BEN ASHAARI

Tuesday, August 31, 2010

BUBUR PULUT HITAM

Bubur Pulut Hitam
Assalammualaikum semua...ni hari, jadual padat, mana tak padat..part "malas" pun aku masukkan sekali, jadi terlebih padat lah...psstt..tadi kan mat pi TESCO Kulai, sekali...ternampak kan...satu kuali kan...adoii bess lahh macam sudah kenan jeee..3-4 kali aku tawap koo kat situ, yang mat kenan tu kan kuali untuk grill, yang ada garisan2 tu, yang kenan teramat sangat sebab ianya berbentuk ikan, bujur...waahhh...tapi...harga dia kan...macam tak berapa nak kenan laaa.....mahal leer, RM 199+....erkk..terus dengan sopan lagi berhemah mat gebu berlalu tanpa menoleh lagi, aku keciwaaa...TAPI, nanti lahh...diam2 jee esok, tau2 dah guna kat dapur..ahaks. Ok ni hari cuma nak share bubur pulut hitam jee..Tau tak mat dah rendam masuk 2 hari tau pulut ni, semua gara2 kelapa habis dijual, jadi hari ni setelah diusahakan, maka jadi lah bubur pulut hitam seperti dalam gambar..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 3/4 cawan gula (ikut manis masing2 yea)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pulut hitam tadi hingga kembang atau guna periuk tekanan, selalunya ambil masa dalam 20 - 25 minit saja. Alihkan ke dalam periuk lain. Ketepikan.
  2. Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk pati santan. Ketepikan. Kemdian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
  3. Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam dan santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  4. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Pati santan tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan. Kami orang2 Johor memang wajib ada pati santan kalau makan bubur pulut hitam....

BISKUT CORNFLAKES LEMAK

Biskut Cornflakes Lemak
Ok..nak share resipi biskut derhaka..hahaha, mat gebu, kaki derhaka yeaa...aiman tak kesah..."kamesah"..kan mamafami. Tapi ini biskut kan sedappp, halus dan cair di mulut..lagi kalau jenis mulut naga, lom sampai lagi dah cair, kena bahang dia. Resipi asal dari Puan Aini Salim yang femes di Singapura tu, tapi mat guna bahan2 apa yang ada, menjadi pulak dan sedapp..alah mat gebu, takkan kata tak ok, dia yang buat..ehh..serius wak..kalau tak caya nanti boleh try, jgn terus buat banyak, buat 1/2 adunan dulu...Tanpa berlengah lagi dan membuang masa membebel, jom kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega berkualiti tinggi
180 gram tepung gandum*
100 gram tepung kentang (boleh beli di kedai baking yeaa)*
80 gram cornflakes, kisar halus*(*A)
65 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur, untuk disapu
Gula manik warna-warni untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh.
  2. Bagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran. Alih ke dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur guna manik warna-warni tadi. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

IKAN KUAH LADA.

Ikan Kuah Lada
Salam sahur semua..Apa khabar, mesti ngantuk kan, yelah hari ni orang cuti..Tau tak, mat sampai lupa orang bercuti hari ni, dah tentu hari Kebangsaan kan. Gitu lah kalau kita ni bukan keje swasta atau gomen (kann Benn..sah2 dah bangun tuu, tah2 dah on9 pungg).. Mek Rebit Kuantan tah2 terlepas sahur...hehehe, mati lah kalau kak ummi baca nihh..ahaks.. Pagi ni nak share lauk biasa2 yang dimasak oleh orang biasa juga. Ikan kuah lada ni macam asam pedas lah senang crita tapi ada sikit lain..twist sama itu peranakan nya gaya masakan..wahh mat gebu tak sudah2 dengan peranakan diaaaa..apa nak buat, bak kata orang2 tua dulu kala, don forget your roots..ahak, bukan tongkat ali roots, tapi your own family roots...ada betul tak?. Ni ari guaa malas nak pantun, penat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan tenggiri, cuci dan toskan
2 kelopak sawi jeruk, hiris (optional)
1/2 cawan jus asam jawa
1 kuntum bunga kantan
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh lada putih biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  2. Masukkan bunga kantan, ikan dan sawi jeruk (kalau guna). Biar mendidih, tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (sapa2 nak guna serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2..

Monday, August 30, 2010

SALAM MERDEKA

Salam Merdeka untuk semua. Tahun 2010 ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke - 53 dalam bulan Ramadhan. Tema tahun ini ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita tau serba sedikit sejarah negara kita, apa makna sebuah negara tanpa sejarah. Moga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera hendaknya...Elak kan lah dari persengketaan terutama yang bersifat2 perkauman.. Dengan nama Allah s.w.t , kita laungkan dengan penuh semangat ...Merdeka!!...Merdeka!!...Merdeka!!....

ALMOND LONDON..SAMA SEPERTI DULU..

Almond London
Assalammualaikum, salam semua. Malam ni mat nak share biskut ulang tayang yang sama untuk beberapa tahun ni. Almond London, mesti dah biasa sangat kan dengar...mat nak share ressipi pun macam dah malas. Mat dah ok tau, suara dah pulih, walaupun ada sangkut sikit2..hehehe. Hari ni sambil gentel almond london, sambil chat kat YM..dasat sehh mat gebu, habis laptop aku bau butter, silap2 termasuk dalam oven terus..baru yeaa.. Resipi ni mat dapat kurang lebih 136 biji almond london, kalau guna badam comey2, mungkin boleh dapat 150 lebih. Ok mat tulis juga resipi walau pun ulang tayang yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)

BAHAN HIASAN :-)
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan, cara mat goreng. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba untuk semua...

BENZILA LOVE COOKIES "LIMITED EDITION"

Benzila Love Cookies
Assalammualaikum, salam Isnin.. Dah banyak ke buat biskut raya...Mat mungkin tak lama lagi stop lah buat..dan akan memulakan projek lain pulak, tu pun kalau tak "pancit" lah. Hari ni nak share satu resipi yang mat cipta khas dan diberi nama "Benzila Love Cookies". Sabtu lepas sebenarnya mat buat dan telah dimaklumkan di FB, tapi Isnin ni baru letak kat blog. Orang ada juga tanya, cik mat kenapa nama dia "Benzila"....haha, exceli ni janji mat pada Ben Ashaari duluuuuuuu, atas jasa2 beliau membantu kami geng blogger masak2, maka mat khas kan biskut ni untuk Ben Ashaari dan Puan Azila (isteri beliau),jadi bila dijoinventure kan nama depa laki bini jadi lahh "Benzila"..sebut betul2 yeaa..bukan "Godzilla"..hehe..Moga mereka berdua berbahagia hendaknya dan diberi cahaya mata yang comel2 kelak (ingat...kembar 4, pak tua nak 1 okey!..hehhe)... Insya Allahh....Jom kita lihat resipi dia.

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor")
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad*
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 - 15 minit, nanti doh jadi OK).
  2. Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing.
  3. Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya. Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah "double- boiler", masukkan lemak sayur. Kacau rata.
  4. Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali. Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi. Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras.
  5. Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler. Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan. Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara...
CATATAN MAT GEBU:- Acuan biskut, selalunya mat celup dalam tepung sagu untuk mengelakkan doh melekat ketika kita menerap biskut tadi....

BUNCIS GORENG RAMPAI

Buncis Goreng Rampai
Salam sahur semua, uikk tertonggeng jee, letih eks..biasa lah dah nak hujung2 ni kan. Ok pagi ni mat share lauk sahur yang simple teramat sangat. Mula2 malas nak letak kat blog, tapi kan saja jelah buat2 meriahkan majlis, lagi pun blog kita hak kita lah kan nak letak apa sekali pun, sapa ada kesah. Kalau perhatikan, sayur ni mat masak ikut apa je yang ada dalam stok simpanan, tak kesah, janji tak membazir. Ni mat masak sikit je, untuk sekali makan. Ok jom kita lihat resipi senang nihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 tangkai kacang buncis, hiris serong
5 keping cendawan black fungus, potong kecil
1 tiub tauhu telur, potong dan goreng garing
Sedikit soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1/2 cawan isi udang
1 biji cili merah, hiris
1 biji kecil bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan udang, cili hiris dan sos tiram, kacau rata dan masukkan cendawan. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang buncis, tauhu dan soo hoon (toskan). Masukkan garam secukup rasa, kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Sunday, August 29, 2010

KUE TEOW SEMPOI

Kue Teow Sempoi
Assalammualaikum semua, salam Ramadhan. Amacam N3 biskut sebelum ni..ok tak?..Yelah dulu ada yang tanya, cik mat mana N3 biskut raya..ha jangan tanya, kalau dah keluar kang berduyun2..jemu kan..hehehe. Ok, malam ni mat share kue teow goreng untuk berbuka puasa tadi. Mat dah tak kira, sejak beberapa hari ni aku dok pantang jee, tak makan koo, main tengok jee benda goreng2..Ni hari guaa tak kesah, nak batuk kaa, nak ilang suara seksi kaa, nak jugak makan kue teow goreng, tapi kan, al-maklumlah kalau plan dah tergesa2 ni, alamatnya guna bahan sedia ada dan tak de lah koo nak letak benda2 yang mengiurkan macam kerang, sawi atau fishcake..Tapi ok juga, sebab ada udang, sotong dan taugeh...((dah siap2 makan ubat gatal nihh...adehh, mat gebu suka cari pasal leerr).

Kue Teow Sempoi
Errkk, kalau siang2 kan masa bulan puasa, tengok kue teow tu mesti tertelan air liur, hehehe, mat tak de cili jeruk, apa susah aku belasah makan dengan cili hijau..menyenggau koo pedas tapi sedap dan rasa dia ngam pulak dengan kue teow, kalau cili jeruk lagi leer 25 kali sedap..ahaks. Mat goreng sikit dalam 500 gram, termasuk bagi kat jiran belakang rumah. Perasan tak, taugeh pun tak sempat buang ekor..haha, belasah jee lah, lagi pun masuk dalam tekak aku juga..sapa ada kesahh...Ok jom mat share resipi cepat nihh...serius koo cepat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram kue teow
1 genggam taugeh, buang ekor (erkk..mat tak buang laaa..hehe)
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan hirisan sotong
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
1/2 camca teh cuka makan (optional)
2 biji telur, dipukul sedikit
Kicap cair secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sos cili, sos tiram, sedikit gula, cuka dan kicap pekat. Kacau rata dan masukkan sotong serta udang, gaul dan tolak tepi kuali.
  2. Masukkan telur dan biar hingga telur sedikit mengeras. Kacau rata. Masukkan kue teow dan gaul rata. Tambah kicap cair secukup rasa. Masukkan taugeh gaul pantas hinggga mesra. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama hirisan cili hijau atau cili jeruk, timun dan juga sos cili.

BISKUT KELAPA DELIMA

Biskut Kelapa Delima
Jom kita lihat biskut ulang tayang..Hahaha, salam untuk semua..Belum mula apa2 lagi, intro terus kata biskut ulang tayang. Memang betul, sebab nya seingat mat ini lah biskut bonda buat sejak aku kenal apa tu "biskut raya"..serius waa cakap nihh. Kira ni biskut tradisi keluarga kami lah. Tapi kan satu lah, mat gebu telah improvise kan sedikit biskut ni kepada lebih modern tapi masih mengekalkan ciri2 tradisinya..wahh macam mana tu, mat gebu kalau bab2 nak cover sendiri nya salah kan main lagi kann....peduli apa aku..hahaha Kalau resipi asal, tak de letak badam serbuk dan kelapa kering tu pun tak dikisar halus, tapi mat telah mengisar kelapa kering dan menambah sedikit badam serbuk. Bab hiasan tu sama, tak tukar..hehehe...sebab ni ari mat gebu memang rajin, baik dan berhati mulia..wahhh, riak...hehe, mat tulis balik resipi eks (sebenarnya kopipes jee...).

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

BISKUT BINTANG KEJORA

Biskut Bintang Kejora
Assalammualaikumm...buat apa tu, pingsan kae.. Ok kali ni nak share satu lagi biskut, tapi bukan ulang tayang punya. Yang ni baru mat nak test tahun ni. Tatau nak bagi nama apa tah, aku belasah jeee..hehe, ok lah kan janji bernama. Kadang2kan untuk mencipta atau menderhaka kan sesuatu resipi tu untuk dioter kepada resipi baru, agak berisko juga, bayangkan kalau jadi tak sedap..modal da besar, ni pulak2 zaman sekarang, barang semua dah mahal. Tapi yang ini insya allah, sedap yeaa. Lagi satu nak pesan, kalau nampak mat letak nama biskut tu ala2 tak bes, konon2 macam nama dulu2 laa, macam nama masa zaman nenek u all anak dara lah. Jadi apa ada susah, terap bentuk lain, bagi perhias ikut suka, ko letak leer nama lain..TAPI at least kredit lah pada pak tua mu ini, penat aku tergedek2 kat dapur, ke hulu ke hilir, menerai dan menyesuaikan adunan bagi jadi elok...Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
  2. Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua..

BISKUT BADAM RANGUP

Biskut Badan Rangup
Salam semua, hehehe. dah kata dahh...biskut sama macam tahun lepasss..betul, tak tipu punyaa!!!..Excelikan mat akan buat biskut yang selalu mendapat sambutan dan tetamu suka makan. Kalau sedara-mara tua, mereka kurang gemar biskut2 bersalut coklat segala, mereka lebih rela makan biskut yang lebih ke arah tradisional macam kueh bangkit, tat, makmur dan kueh bahulu. Tapi biskut badam ni mereka suka dan kira boleh masuk. Ada tu tak reti makan mentega, tapi yang heran, minyak sapi makan pulak..Haa berbalik kesah minyak sapi, baru2 ni kan ada pasal penggantungan sijil halal bagi minyak sapi tin hijau tua jenama QBB tuu..adehh, rugi pak tua, ada 1 tin besau koo kat rumah...hmmmm...kena beli jenama lain pulak dahh..


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Saturday, August 28, 2010

BISKUT NESTUM GAJUS

Biskut Nestum Gajus
Assalammualaikum, salam sejahtera..Cakk..hehehe, hari ni bermulalah mat akan share resipi biskut raya..ada tu resipi baru, resipi ulang tayang dan ada juga resipi rekaan serta penderhakaan yang telah mat lakukan. Nak tayang juadah berbuka puasa, rasa macam biasa2 sangat. Memandangkan kita dah masuk 18 ramadhan dan tak sampai 2 minggu lagi dah nak menyambut Syawal (insya allahh jika diizinkan oleh Nya..), mat share dulu resipi pertama biskut raya tahun ni. Kalau ikut teknik asal, biskut ni hanya dibulat2kan, leperkan sedikit dan bakar, tapi mat canai dan terap, cuma ada sikit kesulitan memandangkan teksture bancuhan itu sendiri agak kasar. Jadi terpulang pada anda, nak terap macam mat, atau lebih mudah, bulat2 kan, susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit biar leper, pasal menghias tu ikut kreativi masing2 yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nestum origanal, diramas kasar*
1/2 cawan gajus, kisar tapi jangan terlalu halus*
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*A)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega (mat guna jenama "Anchor")

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur
Coklat masakan, dicairkan dan campur dengan sedikit lemak sayur
Gula manik warna-warni

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul semua bahan bertanda (*A) hingga rata. Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati. Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar lama2)
  2. Bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
  3. Hias dengan coklat cair dan tabur dengan gula manik warna-warni. Biar coklat mengeras baru disimpan dalam bekas kedap udara...

ROTI SARDINE GULUNG

Roti Sardine Gulung
Salam sahur semua, hmm, dah buat kueh raya ke?...Mat sebenarnya malam semalam nak letak N3 biskut raya, tapi gambar belum sempat ambik, insya allahh dalam minggu ni. Hari ni kami ada projek membuat tumpi dan rempeyek, bila bonda mat menikah dengan abah mat seorang berketuranan jawa (walaupun dari segi sejarah sebelah nenda belah ayah mat, ada keturunan cina peranakan Melaka). Bonda yang kecik2 dulu menetap di Rembau, sudah pasti pulut, rendang, lemang menjadi makanan utama. Tau tak depa kan tak buat ketupat tau dulu, lepas menikah dengan abah mat je mereka baru buat ketupat segala... Begitu lah sejarahnyaaa.. Erkk, nak cerita pasal N3 mudah ni, sebenarnya ni jelah yang mat buat untuk bagi pada anak2 jiran belakang ni..alahh hai, idea pak mat makin seloww lahh..hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 keping roti putih
2 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan serbuk roti (kaler oren)

BAHAN INTI SARDINE :-)
1 tin sedang sardine, ambik isinya
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1 camca teh kicap cair
1 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 pokok daun bawang, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan sos cili, kacau rata dan masukkan sardine. Kacau rata, tambah kicap cair, masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan hirisan daun bawang, kacau rata dan matikan api. Biar sejuk sebelum digunakan.
  2. UNTUK ROTI SARDINE GULUNG :- Ambil 1 keping roti putih, canai hingga leper. Isikan 1 camca besar inti, ratakdan dan guling seperti swissroll. Sapu telur pada hujung roti dan gulung terus hingga melekat. Kemaskan dan susuh dalam bekas. Buat kaedah sama pada baki roti dan inti.
  3. Panaskan minyak pada suhu sederhana untuk goreng terendam. Golek roti sardine gulung tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan serbuk roti, rata dan goreng hingga kuning keemasa. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga siap.
  4. Hidangkan bersama sos kegemaran....

Friday, August 27, 2010

TAUHU TELUR BERKUAH DAGING

Tauhu Telur Berkuah Daging
Assalammualaikum semua, apa khabar?...Malam semalam mat tak masukkan apa2 N3, tapi petang ada kan. Bukan apa, semalam dan hari ni juga, keadaan kesihatan tu agak kurang, walaupun demam semua dah ok, tapi suara masih dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Skip air batu sudah, makanan bergoreng sudah..hmm, tak pe lah sabar jelahh dugaan kecil Allah nak bagi, kita terima saja lah. Hari ni mat masak ala2 lauk orang sakit je lah, nak makan pedas2 tak boleh koo, kang sampai raya tak de suara..macam mana..habis lah peluang nak borak sakan sampai banjir!..hehehe.. Ok jom kita semak resipi senang ni, mat masak lewat, jam 5.30 petang tadi...hehe.. (masa mat tulis ni, rasa geram tiba2 datang.. Bila tengok kat Buletin Utama TV3, kesah "abang kandung IBLIS" yang merogol 5 adik beradik perempuan nya sendiri!!.. Ya Allah!!...Dasar perangai binatang..kalau orang macam tu kena simbah asid ke, tak de lah aku heran sangat!...)

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 inci halia, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap 25 minit)
1 cawan bunga kobis, dipotong sekuntum2
10 keping cendawan black fungus, potong, cuci dan toskan
2 tiub tauhu telur, potong 8 setiap tiub, goreng garing
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris berbaji
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap cair
1/2 camca teh cuka makan
Garam secukup rasa
1 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan masukkan sos tiram dan kicap air. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Bila daging empuk, masukkan cendawan black fungus.
  2. Kecil kan api dan biar reneh seketika. Masukkan bunga kobis, cili merah dan juga sedikit garam jika perlu. Tambah cuka makan dan tauhu telur goreng tadi, kacaua perlahan dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba untuk semua.

Thursday, August 26, 2010

DAGING TOMATO PANDAN

Daging Tomato Pandan
Sangap dah ni..aduhh kelip mata ternampak tilam empuk, bantal gebu dan kenyamanan aircon..erkk..rupanya sekadar mimpi...N3 kuih raya esok2 eks, tak larat nak merangkak ambik gambar. Ini lauk semalam, tapi ni ari baru letak. Daging ni mat masak terburu2 untuk dimakan bersama nasi mentega semalam tu. Nak type resipi pun macam malasss nihh, erkk, tapi demi blog masak2 ku, tetap ku merajinkan diri..bayangkan kalau blog yang memerlukan anda menaip setiap masa....mau kurus jari2 semua..hehe...Ok jommm....layannn!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  2. Tuang air, gaul dan biar mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.

PANDAN LEMON HONEY TEA

Pandan Lemon Honey Tea
Sejak beberapa hari ni kan, mat kena pantang terutama air batu (adoiii makk, tak tahan lah nampak ais krim raspberyy dalam freezer...), lepas tu time berbuka mat minum lah pandan lemon honey tea suam, hmm nyaman jeee.... i likeee. Semalam kan, saja2 lah ambik gambar nak share kat blog masak2 ni, bagi meriah sikit. Mat guna BOH tea yang dalam sachet tu, dia tulis "Gold Blend", memang dari dulu mat minum teh yang sama sampai sekarang ni. Kali ni mat letak 1 helai daun pandan dalam air teh. Hirisan lemon tu letak bila teh dah dituang ke dalam cawan, jangan lupa sedikit madu....madu lebah yeaa bukan madu kongsi2 tuuu...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1200 ml air panas
2 uncang teh BOH siri Gold Blend
1 helai daun pandan, disimpul
Lemon, dihiris kepingan
Madu secukupnya..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rendam uncang teh dalam air panas selama 10 - 15 minit bersama2 daun pandan. Tuang teh tadi dalam cawan pilihan (mat gebu dah pasti guna cawan "cun"..hehe). Tambah madu secukupnya, kacau dan masukkan 1 keping hirisan lemon. Biar sekejap dan anda boleh menikmatinya...hmmm nyamann dan segar.....hehe (minum waktu berbuka puasa yeaa...bukan jam 7 pagi!!).

ACAR NENAS

Acar Nenas
Salam sahur semua.. Hari ni dah masuk 16 ramadhan dan bermakna tinggal 2 minggu lagi bulan Syawal akan menjelma, insya allah..cepatnya masa.. Pagi ni mat kongsi resipi acar nenas. Sesuai sangat ni makan dengan nasi mentega kismis semalam tu, atau nasi beriani maupun nasi dagang. Resipi senang sangat, jadi bila dah senang tak boleh lah nak bebel's banyak2... Mat gebu biasa lah, kalau moody pun bebel, tak moody lagi lahh....cuma mat ni kan pemalu orangnya, ahaks ...serius koo, tak caya tanya mereka2 yang pernah datang...haa nak senang tanya Ben..dia pernah datang dulu..kan Ben....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu kecil
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, cuci, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 biji lada merah, belah 2
1 biji lada hijau, belah 2
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama JALEN)
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal untuk setiap belahan. Gaul dengan serbuk kunyit rata2 dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan gula (anggaran 1 camca besar) dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Tuang cuka makan, kacau dan masukkan nenas dan cili belah. Kacau dan biar masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

NASI MENTEGA KISMIS

Nasi Mentega Kismis
Assalammualaikum semua....aduhh letihnya hari ni, panas, dengan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan, suara yang masih teramat lah seksinya, sampai mat rasa macam malas nak buat apa2..Siang tadi dapat lah mat membuat 1 jenis biskut raya. Esok, mungkin akan dilaksanakan lagi dengan biskut ke-2, insya allah. Petang tadi dengan keadaan yang ala2 nak pingsan....sempat juga masak nasi mentega kismis...tujuannya?..Paling utama ialah untuk memulangkan bekas pada jiran belakang rumah. Tahukah anda, jiran belakang rumah mat tu kan, semenjak mereka menikah hingga anak sulung umur 22 tahun. Sepanjang usia itu juga lah kalau bulan Ramadhan kami bertukar2 juadah...serius kooo...tak tipu punyaaaa maaaa!!!!.....

Nasi Mentega Kismis
Ok, untuk kali ni mat makan nasi mentega ni dengan acar nenas dan daging tomato pandan, kedua2 resipi kemudian akan mat letak. Sebenarnya, lauk pauk ikut suka anda, nak makan dengan ayam masak merak pun ok, rendang pun ok, atau dengan acar sahaja pun boleh juga. Kalau mat lebih suka dengan lauk2 yang agak kering. Kalau berkuah tu ok juga cuma rasa macam "Banjir" sangat..lemass lahh...hehehe.. Jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

SOSEJ ROLL..ERKK

sosej roll
Mesti jemu kan, hahaha, apa nak buat nak...pak tua tak de idea dah, ni je yang boleh ku buat. Sosej roll. Selain tu boleh juga nak buat bentul lain, ikut kreativiti anda. Tapi kalau nak mudah buat sosej roll senang, eh muai tau, 1 adunan tu boleh balut 14 batang sosej...seriuss waa cakap nihh...jadi yang mana penduduk rumah agak subur tu kan, boleh buat yang ni, 2 adunan..dekat 30 biji boleh dapat, boleh makan anak beranak, ajak anak madu, anak tiri dengan anak jiran sekali, jangan lupa. Selamat berbuka puasa untuk semua..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

PENGAT KELADI

Pengat Keladi
Salam semua, n3 sebelum petang, mat nak share pengat keladi. Kalau di Johor kan, orang dia suka makan pengat tika berbuka puasa. Ada macam2 jenis, dan mat sebenarnya paling suka pengat nangka. Baru2 ni kak ipar mat ada buat pengat ubi kayu...hmm sedapp..Tapi yang ni mat share pengat keladi, alah hai pengat keladi pun nak share kee..haha, eh betul, nak tak, ambik lah bekas. Kalau ikut kan tak payah letak resipi pun boleh...mesti ramai tau buat. Kalau nak meriah, boleh tambah keledek, labu dan ubi, kalai nak letak bubur cha-cha pun sedap juga...ok jom jeling2 sikit resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku sederhana keladi minyak
1 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 liter santan cair
200 ml santan
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Keladi, dikupas, potong dadu sederhana besar, cuci dan rebus hingga sedikit lembut. Toskan. Gula melaka, gula pasir dan 1 helai daun pandan di masak dengan 2 cawan air hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan keladi, baki daun pandan, santan cair dan sagu, masak hingga mendidih hingga keladi lembut. Tuang air gula dan masukkan santan pekat, tambah sedikit garam. Kacau dan biar mendidih. Kalau pekat boleh tambah sedikit air. Hidangkan panas atau sejuk...

SOTONG GORENG KARI

Sotong Goreng Kari
Salam sahur..Dah sahur...Terlepas sahur..Haa tak bangun langsung..kalau nak Mat kejutkan sila tinggalkan no telefon anda di YM yeaa...hahaha, erkk..memain jee lahh, mat pun nyaris2 ter ter ter sahur tadi..alah letih koo, asyik batuk2 je, malam tak bley tidur, macam mana lah nak melapis kek lapis nihhh..takut tertiarap jee muka dalam tin kek tu, sebab ngantuks..hehe. Tengok tu lauk sotong..kejam kan, dengan rasminya mat tak dapat makan, malas lahh, kang gatal, nak makan ubat masa tak sehat ni takut kang alergi lain pula timbul...ada kang muka jadi ala2 ultraman, bertanduk segala. Susah betul mat gebu tahun ni, dugaaaann, sabar...sabar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, bersihkan*
1/2 camca besar rempah kari*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 20 minit)
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili hijau, hiris serong
2 tangkai daun kari
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, ambil jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan daun kari hingga harum dan bawang layu. Masukkan sos tiram dan masak sekejap. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah sedikit air.
  2. Bila kuah pekat sedikit, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Biar kuah pekat, tambah jus limau kasturi, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Tuesday, August 24, 2010

LEMAK PEDAS TERUNG TELUNJUK

LPTT
Assalammualaikum semua, hari ni agak lewat mat letak N3, bukan apa, keadaan sungguh tidak mengizin kan, tekak dah ok, selsema dah ok, demam tak de dahhh...TAPI....suara seksi mat gebu tenggelam timbul..alahh macam mana ni, tak dapat lah mat gebu nak menggoda nyonya kedai baking, bagi kurang harga..susah lahh ini macammmm...hahaha, nak muntah ke..sabar..sabar, bawak bertenang yea semua. Jadi mat kena lah berpantang, kata tidak pada..air batu (tak relaaa..tapi terr paksa, sedapnya eskremm), benda bergoreng (curi2 sikit), yang pedas (adehh yang ni memang kena tinggal...terpaksa tau)...akhirnya ku makan hati berulam jantung Tak pe lah, ku pasrah, walau bagaimana pun aktiviti memasak tetap berjalan seperti biasa ..tanggungjawab tuu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 - 15 biji terung telunjuk
1 genggan ikan bilis tamban
2 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
600 ml santan cair
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
20 biji cili padi merah*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung telunjuk, dikerat tangkai, belah dua tapi tak putus untuk setiap biji terung, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ikan bilis tamban, dibuang sisik, rendam, belah dua dan buang tulang tengahnya, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk halus, serai titik, ikan bilis tambam dan santan cair. Kacau dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan terung.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga terung lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api...sesapa nak tambah serbuk perasa pun ok..ikut suka masing2..

Monday, August 23, 2010

ASAM PEDAS NYONYA

Asam Pedas Nyonya
Assalammualaikum, dah selamat berbuka puasa?...Sama lah, mat pun dah selesai tadi, tapi tulah makan dengan penuh adap, sopan..lagi dalam keadaan yang tidak berapa mengizin kan ini. Mudah2an esok semuanya ok, plan nak buat biskut raya hari ni pun terbatal kerana keadaan diri yang belum berapa sihat dan rasanya tak bess lah kan, kita batuk2 pastu buat biskut, macam tak terjamin jee. Ok ni ari guaa nak kongsi sama luu asam pedas nyonya..Rasanya sudah banyak kali juga ini resipi ada dalam blog, tapi tak pa lah nya, kadang2 guaa faham, luu orang nak selak2 page pun malas, walau pun itu bagus kalau blog luu ada iklan nuffnang (tapi luu tengok blog guaa...mana ada iklan..tapi tak da kesah lahh..). Ini masakan simple dan mudah, nampak siaa macam rumit....Bak kata pantun baba melaka...

SUSUN BUNGA DI KAKI LIMA,
KEMBANG MEKAR HARUM BAUNYA,
ASAM PEDAS NYONYA DIBERI NAMA,
TINGGAL SEHARI LAGI SEDAP RASANYA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

CUCUR UDANG TEMBAM

Cucur Udang Tembam
Salam semuaaa..Cakk!!..Alaaa bucuk...uikk memasing macaam nak pingsan je rupa..haha, psttt, mat pun sebenarnya nyaris2 nak pingsan juga, eh keje dari rumah pun memenatkan juga tau, walau pun nama dok rumah, tapi ada kala boleh memeningkan...erkkk, jangan lah darah aku naik pulak pasni. Nak share resipi cucur udang tembam yang begitu mudah dibuat. Mesti ada yang kata, apa kejadahlah dak mat ni, pi letak nama tembam kat hujung dia..biasa lah beb, nama mat gebu, jadi apa2 hasil yang menjadi tembam dan gebu mesti ada title di depan atau hujung dia..awass!!..jgn koner yeaa otak tu!...ingat bulan puasa nihh..

Cucur Udang Tembam
Ohhhh.....hmmm...arghh...sedapnyaa.....ishhh...heavennyaaa...bila dah sampai ke mulut...kan Ben..mmmm, (feberet En. Ben cucur udang..), maaf yea bukan niat ku menggoda tekak mu..ahaks, kejam tak.. Mat buat guna 2 cawan tepung dan dapat 20 biji saiz sederhana, just nice tak besar tak kecik, tapi tembam2 dan gebu. Sos dia pulak senang je nak buat, kalau nak berapi, tambah cili padi merah dalam 3-4 tangkai. Satu mat cadangkan, penggunaan cuka makan dalam sos, mat guna jenama "JALEN", pada mat cuka dia sedap, masam tapi tidak menyengat dan rasanya kurang tajam. Itu apa yang mat rasa, tak paksa yea ikut... Ok jom kita semak resipi.. (Di kampung, tradisi bertukar juadah masih wujud, tu yang pak tua kena memikirkan sesuatu untuk setiap hari....).

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...
CATATAN MAT GEBU :- Mat nak pesan, kalau buat ni "tolongggg lahhh" berhati2.. terutama jangan bagi anak2 anda tergedek2 kat dapur, minyak panas ni weyyy...kalau ter ter ter (nak sebut pun seriau!)...memang tak de maap bagi mu.... Untuk yang membuat pun berhati2 yeaa...kang tercedara dah tak lawa satu hal, sakittt tuu yang tak bley tahan...berhati2 ok....Salam sayang dari Mat Gebu....

Sunday, August 22, 2010

BUBUR SOM-SOM PANDAN

bubur som som pandan
Salam semua, hari ni mat buat satu resipi khas untuk mereka2 yang kurang sihat, tapi kalau melantak tak ingat pun, benda ni boleh juga menambahkan penyakit, laaa tak caya ke, bubur som-som kan ada campur santan kelapa lepas tu dimakan bersama sirap gula melaka yang sweet2 17 tuu. Ini kan menjadi tradisi orang2 dulu, terutama di Rembau, kalau melawat waris2 yang sakit, mereka akan mengacau bubur som-som. Resipi asal dari sorang teman blogger Singapura nama "Suhana", yang dah lama menyepi diri dari dunia blog, moga ana sihat sejahtera. Ok jom lihat resipi mudah, psstt yang asal kaler putih, tapi mat gebu derhaka..hehehe, tak madan dengan sakit.. aiman tak kesahhhh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung beras
2 camca besar tepung ubi
1 biji kelapa, diparut putih
3 helai daun pandan, dikerat kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
1/4 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :-)
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pandan yang dikisar tadi ke dalam kelapa parut, tambah air anggaran 3 cawan, ramas dan perah santannya. Ulangi proses memerah (tambah air secukupnya) sehingga mendapat 7 cawan santan. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung ubi dan garam, gaul rata dan tuang santan, kacau dengan whisk hingga tidak berbintil2. Tapis dan tuang dalam periuk, masukkan simpulan daun pandan dan masak atas api sederhana.
  3. Kacau tanpa henda hingga bancuhan pekat, licin dan kelihatan berkilat. Kacau lagi sekejap anggaran 1 - 2 minit tapi. Kaluarkan daun pandan, dan tuang dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Ratakan dan biar keras. Potong kecik, isi dalam mangkuk sesuai dan tuang sirap gula melaka. Sedap dihidangkan sejuk..
  4. UNTUK SIRAP GULA MELAKA :-Satukan semua bahan2 untuk sirap gula melaka, masak hingga gula melaka hancur, kecil kan api dan terus renih hingg sirap sedikit pekat. Matikan api, bila sejuk, tapis gula tadi. Hidangkan bersama bubur som-s0m

BLOG IBARAT DIRI ANDA.

Assalammualaikum semua, salam berhujung minggu...Sehat ke?...mat ok cuma batuk ni agak serius laa, tekak sampai rasa macam luka, pagi tadi terselit sedikit gumpalan darah...tah2 aku nak mati....whaaa!!, N3 masak2 tak petang, malam nanti mat letak yea. N3 selingan ni mat saja je nak tulis sikit. Perasan tak blogger2 semua, baik yang tegar atau separuh tegar. Blog anda adalah lambang diri anda. Tu pasal pada mat apa2 pun dalam dunia ni just be your self, terima dengan redha apa kekurangan yang ada pada kita, mana yang boleh diperbaiki kita usahakan lah.

Macam gambar tangan diatas tu, satu tangan ibarat diri anda dan satu lagi ibarat blog. Sepanjang usia tak berapa nak tua blog mat ni, walaupun blog masak2, mat dah tengok pelbagai jenis blog, ada yang terlampau berilmiah, santai, berinformasi, jenaka, mendidik, politik sampai lah yang tak berguna langsung dan boleh menjerumuskan kita ke kancah2 ke maksiatan..serius, tak tipu, pleasee lahh jangan hipokrit kalau anda tatau, sesiapa kalau suka blog walking, atau google, pasti anda pun tau..( blog Ben Ashaari tu, mat jumpa masa meng"google"....)

Dulu mat masih ingat lagi, masa memula berblog, sampai ada segelintir manusia siap email tanya, cik mat betul ke u masak, i macam tak berapa nak caya...hahaha, what the hell, macam lah mat gebu ni kaki curi gambar masak2 orang lain, lepas tu crop dan letak kat blog sendiri..tolongg yeaa, walau pun ai ni kampung, otak not very advance macam anda2 semua dok bandar, bab tu mat gebu masih boleh berfikir dan kami dididik mencuri hak orang lain adalah ber"DOSA"... Masa tu kira blogger hijau, jadi diam jee lah...kalau sekarang..mau hangus aku sua-sua kan dengan nafas naga aku ni!. Tapi itu lah hakikatnya, apa yang anda tulis dalam blog, apa yang anda lakukan dalam blog, pembaca pasti menganggap begitu lah juga diri anda sebenarnya. Mat sendiri sama je, kalau cerita betul kita tulis lah yang betul, buat apa nak belit2 untuk sekadar mengindahkan keadaan yang sebenarnya ada lah hambar......



Saturday, August 21, 2010

LEMAK CILI PADI TETEL

Lemak Cili Padi Tetal
Assalammualaikum, salam sabtu, diam tak diam dah masuk 11 Ramadhan hari ni, cepatnya... mat pun dah beransur sihat, cuma batuk saja yang masih berbaki. Seksa koo batuk, macam nak pecah dada, nak tersembul biji mata..adehhh..sabau jee lah aku. Tekak pulak payau nyaa, agaknya kan kalau makan "eskrim" baru sedap nihh..wahhh...kah nyamah lah sikit dalam 2-3-4-5 sudu..hahaha, tu dia, tak serik2. Hari ni mat masak lemak cili padi tetal dan mat campur sekali dengan cendawan black fungus atau cendawan telinga kera. Yang tu kalau tak suka tak payah letak, boleh ganti dengan kentang, rebung jeruk atau kacang panjang, ikut suka luu lah nyaa...

Lemak Cili Padi Tetel
Tetel tu nak rebus dulu pun ok, tapi mat cuma masukkan dalam periuk tekanan bersama bahan2 rempah, serai dan santan cair, masak 15 minit, bila dah empuk (bergantung pada pressure cooker masing2 yea), kemudian salin dalam periuk lain, masukkan cendawan, asam gelugor dan pati santan. Masak sekejap hingga cendawan masak. Tambah garam secukup rasa. dah ok..Periuk tekanan atau pressure cooker ni ni menjimatkan masa dan tenaga, terutama gas memasak. Cuma perlu gunakan ikut langkah2 yang telah diajar, jangan koo orang main belasah je guna, kang meletup, kena kat muka, dahh sopak..erkkk takuttnyaaa!!!...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging tetel, cuci dan toskan, jika beras hiris kecil
100 gram cendawan telinga kera @ black fungus
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung*
3/4 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tetel tadi bersama serai dan bahan kisar halus, gaul dan jerang hingga tetel kecut. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga tetel empuk. Jika kekurangan air, tambah dengan air panas.
  2. Masukkan asam gelugor, dan cendawan tadi, tuang pati santan dan beri perisa garam secukupnya dan secubit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun boleh.). Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Matikan api dan boleh hidangkan..

SAMBAL SOTONG

Sambal Sotong
Ingat tak N3 nasi lemak semalam?...Mat buat sambal sotong untuk digandingkan sama, jadi pagi ni nak share lah style mat gebu nya sambal sotong. Senang jee...makan dengan lempeng pun sedap. Kalau tak habis, simpan dalam peti sejuk, kalau nak goreng mee hoon atau nasi, boleh juga guna, dipelbagaikan. Tanpa membuang masa lagi, jomm kita semak resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong
2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong, dicuci bersih, potong bentuk gegelang, manakala kepala dia, dibuang paruh dan mata. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Tuang jus asam jawa, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.
  3. Masukkan sotong dan gaul. Masak hingga sotong kecut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api, tak perlu masak sotong terlalu lama, nanti liat....

Friday, August 20, 2010

LAGI BLOG CURI RESIPI!!!...TAK SERIK-SERIK!..

Salam semua, waaa..sekarang ni musim orang curi2 resipi dah lah tu kaut sekali dengan gambar, letak kat blog sendiri lagi...apa lah nak jadi. Tu N3 pulut serunding, mat punya, tak caya, boleh klik sini, tengok N3 asal mat....dan sini untuk N3 di blog beliau..

Ha ni lagi satu curi juga, crop lagi lepas tu copypaste bulat2 dari blog tiffinbiru..adoii, tak da baca punya orang. Resipi gulai sotong padang (klik sini) tu mat ambik dari blog kak ina KL..dan kak ina juga yang inform pasal kes ni tadi...sebelum tu ada juga yg bagi tau, tapi mat tak sempat nak pi tengok..Terima kasih mat pada kak ina KL dan "guest" tersebut. Masa mat pi tengok2 tadi ke blog si polan tu, resipi dan pic kuih kak liza pun adaa...hmm yang lain tu mat tak pasti lah sapa punya...baik anda pi tengok, kot2 ada hasil masakan anda pun turut serta dicuri...klik sini untuk ke blog beliau....

NASI LEMAK

Nasi Lemak
Assalammualaikum semua, salam sejahtera..semua ok ke?..mat tak berapa ok lah, semalam 1 hari tak boleh nak lelap mata, resah dan bila tidur je rasa macam berada di alam lain, nafas panas ala2 naga buana. Pendengaran pulak ala2 orang masuk dalam air...blurr.. Tak pe dugaan. Ok hari ni mat berbuka dengan nasi lemak, atas permintaan, kalau ikut kan mat tak kuasa lah nak buat, tapi kan mat ni jenis pantang dengar orang nak, seboleh2 buat kan juga..lagi2 kalau anak2, yelah mereka tu baru nak hidup, kalau tak dapat makan apa yang mereka nak, rasa terkilan kita sebagai orang tua. Nasi lemak ringkas ni mat gandingkan dengan sambal sotong. Tadi kalau ikutkan nak goreng ayam, rupanya ayam elek, ikan je ada, gunalah ikan...hmmm ok lah juga...

BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit
6 cawan santan kelapa
1 inci halia, hiris
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik (optional)
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Ikan@ayam goreng
Kacang tanah, goreng
Ikan bilis, goreng garing
Telur, dibuat dadar@mata kerbau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras basmathi tadi, alih ke dalam rice cooker, masukkan semua bahan untuk nasi lemak, kecuali garam. Gaul dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Bila betul2 tanak. Gembur kan nasi dengan chopstik untuk mengelakkan nasi patah2.
  2. Hidangkan nasi lemak tadi dengan bahan2 sampingan. Selamat mencuba...

BLUEBERRY CRISS CROSS PUFF

Blueberry Criss Cross puff
Salam sahur semuanya...waaa ngantuknyaaa. Nak share satu resipi mudah, mat buatkan untuk budak berbuka puasa tadi. Ada berbaki sikit, mat simpan untuk sahur, kira ni idea dah tak de sangat lah. Siang tu YM dengan kak ummi kuantan, tanya apa nak buat kan untuk berbuka, dia cadangkan balut puff pastry dengan blueberry filling, buat ala2 danish pastry. Tapi mat buat apa2 pastry kelopak, cuma tak berapa nak cun sangat..Hmmm rasa dia kan sedap dan buatnya senang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
Blueberry filling secukupnya
1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling, tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

Thursday, August 19, 2010

KEK KUKUS BUAH -BUAHAN KONTROVERSI...

Kek Kukus Buah- Buahan
Assalammualaikum semua, adoii, mat gebu "pancit" hari ni...demam...selsema..batuk..dan kepala blurr..nafas pulak macam naga, hangat semacam. Pagi tadi selesai lah batch pertama mat buat kek kukus buah2an...Alaaa kek yang menjadi kontroversi, sampai pihak media curi gambar dia...kelas juga blog aku, orang saji leh ambik..tul tak..apa2 pun kita tunggu "janji" dia kata nak buat permohonan maaf pada keluaran SAJI November 2010..ntah lah, macam tak caya je..tah2 auta putar alam. Kek kukus buah2an ni memang wajib mat buat setiap tahun, sejak umur awal 20-an mat dah buat kek kukus ni, resipi yang sama.

Nampak banyakkan, sebenarnya mat buat 4 ketul sekali jalan, guna mixer besar. Satu yang mat pastikan, mentega untuk buat kek kukus tak pernah mat tukar pada jenama lain, guna "Golden Churn" sejak dari dulu lagi. Lagi satu pada mat yang penting sekali, parutan biji buah pala..Ini akan menambah keharuman dan kelazatan kek tersebu. Satu lagi, mat buat awal dan biar betul2 sejuk, kemudian bungkus, lepas 3 - 4 hari nanti kek akan menjadi lebih lembap kerana minyak mentega telah bergaul mesra dengan buah2an dalam kek tersebut.. Walaupun dah beberapa kali mat letak resipi, tapi mat letak lagi untuk memudahkan anda semua...

Rupa biji buah pala, kalau nak guna, pecah kan tempurung dia dan ambil biji nya (gambar kanan) dan parut halus....abaikan jari mat gebu tu yeaaa..hehehe..awas jgn tergoda..ahaks!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....