BEN ASHAARI

Saturday, July 31, 2010

AGAR-AGAR MILO.

P1210520
Assalammualaikum, salam petang Sabtu...hari ni mesti tak ramai kan ngadap depan PC atau Laptop, yelah masa2 hujung minggu ni mesti lah nak pi jalan kaa, ngabiskan duit kaa dan urusankan macam2 pekara lagi.. Biasa lah dah nama pun kehidupan, kami kat kampung lain, masa walau pun cepat, tapi stress macam kurang. Ok hari ni mat laksanakan projek tertunggak yang begitu lama dah tergendala. Mula2 nampak agar2 milo ni di blog Kak Ummi Kuantan, menarik sungguh. Jadi mat siap2 salin resipi semua. Lepas tu letak dalam peti doreamon sampai hari ni baru tergerak hati nak buat. Kalau ikut kan buatnya senang dan ringkas je, sambil bertenet pun boleh buat...

Agar-Agar Milo
Pada mat lah kan rasa dia sedap dan balance bahagian susu tu just nice tak manis, cuma lemak2 manja je, bahagian milo tu ada sedikit manis pada mat. Tapi hasil kejadian dia memang menawan lah...Kalau resipi asal guna agar2 tali, tapi mat guna agar2 serbuk. Ingat yea "agar2" dan "jelly powder" lain. Jelly kalau beku teksture nya lembut dan gedek2, bergegar2. Kalau agar2 dia dok macam tu saja tak de gedek, tak de gegar. Kalau buat masa bulan puasa pun sedap ni, sebagai penyejuk tekak..budak2 mesti suka punya. Ok kita lihat resipi di bawah ni..

BAHAN LAPISAN MILO :-)
8 gram agar-agar serbuk (resipi asal guna agar2 tali)
2 cawan air (resipi asal guna 13/4 cawan)
1/3 cawan gula (mat luakkan 1 camca teh)
3/4 cawan MILO

BAHAN LAPISAN SUSU :-)
10 gram agar-agar serbuk
1 3/4 cawan air
1 cawan susu sejat (mat guna jenama "IDEAL")
1/3 cawan gula (resipi asal guna 1/2 cawan)
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAPISAN MILO :- Satukan semua bahan2 lapisan milo, kecuali "milo". Kacau rata dan masak hingga suam, masukkan milo, kacau hingga milo larut dan mendidih. Gunakan api sederhana. Matikan api dan tuang dalam bekas sesuai. Mat guna bekas kecil, jadi tuang 1/2 penuh sahaja. Biarkan beku sekejap.
  2. UNTUK LAPISAN SUSU :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan susu, kacau rata dengan whisk dan jerang hingga gula larut dan bancuhan mendidih. Matikan api.
  3. UNTUK AGAR2 MILO :- Keruk2 sedikit permukaan milo dengan garfu, kemudian tuang lapisan susu. Buat hingga siap. Biarkan hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras dan dingin. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut.

NOSTALGIA "BLACK FONDANT CAKE"...

mat gebu
Salam semua, sebagai N3 selingan, mat nak cerita lah sikit, benda2 yang agak mencabar untuk dibuat bagi seorang yang amatur macam mat ni. Teringat permintaan sepupu mat pada awal tahun 2009, dia ni telah berpisah dengan suami dan menikah pulak dengan bekas kekasih lama dan juga seorang duda..Lepas tu dia bersungguh nak mat buat kek bersalut fondant untuk dia. Aku ni mana lah pandai benda2 ni, kek yang ada kat blog pun semua main curah coklat je. Ok la sebab dia dah nak (eh..lupa nak kata dia bayar okey, bukan free.), mat pun usahakan lahh..

Dua hari baru siap koo, hari pertama tu buat kek (kek kukus buah2an) dan hari kedua buat fondant. Satu lagi masalah bila dia kata tema "hitam dan putih"...Hmm, mat call kedai baking tanya ada tak bunga untuk hiasan kek, warna hitam..terkejut maut nyonya tu, sah2 leer tak de, jadi mat pun beli bunga kaler putih dan kek tu akan ku jadi kan ala2 dayang senandung. Masa ni lah teman2 blogger yang pakar dalam membaking amat diperlukan, terima kasih mat pada semua, termasuk Norzailina Nordin (tu resipi fondant dia) dan Nina @ SL, kerana memberi tips macam mana nak menukar fondant putih kepada kaler hitam....mencabar weyyy!!!..

Lepas tu proses menyalut pun dimulakan, alhamdulillah menjadi lah juga, masa mat buat ni disaksikan oleh anak buah ku, dia siap komen lagi, nasib baik lah mood pak usu dia baik, kalau tak dengan budak tu sekali aku selimutkan dan black fondant..hahaha. Tapi sebagai seorang yang amatur, tidak mendapat pendidikan formal dalam cake decorating, kira orait juga kan mat buat tu. Pasal ke halusan buatan agak kurang sikit laa, mana boleh lawan mereka2 yang dah me"mondant" sekian lama...Apa2 pun syukur alhamdulillah atas kurniaan yang maha Esa...Untuk N3 asal boleh klik sini....

ROSE TART.... BUAT KU MENANGIS..

Rose Tart
Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua, maaf zahir dan batin..Hahhaa, kan..dah ada yang kata mat gebu otak dia tune tak betul, sejak tayang2 traffic, tak delah sebenarnya mat nak kongsi kenangan mat sejak pandai buat2 kuih raya ni. Tau tak, dalam banyak2 jenis biskut. Rose Tart yang ini lah paling mencabar...Sampai mat tergolek kat lantai dapur, nak menangis pun ada..tu lah kata orang2 tua, orang tamak selalu rugi, tapi kan nasib baik tak rugi, kerana walaupun penat, rasa geram, hasilnya bukan nak puji diri sendiri jauh sekali dari sifat riak. Sungguh lawa, ayu, manis, sweet, pendek kata ala2 anak dara umur 21 gitu (batuk2 Ben..)...Tak caya, tu tengok dalam gambar..lawaa kan, dan rasa dia pun sedapp yeopp. Mat terpegun dengan kejelitaannya lepas tengok my dear MamaFami buat, mama tu kan dia memang "Idola" ramai blogger masak2 tau sejak dia ada fotopage lagi. Masa mula2 tengok, ingatkan senang nak buat, terus mat bancuh 2 adunan, ha ambik koo, dari jam 9 pagi melantak jam 3 petang baru siap. Dah lah tu nak kena masak untuk berbuka lagi..rasa serikk nak buat, serius...tu pasal mat buat sekali jeee tahun 2008 kalau tak silap, lepas tu bila dengar nama "rose tart" terus macam nak demam...serik aku..Walaupun pernah ada resipi kat blog (klik sini..) tapi tak de gambar macam mana mat bentukkan rose tart, jadi kali ni mat share semula yeaa...ni kira ulang tayang sempena nak sambut Ramadhan. Saksikan lahh!!...(psstt...watermark kat gambar tu "bluetiffin" adalah blog lama mat, bukan gambar "CURI" yeaa).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi (mat guna "golden churn")
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem raspberry, lagi sedap)
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Pukul mentega, margerine dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
  3. Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Menghasilkan kurang lebih 40 kuntum rose tart.

Friday, July 30, 2010

KEMBONG GORENG SAMBAL TEMPOYAK.

Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Assalammualaikum semua, salam Jumaat yang mulia, apa menu makan tengah hari tadi?.. Hari ni kampung mat hujan dari pagi, rasa lemau jeee, malas jeee...macam nak golek2 jee..dan macam2 jeee lagi laahhh. Hari ni masaK paling senang, Kembong Goreng Sambal Tempoyak, yang tak santap tempoyak tu minta ampon dan maaf sebab ini bukan resipi untuk anda, tapi kalau nak derhaka, silakan lah yea, tak de masalah..kira halal punya. Oklah sebab resipi senang, bebel pun kena ringkas jelah...resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

LAPORAN HARI KE-2....MAT - BEN.

Cakk!!, Buat apa tuuu...Salam semua, sebelum masukkan N3 masak2, nak letak selingan kejap atau iklan. Ini laporan hari ke-2 (29 hb Julai 2010), sejak Mat dan Ben bertukar URL FEED....Waaa, sah2 ada kata aku nak berlagak nihh..betul tak?.. Hahaha, apa sekali koo kata pun pak tua tak kesahhh. Eh..ini bukan idea tak masuk akal, jangan pandang "ala aw-aw"
yea...tengok tu graf, mencanak2 kan?.. Lepas ni mesti ada yang kata aku gila traffic pulakkk....sahhh..dah ada tu yang ngata,..hahaha. Saja lah nak share, biar blogger2 lain ber'SEMANGAT!!!".. Excelikan saja nak test market blogger masak2 macam kami2 ni... Kalau tak caya boleh tengok sorang lagi teman blogger masak2, "Kak Ummi Kuantan"...dia pun buat kooo, dan hasilnyaa..jeng..jeng..jengg, pi tengok sendiri lahh kat sini.....

Ini dari jam 12 malam hingga 10 pagi semalam....sendiri tengok okey...malas nak cerita, segan ada malu pun ada..

Yang ni pulak dari jam 11 pagi hingga 10 malam tadi...Amacam, ada perasan tak?..Naik tau angka PV dan UV tu. Kelmarin PV = 11004 dan semalam PV = 11989. Manakala, kelmarin UV = 4046 dan semalam UV = 4261.. Panas juga kan.

Lepas tu kita tengok pulak referral, ikhsan dari nuffnang. Cuba tengok sapa duduk carta top 15?..Sebelum kita buat program tukar2 URL FEED ni, paling top sekali ialah blog Kak Liza, sekarang dah diambik alih oleh orang lain, sapalah budak bertuah tuu gamaknya yeop, tiba2 je
melonjak naik koo... Ok lah penat dah, nak sambung buat keje lain..N3 ni kejap je..tak lama. Apa2 kemushkilan boleh lah tanya Ben Ashaari yeaa....

Thursday, July 29, 2010

BEBOLA TAUHU AYAM

Bebola Tauhu Ayam
Salam semua, sebelum mat masuk beradu lena dibuai mimpi2 indah, mimpi soping teko, pinggan mangkuk antik segala, nak juga lah share satu resipi mudah, ni budak2 suka, orang tua suka dan orang tak berapa nak tua pun suka juga kooo...contohnya macam mat gebu lah..laa tak kenal ke, dia ni tak tua dan tak muda, kira tengah2 leer gamaknya. Sebenarnya mat saja lah masa kemas2 peti ais, ada baki daging ayam kisar dalam 1 cawan macam tu, puas dah aku belek2, dan akhirkan try buat resipi yang ni...waaaa boleh tahan leer, ada rasa ala2 nugget, cekodok dan otak2..hahaha, kan main kalau nak kempen, segala macam semua keluar...

Bebola Tauhu Ayam
Sedap dimakan bersama sos cili, kalau budak2 tu bagi cicah dengan sos tomato atau pun campur kan sos cili sikit + sos tomato + Mayonnaise = kacau rata, boleh cicah. Banyak mana dapat tu bergantung pada saiz anda membentukkan ianya menjadi bebola. Masa goreng tu jangan guna minyak terlalu panas, nanti hangus. Biar minyak sederhana dengan api kecil, bila nampak kekuningan, besar kan api sikit dan biar bahagian luarnya rangup. Lagi satu jangan goreng banyak2 dalam satu2 masa, cukup sekadar 8 - 10 biji bebola saja... ok jom semak resipi mudah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

BLOG TIFFINBIRU 3 TAHUN HARI INI....

Assalammualaikum semua, dengan limpah kurnia Allah yang maha esa, hari ini Khamis, 29 hb Julai 2010 Masehi bersamaan 17 Syaaban 1431 Hijrah, blogtiffin biru telah menjangkau usia ke 3 tahun. Syukur alhamdulillah kerana memberi kekuatan dan keupayaan untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang diberikan dengan teman2 yang lain. Macam mimpi lah dah 3 tahun, masa mula2 berblog dulu, mat macam tak yakin sangat. Dulu di MyResipi lah tempat mat berkongsi idea memasak bersama2 yang lain. Orang pertama yang tau mat ada blog sudah pasti geng dari MyResipi juga iaitu "Lydia", dia ni berbangsa cina dan menetap di Australia masa tu. Waktu silih berganti dan mat rasa lega boleh bertahan hingga kini, aminnn...

Tak lupa pada mereke2 yang selalu memberi inspirasi antaranya Kak E, Mamafami, Kak Ummi, Kak Liza, Mama Zieza, Rinnchan, Sis_linn, Kak Intan, Kasawari, Norzailina Nordin, Yani dan yang lain2 juga (sekadar menyebut beberapa nama). Pada mereka2 yang sudi bertandang ke pondok hamba, juga jutaan terima masih, ampoon dan maaf jika ada terkasar bahasa dan gurauan masa kita berbicara tanpa had masa tu yea. Dan tahun ni juga mat kenal dengan sorang blogger, Ben Ashaari, bukan nak lebih kan sesiapa tapi pada mat, Ben ni cara dia berblog lebih membuka mata, dari yang tatau jadi ingin tau dan seterusnya menjadi lebih berilmu...Terima kasih dari pak tua mu ini...

Akhir coretan, mat sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua follower, silent readers, juga pengunjung yang tak pernah jemu singgah dan mereka2 dari blog berlainan aliran..Tak lupa, terima kasih pada "Puan Lily Haslina" atas kesudiannya menyunting masakan ku ke Jelita...Moga Allah swt memberkati kita semua, Selamat menyambut Ramdhan al-mubarak tidak lama lagi...Assalammualaikum...


BOK CHOY BERKUAH DAGING

Bok Choy Berkuah Daging
Assalammualaikum semua, salam Khamis....Dah makan tengah hari?, hari ni mat masak yang senang dan ringkas, jenis untuk orang2 sibuk dan tak berapa nak rajin macam mat gebu..hehe. Masakan mudah dan simple ni sesuai lah untuk orang2 bekerja, cuma kalau yang tak boleh makan daging tu, ganti dengan daging ayam yea...tak pun udang. Ini kira lauk campak2 saja, ikut apa yang ada. Benda2 macam ni selalu terjadi masa kita kemas kini peti sejuk. Selain bok choy, boleh juga guna brokoli, kobis daun, dan juga sayur kailan..Eh, tiba2 ngantuk pulak....ni silap2 menangkup terus depan laptop...hahaha, sebelum menangkup, elok kita tengok resipi senang sangat nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 pokok sawi bok choy
300 g daging
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar sos tiram
3 titik minyak bijan (optional)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi bok choy direndam dalam air, leraikan tangkainya dan cuci bersih, toskan, asingkan tangkai dan daun. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut, simpan air rebusan 1 1/2 cawan. Tauhu didadu kecil dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah, tumis hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan daging tadi. Biar mendidih.
  3. Masukkan tangkai sawi dan masak hingga lembut. Tambah daun nya dan kacau rata. Perasankan dengan garam secukupnya. Kacau dan angkat. Hidangkan panas2 bersama nasi dan lauk2 lain...

Wednesday, July 28, 2010

JELAJAH BLOG RAMADHAN.

JELAJAH BLOG RAMADHAN "1431"

Salam sejahtera semua....Erkk, kenal ke muka budak muda tu...hahaha, pleasee jangan loya dan muntah..apa2 berlaku pada anda pak tua tak bertanggungjawab yea. Ben Ashaari sapa tak kenal, makin femes dah dikalangan makcik2, Kak Tipah dan Kak Temah...ahaks. Kali ni dia ada segmen hangat...Kalau fikir2 kan, elok juga Ben buat macam ni, yelah bulan puasa nanti kan ramai yang asyik sangap2 jee, letih, lemah longlai, ada tu sampai nak meniarap atas lantai opis segala. Ha, dari macam tu elok cergas2 kan diri anda..Eh, kami yang dok kampung ni lagi teruk tau, panas, ada kala sampai berpinau mata..Segmen Jelajah Blog Ramadhan ni seperti biasa, ada syarat2 wajib yang perlu anda patuhi.. Mat nak cerita pun tak pandai kang silap, dahh jadi lain, maklumlah kita ni taraf IT, adehhh...sama macam budak Tadika Kemas...tak berapa nak pandai. Jadi sila lah ke N3 bagaimana nak join Jelajah Blog Ramadhan tu di sini........ jangan segan2, free jee...
Sebenarnya kan, mat tak payah lah join, sekadar me war-war kan saja, bukan sombong atau berlagak, tapi takut koo orang jemu, asyik2 mat gebu!!..tak moo itu macam okey!.. Tapi mat seikhlas hati ingin memohon maaf pada semua pengunjung jika ada terkasar bahasa, yelah sebelum Ramadhan menjelma kurang lebih 2 minggu lagi..Insya Allah. Moga kita semua mendapat keberkatan di bulan mulia tu nanti. Khidmat pesanan ini mat buat secara ikhlas tanpa ada paksaan atau melibatkan permintaan dari mana2 individu, harap maklum...Terima kasih pada Kak Ummi Kuantan atas gambar tu, klik gambar untuk ke blog beliau....sekian wassalam..

KEPINGAN BADAM BERKRIM.

Kepingan Badam Berkrim
Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Hari ni Rabu kan...hmm sekejap jee dah Rabu. Teringat mat pada teman blogger "Sis_Linn" dari Bukit Indah Johor Baharu, kalau hari Rabu adalah hari istimewa baginya, sebab hari tu ada pasar malam betul2 depan rumah beliau dan semestinya menu yang dicari2, tak lain tak bukan "tongkeng ayam"..hahahaha, tak kesah lah Linn, asal koo bahagia yea. Hari ni mat saya2 lah buat satu kuih ni, ala2 kek pun ada. Asalnya kalau tak silap dari Australia, tanah kangaroo. Rasa dia lemak, manis (tapi bukan manis bunuh diri punya), lepas tu harum dengan bau badam dan karemal atas nya...hmmm sekali2 makan ok lah, sebab guna whipping krim lagi koo dalam dia, mana lah lemak sakan...serammm ke u all dengar..hehe..

Kepingan Badam Berkrim
Base dia macam kek sponge, atau ala2 kuih baulu. Lepas dah dimasak, kita lapis kan atas dia dengan badam yang dimasak dalam karemal mentega. Bakar lagi, masa bakar ni kan nampak macam mendidih tau topping dia, tapi jangan risau tu normal jee..bila dah sejuk nanti dia jadi ok dah, lawaa jeer... rasa2 mat kalau nak ganti gula halus dengan gula peerang pun ok juga, jadi kemanisan tu boleh dikurangkan sikit....

BAHAN "A" :-)
100 gram gula halus atau gula kastor
2 biji telur gred "A"
1 camca teh esen vanilla
165 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
125 gram whipping cream (jenama "Anchor")

BAHAN "B" :-)
90 gram mentega
50 gram gula halus
75 gram whipping cream
1 camca besar tepung gandum
100 gram badan keping, sangai hingga kuning keemasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lense tin loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci dengan mentega, alas kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan "A" kecuali tepung naik sendiri, kacau rata hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan licin. Tuang dalam loyang tadi dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
  3. Sementara itu, satukan semua bahan "B" dalam periuk, didihkan dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga larut dan pekat. Masukkan kepingan badam gaul rata dan tuang atas adunan kek tadi. Ratakan.
  4. Bakar lagi 20 minit pada suhu 175C. Bahagian atas akan kelihatan berbuih2, ini adalah normal. Keluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya dalam loyang. Sisip tepi2nya dan keluarkan. Potong pada bentuk kepingan dan boleh dihidangkan..

MEE GORENG MUDAH

Mee Goreng Mudah
Assalammualaikum semua, salam sejahtera.. Dah malam baru ada N3, tu pun kalau tak takde, tadi petang tiba2 abah mat nak makan mee goreng. Oleh yang demikian, dengan penuh tekad dan SEMANGAT!!...pak tua pakai apron cap kupu2, keluarkan mee dan memulakan projek. Waaaa.....pembetulan apron cap kupu2 yeaa bukan baju tidur kupu2...erkk no no no...pak tua bukan jenis "giteww2" okeyy...hahaha. Sebab nak cepat kan masak ikut apa yang ada je...tapi secepat mana pun anda masak, pastikan kebersihan tu terjamin yea. Kalau ikut kan, mee kuning tidak berapa elok dimakan kerap, kerana ianya mengandungi bahan2 pengawet. Macam mana mat tau, hmm dulu kami ada mengusahakan kilang mee, tapi terpaksa berhenti operasi akibat bebanan hutang yang tidak dilunaskan oleh pelanggan..susah weyyy!!....

Mee Goreng Mudah
Boleh juga dimasak untuk bulan puasa nanti, nak sedap boleh makan dengan cili jeruk dan ulam timun, tapi mat tak de lah benda2 tu..ni kira mee darurat. Gambar pun tak berapa nak cantik, ambik atas dapur jeee, tapi apa ada kesah...janji gambar asli, tak curi dari mana2 blog. Oh yea, mat nak pesan lah pada mereka2 yang ada niat nak curi pic2 kat blog...INGAT...ambik tanpa mintak izin, lepas tu buat sesuka hati pada pic tu, dengan tak bagi credit to my blog, awas, tak HALAL....terutama sekali pada mereka yang menjalankan perniagaan dan paling teramat penting untuk pihak2 media "CETAK", gunakan etika anda sebagai pihak media yeaa......guaa cakap serius ni beb..apa ingat gurau2 kee...INGAT!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g mee kuning, cuci dan toskan
1 mangkuk taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 pokok bok choy, cuci, asing batang dan daun
1 keping tauhu, potong kecik dan goreng
1 keping fish cake, hiris nipis
2 biji telur, goreng dadar dan hancurkan
1/2 cawan isi kerang
1 camca besar cili kisar
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 kiub ayam "MAGGI" (optional)
1 cawan air

BAHAN SOS :-)
1 camca besar sos tomato
4 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan semua bahan sos dan tuang air. Bila mendidih masukkan tahu, fishcake, batang bok choy, telur dadar hancur dan kerang. Kacau rata.
  2. Masukkan kiub pati ayam, larutkan, masukkan mee kuning tadi, gaul rata. Tambah taugeh dan daun bok choy, kacau dan biar masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair.
  3. Hidangkan bersama ulam timun dan cili jeruk sebagai pembuka selera...Selamat mencuba.

Tuesday, July 27, 2010

LEMAK CILI PADI TERUNG TELUNJUK..

Lemal Cili Padi Terung Telunjuk
Salam semua, waaa pagi2 lagi dah ada N3..hahaha, pitam ke, atau ada yang nak pingsan. Exceli ni masak semalam, tapi saja letak hari ni..eh hari ni Selasa kan...Laa lupa nak ucap salam hari Selasa. Kali ni nak share satu masakan kampung, tapi kalau u all dok pekan/bandar kira masakan bandar lah yea. Terung telunjuk (contoh disini...) ni sebenarnya ada 3 - 4 pokok di rumah mat. Sampai tatau nak buat apa tah. Jadi mat pun cuba lah masak lemak cili padi, kali ni letak isi kupang dan juga cendawan telinga kera atau black fungus. Sedap koo, pedas2 manja tapi tak delah sampai terbakar bibir seksi koo orang....Ok lah jom kita tengok resipi, kot2 boleh masak nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji terung telunjuk, kerat pangkalnya, belah 2 tapi jgn putus dan rendam
10 keping cendawan "black fungus", cuci dan rendam
1 cawan isi kupang, dibersihkan
2 batang serai, dititik
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 - 20 biji cili padi merah, jenis thai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 tumbuk halus, serai titik dan santan cair ke dalan periuk. Kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan cendawan black fungus (toskan dahulu). Masak sekejap.
  2. Tambah terung telunjuk (toskan dahulu), asam gelugor dan tuang santan pekat. Masukkan garam secukup rasa dan sediki gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Bila terung lembut sedikit, matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Monday, July 26, 2010

KURMA AYAM YOGURT

Kurma Ayam Yogurt
Assalammualaikum, salam petang Isnin....Hehe, N3 mula tadi salam pagi Isnin, yang ni petang pulak yea...Ok hari ni mat masak "kurma ayam yogurt", resipi dia kan macam mana nak kata yea, sebab mat buat tak ikut law, tapi ikut my style senang kata aku derhaka jee lahh. Mat rasa ini pun sesuai lah mana yang tak makan santan. Excelikan ada sikit unsur peranakan tau dalam kurma ayam ni, tapi tak banyak ada sikiiittttt jeee.. Sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi putih, roti, lempeng pekak dan apa saja jelah yang dirasa sesuai. Rasa2nya hari ni paling ringkas lah mat tulis....ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
2 camca besar penuh rempah kurma
1/2 cawan yogurt
2 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar halus dan rempah kurma, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing, tambah rempah kurma + bahan kisar halus tadi, masak hingga terbit minyak dengan api kecil.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang, gaul dan tuang air seckupnya. Masak hingga kentang empuk, tambah asam gelugor, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan yogurt, cili merah dan hijau belah. Kacau rata dan masak sekejap degan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang...

MUFFIN PISANG BERKELAPA

P1210345
Cakkk!!....Assalammualaikum, selamat pagi semuaa...Uikk, ada yang menonggeng atas katil tu, bangun weyy pi siap2 hari ni Isnin..Kerjaaaa!!!!.. Terkejut ke puan2 semua nampak pepagi dah ada resipi baru dalam blog mat. Excelikan semalam tiba2 rasa bosan tahap tenuk, jadi mat menyelongkar lah tengok apa yang ada kat rumh, selain barang baking, jumpa pulak pisang, hmm bes juga ni, sebab mat dah lama sangat nak derhakakan 1 resipi ni, tapi tak sempat2. Jadi hari ni dengan tidak rasa bersalah nya, mat derhaka kan resipi asal tu makan terhasillah "muffin pisang kelapa" lembut dan gebuuu, hmmm....Eh..bukan ada kelapa saja tau, siap campur cekelet lagi...tak caya nanti try yeaaa..tapi jangan pulak memandai oter, lepas tu komen kata kurengg, tu jam achik tak dapek lah nak nolong...

Muffin Pisang Berkelapa
Rasanya tak manis, just nice dengan lemak kelapa, serta keenakan coklat yang dicampur ke dalam nya. Siapa suka kacang walnut pun boleh letak. Satu adunan boleh dapat 10 - 12 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup. Kalau yang macam dalam gambar, cuma dapat 8 biji saja, sebab muffin cup 4 segi ni besar. Tapikan, kalau buat dalam muffin cup bulat lagi comel2 tau....erkk pesal lah aku gatai2 pi beli yang 4 segi...hmm, tak pelah..dah beli, guna jee lahh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g mentega, cair dan sejukkam
2 biji telur gred "A"
125 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
60 g gula peerang (brown sugar)
1/2 camca besar ovallate
130 g pisang, dilecek
2 camca besar kelapa kering
2-3 titik esen pisang
40 g dark chocolate, dicincang (mat guna "Cadbury Bournville fine dark chocolate")
Badam keping untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar gula peerang bersama ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek. Gaul rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering dan coklat cincang, putar rata.
  4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak, biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan..

Sunday, July 25, 2010

BUBUR NASI TOM YAM

Bubur Nasi Tom Yam
Salam Ahad semua, dah sarapan ke u all. Hari ni kan jam 4 pagi pak tua dah bangun, tidur pulak jam 2 pagi, bukan apa, semalam kan berkemas2 lah sikit, biasalah dah tinggal seko2 kat rumah kan. Sakit mulut dah ok dah, tinggal sikit2 je lagi. Oleh kerana hari ni mat sorang lagi kat rumah, jadi tak payah lah masak sangat, jadi pagi tadi jerang lah bubur nasi dan makan dengan tom yam, bukan apa hari tu kat FB, nampak kak liza buat bubur nasi tomyam, erkk terasa2 dah kat tekak, hmm tak bley jadi ni, tu yang mat buat hari ni, tapi biasalah guna paste sedia ada. Lagi pun masa tak berapa nak sihat ni kan, makan yang masam2 sedappnyaaaa.....Weyyy awasnya bukan aku ngandung!!...pleaseeeee!!!..

Bubur Nasi Tom Yam
Eh, nampak bubur dia tenggelam dek pelakon2 tambahan kan.. Isi dia tu ikut suka hati, nak letak udang ke, ayam ke (mat guna ayam) atau boleh campur udang, sotong dan ayam. Sayur pun sama juga. Yang nampak hitam2 tu bukan asam gelgugor tau tapi cedawan telinga kera atau orang putih panggil "Black Fungus". Kalau nak letak cendawam tiram atau cendawan butang pun sedap...Resipi mat agak2 jee yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras*
6 cawan air*
1 batang serai, dititik*
1 helai daun pandan, disimpul*
Secubit garam*(*direbus bersama beras hingga menjadi bubur)
1/4 bahagian ayam, potong kecil, cuci dan toskan
2 camca besar pes tomyam "LIFE"
1 batang serai
3 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, diketuk
1 inci lengkuas, dititik
6 biji cili padi, dititik
2 liter air
1 biji tomato, belah 8
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
8 keping cendawan "black fungus" hiris
2 cawan potongan bunga kobis
2 biji limau nipis, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang air dalam periuk, masukkan pas tomyam, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih. Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi, kacau dan masak hingga ayam empuk.
  2. Masukkan cendawan, bunga kobis, red capsicum dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Masukkan tomato dan jus limau nipis, kacau dan rasa jika kurang masin, tambah garam secukupnya. Biar mendidih sekejap dan matikan api
  3. Ceduk bubur nasi tadi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah tomyam bersama isi2 nya sekali. Tabur hirisan daun ketumbar dan juga bawang goreng sebelum dihidangkan....Hmmm, sedappp...i likeee...

Saturday, July 24, 2010

LEMAK NENAS IKAN MASIN

Lemak Nenas Ikan Masin
Assalammualaikum semua, salam Sabtu. Hari ni kan mat dok seko2 kat rumah, mereka semua ke Kemaman menziarah abg mat yang dok diam di sana, maklumlah rindu pada cucu2. Moga anak2 buah kesayangan ku, Hafiz, Aisya dan Aiman (tak kesahh) sehat sentiasa. Kebetulan tadi sepupu mat datang bersama bonda sedara. Turut singgah cucu sedara mat..Waaa aku sekarang "datuk" laaa..hahaha.. Jadi masa mat tau mereka akan datang, terus lah pi dapur, siap2 semua apa yang patut, jadi kebiasaan, kedatangan sedara mara mau pun tetamu mesti kita layan sebaik mungkin dan ikhlas. Untuk makan tengah hari tadi mat jamu, lemak nenas ikan masin, ayam sambal selasih, sambal belacan, ulam timun dan juga bilis tamban goreng rangup. Tapi kan cuma lemak nenas je yang mat sempat ambik gambar...Ok jom share resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas kulit, dan hiris sederhana tebal
5 ketul tulang ikan masin kurau, direndam
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
2 keping asam gelugor
200 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 bij bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tulang ikan masin (toskan dahulu), bahan kisar dan serai titik, didih kan. Masukkan nenas, gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  2. Tuang santan pekat, tambah asam gelugor, sedikit garam dan gula, kacau dan masak hingga nenas lembut sedikit. Masukkan daun kunyit.
  3. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man...

Friday, July 23, 2010

RENDANG AYAM GAHARU.

Rendang Ayam Gaharu
Assalammualaikum....semua ok ke?..Mat ok..ok je lah, cuma sakit mulut (ulser), tapi tak pe, kesabaran tu penting, sakit sikit yang kita terima tu cuma ujian je (ke sebab aku termenderhaka kat seseorang tu...erkk..tidakkkkkk!!!!), petang tadi dalam jam 6 mat masak rendang ayam gaharu. Pening kan dengar nama rendang ayam tu, apa nak buat dah tu nama dia, takkan nak oter pulak, dah leer sakit mulut, kang derhaka lagi, tah sakit apa pulak yang datang...tobatt pak tua!. Rendang ni sedap, pedas dan sedikit menyengat dengan rasa rempah ratusnya. Secara asas kan rendang ni sama jeee. Tak pe, sendiri tengok yea bahan2 dia, sama ke tak. Nasib baik laah boleh membebel guna jari, kalau kena cakap, sah2 leer mat kena cakap style sopaaann, bahasa isyarat semua keluar. Jom kita lihat resipi senang ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Thursday, July 22, 2010

KUE TEOW KICAP KERANG..

Kue Teow Kicap Kerang
Assalammualaikum semua, salam Khamis, petang ni kan, mat goreng kue teow yang ada berbaki dalam peti sejuk. Kebetulan ada sedikit stok daging batang pinang dan kerang..waaaaa, besnyaa, i likeee. Tadi di YM, ada sorang ni tanya mat, kenapa macam slow memasak. Hmmm, sebenarnya, masa agak ketat lah, lepas tu, masak pun yang senang2 jee dah lah tu, ulang tayang pulak, mesti ramai yang jemu kan. Lagi satu kalau tak de mangsa nak makan, susah lah kita nak masak sakan.. Exceli, resipi ni main campak2 je, tak de sukatan yang betul, apa mat share sini bukan nak paksa anda semua ikut 100%, ikut kreativiti masing2. Ini hanya sebagai panduan dan idea.
Kue Teow Kicap Kerang
Perasan tak taugeh tu, adoii tak buang ekor, punya lah malas, nasib baik jenis taugeh "abang pendek", tak de lah nampak berserabut sangat..hahaha. Kalau nak letak sawi pun ok, sedap juga. Mat kan ada satu resipi lagi guna kue teow, ambik dalam buku masakan chef wan, macam sedap je, cuma belum berkesempatan nak mencuba. Terima kasih yea pada semua, walaupun N3 blog benda2 ulang tayang, anda tetap setia mengunjunginya....mat terharu nihh..nak nangiss kejap...hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g kue teow
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris
1 cawan hirisan daging batang pinang
2 genggam taugeh, dibuang ekor
1 1/2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawag merah, hiris
2 biji telur
1/2 camca teh gula
1/2 cawan air
3 camca besar kicap pekat*
1 camca beasar sos tiram*
1 1/2 camca besar kicap cair*
1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
Hirisan timun, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
  3. Tambah taugeh, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!

KENANGAN RAMADHAN BERSAMA...

Salam semua, mat kan sebenarnya segan juga nak share cerita2 atau peristiwa2 yang berlaku dulu, erkk segan leer, macam mana nihh..Hmm tak pe lah Ben, sebab koo dah tanya semalam, aku cerita lah juga..eh tapi kan tak berapa nak ingat lah peristiwa ni, berlaku bulan Ramadhan ke Syawal. Argh tak kesah lah kan, yang pasti cerita ni pasti menggemparkan ...tau tak dulu mat nyaris2 bakar rumah, gara2 bunga api...ok kesah selanjutnya seperti berikut...

Kalau tak silap lah kejadian ni berlaku masa mat umur 9 tahun kot, biasa lah budak2 kan, dah lah kecik2 kuat melawan cakap orang tua, degil, kalau pi sauk ikan kat parit sampai nak malam baru balik..Kejadian ni kalau tak silap masa raya lah, erkk macam mana ni, kesah pasal ramadhan..hehe, ok ok sambung balik. Anda tau tak bunga api yang jenis banyak asap tu?.. Sebab bunga api tu lah nyaris2 rumah lama terbakar. Masa tu petang tau, jadi mat dengan abang mat yg no 3 main leer bunga api...(heran guaa, abang guaa masa tu dah besar, pesal dia main bunga api jugak ek?), kami ni kan siap pi mana2 sudut rumah koo, pancit bunga api tu konon2 nak halau nyamuk. Sampai satu masa ni pi naik atas rumah, dulu kat bahagian depan, ada ruang khas untuk arwah datuk kami tidur, bonda memang dok perhias lawa2 leer katil tu, siap bercadar rambu ramba kaler merah lagi. Jadi mat dengan abg ni pun meround leer sambil tala kan bunga api tu...tah macam mana kan kami tak perasan percikan dia terkena rambu ramba cadar tuuuu..

Tapi tatau lagi nak terbakar, jadi kami pun belah lah pi tempat lain, hepi leer konon nya...Sekali arwah datuk mat naik atas rumah, nak solat maghrib, terus dia teriak panggil bonda kata katil dia terbakar...Waaaa..dah takut dah ni, yang abang mat ni terus cedok air satu gayung, dia pi kat katil tu, siram..api tak padam koo...sekali datang bonda, dia hangkutnya air satu baldi besau, sekali jirus terus padam, melempeng semua bantal2..erkk, tu jam radio rosak dah mulakan rancangan...tak henti2 bebel. Tiba2 kan, "Panggggg!!!...adoiii!!!...Dapat penampo korea sekali dari "Bak", arghh pijau pipi gebu ku, berpinau mata, nampak segala jenis burung terbang pusing2 kat kepala, sambil kata "padan muka koo"...whaaaaaa, tak nangis okeyy!..habis tu nak kata apa, dah memang salah kita kan...huhu.

Cuma mat tak puas hati satu je, pesal abg aku tak kena tampar, walhal kami main sama2, dia pun ada gak pi tala kan bunga api tu kat cadar...hmmm, pilih kasih kan..Tapi biasalah mat gebu jenis tak kesah, terima je kalau dah salah. Esoknya mat pi lah skodeng katil, uikk tak delah hangus sangat, cuma gelap gelita jeee....tilam ada lobang besar koo, bantal 3-4 biji juga hangus. Yang tak besnya kan, ada makcik internet kelajuan tinggi datang masa tu, terus lah gossip2 pasal mat gebu nak bakar rumah..arghh..tak skeee lah macam tu.....Serik dah nak main bunga api banyak asap tu....insap pak tua nak main bunga api..hehehe...hehee..

Wednesday, July 21, 2010

BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM

Blackpepper Beef With Capsicum
Assalammualaikum untuk semua...hmmm..hari ni kan rasa penat lah, dengan gigi yang sakit, masalah kecurian pic masak2..adehh...pening..pening....Ada 2 kes yang mat terima pagi ni, mereka mengambil gambar dalam blog masakan mat dan rakan2 yang lain tanpa izin, dah lah tu tak dilink kan ke blog kami, lagi parah, siap crop kasi buang watermark lagi. Tapi kan sorang tu tadi dah call dan minta maaf (tak pelah "hajjah" dengan ikhlas hati saya maafkan yea)..hmm jadi manusia ni kalau ikutkan perasaan amarah susah juga. Dulu kes majalah SAJI..moga2 mereka tepati janji.. dan sekarang kes blogger pulak..apa2 pun yang sudah tu sudah lah, mat halal kan, cuma lepas ni TOLONG lah...kalau nak, mintak, kalau ambik tanpa pengetahuan empunya gambar ke, at least letak lah link atau credit pada blog kami. Bukan nak marah apa, kita sendiri nak ambil gambar siap pose bagai, gambar tu dok mcm tu saja, tapi orang yg nak ambik gambar tu yang pose maut, lagi lah macam mat guna kamera cikai, tau tak untuk satu gambar masakan more then 20 pictures tau kena tangkap, lepas tu buat saringan.. arghh malas dah nak fikir...hari ni punya kes sampai hangat u, kalau tak, takkan Ben Ashaari siap buat N3 khas koo, klik sini kalau tak caya...Ok jom kita tengok resipi biasa2 mat gebu hari ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 daging batang pinang, hiris , cuci dan toskan
2 inci halia*
1 camca besar penuh lada hitam biji*
3 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
1/2 biji yellow capsicum, hiris kasar
1/2 biji green capsicum, hiris kasar
2 biji bawang besar hiris berbaji
2 batang leek, potong kasar
1/2 cawan air
1/2 camca besar gula
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan leek, kacau dan tuang daging perap bersama jus2nya sekali. Kacau rata dan kecilkan api, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan capsicum dan bawang besar, gaul rata dan tambah gula. Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin boleh tambak sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

ASAM PEDAS BEREMPAH

Asam Pedas Berempah
Salam pagi Rabu semua, ehem ehem...kan dah kata, lauk ulang tayang, tu lahh tak caya...Haa, tu dah ada yang gossip kata cik mat dah kering idea..hahaha, aiman tak kesahh punn....dari blog sepi elok lah diisi, betul tak, dah yang tu je mat masak..Wahai blogger masak2 semua, dah join ke segmen Ben Ashaari tu...cepat, jangan berlengah2 lagi, sebenarnya mat tak de niat apa2, cuma tolong sesama blogger je..kita tak de buat apa2 pakatan sulit pun...sungguh nihh. Berbalik pada resipi hari ni, asam pedas tu kan rasa nya dah 10 ratus kali kot dah ulang tayang..hahaha, tak pe lah, tak paksa nak tengok..tapi kalau sudi tengok, syukur alhamdulillahhh...terima kasih yea pada semua..i lap u all..ahaks..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping daging ikan duri (boleh guna ikan tenggiri)
3 kelopak sawi jeruk (optional)
1 genggam daun kesom
3/4 cawan jus asam jawa
1 cm halia, diketuk
1 cm lengkuas, diketuk
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar jintan kasar
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk, dikerat2, rendam dalam air (boleh ganti terung atau kacang bendi).
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, lengkuas dan halia. Tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk dan juga ikan tadi, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan daun kesom dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak ganti ikan dengan ayam pun boleh, nak ganti dengan daging pun boleh juga. Nak tambah tomato pun ok, lagi satu masa rasa tu kalau kurang asam, sila tambah lagi ikut selera masing2 yea. Sesiapa nak letak serbuk perasa pun tak de masalah. Selamat mencuba untuk semua...

Tuesday, July 20, 2010

TAUGEH KUPANG BELACAN.

Taugeh Kupang Belacan
Assalammualaikum semua, salam bersiaran kembali... Mesti ada yang ingat mat gebu dah nak tukar dari blog masak2 ke blog berita harian kan..Hahaha, tak de lah, apa2 sekali pun masak2 masih dok carta teratas. Sebenarnya beberapa hari ni masa agak ketat...Eh, koo ingat orang keje kerajaan dan swasta je kee time ketat, kita keje sendiri ni pun masa ketat. 2 - 3 hari lepas mat masak semua yang senang2, yang simple dan ringkas. Macam hari ni kan, mat cuma masak asam pedas berempah dan taugeh kupang belacan. Jadi yang tak makan taugeh tu minta maaf yea, hari ni mat guna taugeh kasar atau taugeh soya....Resipi dia sungguh senang sekali...tak caya?...Budak2 sekolah rendah pun boleh masak lauk nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh kasar, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 1/2 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga harum dan layu, masukkan belacan dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kupang. Tuang sedikit air. Biar mendidih.
  2. Masukkan taugeh, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masak hingga taugeh lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Sunday, July 18, 2010

TABUNG KAMI BERSAMAMU - "LYA"

Assalammualaikum semua, salam pagi Ahad. Tadi masa mat bukak blog, ternampak satu N3 diblog Ben.. Terdetik hati ini ingin memanjangkan juga kesah insan bernama LYA pada teman2 blogger dan juga pengunjung blog mat ni. Yelah kita menolong sekadar yang mampu dan gunakan sebaiknya teknologi yang ada. Moga teman2 blogger lain dapat memanjangkan kesah LYA ini. Kebaikkan yang kita lakukan, insya Allah ada balasannya kelak, bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...Kesah selanjutnya dibawah :-)

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.

Saturday, July 17, 2010

GULAI UDANG DENGAN REBUNG JERUK.

Gulai Udang Dengan Rebung Jeruk
Salam Sabtu semua....Waaaaa..pak tua penat lah hari ni.. ketat nya masa, baru siap satu keje..tengok keja lain dah menunggu, takpe2 sabar....bawah bertenang..tarik nafas dalam2..hembus kan dengan manja yeaa. Apa yang penting segala kerja kita buat dengan ikhlas, insya allah ada imbuhannya nanti. Ha, pasal N3 hari ni, jangan terkejut, udang lagii..lepas ni pi buat medical check up, tengok tang kolestrol semua merah2..erkkk ngeri koo, pulak orang2 gebu macam ai ni...adehh, sesak nafas kejap. Sebenarnya rumah mat ni menu tak sama bagi semua orang, ada yang makan petai, ada yg tak makan, ada yang suka tempoyak, ada pulak yang tak suka...Paling senang sekali siapa tau... mat gebu laa, aku ni semua makan..nasib baik kerusi meja aku tak makan sekali..hahaha.. Cuma tang ulam tu, jering dengan kerdas memang mat tak maka, ulam2 yang lain, insya allahh...jalannnnn..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang besar, dibersihkan
250 g rebung jeruk, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
300 ml pati santan
700 ml santan cair
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi hijau
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan udang, rebung, asam gelugor dan serai bersama bahan2 kisar halus, gaul rata dan masak sekejap hingga udang kecut. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan santan pekat, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ulam2 dan lauk2 lain.. Selamat mencuba untuk semua!..

Friday, July 16, 2010

KARI UDANG KAPITAN

Kari Udang Kapitan
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia...Dah makan ke semua. Hari ni kan mat nak share satu resipi typical peranakan nya masakan, Kari Udang Kapitan. Ni lebih kurang masak lemak saja, tapi rempah dia ada sikit perbezaan. Seperti anda sedia maklum orang peranakan ni masakan dia dipengaruhi oleh orang2 melayu, india dan eropah. Satu yang tak boleh di"tiadakan" dalam bahan2 rempah ratus mereka ialah "buah keras" dan "belacan". Kalau resipi asal mereka tak delah letak timun, tapi mat gebu seperti anda sedia tahu, apa2 saja yang boleh diderhakakan, aku pasti buat...tapi derhaka pun kenalah bertempat kalau tak nak kena sumpah jadi batu!!...erkk tak moo lah, batu tak bes kan...kalau jadi teko bess juga, ada harga...hehehe..

Kari Udang Kapitan
Kali ni mat guna udang kaki merah, atau udang pengantin. Udang ni selalunya orang cina suka, depa kalau nak chinese new year kan, siap beli dan masak untuk makan besar. Harga memang ada sikit mahal, tapi sekali2 apalah salahnya. Rasa mat lah, kalau ganti udang dengan ketam pun sedap kooo, ishh mula lah ni, ada kang bergaru2...Ni udang pun manalah mat gebu boleh makan sangat, nanti bertambak seksi, terutama tang bibir ku...hehehe, kalau nak try ganti ayam pun ok kot, cuma anda perlu tambah halia yang dititik ke dalam kari kapitan ni. Resipi asal mat dapat dari Florence Tan, chef nyonya yang femes tu....Kamsia lah nyaa, guaa suka resipi luu, ini hari guaa kasi share sama geng masak2 yang lain...Guaa ada pantun untuk luu...

NYONYA FLORENCE DARI MELAKA,
AWET MUDA SEPANJANG MASA,
RESIPI LUU RAMEY ORANG SUKA,
CUKUP REMPAH DAN CUKUP RASA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g udang besar, dibersihkan
300 ml santan segar
1 biji bawang besar, didadu
1 camca besar gula (mat letak 1/2 je)
2 1/2 camca besar jus limau kasturi
1 biji timun (mat tambah sendiri)
1 tangkai daun pudina
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 tangkai cili kering, kerat, rendam dalam air panas dan toskan
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
3/4 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang tadi dilap kering dan goreng selama 30 saat hingga bertukar warna kemerahan, angkat dan toskan. Timun dikupas kulitnya, kerat 3 dan belah 6 untuk setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bahan2 kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan udang, gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 2 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Bila mendidih, tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Akhir sekali masukkan jus limau kasaturi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun pudina tadi.

Thursday, July 15, 2010

APAM BALIK

Apam Balik
Salam petang Khamis, apa khabar...Sekarang ni mat perhatikan ramai sungguh orang dilanda demam, sakit tekak dan selsema.. Mungkin perubahan cuaca yang tak menentu dan mendadak, keadaan bumi pun macam kurang stabil. Ok hari ni mat share lah satu resipi apam balik yang mat ambik dari rumah Hana yang di Jepun tu. Exceli dah lama juga nak buat, resipi dah siap salin awal2 dulu. Kalau kita perhatikan bahan2nya kurang lebih macam pancake saja, dan rasa pun seakan2 sama, lain lah kalau apam balik pasar malam, hmmm memang berbeza koo.. Tapi kalau nak buat untuk minum petang bersama family ok juga, sedap, lembut dan lemak2 rasanya. Sekarang ni kan masa agak ketat, jadi nak letak 2 atau 3 N3 masak2 memang tak sempat. Projek tertangguh pun belum terlaksana...erkk dateline 25 HB nihh...satu hapa pun tak buat lagi...erkkk..tak bley jadi nih, kena rajinn...

Apam Balik
Satu adunan ni akan menghasilkan 7 - 8 keping apam balik, mat guna non-stick pan berukuran 20 cm. Satu petua untuk mendapat permukaannya yang mulus, tanpa panau atau tompok2 ialah, gunakan api paling kecil, lepas tu permukaan pan tu, mat cuma guna paper towel bersih, dicelup dalam sedikit minyak makan dan sapu nipis. Bila pan panas sedikit, sendukkan adunan, ratakan. Insya allah, permukaan apam atau pancake anda jadi mulus. Masa nak angkat tu pun berhati2, gunakan sudip plastik atau jenis silicone untuk mengelakkan non-stick pan calar dan apam tercedera..amacam faham kan?...hehehe..Ok jom lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
1/2 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1 1/4 senduk nasi, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan...

Wednesday, July 14, 2010

DAGING GORENG DAUN SELASIH.

Daging Goreng Daun Selasih
Assalammualaikum, salam Rabu untuk semua, dah makan tengah hari ke u all. Ok hari ni kan mat nak share satu resipi senang dan sedap dan bess...Ala2 masakan Thai. Dulu2 mat pernah masak sekali. Resipi asal dari sorang teman blogger yang menetap di Ireland, tapi sayang sekarang blog dia dah tak aktif sekarang, rindu juga nak cuci mata dengan gambar2 menarik terutama kek lapis hasil tangan Jo. Apa2 pun terima kasih mat ucapkan pada Joeaye, tak de blog pun tak pelah, kita jumpa di FB yea. Dengar cerita Jo sekarang aktif dalam bidang fotografi, waa ini macam kalo esok2 kalau mat ada DSLR boleh lah aku menuntut ilmu dengan dia....erkk, tersedak2 budak yang baru beli DSLR tu kang..Ok jom semak resipi senang sangat ni....

BAHAN-BAHANNAYA :-)
500 g daging batang pinang
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh garam
1/2 biji cpasicum, merah, potong kasar
1/2 biji capsicum kuning, potong kasar
1/2 biji capsicum hijau, potong kasar
5 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci belacan, larutkan dengan sedikit air
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos ikan
1 cawan daun selasih (thai basil)
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci, toskan dan gaul dengan garam dan serbuk lada hitam, kemudian goreng hingga masak, tapi jangan terlalu garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang puti dan cili kisar hingga garing, masukkn belacan dan sos ikan, kacau rata. Masukkan daging dan capsicum, gaul rata dan biar masak sekejap.
  3. Tambah sedikit gula dan masukkan daun selasih tadi, gaul rata dan masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur sedikit daun selasih segar dan belahan limau kasturi.

Tuesday, July 13, 2010

PANDAN EGG TART

Pandan Egg Tart
Salam sejahtera untuk semua... Sebelum mat mulakan N3 terakhir malam ni, nak ucapkan selamat berangkat pada "Ben Ashaari" dan isteri "Puan Azila".....Eh bukan depa nak pi Umrah laaa, tapi pi bercuti ke Pulau Tioman....hahahaha, bunyi ucapan tu bukan main kannn..Biasa lah mat gebu memang macam tu, benda biasa tapi suka buat ala2 "Grand" gitu. Moga selamat pergi dan kembali, berhati2 di jalan raya, jangan lupa guna dslr, tapi awas no pic of "dugong" ok, i sensetif.....ahaks. Ok, hari ni mat demi nak menghabiskan baki pastry buat quiche hari tu, saya lah buat tat telur, cuma kali ni letak pandan paste. Kalau ikutkan pastry ni tak sesuai leer untuk tat telur, tapi ok lah, masih sedap dan mengiurkan..

Pandan Egg Tart
Tak caya mat kata sedap...Cuba perhati kan belahan pandan egg tart tu, seksi kan dengan isiannya yang halus, kulit yang rapuh2 rangup, tak lupa jari yang gebu montok lagi montel
..hahaha, waaaa ada yang loya nampak, buat muka tak siap pun ada juga, nyampah ek?. Baki pastry hari tu mat dpt lebih kurang 10 ketui je tart, tapi kan kena berhati lah masa tuang isian dia, perasan tak tu yang interprem dengan acuan2 dia tu...Ha tu kes melekat lahh..adehh kesilapan teknikal koo, dalam 10 tu cuma 4 kot yang boleh tanggal....Erkkk, kenapa lah mat gebu jadi bingai sungguh hari ni...ada kah itu menanda kan peningkatan usia ke arah penuan?. Syukur alhamdulillah...masih boleh bernafas. Ok yang ni mat sertakan resipi pastry asal untuk tart telur tu yeaa...

BAHAN - BAHANNYA :-)
100 g mentega
210 g tepung gandum
50 g gula aising
1/2 camca besar susu tepung
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)

BAHAN ISIAN :-)
1 kuning telur + baki telur yang 30 g tadi
60 g susu sejat "IDEAL"
30 g air
25 g gula halus
3/4 camca teh pandan paste
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh 20 minit. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.
  2. UNTUK ISIAN :- Satukan semua bahan isian tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung.
  3. UNTUK PANDAN EGG TART :- Panaskan balik oven pada suhu 190C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat dan tat tak boleh ditanggalkan. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.