe, seperti biasa, promo untuk geng se"skandal" mat gebu..hahaha, releks lah beb, mat gebu masih waras laaa..Setakat promo segmen blog kawan2 apa lah salah. Ben ada segmen baru untuk semua peringkat blogger, tak kira, luu otai kaa, baru nak masak ranum kaa, atau masih freshie, semua boleh.. Ok, sebab mat malas nak tulis, aku salin jee dari blog Ben eks..

  1. Buat satu entri baru ..
  2. Letak Header image sebagai tanda pengenalan ..
  3. Tulis tajuk : SAYA SUKA BLOG AWAK LA ! dan linkkan ke entri ini....
  4. Sila PILIH 5 BUAH BLOG YANG KORANG SUKA SANGAT MASUK BACA .. PILIH DENGAN BIJAK !
  5. Sila beri penjelasan kenapa korang pilih blog tersebut ..
  6. Sila tulis , SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG ....
  7. Sila pergi ke blog yang korang pilih tadi tu .. dan masuk ke ruangan komen .. Tinggalkan komen di situ .. komen tu hendaklah ditulis " SAYA SUKA BLOG AWAK LA .. " dan tinggalkan url entri korang di situ ! Entri yang korang buat segmen ni .. OK ?
  8. Kemudian , barulah tinggalkan url korang kat entri ini .. entri segmen korang tu ..
Erkk kurang lebih laaahh, baca dengan teliti eks...tu mat kopi pes dari blog ben, apa2 masalah boleh YM dia...orait...salammm sayang dari DTS - Mat Gebu




KUE TEOW SUP AYAM "DARA"......PERGH!!.

sup
Salam senja semua, hahaha umur pun dah nak senja ni...Minta maaf lah terlewat beno gamaknya letak N3, maklumlah hari ni jadual tu agak ketat sikit..Uikk, heran ke?..Tah apa lah yang sibuk sangat kan si mat tu, dok kat rumah jee, mana ada sibuk..Aloooo achik, kita ni bekerja dari rumah siaa, habih tu kalau tak kerja mana nak cekau duit beli barang2 semuaaa...haaa sah ada yang kata aku kaut duit dan gherta mak bapak kan?...Huk alahh, memang lah depa ada duit, tapi mat gebu guna sendiri punya hasil okey..awass molot memasing jangan capoi! ((tapikan ada juga my beloved bonda bagi, dia prezenkan mat gebu teko antik...wahh..pecah lobang guaaa ni hari!)..

sup2
Amacam kue teow sup tu, nampak sedap tak?..Faham2 kalau ada yang geleng2 pala, kata "biasa2" jee.,,haha, releks, mat gebu tak marah, sebab memang mat suka masak yang biasa, kalau yang luar biasa ingat ramai ke nak mencuba...harammm. Kalau yang duduk2 kampung macam kawasan kampung mat yang terpencil ni, sah2 ada yang tanya, "apo bondo ni yang oii!". Sebenarnya kan kue teow tu hanya alternatif siaa, bagi mereka yang nak guna mee hoon atau mee kuning atau pun makaroni, silakan tak de hal sendiri nak santap, buat apa ikut citarasa orang lain, janji anda, suami/isteri dan anak2 anda suka sudahh lahhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung jenis "dara"
3 biji kentang
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1/2 inci lengkuas, diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia tua
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus (jintan manis)
1/2 camca teh jintan kasar (jintan putih)
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN (SAMPINGAN) :-)
Kue tewo/mee kuning/mee hoon secukupnya
Hirisan daun bawang
Hirsan daun sup
Bawang goreng
Taughe, dicelur sedikit
Tauhu, goreng dan hiris
Cili kicap (tumbuk halus cili padi 15 - 20 biji + bawang putih 1 -2 ulas + kicap manis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat ikut suka, saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji. rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masuk ayam dan gaul rata. Tambah daun sup dan masak ayam hingga kecut. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan bawang goreng dan kentang. Sederhana kan api dan masak hingga ayam empuk dan kentang lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika perlu tambah air sedikit lagi sebagai kuah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang sup ayam bersama isi2nya. Letak bahan2 sampingan dan hidangkan bersama cili kicap sebagai penyedap rasa...hmmm, penggsannn!!

MUFFIN MEE MAGGI....BOLEH LAHH.....

mf1
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan ke, ok mat letak N3 secepat mungkin, sebab ada benda nak diuruskan. Ok ni resipi R n D, mat tak boleh jamin rasa dis sedap ke tak, tapi so far not bad lah. Tadi kan mat tiba2 nak cuba test mee maggi dibuat ala2 muffin, dan resipi mat cedok dari pelbagai sumber dalam blog DTS. Hasilnya agak memberangsangkan juga. Mat guna mee maggi perisa kari. Jumlah yang dapat tu bergantung pada saiz muffin cup, jika besar dapat sikit, dan jika comel2 dapat lah banyak. Boleh juga dihidangkan bersama cili sos atau apa2 sos kegemaran anda...

Amacam, cun tak?..Hehe, bila dah sejuk, ia lembut jee. Minum dengan kopi panas pun sedap. Cuma dalam gambar tu tak berapa nak nampak lah mee maggi dia, huhu. Lagi satu, mat guna sosej ayamas, kalau anda nak guna udang segar yang dipotong kecil pun ok, tak de masalah. Nak tambah keju parut atas dia pun boleh, tapi mat rasakan, tak payah pun tak pe, nanti muak. Oh yeaa ingat tak N3 "kalau ben 3 ribu....mat 7 ribuu!!..itu adalah antara resipi yang ben ketarakan pada mat dulu, pasal kerjasama ini, hingga timbul kes skandal Mat-Ben. Sekarang BA ada letak satu resipi diblog beliau, nak tau klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perisa kari
2 biji telur
100 ml susu segar
1 camca besar mayonnaise
1 biji sederhana bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris halus
1 pokok kecil daun bawang, hiris
2 camca besar mentega, dicairkan
1 cawan tepung naik sendiri*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh gula halus
Secubit garam
1 batang sosej ayamas, didadu kecil
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Mee maggi dicelur lembut, tos dan biar sejuk, ketepikan.
  2. Satukan tepung bersama sosej, bawang besar, cili merah, perisa kari (dari dalam paket maggi), secubit garam, mee maggi dan daun bawang yang dihiris. Gaul rata2.
  3. Dalam bekas lain, satukan susu, gula telur, mayonnaise, mentega cair dan kacau hingga sebati dan gula larut. Tuang ke dalam no 2, kacau dengan spatula hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, tabur dengan hirisan daun bawang untuk hiasan dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan panas atau sejuk mengikut citarasa masing2...Selamat mencuba..

Wednesday, November 24, 2010

PUFF ROSEL BERANYAM.

ppf2
Salam semua, hmmm seperti biasa, N3 sebelum tidur, alahh macam tatau kan mat gebu, selagi terdaya, kalau ada bahan, mesti mat update blog. Bukan lah traffic agenda utama mat, tapi kan mat anggap blog DTS ni ada "JIWA"...ingat yea jiwa bukan "KHALID JIWA". Petang tadi sajalah nak test jem rosel yang sepupu mat bagi, dia buat sendiri, rasa dia sedap lah, ala2 blueberry. Terfikir juga gaya macam mana lagi yea nak buat pada pastry puff ni, hmmm..jadi mat terbayangkan ketupat, beranyam, jadi tadi mat try lah buat...ok juga cun, cuma pastry tu tak boleh susuh rapat2 sangat antara satu sama lain, nanti dia tak jadi fluffy atau naik gebu macam mat gebu..hehe...Oh yeaa, terima kasih pada blogger"Kak Sofi" atas N3 dia mengenai DTS di HM..klik sini..

ppf3
Bahan2 dia senang dan ringkas, mat guna puff pastry jenama "KAWAN", boleh beli di Tesco dan kedai2 baking. Ianya mudah digunakan, dan boleh dipelbagaikan inti, nak manis, nak pedas, semua ok. Kalau lah anda ada masa, dan rasa ter rajin, boleh juga buat sendiri macam mat pernah buat sekali dulu kat sini...., tu jam masa tengah rajin, sekarang ni kurang dah rajin....Ok jom kita lihat bahan2 dan macam mana lah mat anyam benda alah ini...

BAHAN-BAHANYA :-)
Puff pastry jenama KAWAN secukupnya (saiz 4 inci x 4 inci)
Jem rosel secukupnya
Kuning telur + 1/2 camca teh esen vanilla, kacau rata (untuk disapu)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil 1 keping pastry, kerat dua, ketepikan. Ambil sekeping lagi, kerat kepada 6 jaluran sama saiz. Ketepikan 3 jaluran, bakinya dikerat dua dan guna 5 bahagian sahaja. seperti gambar pertama di atas (tu untuk 1 puff rosel yea).
  2. Sudukan 1 1/2 camca teh jem rosel atas puff pasty, kemudian susun seperti dalam gambar rajah, anyam seperti ketupat atau pun tikar mengkuang. Kemudian tekan tepi2nya degan garfu. Alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur + esen vanilla atas puff yang telah siap tadi. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit tau hingga kuning keemasan. Hidupkan kipas jika oven anda ada fungsi tersebut. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.