BEN ASHAARI

Thursday, September 30, 2010

KETUPAT GORENG PEDAS

Ketupat Goreng Pedas
Salam semua, hmmm malas nak update blog, tapi kan kalau tak masukkan apa2 N3 rasa macam tak sempurna hari tu. Bergantung juga lah pada keadaan, kalau ada hal2 yang tak boleh nak dielakkan, terpaksa lah tak masukkan apa2 N3, atau pun buat auto publish. Kadang2kan kita sebagai blogger dan manusia biasa perlu terima hakikat..sesuatu yang kita berkongsi dengan orang lain tak kesah lah samada info atau pun resipi, perlu ada ke ikhlasan. Walaupun satu hari mereka yang pernah menagih pertolongan dengan kita dulu, melupakan kita bila mereka berjaya. Pada mat lah, mat tak akan letak satu expectation yang tinggi pada seseorang tu, maksudnya, kalau kita beri yang terbaik, mat tak pernah harap menerima balasan yang terbaik juga dari mereka...kita kenalah terima hakikat bahawa manusia cipataan Allah ni bukan semua sama dari segi pemikiran....betul tak apa mat tulis nih..

Ketupat Goreng Pedas
Ok, hari ni mat habiskan baki ketupat nona yang tersimpan dalam peti sejuk, adalah dalam 6 ketul saiz kecil. Terfikir juga nak buat apa lah kan, tadi pagi tengok dalam peti sejuk, keluarkan apa yang perlu dan dengan tidak disengajanya terjadi lah "ketupat goreng pedas". Tapi guna apa yang ada je, jadi tak nampak vogue sangat kan. Mat ada letak daging, kalau tak suka boleh ganti dengan daging ayam atau udang. Kalau nak letak taugeh pun sedap kot, tapi yang ni mat cuma letak kobis dan capsicum hijau...adehh darurat lahh, guna apa yang ada jee...Ok jom mat share resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji ketupat "Nona" saiz kecil, dibelah 4 setiap satu.
150 gram daging batang pinang, hiris kecil, cuci dan toskan
1 batang kek ikan, hiris
1/2 biji capsicum hijau, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar
2 biji telur
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
5 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 cawan air
Secubit gula
Kicap cair secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar, cili sos thai, sos tiram dan kiub ayam, kacau rata dan tumis hingga garing, masukkan daging, kacau dan tuang air. Biar hingga daging lembut.
  2. Masukkan fish cake dan capsicum, tambah sedikit kicap cair dan gula, kacau dan masukkan kobis tadi. Gaul rata dan tambah ketupat tadi, kacau hingga mesra. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras.
  3. Kemudian gaul ketupat tadi bersama telur. Tambah sedikit kicap pekat bagi mendapatkan warna menarik. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Rasa jika kurang masin, tambah kicap cair. Angkat dan tabur hirisan daun bawang, bawang goreng serta belahan limau kasturi sebelum dihidangkan...

Wednesday, September 29, 2010

CHESDALE MUFFIN DAN KHASIAT SUSU.

Chesdale Muffin
Salam semua, buat apa tuu, hmm, lepas2 raya ni, agak malas nak masak. Makan pun yang mudah2 saja, macam singgang ikan dan sayur2. Tapi hari ni mat tergerak nak buat satu resipi chesdale muffin. Resipi ni mudah dan sedap. Serta berkhasiat sebab mengandungi keju dan susu didalamnya. Bercakap pasal susu, anda semua minum susu?...Hehehe..mat sendiri kalau susu segar tak boleh nak minum, sebab tak tahan dengan bau "kelembuan" nya, kecuali susu tepung atau yang telah diberi perisa. Tapi susu khasiatnya banyak, untuk membentuk gigi, daya tahan tubuh yang kuat dan sihat serta memelihara tulang kita sekuat "besi"... Penting juga untuk ibu2 mengandung mengambil susu sebagai hidangan wajib. Disamping itu buah2 juga penting, mat pernah juga dengar, buah "Lai" boleh menurunkan tekanan darah tinggi....ehem ehem...HEBAT kann...

Chesdale Muffin
Jadi disebabkan itu mat buah lah muffin yang boleh dikategorikan sebagai sihat juga lah..tapi kalau koo makan sekali hadap 5-6 ketul, khasiat lain pulak timbul. Muffin ni senang, lepas tu kan lembut, boleh juga dimakan bersama sos cili atau apa2 sos yang anda suka. Hidangkan tika minum petang atau sarapan pagi. Bawak berkelah pun boleh, untuk majlis hari jadi pun sesuai, pendek kata versatile lah senang cerita. Kalau nak banyak guna muffin cup saiz comel2. Yang mat buat ni dapat lah dalam 8 biji. Tu pun mat gebu bedal 1 1/2 ketul...hmmm susah lah sebab sedapp..kalau ikut kan hati 3 biji anytime boleh jalan...sabar2....hehehe....dah siap2 ke, mari kita lihat resipi senang ni....

BAHAN A :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk jintan manis

BAHAN B :-)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair "Ideal"
2/3 camca besar gula halus

BAHAN C :-)
1 biji bawang besar, didadu dan goreng dengan sedikit mentega hingga layu, sejukkan
1 pokok kecik daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, belah, buang biji dan dadu kecil2
3 keping keju chesdale, didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 "A", gaul rata dan ayak 2 kali. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "B", kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.
  3. Masukkan semua bahan "C" ke dalam no. 2 tadi, gaul rata. Masukkan no .1 dan gaul perlahan hingga semua sebati dan mesra, jangan gaul lama2.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan muffin keemasan.
  5. Sapu mentega cair atas muffin panas sejurus dikeluarkan dari oven, jika suka. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh hidangkan untuk sarapan atau minum petang....Selamat mencuba!..



IKAN PARI SALAI MASAK LEMAK CEKUR.

ikan pari salai masak lemak cekur
Sebelum mat gebu masuk beradu, nak share lauk last yang mat masak siang tadi. Anda makan ikan pari?..Kalau tak makan, tak pe, boleh ganti dengan ikan lain, kalau guna ikan air tawar pun sedap, ikan keli atau ikan haruan, ikan tilapia pun sedappp. Bila kita berblog, dalam fikiran tu macam dah di set, ok, sekian masa apa2 hal pun mesti update at least 1 hari 1 N3, bagi blog masak2 laaa..blog jenis lain tu mat tak pasti. Tapi kalau jenis blogger aktif macam Ben Ashaari, anda sendiri pun tau kekerapan dia mengupdate blognya dengan N3-n3 baru. Jadi kalau sekali2 mat gebu selitkan dengan N3 lain harap anda semua faham lah yea, mat gebu pun ada kerja lain, bukan dok mengulit laptop dan masukkan N3 baru setiap masa, berblog masak2 ni kerja dia lebihhh woooo...seriuss!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*
1/2 camca teh minyak masak*
10 biji belimbing buluh
2 batang serai, dititik
300 ml pati santan
500 ml santan cair
1 helai daun kunyit, dicarik
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung yang hijau
1/2 inci kunyit hidup tua
1 inci isi cekur
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat sederhana besar, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih, toskan dan lumur dengan bahan2 bertanda (*), kemudian panggang dalam oven selama 25 minit pada suhu 200C sehingga ikan kelihatan keperangan pada kedua2 bahagian. Belimbing bulu dicuci, belah dua setiap biji tapi jangan putus. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, serai titik dan juga santan cair, kacau rata dan didihkan. Masukkan ikan pari tadi bersama asam gelugor. Masak sekejap.
  3. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Tuesday, September 28, 2010

SUP AYAM KAMPUNG

Sup Ayam Kampung
Assalammualaikan, salam semua, hari ni Selasakan?..ha ah laaa, ishh bahaya ni hari pun dah lupa, nasib baik nak tulis N3 tak lupa lagi. Hari ni nak share satu lauk yang senang, walaupun nampak menyelirat bahan2 dia. Lepas2 raya ni makan sup ayam sedap kan, lagi2 lahh ayam kampung, nak pulak dapat ayam "DARA", yang tu memang feberet mat gebu, ayam dara ni kalau dibuat sup, manis rasanya, kalau ayam jantan pulak sedap dibuat gulai atau kari. Tapi kan mat pernah dengar dulu dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman, dia kata kalau nak sembelih ayam kampung, kena tangkap dan kurung 3 hari, dalam tempoh 3 hari tu, kena bagi makan jagung, sebab ayam kampung yang bebas ni kan makan segala maknikam benda, ni kira proses pensucian segala toksid2 lahh...Ok walaupun anda dah tau nak masak macam mana, mat letak jugaa resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  4. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...

2929.....BUKAN NOMBOR EKOR...

Salam semua, N3 selingan sebelum mat letak N3 masak2 nanti yeaa...Wahh tadi baru perasan follower blog masak2 mat gebu dah "2929"...lama juga nak dapat banyak tu, yelah blog masak2 kan..bukan femes mana, hangat pun hanya bermusim, terutama bulan Ramadhan dan awal Syawal. Lepas tu jadi lah seperti hari2 biasa.. apa2 pun syukur alhamdulillahh..

Teringat mat pada salah satu N3 Ben Ashaari berjuduk "Bantu follower dapat traffic??"...boleh baca disini... Mat pun terhutang budi juga dengan Ben (HEBAT LAHH!!), kalau lah kami tak bekerjasama, rasa2nya sukar juga mat nak dapat follower ramai, yelah blog budak2 muda mana laa yang suka blog macam ni, kecuali lah kalau ada gambar2 artis atau cerita2 sensai masakini. Jadi pesan mat, walau pun kita blogger lama, dan rasa agak selesa, jangan mudah mendabik dada....perlu merendah diri dan mengaku kekurangan kita...tak salah dan rasa mat kita akan lebih dihormati dengan sikap begitu..

Akhir kata terima kasih pada semua, hmm dah macam buka blog masak2 pulak kan..sabar yeaa, insya allahh N3 akan datang ni berkisar pasal masak2 dan benda2 yang bersangkut paut dengan dunia masakan....salam sayang untuk semua...Mat gebu macam nak pitam dah tengok pinggan mangkuk, kuali dan periuk!!...

Monday, September 27, 2010

SUP SARANG BURUNG GINSENG

Sup Sarang Burung Ginseng
Assalammualaikum, salam semua...Hari ni tak de resipi, sebab mat masak yang biasa2. Kebetulan masa mat tulis N3 ni, tetamu baru saja beransur pulang....Tetamu datang bawak rezeki. Rumah kami dikunjungi tetamu dari 1 hari raya hingga ke hari ini, dalam jarak waktu itu, kalau tak silap mat cuma 2 hari saja tiada tetamu yang singgah, hari2 lain pasti ada, paling tidak pun 1 keluarga. Konsep rumah terbuka tidak ada dalam kamus mat gebu, kecuali akan melaksanakan rumah tertutup tak lama lagi..hehe. Sebenarnyakan mat rasa tak sedap hati lah sehari dua ni, tatau lah kenapa,...hmmm,..Tak pe lah kita tinggal kan dulu kesah2 tak bess..

Ok hari ni nak share sup sarang burung yang mat minum, sebenarnya kan ianya hadiah dari pakcik cina kami masa mereka datang beraya tu hari. Terisi dalam 6 botol comel yang disusun kemas dalam kotak, dah yang pastinya logo halal ada dan sahih, harga kalau tak silap mat dalam RM 10 satu botol..,khasiat sarang burung ni banyak, ok mat share serba sedikit yeaa.. Antaranya...

  • Memutihkan kulit, memelihara penglihatan dan elok untuk mereka yang mengidap asma atau semput, ianya dapat memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru.
  • Zat kologen yang terkandung dalamnya juga dapat meningkat kan nafsu makan (tak relaaaa!), melancarkan sistem pencernaan dan melancarkan perjalanan darah.
  • Baik juga untuk ibu2 hamil, dapat memperkuatkan paru2 bayi, mempercepatkan proses kesihatan si ibu bila bayi dilahirkan dan juga mengurangkan sakit pada pinggang ketika hamil.
  • Untuk wanita jika dimakan secara teratur, dapat melambatkan proses penuaan, meningkatkan daya metabolisme dan memperbaiki struktur kulit, jadi tegang koo!!.
  • Untuk warga tua, dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan immune dalam badan untuk melawan penyakit, insya allahh...
  • Untuk kanak2, ianya dapat meningkatkan daya serapan nutrisi yang ada pada setiap makanan serta menguatkan paru-paru..
Wahhh macam2 kann...heheh..tapi ini semua dengan izin Allah swt...Insya allah, kita hanya berusaha dan berdoa...

MARHABAN WANITA 2010...SEDENAK.

Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni mat nak share semalamnya majlis marhaban wanita. Sepatutnya nak share juga kaum lelaki punya, tapi depa buat tu hari malam, jam 10, mat pulak dah macam ayam berak kapur, sangap2 je..tak dann lahh nak pi ambik gambar segala. Yang marhaban kaum hawa ni dibuat pada jam 3 lebih petang semalam, jadi dapat lah mat curi sikit sebanyak gambar2, tapi 4 keping jee. Kali ni agak lewat, selalunya dalam seminggu raya mereka dah mula kan majlis macam ni. Apa2 pun syukur alhamdulillah atas limpah kurnianya majlis berjalan dengan lancar walaupun sekejap. Di Johor, memang sudah menjadi kebiasaan diadakan majlis seperti ini setipa kali tibanya Syawal. Sebelum mat memulakan tugas memasak (waahh, macam lah nak masak kenduri kawen...erkk..kawen?..hehehe), kenalah kemaskan rumah dan memberi ruang sebanyak mungkin...settle dah seperti gambar di atas..legaaa ceQ...Ehh, mat gebu buat sorang2 yeaa....

Jeng...jeng...jeng, dengan magic nya, mat gebu dahhh siap masak. Jangan memain, bak kata Sue Joshua sepatah, mat gebu guna "orang halus"...sudah semestinya, sebab mat gebu "orang kasar", hehe. Menu amat ringkas sekali memandangkan kediaman kami rumah no. 4 para artis2 marhaban wanita singgah, sudah pasti mereka sudah diisi dengan makanan berat di rumah2 sebelumnya. Jadi mat gebu cuma hidangkan mee goreng mamak, lengkong sirap ros, ulam timun, juga buah oren dan air sarsi kurang manis sebagai pembasah tekak..uikk mana pulak gambar air nihh..ooo di lokasi lain..hehe....tak lupa jugaaa......

Saki-baki kuih raya yang masih tinggal. Ini kuih raya last yang ada. Lepas ni kena fikirkan alternatif lain jika ada tetamu datang beraya. Eh, kek lapis ada juga, macam mana boleh tak interprem pulakk..hmmm..tak pe lah..Aiman tak kesahhh....kann Aimann...

Maka tempat jam 3.15 petang, artis2 marhaban Sedenak seramai kurang lebih 35 orang termasuk kanak2 telah memulakan majlis. Tak masuk semua dalam gambar sebab mat gebu ambik dari posisi tepi..alah kamera cikai kooo, tapi ok lah kan not bad juga. Lepas bacaan doa dan segala tatatertib bermarhaban selesai, sessi makan2 bermula, tapi masa tu mat gebu telah lemas dikerumuni oleh makcik2 kantin dan juga akak2 dara....hehehe, biasa lahh resipi!!...Pada semua yang hadir mat ucapkan terima kasih, ampon dan maaf jika terkasar bahasa dan dengan hidangan ala kadar ini. Akhir kata mat sertakan dengan pantun lama yang penuh bermakna...
JIKA ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
JIKA ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI...

Sunday, September 26, 2010

SEXY STRAWBERRY MUFFIN

Sexy Strawberry Muffin
Assalammualaikum, wah wah wah wah...kalau ada perkataan "sexy" jee, ingat aweks lah kan, hahaha..alah ni resipi biasa2 jee, cuma nak bagi "vogue" kena lah bagi nama sensasi. Macam tajuk2 akhbar, berita dia ala2 jee, cuma tajuk dia amboihh kan main gempar habis. Lagi satu contoh tajuk yang gempar2...Blog Ben Ashaari tuu, perasan tak?...Apa? tak perasann..laa, tu tengok atas blog mat gebu ada feed url...tajuk kan main kan...cerita dia pulak..hmm, sendiri baca laah...mat gebu malass nak baca...hahaha...HEBAT LAHH!!.. Ok jom kita lihat resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti tinggi
170 gram gula halus @ kastor
4 biji telur gred A
350 gram tepung gandum*
20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
1 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem strawberry tanpa gula jenama "SMUCKERS")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur stau persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak watu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 camca teh jem strawberry di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

BLUEBERRY CHEESE CAKE DAN TETAMU

Blueberry Cheese Cake
Assalammualaikum, salam pagi Ahad, dan pasti hujung minggu anda dipenuhi dengan undangan rumah2 terbuka. Semalam Sabtu, mat menerima kunjungan blogger2. Terima kasih tak terhingga pada Kak Ummi Kuantan sekeluarga, Sue Joshua sekeluarga, Ayu sekeluarga dan juga yang ni kena sebut last..sebab apa?.....sebab dia ni HEBAT...hahaha, sampai pening dia memikir kan kes HEBAT nih...Ben Ashaari, anda memang HEBAT!!...terima kasih saya pada anda dan Azila serta baby Ammar yang comel kiut, juga ibunya (adik pada Azila) atas kesudian singgah ke pondok mat gebu. Ampon dan maaf jika terkasar bahasa dan terumpat kata. HEBAT LAHH!!!....Jom mat share sekali lagi resipi cis kek tapi kali ni mat guna base shortbread kukis + badam....Siapa nak habis lah baki cis kek tu...angkat tangan?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese
50 gram gula halus
200 gram "whipping cream"
5 kuning telur
120 gream tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 gram gula halus
Secubit cream of tartar
Bluberry filling secukupnya (boleh beli di kedai baking)
150 gram biskut shortbread, dihancurkan*
1 genggam badam keping, dipanggang harum dan ramas*
1/3 cawan mentega, dicairkan (kurang lebih)*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin springform berukuran 9 inci dengan mentega dan balut luar tin dengan aluminum foil. Ketepikan. Satukan bahan2 bertanda (*), gaul hingga boleh dikepal. Masukkan ke dalam tin tadi dan tekan rata hingga memenuhi dasar tin, padatkan. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, masukkan 50 gram gula tadi dan terus memutar, perlahan2 masukkan whipping cream dan putar hingga licin. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 100 gram gula tadi dan secubit cream of tartar, terus memutar hingga mendapat konsistensi "soft peak",bermaksud, bila mana bila disentuh, puncak yang terhasil akan terlentuk sedikit, tidak tajam menegak.
  4. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik. Gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 90 minit atau hingga masak menggunakan kaedah water-bath, iaitu dengan meletak tin kek tadi dalam loyang yang lebih besar dan tuang 3/4 inci air panas dalam loyang tadi.
  5. Bila kek masak, alihkan dari loyang dan biar tin kek dalam oven, renggangkan sedikit pintu oven dan biar kek sejuk. Kemudian simpan dalam peti sejuk 3-4 jam sebelum dihias dengan blueberry mengikut kreativiti masing2.. Juga boleh lihat resipi dengan langkah demi langkah disini.....

Saturday, September 25, 2010

PUCUK UBI MASAK LEMAK

Pucuk Ubi Masak Lemak
Salam semua, hehehe, sori yea, sepatutnya ni N3 semalam, tapi macam mana nak tulis N3, mata asyik melekat je bila berkelip. Lepas tu sampai menangkup depan laptop, membuta hingga jam 4.30 pagi. Sebenarnya kan pucuk ubi masak lemak ni mat masak untuk abah. Selalunya guna udang kering sebagai perencah tapi kali ni guna ikan bilis saja. Ikan bilis ni kan salah satu bahan utama dalam masakan orang malaysia. Bila kita campurkan dalam rencah2 masakan, ianya akan memberi satu rasa lemak dan sedap.. Ok jom....jom lahhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam ikan bilis, belah dua, buang kotoran dan rendam
4 biji bawang merah hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
500 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan secubit gual

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi, diasingkan dari tangkainya, celur hingga lembut sedikit, toskan, cuci dengan air sejuk dan perah. Hiris kecil2.
  2. Masukkan pucuk ubi tadi dalam periuk bersama2 bawang merah, bawang putih dan ikan bilis, tuang santan cair, masak hingga mendidih dan pucuk ubi lembut.
  3. Tambah pati santan, perasan dengan garam dan secubit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Lauk macam ni, wajib ada sambal belacan dan juga ikan masin atau ikan goreng...

Thursday, September 23, 2010

KARI HIJAU THAI

Kari Hijau Thai
Salam semua, hari ni mat akan ringkas kan apa yang patut, kalau sebut kari hijau thai atau thai green curry, mesti ramai yang tau. Baru2 ni mat ada berjalan2 ke blog "Kak Ida" yang pakar dalam memasak pelbagai jenis hidangan tempatan dan barat. Terbekenan sungguh dengan resipi kari hijau thai yang dihasilkan dari rempah buatan sendiri yang begitu unik. Hari ini mat laksanakan tugasan untuk merasa sendiri kesedapannya. Memang tidak dapat disangkal lagi, sedap dan rasa nya begitu segar, bonda mat suka. Cuma mat kekurangan daun ketumbar, dan juga selasih untuk ditabur atas kari hijau thai ini. Terima kasih jua mat ucapkan pada kak Ida atas kesudiannya berkongsi resipi menarik ini..bagi mereka2 yang gemar memasak dan inginkan kelainan boleh singgah di blog Kak Ida di sini..

BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
500 gram daging batang pinang
1 biji terung biru, didadu besar2
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk. Masukkan terung dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!...

Wednesday, September 22, 2010

KAK INA KL....BUAT HAL PULAK!!...

Salam semua, ok N3 selingan ni mat nak war-war kan pasal sorang blogger ni, siapa lagi kalau bukan geng masak2 dan juga jeng jeng jeng....salah....salah..bukan skandal yeaa..gila korang!!...Geng antik lahhh..kan kak.. Kak Ina KL pun kolektor set pinggan mangkuk lama juga macam mat gebu. Mat saja nak bagi tau, kak ina KL ada menganjurkan satu "Contest" Kenangan Gambar Open House Aidil Fitri 2010.....ingat 2010, jangan guna gambar 2009 pulak..

Hadiah dia boleh tahan hebat, sendiri tengok kat sini yeaa... Tapi seperti biasalah mesti ada "undeng-undeng" nyaa..alah korang, biasa lah nak apa2 mesti kena kerja sikit. Nak dapat duit iklan Nuff tu pun kena usaha tau tanya Ben, kalau tak caya..Ok mat letak syarat2 yang kak ina KL tetap kan yeaa...ready semua...jomm lihat...
  • Buat satu N3 pasal blog Kak Ina Kl....yang ni kena pandai2 lah yea.
  • Letak link blog beliau kat N3 tu..... pstt klik sini ada link N3 contest kak Ina tu..
  • Tinggalkan komen kat N3 contest blog kak ina, lepas tu jangan lupa link blog anda. Kat shout box tak kira okey..
  • Tarikh tutup pada atau sebelum 22 hb Oktober 2010, jam 12.00 tengah malam...erkk, takutt ada hantu!!...hehe
Ok..jom sertai sebelum terlambat..tapi mat gebu tak boleh laaa nak join atas sebab2 tertentu. Khidmat pesanan ini tanpa ada paksaan atau pakatan, mat cuma membantu secara ikhlas...Apa yang penting..kerjasama!!...Terbaru!!..Penaja bersama contest ini Mr Eyriqazz dan juga Mr Beautifulnara.....sekiann...


MEE GORENG MAMAK

Mee Goreng Mamak
Assalammualaikum, dah sarapan ke semua, jemput2 makan mee goreng mamak, tapi bukan mamak yang goreng, mat gebu yang goreng..hehe. Saja je, letak dari tak de N3, disamping nak tayang set pinggan lawa mat gebu..alahh kalau tak cakap pun ada orang kata macam tu, mat gebu selain masuk resipi, nak tunjuk set pinggan dia...haha, baik aku ngaku je awal2. Alaa, tu set biasa2 je, murah2 (kecuali teko tu). Sekarang ni kan, kalau makan mee goreng, atau apa2 jeelah, tekak macam lebih selesa minum teh yang diletak hirisan lemon, macam nyaman jee...tapi mat gebu sebenarnya kan hantu kopi, tu pasal kopi tetap di hati.. Ok jemput sarapan semua, jumpa nanti di lain N3, insya allahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
15 ekor udang sedernaha besar, buang kulit, cuci dan toskan
2 keping kek ikan, hiris kecil
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, angkat dan toskan
1 biji kentang kecil, kupas, dadu dan goreng, angkat dan toskan
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
3 kelopak kobis, cuci dan hiris kecil
1 pokok sawi, cuci, asing tangkai dan daun, toskan (tak letak..lupaa)
3 biji telur ayam, pecahkan dan kacau sedikit
3/4 cawan air
5 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap pekat
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh cuka makan (optional)
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan timun, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat, dan cuka makan (kalau guna), kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  • Masukkan tauhu, udang, kentang, fish cake dan tangkai sawi, kacau dan biar mendidih. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, dan masukkan telur, sederhanakan api, dan biar telur mengeras sedikit. Kacau sampai telur sedikit hancur. Gaul rata dan masukkan mee, kacau gaul hingga sebati.
  • Tambah kobis dan daun sawi, gaul dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair secukupnya hingga mendapat rasa yang anda ingin kan. Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata dan matikan api.
  • Hidangkan mee goreng mamak dengan taburan daun sup, hirisan cili, bawang goreng, belahan limau kasturi dan juga timun, sedap dihidang panas2 bersama sos cili kegemaran anda..Kalau mat gebu mesti lah sos cili "LIFE"...baru hidupp!!!...

Tuesday, September 21, 2010

SAMBAL DAGING BERSERAI

Sambal Daging Berserai
Salam semua, N3 terkahir malam ni sebelum mat gebu lena dibuai mimpi masak2..erkkk.., mat letak resipi "sambal daging serai"...Masaknya siang tadi, tapi letak malam, pada yang tak boleh makan tu mat minta maaf yea.. Abah mat sendiri tak boleh makan sebab ada gaout. Tu pasal mat gebu masak sikit saja. Ini baki daging hari raya lepas. Sebenarnyakan mat suka tau daging, tapi suka macam mana pun, kena lah berpada2, lagi kalau kita ni gebu, hmm, bahayaa!!. Mat rasa, kalau nak ganti dengan ayam pun sedap. Mat guna daging yang telah direbus lembut dan tambah dengan 1/2 cawan stok air rebusannya, nak letak santan pun ok, tapi mat tak letak sebab daging tu sendiri dan berlemak. Ok jom kita tengok resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging, hiris, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*(*direbus empuk)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ditoskan, asingkan 1/2 cawan stok air rebusan tadi. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan serai, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan cili sos, tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Tuang jus asam jawa dan air rebusan daging tadi. Tambah garam secukup rasa dan gula. Kacau dan biar mendidih hingga pekat dan sedikit kering. Masukkan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai.

LEMAK PUTIH 3 - T

Lemak Putih 3-T
Assalammualaikum..cakk!!, hahaha, nampak macam miang pulak kan bila buat macam tu..erkk, sori ek. Hari ni cuaca cerah dan berangin di Sedenak, hmm bila malam kan, serammm u sedenak, maklumlah tempat jin bertendang, pontianak bermaharaja lela dan langsuir bersorak sakan, tapi tu semua sekitar tahun 50-an dulu, harimau, gajah, rusa, kancil semua ada di Sedenak, arwah datuk mat yang ke sini sekitar tahun 1920-an, banyak menyimpan "rahsia" Sedenak itu sendiri.....Hari ni mat sebenarnya masak singgang ikan, tapi abah suruh masak lemak 3-T..apa itu 3-T?....hehehe..Taugeh, Tauhu dan Tempe, betul kann?...alah ni masakan semua orang pandai buat, cuma mat letak ni untuk anak2 dara yang baru berjinak2 didapur atau pun mereka yang baru je menikah, dan ingin mempelbagaikan sajian. Ha, nak pesan sikit, anda ingin tips untuk menjadi blogger yang lebih mantap..cuba bacan N3 Ben Ashaari yang ini... yang ini dan yang ini....fahami dengan betul tips2 diaa...serius nihh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g taugeh, buang ekor, cuci dan toskan (mat tak buang sebab taugeh kontot)
2 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
2 keping tempe, potong sederhana besar
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
200 ml pati santan
900 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan cair, bawang besar, bawang putih, udang kering dan tempe dalam periuk, jerang atas api hingga mendidih dan tempe lembut sedikit. Masukkan tauhu tadi dan kacau perlahan.
  2. Tambah taugeh dan juga pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan juga sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman....hmmm sedap i tell u Temahh!!!....hehehe..

Monday, September 20, 2010

IKAN CENCARU BAKAR RINGKAS

Ikan Cencaru Bakar Ringkas
Salam semua, jumpa lagi...adehh ayat skema betul, asyik tuu je, tak salam Isnin, jumpa lagi atau pun salam sejahtera. Apa2 lah kan, janji kata2 aluan tu ikhlas. Bila lepas2 raya ni, rasa2nya selera lebih kepada masakan2 yang ringkas dan cepat disediakan. Mat sendiri masak pun lebih kepada yang amat2 ringkas dan mudah, macam siang tadi masak tumis air dan juga bakar ikan cencaru, makan dengan sambal asam + budu..hehehe, sesiapa tak makan budu, tak payah lah letak yeaa. Kadang2 terfikir juga, letak N3 semua yang pernah letak dulu, ada ke orang nak tengok, baca dan mencuba...hmm pada mat, untuk n3-n3 di blog masak2, malas nak tunggu kita buat sesuatu yang istimewa saja, baru nak masukkan kat blog, apa yang fikir patut dikongsi, kita letak saja lahh, orang nak tengok atau tidak terpulang pada individu, mana boleh paksa2 orang masuk blog kita.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 -3 ekor ikan cencaru
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 camca teh minyak masak

BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
15 biji cili padi siam, kaler merah
2 biji bawang merah, dibakar hingga layu
1 inci belacan, bakar hingga wangi
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1/3 cawan jus asam jawa
Gula secukup rasa
1/4 cawan "budu" (optional yeaa, tak makan tak payah letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN BAKAR :- Ikan disiang bersih, tapi tak payah buang kulitnya, cuci bersih terutama bahagian perut ikan tadi. Lumur dengan kunyit serbuk, sedikit garam dan juga minyak masak, gaul rata. Perap sekejap (10 - 15 minit) dan bakar atas api bara sehingga ikan masak, anggaran 7 - 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga bakar dalam oven..
  2. UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :- Tumbuk, cili padi, bawang bakar dan belacan hingga lumat dan hancur, masukkan gula secukup rasa dan tumbuk lagi. Tuang jus asaym jawa, budu dan juga masukkan jus limau kasturi sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa yang sesuai pada tekak masing2.. Hidangkan bersama ikan bakar tadi, nak sedap sediakan ulam2man...

TUMIS AIR BOK CHOY & SOTONG

Tumis Air Bok Choy
Assalammualaikum, salam Isnin, apa khabar semua, uikk ada tu terlepek jee kat meja ofis, ngantuk ke?. Biasa lah lagi2 mana yang baru masuk kerja tu, saki baki cuti raya masih melekat dalam body, jadi ada sikit2 rasa 'lemau". Dan yang pasti undangan rumah terbuka mesti banyak. Secara jujur mat sendiri tak pernah seumur hidup buat open house kata omputih, sebab kat kampung cuma ada "rumah tertutup" sahaja, maksudnya bila orang tak dak kat rumah..hehehe. Ok ni hari nak kongsi lauk ringkas untuk mana2 yang kurang sihat atau yang macam nak pitam tengok lauk2 berempah...Jomm semak resipi senang nie..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram sawi bok choy, cuci dan toskan
200 gram sotong
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 - 6 biji cili padi, diketuk (mat tak letak, abah tak bagi)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi disiang, asingkan daun dan tangkainya. Sotong dibersihkan, buang kulit luar, dan dakwatnya, hiris bulan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya, anggaran 600 ml. Biar mendidih.
  3. Masukkan tangkai sawi, cili (jika guna) dan sotong tadi, masak sekejap dan tambah daun sawi. Perisakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok). Masak sekejap, dan matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng....

Sunday, September 19, 2010

SINGGANG IKAN BERPETAI

Singgang ikan berpetai
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 ringkas dan ulang tayang. Alaaa biasalah masak2 ni kan ikut keadaan dan mood. Lepas2 raya ni tekak lebih menerima masakan singgang dan juga yang ringkas2 saja. Tapi kan pada mat apa yang penting mesti "pedas", maksud pedas tu bukan lah sampai keluar asap kat telinga atau keluar api kat molot ala2 naga, cuma perlu ada kick atau menendang dalam bahasa melayunya..haha. Rasa2 mat singgang ikan antara resipi senang, ringkas dan kerap kali mat letak kat blog, walaupun resipi repeat order, tapi mat masak baru, bukan re-cycle yeaa puan2, tuan2 dan anak2 dara semua....Eh, tak boleh nak bebel banyak laa..hari ni pun ada tetamu kat rumah cik mat gebu!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol putih sederhana besar
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, dititik
4 keping asam gelugor
1/3 cawan isi petai
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm hirisan lengkuas*
1/2 cm hirisan halia*
10-12 biji cili padi merah, siam*
1 camca teh lada hitam biji*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Ikan dikerat sederhana tebal (ikut saiz ikan), cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk lumat dan serai hingga harum, tuang air secukupnya, masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan petai dan ikan tadi, tambah bunga kantan. Masak sekejap, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula, biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan segera selagi hangat...hmmm..

TAUGEH SOYA GORENG BELACAN

taugeh soya goreng belacan
Assalammualaikum, salam pagi Ahad, aduhh...terpaksa mengeluh ni, N3 yang sepatutnya mat letak semalam, tapi keadaan sungguh tidak mengizinkan. Semalam mat menerima kunjungan tetamu terdiri sedara2 mat gebu, terima kasih pada Puan Roszeta Kassim, suami dan anak2 serta Puan Dayang Ku Intan, suami dan anak2. Ampon dan maaf jika terkurang layanan dan terkasar bahasa. Dannn semalam juga kan mat sakit gigi...waaaaa, part ni memang aku tak tahan..berdenyut2 kooo, sakit kepala dan hangin kus-kus semacam jee, aku hot!..Nasib baik pagi ni dah ok. Saja nak kongsi lauk ringkas yang mat masak semalam. Jangan menyampah yeaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram taugeh soya, dibuang ekor, cuci dan toskan
20 ekor udang sederhana besar, buang kulit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji cili hijau, hiris serong
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkans sos tiram dan belacan, kacau rata.
  2. Tambah udang dan masak sekejap. Bila udang bertukar kemerahan, masukkan taugeh, kacau rata dan masak hingga taugeh layu sedikit. Tambah garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat.

Friday, September 17, 2010

SUP DAGING PEDAS MASAM

Sup Daging Pedas Masam
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia...Dah malam baru dapat masukkan N3 baru. Mana yang bekerja mesti dah mula kan tugas masing2. Tapi mat gebu masih menerima kehadiran tetamu, hari ni mat menerima kunjungan dari teman blogger Shaiza dan juga geng blog antik...Puan Azura, terima kasih mat ucapkan pada mereka berdua. Hari ni mat macam tak berapa nak selera lahh makan, tiba2 teringin sesuatu yang hangat, pedas dan masam. Bila tengok stok dalam peti ais, ada baki daging segar yang belum dimasak, hm habis fikir mat ambik dan mulakan projek sup daging pedas masam, waaaa, sedap koo tekak aku bila kena, cuma tu lah daging panas ni tak elok sgt yang ada tekanan darah tinggi dan gaout. Makan sikit tu ok kot, kata orang "ambik rasa", mat sendiri ngeriss nak makan benda2 macam nihh lebey2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging,hiris nipis, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 8
2 inci halia tua, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci kunyit hidup, hiris halus
10 biji cili padi, diketuk
Garam secukup rasa
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya untuk merebus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging tadi bersama, halia, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi ketuk. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga daging empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jus limau kasturi (yang ni bergantung pada tekak masing2, nak masam tambah lebih, nak kurang masam letak sikit yea). Kacau dan masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api.
  3. Senduk sup dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili padi. Hidangkan segera selagi hangat....

Thursday, September 16, 2010

MAGGI ASAM LAKSA DERHAKA

Maggi Asam Laksa Derhaka
Wawawawawa.......ni hari mat gebu makan maggi laaa..hahaha, habis lah idea dah kering kontang. Assalammualaikum semua, salam Khamis. Tau tak, sejak puasa tu hari lagi dah nak masak, tapi malas. Hari ni mat masak lah untuk menjamu tekak ku yang dah macam tak larat tengok kari dan makanan2 berempah. Tapikan pada mat, maggi tom yam dan kari juga yang sedappp..serius. Asam laksa ni ok lah..tu pasal kena derhaka mengikut selera tekak mat gebu. Satu rahsia mat nak bagi tau, masa makan tu seru2 sikit..sebut "sedappnyaaa aku masak ni hari!"...kalau anda masak sebut lah nama sendiri, jangan sebut nama mat gebu pulak...takut tersedak ai nanti..tak mo itu macam okeyy...pstt..jangan pingsan eks tengok bahan2 dia..hahaha..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket Maggi asam laksa
1 biji telur
1 kelopak kecil kobis daun, dicuci dan siang
1/4 cawan nenas yang dipotong kiub kecil
10 ekor udang sederhana besar
1/2 biji tomato, didadu
2 batang kacang buncis, hiris serong
1 batang serai, dititik
6 biji cili padi, dititik
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh cili kisar
Sedikit gula dan garam (jika perlu)
Air secukupnya
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan halus timun, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, serai, cili kisar dan cili padi hingga harum. Tuang air secukupnya (anggaran 400ml), masukkan perencah asam laksa (ada dalam pack maggi tersebut). Kacau dan biar mendidih. Perlahankan api dan pecah kan telur tadi. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  2. Tambah kobis daun, tomato, nenas, kacang buncis dan udang, biar masak sekejap. Masukkan maggi dan masak hingga lembut, tambah tomato dan rasa, jika perlu tembah sedikit garam dan secubit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api.
  3. Hias dengan hirisan timun, hirisan daun sup, bawang goreng dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera selagi hangat.....

SELAMAT HARI MALAYSIA!.

Assalammualaikum, hari ni 16 September 2010 merupa satu tarikh bersejarah bagi negara kita, selain 31 Ogos. Pada tarikh yang sama pada tahun 1963, satu pakatan telah dicapai dan terbentuknya penubuhan persekutua "MALAYSIA", yang masa itu "Singapura" turut serta, tetapi telah keluar dari Malaysia dan membentuk Republik Singapura pada 9 Ogos 1965...

Pada mat lah, benda2 sejarah ni harus kita ambik tau juga, terutama anak2..Bukan masa sekolah saja perlu kita tau (tu pun ter"paksa"), ianya harus ditanam sebagai satu pengetahuan AM, baru lah pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia lebih kental dalam diri masing2. Moga negera kita lebih aman dan makmur serta diberi perlindungan oleh Allah swt hendaknyaa..insya Allah..

Untuk lebih mengetahui tentang pembentukan "Malaysia" boleh lah klik di sini... dan juga sini..
Peta Malaysia diatas ikhsan dari sini...

Wednesday, September 15, 2010

MERAI KEHADIRAN "WARIS-WARIS".

Mat Gebu
Salam Rabu semua, hari ni dah masuk raya yang ke-6 dan siang tadi mat menerima kehadiran waris-waris kami yang berduduk diam di tanah Lukut Kota Tinggi Johor. Mereka yang berasal dari Labu dan juga Rembau, Negeri Sembilan telah berkelana lebih 100 tahun dahulu dan membuka sebuah penempatan di satu kawasan di Kota Tinggi yang diberi nama Lukut. Tanah sawah di Lukut hanya subur untuk jangka masa 100 tahun sahaja bagi membolehkan mereka bercucuk tanam padi..

Keturunan mereka masih mendiami tanah yang telah nenek moyang mereka usahakan dulu. Mereka2 ini adalah saudara pada arwah datuk mat yang berdarah "Suku Biduanda Waris", begitulah serba sedikit yang mat tau. Jam 9 pagi tadi mat menerima panggilan akan kehadiran mereka pada tengah hari. Dengan segala kudrat yang ada mat gebu menyarung apron cap kupu2nya dan bergegas ke "makmal"..ahaks..

Periksa semua stok yang ada dan masak lah apa yang dirasakan sesuai, memandangkan bahan2 pun cuma ala2 kadar je, jadi mat masak pun ala2 saja lahhh, antaranya.. "fucuk masak lemak dengan soo hoon", "sotong goreng kunyit", "sambal tumis udang petai", sambal cili hijau bilis tamban" dan juga "jeruk petai" sebagai pembuka selera....hmm not bad juga kan, yelah lepas2 raya ni makanan yang berempah agak kurang di tekak kita..Resipi cuma yang biasa2 jee, jadi tak payah tulis lahh..ok jumpa di N3 akan datang yeaa....salammm sayang untuk semuaaa...

ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH

Asam Pedas Ayam Berempah
Salam semua, hari ni dah masuk syawal ke-6, syukur alhamdulillah atas kesihatan yang allah kurniakan. Dari hari pertama raya sampai semalam mat masih menerima kunjungan tetamu yang tak putus2. Tapi kan, semalam agak mencabar, masa Yatt geng blogger antik mat singgah, bekalan elektrik putus di kampung kami, akibat ribut petang tu...lagi satu hal...air paip pun tak dak juga pada masa yang sama...ya allah..macam nak pingsan pak tua mu ini...tapi kan kalau cerita kat "sesorang' tu...menyampah koo, nak kena ambik tindakan drastik nihh. haha...Ok jom kita share resipi "asam pedas ayam berempah", rasa2nya resipi ulang tayang juga nih...."kamesah"..kan mamafami (haha, hanya aku dan dia saja yang faham!)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (anggaran 1.2kg), potong 18 atau ikut suka
2 biji terung bulat
2 batang serai
2 kuntum bunga kantan
1 1/3 cawan cili kisar
2 inci halia, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan lemon dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, belah 4 setiap biji dan rendam, serai dititik dan bunga kantan dibelah 2 setiap kuntum, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, halia dan lengkuas tadi, kacau dan biar hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan terung tadi (toskan dahulu). Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar hingga ayam masak dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi hangat...

Tuesday, September 14, 2010

MEE HOON GORENG MEWAH

Mee Hoon Goreng Mewah
Salam morning Selasa semua, dah sarapan ke u all?...Mat gebu dah sarapan yang biasa jee...alaaa, aku ni kalau sarapan yang biasa pun akan kelihatan "luar biasa"...hahaha, riaknyaaa mat gebu!...Selisih, mintak simpang malaikat dari sifat riak, takbur dan meninggi diri (dah aku rendah kan...jadi merendah diri leerr!!..eh tak rendah sangat..), Ini semalam nya tapi masukkan ni hari. Mesti ada yang kata. hukk alahh mee hoon aje, dah tu je aku masak, jadi tu je lah yang letak kat N3..kang kalau kosong je tak de N3 baru, mulalah ada yg buat spekulasi kata mat gebu sakit tenat lah, merajuk lah, makan hati lahh...betul tak? Jadi biar lah 1001 kali ulang tayang janji kita masak sendiri...Resipi mat dah kurangkan dari kuantiti asal.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon, celur sekejap hingga lembut
1/2 bahagian kubis bulat, hiris halus
1 mangkuk taugeh, buang ekor (tak letak, sebab kak Ct Delima tak makan)
1 cawan hirisan daging batang pinang
1 keping fish cake, hiris nipis
1 cawan isi udang
1/4 cawan cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar kicap pekat
2 biji telur, di buat "scramble egg"
Kicap cair secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan daging dan air, biar hingga daging empuk.
  2. Tambah fish cake, udang dan telur, kacau rata dan masukkan mee tadi, gaul rata2, gunakan api sederhana. Masukkan kobis hiris dan gaul lagi. Rasa dan jika perlu renjiskan dengan kicap cair sehingga mendapat rasa yang sesuai.
  3. Akhir sekalu masukkan taugeh, gaul pantas dan matikan api. Hidangkan mee bersama hirisan timun, taburan bawang goreng dan daun sup. Juga sos cili kegemaran....

SOTO AYAM..

Soto Ayam
Assalammualaikumm..Cakkk!!!, hehehe...sorry yea semua, mat betul2 sibuk, jangan ingat mat malas nak masukkan N3 pulak, keadaan memaksa sehingga nak jeling blog sendiri pun susah, lain lah En. Ben kita, dia lain beb!!...Jutawan blogger tuuu..seriuss waa cakap...hehehe..Ok, kita berbalik pada N3 ni hari. Mat dengan berbesar hati menerima kunjungan Sis Linn dan keluarga, Sue Joshua dan keluarga, Kak CT Delima dan Keluarga serta yang ni wajib yeaa hadir, kalau tak majlis tak berseri...sapa lagi kalau bukan Azman Ahmad atau Mr. Kasawari dan keluarga.. Mohon ampon dan maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan yang agak janggal di mata. Selamat hari raya...jom mat share resipi soto ayam, sah2 dah banyak kali buat, tapi tak kesah lah kann...

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...

Saturday, September 11, 2010

BERAKHIRNYA RAYA PERTAMA....2010

Assalammualaikum semua, salam sejahtera..Selamat hari raya..sekejap je habis dah raya pertama, ni dah masuk hari ke-2, macam mimpi. Semalam mat menerima kunjungan hampir 90 orang tetamu....waaaaa...pak tua mu ini terus menjadi bibik terhormat. Penat pun ada, tapi dah adat hari raya, tetamu datang silih berganti...apa2 pun itu kesah semalam. Hari ni mat baru lepas menyambut 3 rombongan tetamu, dan masih menunggu 2 lagi kumpulan lagi yang akan hadir dalam masa terdekat ni..erkkk...hehehe...

Tahun ni anak dara mat gebu behari raya di Sedenak dan dapat lah juga membantu dalam proses menghidang.. Tu nampk tak dalam pic, anak dara ku senang menyenduk lauk kari ayam untuk hidangkan bersama tetamu, gambar tu pun ihsan dari kamera anak sedara mat yang sulung, aku sendiri masa tu, tengah huru hara tak dann nak ambik pic masak2 segala, yelah time kita hidang2 tetamu pun ada, mana sempat..dan rasa segan pun ada juga...

Mat ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi berkunjung ke blog ini walaupuan N3 agak hambar, insya allah, mat akan usahana kan juga meletak resipi dalam masa terdekat ni..harap anda semua mengerti situasi sekarang ini yeaa..akhir kata selamat hari raya, berhati2 di jalan raya dan jaga diri yea semuaaa....Pstt..cun tak anak dara ku itu....ehem...ehemm....

Friday, September 10, 2010

RAYA TERAKHIR MAT GEBU...SERIUS KE?.

MAT GEBU
Sempena Syawal yang bakal menjelma sedikit masa lagi, Mat Gebu @ Adnan Ibrahim, ingin menyusun 10 jari memohon ampon dan maaf pada semua pengunjung2 blog tiffinbiru, sama ada yang nyata atau yang silent, pada follower2, teman2 blogger serta sesiapa saja, jika ada terkasar bahasa, kesat tutur kata dan ada coretan yang menyinggung perasaan anda semua. Maklumlah, mat gebu manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan, tapi syukur alhamdulillah, Allah memberi sedikit kelebihannya.

Pada mereka yang akan bercuti dan pulang ke kampung, pasti kan rumah anda berkunci, dan pastikan pihak keselamatan atau jiran tau anda tiada buat masa itu. Untuk semua kaum2 wanita yang comey, anggun lagi bergaya, elakkan memakai barang kemas terlampau meriah, takut nanti anda terbaring di wad hospital...takmo!..takmo!!, lagi satu nak pesan..Handbeg mahal berjenama tak kesah lah ori atau China mari, elok lah dibawa dengan berhati2, peragut tak kira raya kalau depa nak buat hal.

Bagi pemandu2 semua jaga lah diri anda dan keluarga, agar selamat sampai ke destinasi, ingat lah orang tersayang dan tersayang dan tersayang (kot2 lahh ada bini lebih dari satu...hahaha..), Moga hari raya tahun ini lebih bermakna, lebih meriah walaupun disambut dalam penuh kesederhanaan.. Mat doakan moga semuanya selamat dan insya allah jika dipanjangkan usia, disihatkan akal serta fikiran, blog tiffinbiru akan beroperasi seperti biasa... Untuk Kak Ummi Kuantan, Ben Ashaari dan Puan Azila juga, moga selamat sampai ke kampung halaman yea, Moga Allah swt merahmati kita semua, insya Allah...

Thursday, September 9, 2010

GULAI SIPUT SEDUT

Gulai Siput Sedut
Salammm semua, ada kah ini N3 terakhir mat gebu?...Hmm, tak boleh nak kata, sebabnya, hari ni Khamis masa yang begitu ketat teramat sangat...Mudah2an dipermudahkan segala urusan, kalau ada kelapangan nanti mat share pic orang2 yang datang beraya ke pondok mat gebu, tapi mat gebu...hehehe tak boleh leer interprem, bahaya, nanti i kena culik's u, dah tak de N3 baru., tapi tu mat tak janji yeaa, insya allahh yea.Resipi ulang tayang ini ditaja oleh dapur mat gebu dan suku sakatnyaa....Selamat Hari Raya semuaaa!!!....Budak besi dah bertolak balik ke Kelantan agaknya sekarang nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji cili merah*
6 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput sedut dicuci bersih, kerat hujungnya sedikit anggarn 3 senggan, cuci kembali, gunakan air yang banyak. Toskan. Batang keladi tadi dubuang kulit luarnya, kerat dan cuci, celur dalam air panas sekejap dan toskan, jangan lupa letak asam 1 keping. Toskan.
  2. Dalam periuk lain, satukan siput sedut, serai dan bahan kisar halus, gaul rata dan didihkan. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar masak sekejap, masukkan batang keladi tadi dan pati santan.
  3. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sambal belacan...

1 TAHUN DAH UMUR BLOG EN. BEN ASHAARI.

Salam semua, hari ni 9 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431 Hijriah, Blog Ben Ashaari menyambut ulang tahun yang pertama. Mat ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat ulang tahun pertama untuk blog beliau, moga Ben akan terus mencurahkan idea2 yang lebih mantap, bernas dan berilmiah. Tak sangka dah setahun, mat sendiri mengenali blog beliau secara tak sengaja dan tertarik dengan gaya penulisan nya. Mungkin ada segelintir rasa pelik, sebab mat kerap kali menulis N3 pasal Ben...haa ada sebabnyaa...

Pada mat lah, Ben ni dia tak lokek ilmu, kalau berkongsi pun cakap secara nyata dan tak de ber"kias2"..atau "luu pikir laa sendiri!!"..kalau yang pandai tu boleh lahh, kalau macam kami ni, agak susah sikit, kalau fikir pasal baking atau mengoter sesuatu resipi tu tak de masalah. Jika orang sudah berbudi, kita pandai2 lahh menghargainya, umpama kata orang2 dahulu, jangan habis madu sepah dibuang, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi....

Ok sebelum menutup N3 ni, mat berharap sangat lah moga semua blogger2 jangan ada sifat iri hati, kalau kita rasa blog kita kurang bagus, silalah merendahkan diri bertanya pada mereka yang lebih bagus...tak jatuh maruah diri kita jika bersikap rendah diri. Erkk...betul ke eks mat gebu tulis macam ni..aku sendiri tak percaya laaaaa...Ok semua, Selamat Hari Raya!!..

Wednesday, September 8, 2010

SOTONG MASAK CUKA

Sotong Masak Cuka
Salam pagi Selasa semua, waaaa...sotong, ini betul2 nihh, malam tadi bergaru2, kat lengan, bawah dagu, tepi telinga semua rasa "gigit" koo....adehh, gatal!. Dah lama juga mat nak masak resipi ni, asalnya guna ikan, tapi tulah ikan tak dak, kita guna sotong..wahhh derhaka terus mat gebu...hehe, resipi asal mat dapat dari blog sorang Doktor cun yang bukan nak puji lah, dia ni walaupun pandai, tapi bab2 masak pun handal, jangan memain, tak caya kan..ok boleh try tengok blog dia kat sini......Resipi asal guna ikan tenggiri, tapi sebab mat dah termengidam sangat tu yang aku belasah guna sotong, ok lah not bad, tapi kata Dr Cun, ikan lagi masuk...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, cuci bersih, siang, hiris bulat, cuci dan toskan
3 inci halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
3 biji cili merah, hiris serong
Bawang merah kecil, hiris (mat guna dalam 5 biji)
5 camca besar cuka makan (mat guna jenama "JALEN")
1 cawan air (jika suka berkuah)
2 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air (mat guna 1 camca teh)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, cili hiris dan halia hingga layu dan harum. Masukkan cuka makan dan air, biar mendidih.
  2. Tambah gula secukup rasa dan juga garam. Masukkan sotong dan gaul pantas. Tuang bancuhan tepung jagung, kacau dan masak hingga kuah pekat. Boleh matikan api.
  3. Alih dalam bekas sesuai, tabur dengan hirisan daun bawang dan juga bawang goreng, senang dan sedap untuk waktu bersahur dan juga berbuka...Selamat Mencuba..

Tuesday, September 7, 2010

KEK LAPIS STRAWBERRY

Kek Lapis Strawberry
Salam semua, Hehehe, berjumpa lagi..kali ni nak share N3 kek lapis penghabisan yang mat melapis semalam. Asal resipi dari kek lapis oreo, memandangkan Orea tak dak, mat guna apa yang ada dalam stok. Ingat tak dulu mat pernah cerita ada stok halwa strawberry yang dibeli masa pergi ke tanah tinggi Cameron?... Ada lagi berbaki, jadi mat ter fikir, kenapa tidak aku lapiskan dalam kek lais ni, alahh kan kita buat dia..dann hasilnya sungguh menarik dan rasa pun sedap sehhhh!..Mat kan kalau tak raya, jangan harap nak melapis, tak kosoo den, maleh.. Jenuh woo dok depan oven tu berjam2. Kalau terleka kang habis kek hangus. Tabik pada peniaga2 kek lapis Sarawak macam Dayang kek lapis dan juga Rozan Singapore, anda memang insan2 yang hebat....syabas!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mentega (mat guna "Golden Churn)
10 biji telur gred A
150 gram gula halus @ gula kastor
100 gram biskut marie, dikisar halus
50 gram susu tepung atau creamer
100 gram susu pekat manis
180 gram tepung Hong Kong
1 camca teh strawberry paste
1/4 camca teh pewarna merah
Halwa strawberry secukupnya, hiris nipis2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang dan gula hancur, guna kelajuan tinggi. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga pekat. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung Hong Kong, biskut marie kisar, susu tepung @ creamer dan juga susu pekat manis. Gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada kaler asal dan satu lagi dicampur dengan strawberry paste dan pewarna merah, kacau rata2.
  4. Masukkan tin kek tadi ke dalam oven selama 2 minit. Kaluarkan dan sudukan 4 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak. Buat lagi satu lapisan plain, dan susuh halwa strawberry rata2, bakar hingga peerang sedikit, gunakan fungsi api" grill", keluarkan dan tekan perlahan biar padat. Jika ada gelembun udara, cucuk dengan lidi sate.
  5. Lapis kan pula dengan perisa starberry, sebanyak 2 lapisan. yang ni tak payah letak halwa. Halwa hanya diletak pada warna adunan asal saja. Buat hingga siap, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan...

BISKUT SUJI BRUNEI

Biskut Suji Brunei
Assalammualaikum, salam semua, dah pagi Selasa baru sempat masukkan N3, sebenarnya tadi mat ada perkara yang harus diselesaikan sikit, jadi N3 Biskut Suji Brunei ni tertangguh sekejap. Tau tak, mat kan macam dah malas nak buat biskut ni, tapi memandang kan biskut suji Brunei ni agak "HOT" di Tanah Malaya tahun ni, maka mat usahakan juga membuatnya malam semalam. Resipi asal kata terap, tapi mat gebu malass, jadi sebagai alternatif dan sedia maklum kuih2 suji asli yang biasa, semua jenis bulat, digentel. Jadi yang ni mat buat kaedah yang sama, lepas siap dibakar dan dibedak, mat isi dalam paper cup kecil yang berbunga sungguh sweet...Resipi asal dari "Harlina Mahdar RN". Terima kasih sudi berkongsi resipi, mat kongsi pulak di blog yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
  3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
  4. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil..

Monday, September 6, 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI

Asam Pedas Ikan Pari
Salam pagi Isnin semua, buat apa tuuuu...Ni hari terakhir mat buat biskut atau kek, tapi tu cakap je, tengok lah macam mana, sebab, belum hari raya lagi, dah ada beberapa tetamu yang awal2 bagi tau depa akan singgah di hari raya ke-2 dan seterusnya, jadi kena lah siap apa yang patut. Tu tak termasuk tetamu yang datang secara mengejut...Biasalah nama pun hari raya. Secara ikhlas mat kata, jika tetamu dilayan dengan baik dan elok, kepuasan tu kita akan dapat rasai, betul takkk?... Kalau sempat kan, nanti mat share resipi "Biskut Suji Brunei", buat malam tadi. Insya allah nanti mat letak, tapi kali ni nak letak resipi yang dah beratus ribu kali ulang tayang...hahaha, jangan jemu yea, sebab kata orang, kalau asyik jemu jee, nanti pendek umur!!...choiiii!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari kecil @ tuka
1 biji kecil nenas madu, kupas dam hiris sederhana tebal
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari disiang, belah 4 setiap 1 ekor, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 1o minit, cuci kembali dan toskan..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
  4. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak tambah bunga kantan ke, daun kesom ke, pun boleh, tak de masalah, nenas tu boleh ganti dengan apa2 sayur kegemaran, terung, bendi, tomato atau sawi jeruk...ikut selera memasing...

KEK LAPIS BLUEBERRY

Kek Lapis Blueberry
Assalammualaikan, salam Isnin...Aduhh lepak koo pak tua ni hari, jadual ku padat, dari lepas sahur hingga masa mat menulis N3 ni, baru je selesai berkemas2 dapur..Biasalah kalau dah buat kerja wajib kena kemas. Ada juga mat dengar orang lelaki rajin memasak, tapi part nak kemas tu malas gila..hahaha, mana boleh gitu beb, kalau dah buat kerja mesti kasi settle baru lah gentlemen, alah setakat cuci pinggan, periuk tu semua, tak tercuit ke macho an anda sikit pun, serius waa cakap nihh.. Ok berbalik pada landasan asal, mat nak share kek lapis blueberry yang mat buat pagi tadi. Resipi adalah olahan dari resipi kek lapis ice-cream soda. Jom kita jeling2 manja resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega berkualit tinggi (mat guna "Golden Churn")
120 g gula halus (mat letak 100 gram saja)
1/2 camca teh ovallate
6 biji telur gred A
220 g susu pekat manis
100 g horlicks
1 1/2 camca teh bluberry paste
1 camca teh pewarna "ungu-violet"
160 g tepung Hong Kong
Secukupnya bkueberry filiing

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah.
  2. Putar mentega bersama gula halus selama 7 - 8 minit pada kelajuan tinggi. Masukkan telur satu persatu, jarak waktu 1 minit untuk setiap biji telur. Putar hingga betul2 kembang dan pekat.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks, putar 2 - 3 minit hingga rata dan sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung Hong Kong sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga rata, jangan lama sangat.
  4. Bahagi kan adunan kepada 2 bahagian, satu biar pada keadaan asal dan satu lagi letak blueberry paste dan warna ungu-violet, kacau rata2.
  5. Masukkan tin dalam oven selama 2 minit, keluarkan dan sudukan 3 1/2 camca besar adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak. Lapis kan adunan plain sekali lagi dan sudukan beberapa bahagian dengan blueberry filling pada adunan kek tadi, bakar hingga masak, kali ni guna fungsi api "grill".
  6. Bila masak, lapiskan dengan adunan blueberry pulak sebanyak 2 lapisan. Tekan sedikit perahan lapisan kek yang telah masak. Jika ada gelumbong udara, cucuk dengan lidi sate.
    Ulangai dengan lapisan plain sebanyak 2 lapisan dan juga diletak sedikit bluberry filling. Buat hingga siap. Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan...

Sunday, September 5, 2010

LEMAK CILI PADI AYAM & NENAS

Lemak Cili Padi Ayam & Nenas
Salam hujung minggu semua, wahh...gentel biskut raya nampak..Mat hari ni akan melaksanakan projek ke-2 melapis kek...Tu pun kalau tak pingsan laaa. Mungkin Isnin atau Selasa, last mat buat kek atau biskut. Masa untuk mengemas rumah pulak, kena lap cermin, cuci bilik air segala2nya laa...Cuma my garden jee adehhh teruk laa, tak terurus...tak pe, kita akan panggil "Mr Gardener" nanti...hehehe. Nak share lauk semalam, tah kenapa tiba2 nak makan masak lemak cili padi dengan nenas, tapi yang best bukan ayam tu, cuma nenas "madu" tuu, ya allahh sedap sangatt....menjeling akak tuu bila dengar "madu"..sabar jeee laahh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar ayam, potong 3 setiap kepingan
1 biji sederhana nenas "madu", buang kulit dan potong sederhana besar
2 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
35 biji cili padi*
1/2 inci belacan (optional)*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang hingga ayam kecut. Masukkan nenas, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak perlahan hingga ayam masak. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok). Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Saturday, September 4, 2010

KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis
Assalammualaikum, berjumpa lagi dengan N3 lain pulak....kita babai dulu dengan N3 Ben Ashaari tu yeaa..tapi jangan pulak tak baca, perlu tu bagi blogger2 baru. Ok tadi mat ada kata nak buat projek kek lapis kan, maka dengan rasminya sekitar jam 12.30 tengah hari, siap lah. Resipi mat guna yang dulu2 juga, cuma kali ni tukar kaler dia pada yang lembut sikit, hmm macam kurang cun pulak kan..erkkk..hahaha, ke mata aku yang kelabu asap eks. Mat guna kepingan asam manis saiz kecil, kalau nak guna saiz besar pun ok. Tu hari kat kedai baking lupa nak beli asam manis bentuk 4 persegi, kalau yang tu lagi nampak kemas. Kek, ni memerlukan sedikit masa dan kesabaran, insya allah hasilnya pasti anda akan rasa puas hati..Ok mat kongsi resipi dia, walaupun resipi asal ada disini.... Terima kasih pada "Rozzan" dari Singapura, sudi berkongsi resipi sedap ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna "Golden Churn")
150 gram gula halus
10 biji telur gred "A"
300 gram biskut marie, dikisar halus (mat guna jenama "munchy's")
1 tin kecil susu pekat manis (mat guna dalam 300 gram)
85 gram seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 camca teh esen vanilla
2 pack asam manis (haw flakes), setiap pack ada 10 bungkus
Pewarna makanan ikut suka (mat guna oren, biru dan merah jambu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar rata. Masa ni adunan kelihatan berbiji2 sedikit.
  2. Pada kelajuan perlahan masukkan susu pekat manis dan biskut marie kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Letak pewarna kegemaran pada setiap bahagian, kacau rata.
  3. Sediakan tin 4 persegi berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci, lenser dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven pada suhu 190C, api atas dan bawah. Masukkan tin kosong tadi selama 2 minit.
  4. Kaluarkan tin, sudukan 4 camca besar adunan (terpulang pada anda untuk memilih warna adunan), ratakan dan bakar selama 4 - 5 minit atau hingga peerang. Keluarkan dan sudukan 4 adunan lagi yang sama warna, ratakan dan susun haw flakes tadi, anggaran 25 keping. Masukkan kembali dalam oven, kali ini tukar api pada fungsi "grill". Bakar selama 2-3 minit hingga perang.
  5. Keluarkan dan tekan sedikit kek tadi, biar padat, jika terdapat gelembung udara, cucuk dengan lidi sate, dan tekan perlahan2. Sambung melapis dengan 4 camca besar adunan warna lain pula, susun haw flakes pada lapisan kedua setiap warna.
  6. Buat hingga selesai, untuk lapisan akhir, tukar api pada mode atas dan bawah, bakar hingga masak (3-4 minit). Sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar dingin atas jaringan...Untuk tahan lebih lama, boleh dibungkus dengan plastik cling, masukkan dalam bekas betutup dan simpan dalam peti sejuk...