BEN ASHAARI

Sunday, October 31, 2010

AGAR-AGAR GULA MELAKA.

Agar-agar gula melaka
Salam semua, N3 terakhir untuk bulan Oktober 2010. Agar2 gula melaka ni ada banyak nama, ada tu panggil agar2 santan, agar2 lumut ada juga yang panggil agar2 gudel..hmm tapi hakikatnya benda sama atau hampir sama. Pada mat lah kali ni mat buat agak kurang cantik, hmm betul kata orang2 tua, apa2 pun sekali kita buat di dalam dunia ini, mesti ikhlas dan diiringi dengan senyuman...Hmm, malang sungguh mood agak kurang baik, tapi keinginan tetap berkobar2. Sapa kata mat gebu yang sering berceloteh tah hapa2 di blog dan di FB, tak de masalah. Adaaaa....tapi biarlah ianya menjadi hal peribadi mat gebu sendiri... Perasan tak N3-N3 sebelum ni pun mat ada selitkan perasaan sedikit kekecewaan...hmmm, malas nak ingat2..gerammmmmm!

P1230419
Perasan tak agar2 tu rupa tak berapa cun kan..kalau betul2 ia akan membentuk 2 lapisan, satu jernih dan satu bahagian lagi seakan2 mendapan. Mat rasa lah kan, mesti sebab santan tu belum mendidih sehingga menbentuk gumpalan2 kecil. Yang ni mat guna serbuk agar2. Yang pernah buat dulu guna agar2 tali (disini...). Apa2 pun rasanya tetap sedap dan lemak berkrim. Sedap dimakan sejuk. Tergerak hati nak buat bila nampak kat blog kak ummi kuantan, di sini.... Ok lah mat letak juga resipi dia yea...Salam sayang dari DTS - Mat Gebu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 gram agar2 serbuk
60 gram gula melaka, dipotong kecil
1/2 cawan gula pasir (yang ni ikut tahap kemanisan yang anda mahu)
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh pewarna coklat
800 ml air
200 ml santan
1 biji telur gred B
3/4 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gula melaka, pewarna coklat, gula pasir, daun pandan, serbuk agar2 dan juga air, kacau rata dan masak hingga gula larut, rasa jika kurang manis tambah sedikit lagi, biar mendidih. Tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Sementara itu satukan telur bersama santan, esen vanilla dan garam, kacau rata.
  2. Tuang santan tadi ke dalam agar2, masak dengan api perlahan, kacau sedikit. Biarkan santan tadi menjadi seakan2 gumpalan kecil.
  3. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas sesuai. Biar hingga hilang wap panasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk dan mengeras. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan...

WHITE PURPLE ROSES = 3333...TERIMA KASIH.

Syukur alhamdulillah, walaupun rasa diri tak berapa nak bess, tapi DTS hari ini telah melengkap kan ke satu angka yang agak menarik iaitu 3333, terima kasih pada follower yang melengkapkan nombor tersebut iaitu "Noor Faradina" dari blog "White Purple Roses". Sebelum ni seperti yang anda sedia maklum, jiran sepagar mat gebu, Ben Ashaari terlebih dahulu merasai 3333 tersebut, N3 beliau ada disini.., sapa lah tak kenal BA tuu, betul tak?. Pada semua juga mat ucapkan terima kasih tak terhingga, moga kita dapat bertukar2 idea dalam dunia berblog ini. Akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu....


PEPPERMIINT MUFFIN WITH CHOCOLATE

peppermint muffin with chocolate
Hmmm, kenapa yea rasa malassss..eh silap2..tak boleh kata malas, bunyi dia tak sedap didengar. Hmm kenapa yea rasa kurangg rajinn sangaattt?...Haha, sedapp sikit didengar, betul tak. Hari ni mat cuti masak..alahh cakap je cuti, tapi masak juga, biasalah nama pun mat gebu, cakap tak serupa bikin punya olanggg...Apa yang penting mat dah masak, nak makan ke tak itu terpulang, tak de paksaan, aku kadang2 jemu dahh, asyik nak jaga hati orang jeee...frust weyyy..mana boleh tahann..makan diri!!. Untuk mengisi ruang N3 blog hari ni mat letak resipi "peppermint mufffin with chocolate". Ini resipi oter dari resipi yang ada, biasalah, nak cipta resipi baru kita bukannya pro...cuma amatur saja..

P1230402
Tapi kan rasa dia sedap dan harumm, cuma jangan terlebih esen pudina, kang takut berangin satu badan..hehehe, coklat pulak mat guna seperti gambar dibawah tu. Kalau nak guna coklat masakan pun ok, tak de masalah. Ianya lembut dan rasa agak ringan tak delah macam "heavy" sangat. Satu adunan boleh dapat 10 biji, ini bergantung pada saiz muffin cup yang anda guna, kalau guna yang kecil, dapatlah lebih. Hmm, apa lagi yea nak tulis...rasanya sampai sini je dulu, kita semak resipi...

Contoh coklat yang mat gebu dalam resipi ni...makan macam tu memang sedap..adehh macam mana lah tak gebu, tapi i makan jimat yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega
85 gram gula halus
2 biji telur gred A
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak)
80 ml susu segar
30 gram coklat susu, didadu kecil
Beberapa titik perwarna hijau muda
2-3 titik esen pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, jarak masa antara 1 biji telur ialah seminit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
  3. Masukkan pewarna hijau muda dan esen pudina, putar sebati. Akhir sekali masukkan coklat susu tadi, gaul rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...

KARI AYAM KERING ALA RENDANG

P1230388
Seperti mat janji pada N3 nasi dagang tu, ok kali ni share pulak resipi ayam. Masak kari kering ala2 rendang. Simple dan mudah, bahan tak banyak. Kalau ada ikan boleh lah masak gulai yang betul2, tapi tak de. Satu lagi pada mat lah memasak ni perlukan kreativiti, maklumlah ada kala bukan semua bahan2 cukup, jadi pandai2 lah modifey, cuma pasti kan bahan2 tu tidak lah tersasar jauh sangat. Resipi mat ni betul2 macam masakan bidan terjun, dengan tak de kerisik, daun kari pun aku malas nak letak, tapi kalau letak lagi sedap. Cuma daun kunyit tu dah ada dalam pasu tepi rumah, mat gebu rembat jee lahh pakai.. Ok mat tulis yea resipi dia..Lagi satu kan sebelum tidur tu, cuba baca n3 ni....lumayan beb!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.

Saturday, October 30, 2010

NASI DAGANG.

nasi dagang
Salam semua untuk mengunjung blog DTS, dah minum petang. Ok kali ni mat letak nasi dagang, tapi kan, ikan tongkol tak de pulak, ada ayam saja, boleh jee lah. Cuma resipi ayam tu malam nanti yea mat letak, kang semua all out melopong leer mat gebu, tak dak N3 dahh. Bagi mereka2 yang dok diam dan berasal dari belah negeri2 pantai timur macam Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian daerah Johor seperti Mersing, mereka dah biasakan makan nasi dagang, cuma yang mat tau di Kelantan nasi dagang dia ada bercampur beras bewarna coklat. Sebenarnyakan nasi dagang ni iras2 nasi lemak, cuma berkukus. Kali ni mat campur nisbah 1.5 : 1, iaitu 1.5 beras wangi dan 1 bahagian beras pulut, kedua digaul, cuci dan rendam 4 jam. Ok jom kita tengok macam manalah mat gebu masak agaknya kan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram beras siam wangi
200 gram beras pulut
600 ml santan segar*
3/4 camca teh garam*
1/2 camca teh gula*(*disatukan dan kacau rata)
7 biji bawang merah, hiris halus
1 inci halia, hiris halus
1 camca teh halba
1 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Beras siam wangi dan beras pulut digaul rata, cuci beras, dan rendam 4 jam. Kemudian toskan. Panaskan kukusan, alas kukus dengan daun pisang, cucuk sedikit daun pisang tadi agar wap panas boleh lepas.
  2. Masukkan beras dalam kukus bersama daun pandan dan kukus selama 15 minit. Kemudian, alih ke dalam bekas. Satukan hirisan bawang merah, halia dan halba tadi, gaul bersama nasi. Tuang santan 1/2 bahagian, gaul rata dan tuang kembali ke dalam kukus. Sambung kukus selama 15 minit. Kemudian, keluar dan tuang baki santan, sambung mengukus 30 - 35 minit lagi.
  3. Bila nasi masak, kareh kan biar ianya berderai, masa ini nasi kelihatan agak lekit, tapi bila suam ia akan menjadi cantik. Hidangkan bersama acar mentah dan gulai ikan tongkol atau ayam...

CREAM PUFF WITH CUSTARD CREAM..

Cream Puff
Assalammualaikum, salam Sabtu. Apa khabar semua, tak pi mana2 ke?..Hmmm mat terpaksa lah bertapa kat rumah, tulah bak kata pepatah, kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Dah lah aku boring tahap cipan, lepas tu plan pulak rosak..menyampahh, leer..sabar2, jangan marah, tak baik..dosa..dosa...bak kata Ben sepatah. Oleh sebab boring macam gila, mula lah mat gebu membuat projek tah hapa2 kat dapur, semalam ingat tak ada N3 tat telur portugis?...Exceli mat buat sikit je, maka berbaki lah custard dia, hmm puas fikir nak buat apa, jadi mat simpan dulu dalam peti sejuk. Pagi ni dapat lah idea untuk menjadi nya custard filling untuk cream puff, maka mat gebu menderhakakan..dan hasilnya..aduhhh, sedap sehhh!!!...

P1230381
Cream puff ni pun mat buat sikit, tapi saiz jumbo macam mat gebu juga, besau2, nak cepat siap2..hehe. Dapat lah dalam 10 biji. Mula2 ingat nak drizzle dengan coklat cair, tapi kan, stok tak dak, habih dah. Sebagai alternatif, mat bagi kan salji atas dia....waaaa lawa juga kan, i likeee, cuma ni tatau sapa nak bagi perabih, sat tadi mat gebu dah melantak 2 ketul...ada lagi 8 nihh, sapa nak yeaa..hmm, Custard tu pun ada lebih lagi tapi sikit laa, setakat nak buat inti roti 5 - 6 ketul dapat sangat..wahh, projek lagiii...hehe..ok, jom mat share resipi cream puff ni yea..senang nihh..

BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

Friday, October 29, 2010

TAT TELUR PORTUGIS

tet telur portugis
Assalammualaikum, salam semua, sebelum mat tidur, nak letak satu N3 untuk idea anda buat pada hujung minggu ini. Pernah makan tat telur portugis?..Hmm, mat pernah dulu sekali, tapi tak ingat pulak beli dimana, agak berbeza dari tat telur biasa, selalunya tat telur portugis pastry dia agak rangup dan berlapis. Hmm, apa yea nak tulis lagi..rasa macam tak de mood langsung. Kadang2 mat pun bukan suka nak tulis keadaan kita masa tak berapa stabil, masa marah dan sebagainya, cuma mat macam tak de tempat nak meluahkan sesuatu yang terbuku dihati selain di blog, tak kesah lah sapa nak baca pun.....hmmmmm...

P1230374
Resipi asal dari majalah "RASA". Haa, tau tak, kalau kita ambik resipi dari mana2 sumber pun WAJIB, kita beri tahu. Sumber asal tu,dari mana mereka dapat bukan menjadi persoalannya.
Berblog ni pun perlu ada sikap amanah. Berbalik pada cerita tat ni, pada mat lah inti tat telur ni agak manis dan boleh kurang kan sedikit penggunaan gula. Untuk pastry tu amat mudah, tak perlu nak bancuh2 tepung segala, cuma gunakan kulti pastry puff yang selalu mat gunakan dalam blog ni...Hmm ok lah sebelum tulisan dalam N3 lebih bercelaru, bercampur aduk, jom lah kita semak resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kulit puff pastry secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream
50 ml air
40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)
1/2 keping keju chesdale, disiat2
1 camca teh esen vanilla
1 titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati.
  2. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hinga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.
  3. Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan...

MAT GEBU - BEN ASHAARI....JIRAN SEPAGAR..

Salam semua, sebelum apa2 ini N3 khas mat buat untuk mengelakkan kekeliruan antara Dapur Tanpa Sempadan dan juga Ben Ashaari . com. Bukan apa, mat buat ni saja lah untuk menjelaskan bahawasanya DTS ada lah milik Mat Gebu dan Ben adalah pemilik Ben Ashaari . com. Bagi mereka2 yang baru (seperti yang menulis dalam ruang komen N3 yang ini...) pasti ada kemushkilan kan. Terutama kekeliruan timbul bila melihat bawah header pada blog masing2 terdapat "feed" url blog kami, DTS dan BA. Itu semua adalah idea BA dan DTS telah dipelawa sebagai pelopor dalam idea terbaru beliau, Mat gebu seperti anda sedia maklum, mestilah dengan mangkuk tingkat biru atau tiffinbiru seperti gambar di atas tu..Tapi mat gebu bukan "mangkuk" yea..

Ok..nampak header mamat ketak2 kat atas tu?..Haa yang tu baru Ben Ashaari, blogger baru setahun corn, tapi penuh idea2 bernas. Kalau anda ingin kenali siapa kah Ben Ashaari, sila klik gambar tu dan anda akan dibawa ke blog beliau. Tiada n3 masakan (tapi sedikit masa lagi ben akan letak resipi..maggi sepesel BA...kann benn..), tapi N3-N3 berinfomasi dan juga cerita yang ada kala membuatkan anda berfikir untuk mengetahui erti kata yang sebenarnya. Mat gebu tak yah cakap lah, hari2 lepaking kat situ, dah jiran sepagar kan. Untuk blogger2 baru jangan terkeliru. Tapi jika anda meminta izin untuk menyalin resipi dari blog DTS, melalui Ben, mat izin kan. Akhir kata, salam sayang dari DTS - Mat Gebu untuk semua.

LAUK KAMPUNG JEE......KALAU LAH "DTS" TUTUP.

P1230363
Salam Jumaat semua, frust laaahh...rasa geramm, panas hati..arghh...orang tanya, mat gebu datang bulan ke...ha ahh ni aku memang tengah datang bulan, sampai tak boleh nak bendung lagi... Rasa nak cuti kan jee DTS ni, mat kan kadang2 stresss juga..tapi tetap bersabar, yelah selalu kalau nasihat kan orang kan main, terutama jiran terdekat tu, bila dia hangin, aku suruh sabar, bertenang dan releks, tapi kena kat diri sendiri..hmm allah je yang tau. Hari ni dalam sejarah, tahap kemalasan melampau muncul dalam benak hati mat gebu, sah2 iblis bertepuk riang. Masak?..yang tu wajib, orang tanya mat gebu, sapa makan masak banyak2?. Mat masak bukan lah banyak, tapi masak banyak jenis. Sampai satu tahap kalau mat dah jemu sangat2lah memasak, sah2 blog ni hanya ada resipi2 lama. Setakat ni mat gebu masih ok, insya allah..

P1230367
Hari malas mat gebu disulam pulak dengan kecelaruan blogger2 baru antara DTS dengan BA, boleh baca N3 kat atas tu. Mat kan malas nak cita pasal resipi hari ini, anda tengok gambar pun dah tau kan. Siput sedut tu dah berapa puluh kali masuk kat blog, tu lauk tumis air pun sama, budak darjah 6 pun pandai buat. Tapi ini cuma menambah idea sahaja, kita ni ada juga masa kepala tu sampai beku, tatau nak masak apa. Satu hari nanti kan mat nak cerita satu kesah sedih sorang suami ni, yang pernah mengadu pada mat. Mat gebu ni versatile orangnya, laki orang, bini orang, janda, duda, anak dara semua ku boleh layan...layan yang bermanfaat laa...bukan yang tak elok...Jangan kata mat gebu nak cari publisiti murahan pulak...hehe ((gelak pun terpaksa tuuu..huhu))..

GULAI SIPUT SEDUT...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok kecil keladi sayur
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci isi cekur*
3 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kerat hujung nya, anggaran 3 senggan, cuci kembali dan cedok keluar dengan tangan dan alih ke kalam tapis, toskan. Batang keladi dibersihkan, buang kulit luarnya, kerat2 dan cuci. Celur sekejap dalam air mendidih yang dicampur dengan asam gelugor dan sedikit garam. Toskan.
  2. Masukkan siput dalam periuk bersama asam gelugor, bahan kisar halus dan sedikit garam. Kacau dan masak atas api sekejap hingga. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan pati santan bersama batang keladi, kacau perlahan.
  3. Bila mendidih, tambah garam, gula secukup rasadan daun kunyit. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

TUMIS AIR DAUN MERANTI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun meranti
10 ekor udang sederhana besar
2 keping tempe
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
7 - 8 biji cili padi, diketuk (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sayur meranti diasingkan daun dari tangkainya, rendam dan toskan. Tempe dipotong sederhana besar, udang dibersihkan, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (yang ni agak2 lah yeaa..), masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  3. Masukkan sayur meranti tadi. Masak sekejap, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin...hmm sedapp...

Thursday, October 28, 2010

SAMBAL KERING SULUR KELADI

sambal kering sulur keladi
Salam semuaa, penatnyaaa.. apa lah agaknya...ada laahhh Ok petang ni nak share satu masakan yang mat suka, tapi ada risikonya. Pernah makan sulur keladi?..mesti pernah kan. Sekarang ni mudah nak dapat, dipasar2 tani atau pasar2 basah pun ada jual. Tapi kan kadang kala nasib juga, ada kala sulur keladi ni agak menggigit (terasa gatal bila dimakan), walaupun kita sudah melakukan proses sepatutnya sebelum dimasak. Apa2 pun insya allah, jika kita beli yang tersedia jual tu, kemungkinan besar jenis sulur keladi yang tidak akan mendatangkan rasa gatal lepas dicelur. Ok mat letak yea resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus sulur keladi, yang siap dijual dipasar tani atau pasar basah
10 - 12 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
1/3 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sulur keladi dicuci, toskan dan celur bersama asam gelugor dan sedikit garam hingga 1/2 lembut. Selalunya yang beli mereka dah siap siang, jika tidah anda perlu mengikis kulit luarnya dahulu baru dipotong2. Kemudian toskan. Ketepikan.
  2. Udang tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga perang keemasan, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan udang dan juga sulur keladi tadi, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..

IKAN TENGGIRI DUA ALAM.....PENGSANN!!..

Ikan tenggiri masak cuka
Salam smeua, hahah, terkejut ke tengok tajuk tu..alahh biasa lah, nama pun mat gebu, suka gurau2. Sebenarnya maksud mat, ikan tenggiri dimasak dengan 2 resipi berlainan, tu saja, jangan salah anggap pulak. Resipi ikan tenggiri masak cuka ni mat ambik dari blog Dr Liana yang cun, sekarang bertugas di Hospital Selayang. Lama juga mat tau dia, sejak beliau menuntut di luar negara dulu. Masa bulan puasa lepas mat masak ada masak resipi ni guna sotong, tapi kali ni guna ikan tenggiri. Sedap lahh, ala2 acar pun ada, macam sweet sour pun yea juga.Buat masa ni blog beliau kenalah berehat dulu...Pstt kalau nak blog aktif gila-gila punya of kos lah jiran terdekat mat gebu, kenal tak siapa?...alahh dia tuu...dia tuu lahhh...klik sini....

P1230356
Lepas ikan tenggiri masak cuka, abah mat pulak mesti lah nak ikan tenggiri masak kicap..wahh, macam mana ni, dua2 mat gebu sukaa..alahh pengsan lah macam ni..hahaha. Yang ni mudah memasaknya, semua orang pasti tau. Tapi kan masak kicap mat gebu ada campur madu, perghh sepesel, jangan memain..haha. Ok lah ni hari kan exceli mood nak update blog agak ala2 jee, malas, oleh yang demikian mat tulis lah resipi ala kadar ni yea...terima kasih semua sudi singgah.

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tenggiri
3 inci halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
2-3 biji cili merah hiris
5 biji bawang merah, hiris
4 - 5 camca besar cuka makan
1 cawan air,untuk kuah
1 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Gula dan garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Ikan tenggiri dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan, garing atau tidak terpulang pada individu. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan juga cili hingga layu, masukkan air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Tambah cuka, garam dan gula secukup rasa. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Masak sekejap dan rasa, jika ok, tuang atas ikan tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng...
IKAN TENGGIRI MASAK KICAP...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping isi ikan tenggiri
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
5 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu
1 camca besar madu
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 cawan kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh cuka makan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan, ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, madu dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan cuka dan juga ikan, masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato ceri. Gaul dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan hirisan daun..

Wednesday, October 27, 2010

BEBOLA UBI GORENG....BUKAN MAT YANG BUAT!!..

Bebola Ubi Goreng
Salam semua, bertemu kali terakhir...lepas ni nak tutup blog..sebab mat gebu "down" sangat..huhu, caya kee?. haha, tak lah mat gebu kalau kecewa pun cuma akan bercuti jee, malas lah nak nak tutup blog, ala2 jiran terdekat mat yang ada buat N3 pasal down sangat, nak tutup blog lah, eee, mak aii..pakkal dok jauh kalau dekat sini, nak ajeee "peeeeenggg' kan sekali, nyampahh, ramai orang bagi moral support, dia pi gatai2 nak tutup blog, geli telinga mat gebu mendengarnyaa!!. Sabar2..jangan emosi dia memain jeee..Ok nak share satu pasal bebola ubi goreng ni, sebenarnya kan ini bukan mat yang buat, tapi kakak sedara mat gebu yang bawak. Bila mat makan tadi, sama koo macam mat gebu buat...macam mana tu, sapa nak jawab?..

P1230346
Jadikan sebelum ianya hilang ditelan oleh mulut2 naga dan buaya, elok lah mat ambik gambar dan buat N3, boleh juga lah bagi idea untuk sarapan esok atau minum petang. Ini cuma ubi getuk, iaitu ubi yang direbus empuk, kemudian dicampur dengan kelapa parut putih, sedikit garam dan gula, lalu ditumbuk hingga lumat. Kalau nak goreng macam gambar diatas, kepal2 kan lah jadi bebola, nak sama saiz guna scoop ice cream. Lepas tu celup tepung dan goreng macam pisang goreng tu, makan dengan sambal kicap. Kalau anda orang Jawa mesti tau kan apa itu ubi getuk...hehehe...Ok mat berkongsi dengan anda resipi dia...

Bahan-Bahannya :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, gunakan kelapa sedikit muda
Sedikit gula halus
Bancuhan tepung untuk menggoreng (mat guna tepung gandum 3/4 cawan + Sedikit garam + 1 cawan air + sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit, gaul sebati hingga tidak berbintil2 @ bancuhan tepung beras seperti untuk menggoreng pisang)
Sambal kicap

Cara membuatnya :-)
  1. Ubi kayu dikerat2, kupas kulit, cuci dan belah2, rebus bersama sedikit garam hingga empuk. Toskan dan letak dalam bekas. Campur sedikit gula (anggaran 1 camca teh) dan juga kelapa parut putih. Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata. (Kalau tak nak goreng dengan tepung, boleh alih ke dalam loyang, tekan2 hingga padat, potong dan hidangkan).
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola (mat gunakan scoop ice cream untuk mendapatkan bentuk sekata). Buat hingga siap. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi....

SICILIAN ORANGE CAKE.

Sicilian Orange Cake
Salam semua, petang ni mat share satu resipi yang telah dicuba oleh ramai blogger masak2. Dan mat teruja bila melihat MamaFami dan Kak Ina KL membuatnya. Resipi asal dari blog Rima dannn, kalau lihat Rima buat, masya allahh....cukup cantik dan memikat, pendek kata sesiapa melihat terus nak mencuba. Akhirnya kan mat gebu kalah juga, tadi mat try buat dan ianya amat mudah, resipi pun seakan resipi kek oren lembap yang mat pernah buat dulu. Cuma kali ni mat bakar dalam acuan kecik, sayang sekali melekat dan yang mat letak ni adalah hasil terbaik antara semua, kira ok lah kan. Kalau resipi rima, dia ada ising oren, pada mat ini akan menambah tahap kemanisan terlampau, jadi mat cuma drizzle kan dengan coklat sahaja. Apa2 pun terima kasih pada pemberi idea dan resipi...Sebelum tu, resipi dibawah ni telah mat kurangkan 1/2 dari resipi asal..harap maklum...

BAHAN-BAHANNYA:-)
125 gram mentega
125 gram gula halus (mat letak 100 gram)
125 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred B
3/4 camca teh parutan kulit oren
40 ml jus oren
Sedikit parutan kulit oren untuk hiasan

BAHAN AISING :-)
65 gula aising
2 1/2 camca besar jus oren

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bunt-pan saiz mini dengan mentega, ketepikan. Putar mentega bersama gula halus hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, dan putar rata.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti jus oren tadi. Putar rata dan sebati. Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Bakar selama 35 - 40 minit bergantung pada oven masing.
  3. Bila masak, biarkan sekejap hingga suam, boleh keluarkan. Boleh juga gunakan tin bulat berukuran 8 inci dan alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas dan tin tadi dengan mentega...

GREENDAY SPAGHETTI.....MAAF JIKA ANDA BOSAN.

Greenday Spaghetti
Salam pagi Rabu, wahh dahh Rabu saja, hari ni mungkin tak de N3 lauk, sebab apa?...sebab mat gebu cuti masak, jadi mat masak apa yang aku nak saja. Orang lain pandai2 lahh. Sarapan spaghetti lagi.. hahaha, pening ke?..macam jemu eks?..tak pe lah ini blog sapa? ...pandai!, ni blog DTS milik mat gebu kan, jadi tak de paksaan untuk anda menyukainya. Kita blogger2 ni manalah boleh puaskan hati semua orang. Tapi setakat ni alhamdulillah, pengomen di DTS semua nya jenis bersopan, berhemah dan tidak sekali pun melontarkan komen2 busuk. Kalau anda ada singgah di blog jiran terdekat DTS, Ben Ashaari, pasti anda terbaca N3 beliau pasal "Komen"... Pada mat kalau nak beri komen pun biarlah ikut akal dan fikiran, jangan ikut nafsu dan emosi. Oh ye, sebelum terlupa, nak juga ucap terima kasih pada blogger "Oh Oeya" atas N3 beliau mengenai resipi mat gebu yang tersiar di Jelita November 2010.. Syukur alhamdulillah dan terima kasih pada Puan Lily Haslina..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus
1 biji tomato hijau, didadu
1 biji kecil tomato hijau, buang biji dan hiris
4 biji buah green olive, hiris
10 biji jeruk capers
8 helai daun selasih
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
1 helai bau leaf
1/2 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, dihiris
1 biji green jalapeno chili (cili hijau mexico, guna cili hijau biasa pun ok), buang biji dan hiris
Serbuk lada hitam yang baru dikisar, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus dalam air mendidih bergaram hingga lembut. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan bawang putih, cili jalaopeno dan 1/2 dari tomato hijau yang didadu tadi. Kisar hingga hancur. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang holland dan bay leaf, kacau hingga bawang layu. Masukkan bahan kisar hancur tadi bersama kiub pati ayam, kacau rata dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan buah zaitun, capers dan tomato hiris bersama spaghetti. Gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun selasih serta serbuk lada hitam, jika suka..

NASI GORENG CENCALOK.....DARI MELAKA.

Nasi Goreng Cencalok
Cakkk!!...hahaha dah nak masuk tidur ke, night still young already nak terbongkang ke?.. Ok, N3 last sebelum mat tidur (tu pun kalau boleh laaa...), nak letak siang tadi nya menu, sebab mat letak malam, nanti esok boleh lah mencuba. Kali ni macam biasa mat buat "Nasi Goreng Cencalok"..sedap nihh...nak lagi sedap, biar pedas. Lepas tu kan masa nak makan, perah sedikit jus limau kasturi...adoii makk....hmmm malas nak komen..lupa kejap masalah. Biasanya kan untuk nasi goreng ni, kalau dapat nasi tu dimasak jangan terlalu lembik, nanti nasi goreng anda tidak akan menghasilkan nasi yang sebutir-sebutir. Selalunya pada mat beras wangi agak kurang sesuai utk nasi goreng, kalau beras super tempatan atau basmathi lebih elok dan cantik. Eh, ini tergolong dalam "Nyonya Delacacies", maka kena lahh pantun sikit..

ACAR DIGAUL BERSAMA CUKA,
BOLEH DIMAKAN DENGAN SEGERA,
CENCALOK SANTAPAN ORANG MELAKA,
MENJADI MASYHUR SELURUH NEGARA..

BAHAN-BAHANNYA ;-)
3 cawan nasi semalam, dileraikan
1 1/2 camca besar cencalok, buang sedikit airnya
1 cawan isi ayam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
2 biji telur
10 biji cili padi
4-5 biji ceri tomato
6 biji cendawan butang, hiris
Kicap cair jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masukkan daging ayam dan cili kisar. Biar hingga masak. Masukkan cencalok, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Pecahkan telur, biar sekejap dan kacau hancur.
  2. Masukkan nasi dan cili padi hiris, gaul rata. Besarkan api dan masak sambil digaul. Kecilkan semula api. Rasa nasi tadi, jika kurang masin tambah sedikit kicap cair.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh perah limau kasturi sebelum dimakan.

Tuesday, October 26, 2010

SAMBAL TUMIS IKAN PARI

sambal tumis ikan pari
Salamm semua, petang ni mat letak lah resipi biasa2 lagi. Sedia maklum, blog mat gebu ni kan masakan yang mudah2..senang2 dan kira sesiapa saja boleh memasaknya. Ada juga yang nampak rumit, yang tu mat pun mengaku, kena ambik masa untuk menambah "skill". Kalau setakat masak sambal macam ni mesti semua boleh. Lagi satu kan, memasak ni kita kena peka pada deria rasa dan bau, teknik kawalan api juga penting..kalau tak percaya, tanya pada semua pakar2 masakan, mesti depa kata betul. Tak pe, lama2 nanti mat pasti yang baru2 berjinak ke dapur akan mendapat kemahiran memasak...

BAHAN-BAHANNYA ;-)
300 ikan pari, potong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
4 camca besar cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, belah 6
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap bersama jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat.
  3. Tambah bawang besar belah dan juga ikan pari tadi, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan boleh diangkat. Hidangkan..

AYAM PONG TEH....NYONYA DELICACIES.

P1230319
Assalammualaikum semua, jumpa lagi bersama N3 mat gebu di pagi Selasa... Uikk kejap..kejap...waaa..tengah hari laaa...aduhh, lembapnya si mat nihh, maklumlah semalam kan mat tidur tak sampai 30 minit kooo, tatau pesal, bukan ada masalah apa2, cuma mata tak moo lelap, kata "sis_linn", tah2 koo minum sarang burung, tu pasal tak bley tidur..erkk...nasib baik mat gebu tak terbangkan....hahaha, mana leer boleh naik tinggi..terhempas ada lah. Ok ni hari mat masak ayam pong teh, salah satu typical peranakan nya masakan. Ala2 masak kicap tapi guna pes taucho dan letak kentang. Ni semua masak pagi, lepas tu ada lagi, tapi yang lain tu mat share kemudian lah...ok kalau dah peranakan, kena lah berpantun...

DONDANG SAYANG PUSAKA LAMA,
JADI HIBURAN BABA & NYONYA,
AYAM PONG TEH DIBERI NAMA,
LEPAS RASA TERTANYA-TANYA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 inci halia, tumbuk halus
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
20 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
1 inci halia, dititik
3 - 4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam dalam air
10 kuntum cendawan butang (mat guna yg dalam tin jee)
3 biji cili merah, dibelah tapi tak putus, rendam dalam air
1/2 cawan taucho, dihancurkan
1 pokok daun sup, potong kasar2
1 liter air
2 camca besar kicap cair
2 camca teh kicap pekat
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam tadi dengan 1/2 camca teh garam, serbuk kunyit dan halia tumbuk hingga rata, perap 1 - 2 jam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan halia titik hingga harum, masukkan taucho dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air, jus asam jawa dan masukkan kicap pekat, kicap cair, kentang dan cendawan butang. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daun sup dan kecilkan api. Renih 25 - 30 minit hingga ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan sedikit gula dan belahan cili merah. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan....
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna dalam 600 gram ayam sahaja, lagi satu kan lauk ni mat suka makan esoknya sebab lagi sedap. Resipi diatas mat copypaste dari resipi lama yang ada di N3 lepas... Jadi jika ingin mencuba, anda boleh buat separuh dari bahan2 dalam resipi..

Monday, October 25, 2010

TAPAI UBI BERSANTAN

tapai ubi bersantan
Anda suka tapai ubi ke...atau tapai pulut?...Hmmm, kedua2 nya mat suka, tapi tapai ubi feberet mat. Ini ada lah hasil dari tangan bonda ku, biasalah duduk di kampung, bahan2 mentah agak banyak, jadi tu yang macam2 projek, ada kala mat gebu sampai macam nak pitam, melihat benda2 ni semua. Mat kan suka juga makan tapai ubi dengan santan, tapi guna santan yang cair tak pun ganti dengan susu cair. Yang paling utama, air gula harus direneh perlahan bersama 2 helai daun pandan bagi membangkit kan keharumannya. Lepas tu harus dihidangkan dingin bersama air batu...hidang masa cuaca panas..perghh, mesti macam nak lagi...nak lagi...dan..nak lagi...Resipi mat tulis agak2 saja lah yea. Tiba2 kan teringin nak menjual pantun....ada sesiapa sudi membeli?...

RASA SEDAP SI JERUK KELUBI,
MAKAN SAMPAI TAK HENTI-HENTI,
ANTARA TAPAI PULUT & TAPAI UBI
YANG MANA SATU PILIHAN HATI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Tapai ubi secukupnya
Santan kelapa segar secukupnya (atau boleh ganti dengan susu sejat + air)
Sedikit garam
Air gula yang dimasak bersama daun pandan
Ais kiub secukupnya
Hirisan strawberry sebagai hiasan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan sedikit garam ke dalam santan(atau susu), kacau rata. Tapai ubi diletak dalam bekas sesuai, tuang santan secukupnya. Masukkan air gula secukup rasa, kacau perlahan.
  2. Tambah ais kiub dan hias dengan hirisan strawberry sebelum dihidangkan sebagai pencuci mulut....Selamat mencuba..

CATATAN MAT GEBU :- Ada sedikit penambahan, permintaan dari sorang pengunjung blogger iaitu "NUWEY" dari blog "Mommy Fabulos" bertanya pasal cara2 membuat tapai ubi, ok disini mat sertakan link N3 yang ada tertera cara2 membuat tapai ubi, klik sini.....

HONEY MUSTARD PRAWN

Honey Mustard Prawn
Hmmmm...sedapnyaa udang, gatalnyaaa...tapi tak pe, makan ubat yea lepas tu, haha..Ok petang ni nak share satu resipi mudah, campak2 pun jadi, lagi satu kan ni sesuai lah kalau nak buat BBQ ke atau saja2 macam mat gebu ni, dasar tak sedar diri!!...makan juga udang tu walaupun alergi. Sebenarnya mat kan gerammm..gerammm dan gerammm..tengok udang, jadi godaan dia kuat, sampai mat gebu ter cair. Resipi ni mudah, dah mat tak delah sukatan yang tepat, cuma agak2 saja.. Tapi satu je, udang tu mesti yang segar, baru lah lagi seedapp...dah lepas sedapp, kena lah pi klinik pulak..part yang tu hmm macam teramat malasss jee kan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1 pokok kecik, daun ketumbar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 1/2 camca besar "english mustard"
1/2 biji lemon, perah jusnya
2 camca besar madu
1 camca besar minyak zaitun
Garam jika perlu
15 batang kayu pencungkil gigi, rendam sekejap

BAHAN ACAR KOBIS :-)
1/4 biji kobis bulat, hiris halus2
1/2 biji bawang besar, hiris halus2 (kalau dpt bawang india yang warna merah gelap)
1/2 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dipotong muncungnya dan kakinya. Cuci bersih dan lap kering2. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 kecuali garam dan pencungkil gigi. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan udang tadi, gaul dan perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan udang. Cucuk badan udang tadi dengan pencungkil gigi, tujuan biar udang menjadi lurus masa dipanggang. Buat hingga siap. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak zaitun. Panggang udang tadi hingga berubah warna pada kedua2 bahagian dan udang masak.
  3. Kemudian angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan saki baki bahan perap dan tambah sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Ketepikan.
  4. Letak acar kobis dalam pinggan sesuai, ratakan. Susun udang tadi dan curah dengan no.3 atas udang. Hidangkan segera. Pastikan anda mencabut pencungkil gigi pada udang sebelum dimakan...

CUCUR NASI IKAN BILIS

Cucur Nasi Ikan Bilis
Assalammualaikum, salam Isnin semua, dah sarapan ke..erkk dah jam 11 lebih, sah2 dah sarapan kan. Pernah buat cucur nasi?..Mat tu hari jalan2 ke blog "Sinar Kehidupan" milik kak Yatie yang cantik jelita lagi awet muda tu. Terus tergoda. Malam tadi masa chat di YM dengan jiran terdekat mat gebu, mat asyik teringat nak cuba buat jee....tu yang usahakan juga pagi ni. Betul koo kata kak Yatie, sedapp, lembut dan yang penting dah sejuk pun lembutttt...Yang bess apa tau, masa suam2 tu kulit luar dia rangup tapi dalam dia gebu, macamm mat gebu, haha..

P1230296
Kata abah mat, dulu2 masa dia kat kampung, masa kicik2..pernah mak sedara tua dia buat cucur macam ni, kreatif kan. Terima kasih pada kak yati sudi share resipi. Kalau ikut resipi kak yati, mungkin jadi dalam kuantiti yang banyak, memandangkan mat gebu cuma ada secukupnya nasi sejuk semalam dan mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini, Oh yeaa..mat ada satu benda harus anda baca diblog jiran mat gebu, Ben Ashaari...bukan apa jangan keliru pasal DTS - BA. Ada yang minta izin nak salin resipi dengan Ben...haha, tapi ok juga, Ben wakil dari DTS...kalau dia izinkan bermakna mat gebu juga memberi keizinan sama...apa2 pun ni penting, baca yea nanti....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.
CATATAn MAT GEBU :- Ok, sekali lagi mat nak pesan sangat, jika mereka yang baru2 nak cuba memasak, gunakan sudu yea untuk menjemput adunan, dikhutiri minyak panas akan terkena jari2 halus anda (yang anak2 dara okey), nanti dahh tak lawaa... Lagi satu, masa goreng tu, jangan bagi anak2 menyibuk kat dapur...bahayaa!!!..itu saja, sekian, salam sayang dari DTS...

KONTROVERSI "SAJI".....BERAKHIR.

Salam semua dan syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya pihak majalah saji menepati janji mereka. Rentetan peristiwa yang berlaku antara blog tiffinbiru dan juga manjalah SAJI boleh anda baca di sini....dan di sini..... Setelah beberapa panggilan mat buat, janji demi janji diberi, dan akhirnya mereka membuat permohonan maaf dalam majalah SAJI, November 2010. DTS juga ingin memohon maaf pada kakitangan SAJI, atas kekasaran bahasa yang mat gebu ucapkan. Tujuan "kekecohan" ,bukan untuk meraih publisiti apa tah lagi mengejar glamour, mat lakukan semata2 untuk mempertahankan hak DTS, dan juga teman2 blogger kami yang lain, terutama blog masak2 agar mereka juga tidak sewenang2nya diperlakukan seperti apa yang berlaku di tiffinbiru. Adat kita orang2 melayu jika nak sesuatu harus ada tatatertib dan budi bicara..

Sebagi bukti sah mereka telah memohon maaf, mat sertakan cetakan yang tertera pada muka surat 43. Pada pihak saji anggap lah ini satu pengajaran, jangan cemarkan kredibeliti anda sebagai salah satu majalah tersohor di Malaysia dengan mem"plagiat"kan hak orang lain. Dengan seikhlas hati saya Mat Gebu pemilik blog tiffinbiru.blogspot.com memaafkan atas kesilapan yang pihak SAJI lakukan.... Akhir kata salam sayang untuk semua dari DTS-Mat Gebu...

Sunday, October 24, 2010

MASAK LEMAK vs MASAK SINGGANG..

lemak cili padi ayam kampung
Salam semua, buat apa tu, hujan tak tempat anda semua?..Kampung mat dari pagi cuaca mendung, dan sekarang tengah hujan. Elok juga, masa2 jerebu ni kan hujan turun. Perasan tak tajuk tu, masak lemak vs masak singgang, ada dua jenis masakan berbeza satu tu bersantan dan mesti lah kolestrol agak tinggi, yang lagi satu masak singgang serani, kita tumis juga tapi guna minyak sedikit dan ada rasa masam..yang dah semestinya feberet mat gebu. Resipi mat letak pun yang biasa2 saja. Yelah yang mudah, pendek kata boleh lah bagi idea pada mereka yang sudi singgah. N3 semalam tu mat nampak macam tak berapa ok kan?..Jangan risau itu masalah biasa, kita kan manusia, normal lah ada masalah..kalau semua asyik OK jee, macam tak thrill pulak hidup ni...

singgang serani
Yang atas tu mat masak lemak cili padi ayam kampung, tah kenapa bonda 2 hari lepas sembelih ayam kampung milik nya, banyak juga dalam 4-5 ekor dan besar2 koo. Memandangkan ayam2 ni ayam otai, kenalah mat masak dalam periuk tekanan. Perihal singgang serani tu, mat pasti semua dah tau kan, banyak kali mat letak resipi dia kat sini. Tapi tak kesah lah, kot2 ada yang tak dapat cari, boleh lah tengok yang ni pulak. Ikan tu terpulang, mat guna ikan pari, kalau suka, ikan kembong atau tuna pun sedap....Untuk semua, selamat menjamu selera, maaf jika ada terkasar bahasa...

LEMAK CILI PADI AYAM KAMPUNG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, anggaran 1kg, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji, rendam
4 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan cili padi kampung, jenis hijau*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci cekur (optional)*
1 inci halia*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/4 inci belacan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ayam tadi bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga ayam kecut, tuang santan cair dan masukkan sedikit air. Biar mendidih hingga ayam lembut. Masukkan asam gelugor dan kentang.
  2. Bila kentang empuk, tamba pati santan, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap lagi dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...
CATATAN MAT GEBU :- Oleh kerana mat guna ayam kampung jenis 'otai", mat masak dalam pressure cooker, dengan meleburkan semua sekali kecuali santan pekat, garam, gula dan kentang. Masak selama 20 minit, lepas tu, masukkan kentang, masak hingga empuk, tambah pati santan. Perasakan dengan garam dan secubit gula...dahh siap..tapi bergantung pada jenis periuk tekanan masing2.

SINGGANG SERANI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping ikan pari, pilih jenis lembut (pari helang)
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/3 inci lengkuas*
1/3 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
2/3 camca teh lada hitam biji*
20 - 25 biji cili padi*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci dan toskan. Belimbing buluh, dibelah 2 tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan asam gelugor dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan asam belimbing, masak sekejap, rasa, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Singgang ini agak masam, jadi siapa yang kurang gemar, boleh kurangkan bilangan asam keping tadi atau tak payah letak, memandangkan belimbing buluh pun sedia kala masam...

STRAWBERRY MOIST CHIFFON CAKE

strawberry moist chiffon cake
Salam hujung minggu semua, selamat pagi. Hmmm 2-3 hari ni kan mat rasa macam tak sedap hati saja, hari ni ok sikit dah.. Ntah lah kan, sebenarnya mat gebu amat takut sekali kalau ada kata2 dan usikkan yang membuat kan orang lain terasa hati, maklumlah, mat gebu ni ada kala terbabas juga sikit..harap maaf yea pada sesiapa yang terasa hati atau ada usik gurau mat gebu samada di blog atau di YM yang membuatkan anda rasa kurang selesa. Sebab semalam mat berada dalam tahap boring terlampau, maka mula lah melakukan kerja2 gila, tapi tak de lah sampai nak bakar rumah atau bunuh orang, cuma mat buat kek chiffon, resipi ni kan sebenarnya mat gamble habis, derhaka terlampau, tapi alhamdulillah menjadi dan sedapp....macam masuk bakul angkat sendiri kan...apa nak buat, memang dah sedap waa cakap sama lu beb!!!..

P1230275
Nampak macam kecut je, hehehe, sebenarnya mat ada campur strawberry segar yang didadu dalam dia, jadi bila dah masak, buah segar mesti jadi kecut kan, tu yang kek nampak macam ada lobang2 sikit. Ada juga yang bertanya mat pasal kek chiffon ni, tak perlu ke lanser tin dia dengan mentega atau minyak. Yang mat tau lah dari pengalaman membuat, memang tak perlu, sebab kita menggunakan acuan khas ala2 tube pan yang boleh ditanggalkan. Acuan ni memang untuk buat kek chiffon, kalau guna acuan biasa pun boleh, tapi bahagian dasar tin perlu disapu mentega dan dialas kertas minyak, tapi bahagian tepi dia tak payah sapu mentega. Lagi satu apa yang mat buat, bila masak saja, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan atas jaringan dan biar sejuk dalam keadaan terbalik...hmm ok jom semak resipi pulak...

BAHAN A :-)
4 kuning telur gred "B"
25 gram gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml susu segar
100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh strawberry emulco

BAHAN B :-)
4 putih telur gred "B"
60 gram gula halus
Secubit cream of tartar@ 4-5 titik jus lemon

BAHAN C :-)
6 - 7 biji strawberry didadu
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan tin chiffon bersaiz 9 inci, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati dan gula larut, masukkan semua bahan2 "A", kacau rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kental (bila mangkuk adunan diterbalikkan, putih telur tidak jatuh). Bahan "B"..
  4. Cedok 1/3 putih telur tadi dan gaul dalam adunan no. 2 dengan kaedah kaup balik. Masukkan baki putih telur dan gaul rata, pastikan guna teknik kaup balik. Masukkan strawberry yang didadu tadi dan kacau rata.
  5. Tuang dalam tin chiffon dan bakar selama 1 jam - 1 jam 10 minit atau hingga masak. Bila masak kek akak sedikit mengecut dibahagian tepinya. Keluarkan dari oven, terbalikkan atas jaringan dan biar sejuk dalam keadaan terbalik.
  6. Bila sejuk, sisip tepi kek dengan spatula besi atau pisau, keluarkan kek, dan sisip juga bahagian bawahnya. Terbalikkan dalam pinggan sesuai, kalau suka hias dengan strawberry segar atasnya...

Saturday, October 23, 2010

MEE SUP LAKSA....RAKYAT "FB" WAJIB TAU!..

mee sup laksa
Assalammualaikum, selamat petang semua...dah minum petang?..Tradisi minum petang ni rasa mat orang2 Inggeris yang mulakan. Tapi kita orang2 melayu pun ada, minum petang dengan kopi, ubi rebus dan sambal tumis.. Ok hari ni jom makan mee sup laksa. Sebenarnya tadi mat masak sup ayam kampung, nak sedap, guna ayam kampung jenis betina, kalau ayam dara lagi sedap. Lepas tu makan lah dengan mee laksa. Ini resipi mudah, semua orang boleh buat, tak de alasan kata susah.

Oh yea satu lagi yang perlu mat war-war kan, tadi Ben Ashaari ada bagi tau mat satu kempen di FaceBook ---> "Zero Negativity Day - 15th"...bukan kempan jual barang tupperware, atau pasal parti politik tapi ini mengenai satu kempen bagi mereka2 yang gemar ber FB, meluangkan 1 hari setiap 15 haribulan dengan tidak menulis pekara2 negatif pada wall masing2..mat gebu nak cerita banyak pun tak reti, tu cuma serba sedikit...lebih lanjut boleh lunsuri benashaari.com . Dah jom kita tengok resipi petang ni pulak..

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam kampung, potong kecil
4 biji kentang saiz sederhana, potong 4 setiap satu
1 pokok daun sup, potong kasar
2 kuntum bunga kobis, potong kecil
2 batang putij jagung, hiris serong
1/2 batang lobak merah, belah 2 dan hiris serong
1 camca besar bawang goreng
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam biji
1/3 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 inci halia

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, rendam dan rebus hingga lembut
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor (lupa letak.hehe)
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih, masukkan daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan masak hingga ayam empuk. Tambah kentang dan masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Masukkan jagung muda, hirisan lobak merah dan bunga kobis. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK MEE SUP LAKSA :- Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi ayam atas mee tadi. Letak hirisan tauhu, tabur dengan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan taugeh. Sajikan bersama sambal kicap. Hidangkan segera. Selamat mencuba untuk semua.

AKU MEMANG RASA TAK SEDAP HATI....

Salam semua, N3 selingan sebelum mat gebu masukkan N3 masak2. Jutaan terima kasih mat ucapkan pada semua pengunjung blog tiffin biru, sama ada lama, atau "freshie" yang sudi menjengah ke sini. Ibarat kata2 N3 lepas mat, tanpa dikau siapa lah daku. Kadang2 kan mat rasa terharu, sebab masih ada juga mereka2 yang sudi menjengah walaupun ada kala n3 hanya masakan ulang tayang. Buat silent2 readers juga terima kasih tak terhingga pada mereka dari DTS - Mat Gebu..( tapi kan serius lahh 2-3 hari ni rasa tak sedap hati, walaupun masih bergelak tawa...hmmm)...

Yang mat rasa ter gembira sikit bila, dalam minggu lepas, sewaktu hari bekerja Isnin - Jumaat, blog DTS dapat mengekalkan 6+ K UV...sebelum ni hanya 1 - 2 hari saya, hari selebihnya cuma 5+K UV. Sabtu dan Ahad tu biasa2 saja 3+K UV, itu pun syukur amat2 sangat, mesti ada yang kata..alaa DTS blog lama, sebenarya kan dunia blog ni ibarat kita membeli rumah, jika kita rasa seronok, bahagia, sudah pasti kita menjaga rumah itu dengan sebaik mungkin. Oh yeaa..terima kasih juga pada "Nuffnang"....hehe

Untuk blog2 yang telah turut serta menyumbang pengunjung ke blog DTS, terima kasih
banyak2. Terutama pada blogger masak2 seperti
"LG (lemongrass), Kak Liza, Kak Ummi Kuantan, Rozzan Singapore dan juga Hana. Pada jiran tedekat DTS juga..Ben Ashaari, terima kasih jua saya ucapkan. Kalau perasan refferal teratas dalam minggu tu, datang dari blog lama mat..blog yang penuh suka duka, cacian dan juga dipandang rendah pada masa itu..hmm kesah lama, biarlah menjadi kenangan.. Moga kita saling bantu membantu antara satu sama lain..Akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu...

SUP AYAM KUKUS.....RESIPI SIHAT.

sup ayam kukus
Salam semua, selamat pagi...Yelah kan, selalu mat gebu kalau masak mesti ada benda2 yang "kaya-raya", jadi ni hari nak share satu resipi sihat, kukus saja, lepas tu ada unsur2 kesihatan, boleh membuang angin dalam badan serta menghangatkan. Resipi senang, cuma yang perlu, kena perap ayam tu sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus. Sebab dikukus, ia tak guna air, kuah tu terhasil dari wap air kukusan berserta stok ayam itu sendiri. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi dan bubur. Boleh lah mencuba yea kalau ada waktu kelapangan. Jumpa di lain N3, insya Allah, dengan izin tuhan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, anggaran 1 kg
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 camca teh madu
1 pokok kecik daun ketumbar, hiris
2 batang serai, hiris*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar lada hitam biji*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas. Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.
  2. Panaskan kukusan, letak jaring atad mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki2 bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
  3. Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan...selamat mencuba...

Friday, October 22, 2010

NAK MENANG HADIAH BERNILAI RM 500?...

Salam..N3 selingan sekejap...Nak menang hadiah bernilai RM 500?....Mat Gebu malas nak tulis banyak, bebel banyak....nampak tu header blog siapa?. Kenal tak? Alaahh jangan tipu...takkan tak kenal itu olangg. Kalau rasa lah boleh, akan dan nak memang, Ben ada buat pertandingan atas permintaan penganjur..perghh siap ada penganjur..jangan memain..Ok, nak tau lebih lanjut cara2 dan syarat2nya..klik header "Ben Ashaar" tu... Ben.. jangan lupa pak tua nya 25%....masuk account yea..


INGIN MENGHIAS KEK....TAPI TAK PANDAI?..

Assalammualaikum...Hmmm rasanya dah berapa hari kan mat tak buat review pasal buku masakan. Ok petang ni mat nak share dengan anda dan anda dan anda semua, buku terbaru dipasaran, mat pasti ini antara buku yang menjadi pilihan pada mereka yang gemar menghias kek menggunakan buttercream. Buku tulisan Puan Amaruszati Noor Rahim ini diterbitkan oleh Alaf 21. Selalunya kami dikalangan blogger masak2 memanggil beliau dengan nama Kak Zati. Seingat mat hasil2 kerja beliau sudah lama dikenali ramai terutama mereka2 yang berada disekitar pantai timur, yelah kak zati sendiri menetap di Pekan, Pahang.

Mat tau pasal kak zati ni dari FP beliau dulu. Kalau nak tau ramai dah anak2 didik beliau yang berjaya dalam bidang penghasilan dan mendeko kek, datang dari seluruh Malaysia, tah2 dari Brunei dan Singapura pun ada. Kulit buku amat menarik dan ada daya tarikan sendiri, perasan tak puan berbaju oren tu?.Itu lah kak Zati, awet muda kan, kalau tak silap mat, beliau juga seorang novelis..erkk kalau salah betul kan yeaa..hehe

Buku ini dijual dengan harga RM 21.00 bagi semenanjung Malaysia dan RM 24.00 bagi Sabah dan Sarawak. Berbaloi dengan harga, buku dengan panduan langkah demi langkah serta teknik membuat corak menggunakan buttercream, ada tersedia. Paling utama, resipi membuat pelbagai jenis Buttercream. Projek2 kek yang agak mudah diikuti dan paling utama senang difahami. Satu yang paling mat suka ialah teknik mendeko kek untuk tahun baru cina...hmm lawaa dan menawan. Mat memang syorkan pada mereka yang baru nak berjinak2 dalam menghias kek, mendapatkan buku ini. Akhir kata terima kasih mat pada kak zati dan moga berjaya yea...Untuk lebih mengenali kak zati, boleh lah ke blog beliau di sini... . Akhir kata salam sayang dari DTS - Mat Gebu.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.