BEN ASHAARI

Wednesday, June 30, 2010

DRAGONFRUIT CHIFFON CAKE.

Dragonfruit Chiffon Cake
Assalammualaikum, salam Rabu. Semalam mat tak masukkan apa2 N3, sebab malas nak masak, mood down dan langsung rasa menyampah..bukan tu saja, nak tengok blog pun meluat..tatau apesal..kalau lah blog ni baru 2-3 bulan, dah semestinya mat tutup je..tapi ni dah hampir 3 tahun.. sayang pulak. Tujuan asal mat bukak blog bukan nak cari keuntungan, skandal atau riak, jauh sekali membangga diri. Pada mat lah, kalau apa2 tulisan mat yang agak kasar, kemudian ditegur oleh orang "bijak pandai", mat tak de pun nak balas balik atau berlagak macam pandai, mat dengan rela hati edit balik, yelah buat apa kita nak ego, kalau dah salah perbetulkan saja, habis cerita..Lagi satu, kalau ada lah komen yang agak mengujakan, melongkang, selalunya mat delete je, tak mo jawab, bukan apa, malas nak berpanjang-panjangan..tak bess..kita ni berblog untuk tukar2 idea dan bersantai, bukan nak tunjuk pandai dah terror...tak pelah kita sabar jeee..

Dragonfruit Chiffon Cake
Hari ni mat try satu resipi dari salah sorang tukang masak yang mat suka, dah semestinya "Amy Beh". exceli resipi kek chiffon buah naga ni dah lama mat salin, tapi tu lah, sepatutnya mat letak sikit pewarna pepel, baru nampak macam kaler buah naga, ni tadi tak teringat langsung,,hmm dah jadi macam kek chiffon biasa jee..cuma nampak biji2 halus dia je..Rasa pun pada mat macam kek chiffon vanilla, yelah buah naga ni dia tasteless, tak de rasa. Lagi satu, sepatutnnya resipi ni buat dalam acuan chiffon 20 cm, tapi ni mat guna saiz 23, tu pasal nampak rendah...tak kesah lah, janji jadi dan sedap dimakan...resipi seperti berikut.

BAHAN "A":-
3 kuning telur gred "A"
25 g gula halus
50 g buah naga@dragon fruit@pittaya, dilecek hancur
40 g minyak jagung
1/4 camca teh esen vanilla
55 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 1/2 camca besar tepung jagung
Secubit garam

BAHAN "B":-)
3 putih telur gred "A"
1/8 camca teh cream of tartar
60 g gula halus


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siap kan tin kek chiffon, jangan sapu dengan apa mentega atau marjerin. Dalam satu bekas, pukul rata semua bahan2 "A" dengan whisk hingga gula hancur dan semuanya sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula. Terus memutar hingga putih telur pekat.
  3. Masukkan putih telur tadi 1/2 bahagian ke dalam adunan no. 1, gaul rata dengan kaedah kaup balik, masukkan lagi 1/2 dan gaul dengan kaedah yang sama hingga sebati dan rata.
  4. Tuangt dalam tin chiffon tadi dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari oven dan terbalikkan tin tadi atas jaringan. Biar sejuk dalam keadaan terlungkup. Sisip tepi kek dengan pisau tajam, keluarkan, sisip pula bahagian bawah, kemudian boleh dialih atas pinggan kek. Hidangkan...

Monday, June 28, 2010

MEE HOON GORENG ALA NYONYA..

Mee Hoon Goreng Ala Nyonya
Assalammualaikum semua, N3 penutup malam ni mat saja lah nak letak satu resipi yang teramat biasa sangat bagi orang2 Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia mungkin. Mee hoon adalah satu menu kegemaran orang2 kita. Kiranya mee hoon ni satu bahan masakan yang vesertile, bayangkan selain digoreng, boleh juga dibuat mee sup, ada juga yang dibuat kerabu pendek kata boleh masuk semua majlis baik formal atau santai. Hari ni mat nak share satu menu mee hoon goreng yang telah dimasak ala2 nyonya peranakan. Exceli ianya macam mee hoon goreng biasa, cuma mat dah siapkan awal2 cili tumis dia. Kali ni dalam peti sejuk cuma ada udang saja, kalau ada ayam, sotong atau fish ball pun sedap dicampur sekali.

Mee Hoon Goreng Ala Nyonya
Selalunya masakan peranakan ni nampak macam pedas tapi tak berapa sangat, mereka ni lebih banyak menggunakan buah keras, serai, lengkuas, belacan, cili merah segar dan bawang merah kecil. Sepatutnya ada tauhu yang dipotong kecil dan digoreng, tapi malang tak de stok pulak. Ok nak cerita sikit, perbezaan peranakan cina Melaka dan Penang. Peranakan Melaka dia lebih kepada gaya Melayu dan Indonesia. Di Penang, mereka ada pengaruh Siam, Burma dan negara ke utara. Gaya masakan pun ada perbezaannya, cuma yang mat perasan, mereka ni sama dari segi apa tau...dari segi "berlagak" atau "show off" kata omputih, mana2 bibik yang kaya tu...makk aii. xsen gila koo, lepas tu pandai pulak main "ceki"....ceki tu macam ala2 judi daun terup....Eh guna duit banyak tau sebagai pertaruhan....mati lah guaa kena sental mulut dengan cili kejap lagi...tak relaaaaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mee hoon, celur dalam air panas hingga lembut sedikit, toskan
2 1/2 camca besar rempah cili nyonya (resipi dibawah)
200 g taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy, dicuci bersih dan kerat2
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 cawan isi udang
1 cawan isi ayam (tak letak sebab tak de)
Kicap cair secukupnya
2 biji telur, dibuat telur dadar, kemudian dihancurkan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan (lupa letak pulakk!)

BAHAN REMPAH CILI NYONYA :-)
10 biji cili merah*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji buah keras*
2 keping hirisan nipis lengkuas*
2 keping hirisan nipis halia*
1 batang serai, hiris halus*
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
4 biji limau kasturi, perah jusnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK REMPAH CILI NYONYA :- Kisar semua bahan2 yang bertanda (*) hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali (lebih sikit), tumis bahan kisar tadi hingga garing, gunakan api sederhana. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Masak hingga terbit minyak. Sejukkan dan simpan dalam botol. Biar rempah tadi tenggelam dalam minyak tumisan. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK MEE HOON GORENG ALA NYONYA :- Panaskan 1 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis rempah cilit tadi bersama sos tiram dan sos tomato. Masukkan udang dan ayam, tuang sedikit air, kacau dan biar ayam masak. Masukkan telur dan sedikit kicap cair. Masukkan mee hoon tadi dan gaul rata. Tambah sawi bok choy dan kacau lagi, akhir sekali masukkan taugeh sambil dikacau. Masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah kicap cair sedikit lagi. Matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, cili hiris dan belahan limau kasturi....

URAP PEGAGA DAUN CEKUR

Urap Pegaga Daun Cekur
Assalammualaikum semua, dah makan tengah hari ni.. Hari ni mat masak paling ringkas dan senang, dah lah tu lewat pulak memasak..Biasa lah ada urusan yang perlu dibereskan. Semalam abah mat masa pi Muar dia beli pegaga dan pokok cekur. Jadi boleh buah urap. Orang2 jawa memang suka makan urap2 macam ni, kira salah satu benda penting untuk nasi "ambeng"...alah nasi yang makan dalam dulang beralas daun pisang tu..dan di letak pelbagai variasi lauk, tapi semua lauk-pauk jenis kering2..tak boleh yang berkuah....Resipi urap ni biasa2 saja, macam orang lain buat juga...tapi mat letak juga lah resipi senang ni, kot2 ada sesiapa nak try buat nanti.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
3 biji cili merah*
3 cm isi cekur*
1 cm kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Sunday, June 27, 2010

COCONUT BUTTER BUN.

Coconut Butter Bun
Salam petang Ahad, buat apa semua, kalau ikut mood memang malas nak buat apa2, tapi pada mat berblog masak2 ni banyak cabarannya, jika blog penulisan cabarannya bila orang mengkritik, menghentam penulisan dan blog kita, manakala blog masak2 pulak menghadapi masalah kecurian gambar2 dan resipi2 oleh mereka yang suka mencari jalan mudah.. Sebelum kes majalah Saji ni, masa tu mat masih bergerak aktif di My Resipi, ada juga manusia yang bijak, tapi sayang penCURI telah mengcilok resipi2 kami, termasuk gambar2nya sekali dan dibuat e-book, lepas tu jual RM 50!.. Ada sekali tu mat pernah call orang tu tapi tak nak angkat, lepas tu dia jawab melalui SMS, kata minta maaf dan telah tutup laman web dia. Jangan lah pandang sepi kami blogger masak2, yelah blog masak2 ni kan ada orang pandang "low class", jadi sapa ada peduli...anda silap yeaa!!...

P1200688
Berbalik pada resipi hari ni, mat ambik inspirasi dari buku Alex Goh, dan ada juga mat derhaka kan sikit tekniknya memandangkan kita guna bahan2 yang ada, tapi cuma sedikit saja, bab inti kelapa, kalau ikut resipi dia guna kelapa kering, tapi mat guna kelapa parut segar dan terpaksa melakukan sedikit penyesuaian. Nak guna kelapa kering pun ok, tapi sudah pasti rasa dia macam berhapas. Lagi satukan, teknik membentuk tu macam mudah, tapi mat kurang berpuas hati lah dengan hasilnya...ada tu ok, ada tu pulak....hancur koo, terkangkang habis...erkkk, segan nak share malu..hehehe...

BAHAN-BAHAN DOH :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
1/4 camca teh garam
2 camca teh instat yeast
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
150 ml air suam (kalau guan Breadmaker, guna air sejuk)
30 g mentega

BAHAN INTI KELAPA MENTEGA :-)
150 g kelapa parut (pilih kelapa berkulit basah)
100 g gula halus
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
60 g mentega


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI KELAPA MENTEGA :- Putar mentega bersama gula hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla, terus memutar hingga kembang. Tambah kelapa dan gaul rata. Tuang dalam kauli dan masak guna api kecil sambil dikacau kerap sehingga inti kelapa mentega kering, sejukkan dan bagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2 kan dan simpan dalam peti sejuk sementara mengunggu doh roti siap.
  2. UNTUK DOH ROTI :- Satukan instant yeast dengan air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu satukan tepung roti, susu tepung, bread improver, bread softerner, gula dan garam, gaul rata. Masukkan telur dan adun, tuang bancuhan ragi, gaul dan uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal (kurang lebih 20 minit diuli tanpa henti). Bulatkan doh, letak dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik dan perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam BreadMaker, pilih setting unutk "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. UNTUK COCONUT BUTTER BUN :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap. Bahagikan doh tadi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu doh, leper2 kan dan letak 1 biji inti kelapa tadi, balut kemas2 dan leper kan. Tabur sedikit tepung dan canai leper (macam dalam gambar). Kemudian lipat dua dan lipat lagi sekali. Potong 1/2 bahagian doh tadi (seperti dalam gambar) dan terbalikkan secara berhati2. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi selama 45 minit, sapu telur pada permukaan roti dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan roti atas jaringan atau boleh juga dimakan panas2...

BEN ASHAARI + KELAB MASAKAN DI FB...

Salam semua, N3 pendek hari ni mat nak menjemput semua blogger dari blog masak2, menyertai "Kelab Masakan".....idea sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari. Jadi elok lah kita menyertai kelab tersebut. Lagi ramai blogger masak2 join, lagi bagus dan meriahhh...At least boleh juga tau blog masak yang kita kurang pasti kewujudannya. Untuk maklumat lanjut boleh ke sini.... atau terus ke Kelab Masakan di sini.... Sekian dulu...

Saturday, June 26, 2010

MAYONNAISE PANCAKE

Mayonnaise Pancake
Assalammualaikum semua, salam petang Sabtu, ehhh..dah malam laaa, buat apa tu, lepak2 ke?...waaa, ada mak2 sedang bergossip nampak...cerita apa lah tu agaknya, world cup ke?. Petang tadi kan rasa macam tatau lah nak buat apa. Exceli kerja tu ada yang perlu dibuat, cuma tiba2 rasa malas, bosan dan menyampah. Eh, kata bonda kan, tak elok ada perasaan macam tu, kalau dia tau, mesti kejap lagi dia bukak cerita zaman dulu pasal kesusahan hidup, suruh kita jadi rajin, lepas tu siap selit cerita "Oshin"...motif?..biasalah suruh ambik sikap kerajinan si Oshin tu...aduhh, terus rasa macam nak sakit perut!.. Hari ni mat saya try test satu jenis pancake atau lempeng inggeris yang dicampur dengan mayonnaise dalam dia..Hmm not bad, sedap dan lemak berkrim....

Mayonnaise Pancake
Resipi mat ambik dari rumah "Hana"..alaaa aweks, jawa Batu Pahat tu...weyy jangan memain koo, dia tu cikgu bertauliah, berani2 lah serang dia kalau nak tau, kejap lagi segala hujah, sunah dan nas2 yang sahih semua keluar....erkk pakcik takut dgn dia tu..brutal pun yeaa..ahaks, kata Hana, resipi asal dari LG yang dok di Perth tanah kanggaroo. Mat cuma buat 1/2 dari resipi asal dan guna non-stick pan comey saiz 4 inci (untuk resipi asal, klik sini...), dapat dalam 8 keping pancake yang tembam ala2 mat gebu..yess i like tembam pancake...geramm!!!...waa, mati lah kena fire...hahaha.. Kita semak resipi mudah ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..

Friday, June 25, 2010

KUEY TEOW HAILAM

Kuey Teow Hailam
Salam semua, apasal pulak malam ni kan rasa mengantuk sangat, jarang mat rasa mengantuk macam ni, dari petang tadi asyik sangap saja...ishh ada kah ada orang2 Bunian menegur sambil memerhatikan ku...erkk....takut leerr!. Ingat tak char kuey teow ala muna yang mat masak tempoh hari?...Kan hanya guna 500 g, jadi bakinya ada mat simpan dalam peti sejuk. Jadi dari menyemak je, baik kita buat kan sesuatu agar cepat ianya hilang. Kue teow ni kalau simpan mesti jadi keras kejung, apa mat buat, letak dalam microwave untuk 2-3 minit macam tu, nanti dia jadi lembut dan bolehlah gunakan.

Kuey Teow Hailam
Pada mat, untuk mendapat mee hailam yang sedap, stok untuk kuah tu penting, gunakan air rebusan tulang lembu atau ayam, selain sos tiram, lada hitam dan sedikit minyak bijan. Untuk memekatkan kuah, mat gunakan sedikit bancuhan tepung jagung. Boleh guna apa2 saya sayur pilihan tapi jangan lah sampai 1001 macam, nanti dah jadi lain pulak. Apa2 pun memasak ni perlu kreativiti, jika tak de bahan ini, kita guna bahan lain, ikut kesesuaian. Resipi2 yang ada ni semua sebagai panduan dan ini lah style kami geng masak2 bertukar2 idea....Pada pandangan mat lah, kami blogger masak2 ni bersih dari sifat iri hati dan tebiat memburukkan antara satu sama lain...wallah hualam... moga benarlah bagai dikata...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam
1 keping dada ayam, dihiris
1/2 cawan isi udang
1 keping fish cake, dihiris
1 cawan potongan bunga kobis
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  3. Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

SERAWA PULUT DURIAN.

Serawa Pulut Durian
Salam Jumaat yang mulia untuk semua pengunjung dan followers blog mat gebu...tuu diaa, nampak macam skema sungguh kann. Jangan terkejut belum petang sangat dah muncul "Serawa Pulut Durian", ini semua atas permintaan ayahanda mat, kesian kan, apa lah sangat buat benda2 macam ni kalau nak dibandingkan jasa2 dia. Perasan tak durian yang tertonggok seulas atas pulut tu?, seksi kan...Bukan apa, teringat dulu mat ada letak resipi dan pic serawa, lepas tu ada yang komen kat gambar, siap tanya "Cik Mat!, tu durian ke apa?"..erkk, dah nama serawa durian kan tentulah durian, habis tu ingat bawang besar ke?..Jadi untuk kali ni mat tonggokkan seulas durian yang BESARRR punyaaa....amacam, puas hati?.. Dua hari lepas masa mat tengah chat dengan seseorang ni, tiba2 ada sms masuk, kata durian ada kat luar. Rupanya ada kenalan kami hantar durian..Hmm, bess juga, exceli mat bukan lah jenis melantak durian sangat, cuma kalau ada tu boleh lah dibuat "tempoyak"...Yang ni wajib wooo, kalau orang2 Negeri Sembilan dan Perak, tak makan, depa boleh kena buang negeri, tapi ada juga sedara mat yang suami mereka orang Jawa, tak makan tempoyak termasuk abah dan abg mat. Mat gebu?...Pendek kata aku ni semua boleh masuk...tak de hal punya, dari keju sampai ke budu, semua ok....jalannnnn!..

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
1 liter santan
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 5 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

Thursday, June 24, 2010

HEAVENLY CARROT CAKE

Heavenly Carrot Cake
Salam untuk semua, hari ni tiba2 rasa macam mengong, macam hilang ingatan sekejap...erkk!!, tapi nasib baik boleh baking dan memasak. Biasa lah adat manusia, stress tu mesti ada, normal what!, cuma apa2 masalah pun kita mesti tangani dengan bijak dan bertenang...tuu diaa, motivasi lagi koo..hahaha, ok jom kita tengok resipi terakhir malam ni sebelum mat pingsan. Pernah makan carrot cake atau kek lobak merah?...Mat pernah juga makan tapi yang biasa2 saja. Tapikan ada satu masa tu mat berblogwalking sekitar alam maya, ke blog geng2 masak...sampai mat singgah di blog "Jun Cup Cake".. dan ternampak dia tunjuk sepotong carrot cake yang dilepa dengan cream cheese..arghh, nampak menggoda sungguh, dengan kata2 kak J yang menggambarkan betapa hebatnya percikan rasa kek tu bila sampai di anak tekak kita (biasalah orang majalah, tulisan "memancing" dia orang memang ngetop!), mat gebu satu je masalah dia, pantang kalau dengar orang kata sedap, aku tak dapat makan banyak pun tak pe, janji dapat rasa...yelah kita pun sedar diri dah gebu...mana boleh main hadap semacam..

P1200579_picnik
Pada pendapat mat lah, kek ni memang sedap, rasa dia kan tatau nak kata apa, dengan harum, bau serbuk kayu manis, kerangupan kacang walnut dan nenas, kelemakkan kelapa yang diadun serta kemanisan lobak merak tak lupa kenikmatan cream cheese yang dilepa atasnya....ohh tidak, kolestrol ku naikkk, tapi kan hmm...heaven koo!!. Sebelum mat share resipi dia, nak ucap terima kasih juga pada "Kak Ida" dari blog 1001 Resipi, kerana sudi share resipi kek yang sedap ni (Kak Ida ni kekanda pada Kak J). Minta maaf juga sebab mat termenderhaka dari resipi asal. Kita semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

CHAR KUEY TEOW ALA "MUNA"...

Char Kuey Teow Ala "Muna"
Assalammualaikum, salam pagi semua...Sarapan apa pagi tadi..Hari ni mat goreng kuey teow. Excelikan kuey teow ni dah 2 hari beli, tersimpan dalam peti sejuk.. Perasan tak kenapa mat letak nama resipi "char kuey teow ala "muna"?...Sebabnya, resipi ni mat ambik dari fotopages "Muna" yang menetap di Denmark, selain aktif, muna ni serba boleh, cakap je apa, melukis, gardening, memasak, mendekorasi rumah, semua dia boleh...Bukan nak puji, tapi pada mat, sentuhan dia ni ada "taste". Teringat dapur dia di Denmark tu....hmm, mat dengan MamaFami sampai berangan2 nih, dok bersidai kat dapur muna...errkk..tapi dalam mimpi jee lahh. Sue Joshua pun kenal dengan Muna ni, maklumlah depa2 tu kan kena buang negara...hahahah...ampon!

Char Kuey Teow Ala "Muna"
Kalau tengok versi asal, kuey teow dia lagi lahh menyelerakan. Yang mat punya ni bahan2 macam kurang laa, udang dah leer kecik, kerang tak de, kuchai tak de..... Seri tu macam tak berapa nak naik..tapi kan rasa dia hmm i tell u..sedap koo, pulak2 bila pedas sikit..Boleh berasap!... Untuk resipi asal boleh lah merempit ke FP Muna, disini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g kuey teow, cuci dan toskan
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris halus
2 camca besar minyak masak
300 g udang sederhana besar, dibersihkan
150 g daging ayam, didadu kasar
150 g isi kupang @ isi kerang (mat ganti dengan fishcake yang dihiris)
150 g taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
100 g kuchai, kerat2 satu inci
2 biji telur
2 1/2 camca besar cili kisar
Sedikit air

BAHAN PERISA :-)
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos ikan
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga harum, masukkan ayam, udang dan kerang (mat ganti dengan fish cake), kacau rata, tuang sedikit air dan masak dengan api kecil hingga ayam dan udang masak.
  2. Masukkan kuey teow kacau rata hingga semua rata. Masukkan semua bahan2 perisan dan terus mengacau hingga semua mesra. Tolak kuey teow tadi ke tepi kuali, masukkan telur dan biar hingga telur sedikit mengeras, kacau telur tadi dengan sudip.
  3. Gaul kuey teow bersama telur hingga rata. Masukkan taugeh dan kuchai, kacau lagi dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama cili jeruk.

Wednesday, June 23, 2010

REBUNG MASAK LEMAK.

Rebung Masak Lemak
Assalammualaikum, salam Rabu, macam mana hari ni, semua ok ke?...Kampung mat tengah hujan masa N3 ini sedang ditulis. Sejuk sikit lah. Hari ni mat masak satu lauk biasa. Ala2 peranakan, rasa macam dah lama juga tak masak lauk2 nyonya ni. Masakan mereka tak lari jauh dari kita orang2 melayu, sama je. Kebetulan ada rebung, jadi atas permintaan mat masak lah lemak, tapi kita twist sikit ala2 peranakan, namun masih mengekalkan citarasa kemelayuan, ok jom kita layannn pantun dulu, lepas tu baru resipi....

MAIN CEKI TEPI JENDELA,
SAMBIL BERMAIN, MAKAN SIREH,
INI LAUK SENANG NAK MASAK LA,
TAK KIRA USIA SEMUANYA BOLEH..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g rebung, hiris nipis, celur dengan sedikit garam, toskan
300 g udang, dibuang kulit, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah (mat guna cili kaler "oren")
1/2 inci belacan
9 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung dihiris nipis, kemudian rebus 5 minit dengan sedikit garam, toskan. Udang dibuang kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan rebung, serai titik, udang dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Jerang atas api hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga rebung lembut.
  3. Tambah asam gelugor, santan pekat dan daun kuyit. Perasanakn dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU : Rebung tu ada juga orang celur dengan air kelapa, dan hasilnya rebung bertambah manis. Kalau nak masak dengan daging salai pun sedap, tukar cili tadi kepada cili padi...

KEK CHIFFON GULA MELAKA.

Kek Chiffon Gula Melaka
Assalammualaikum, selamat pagi semua...Terkejut kee, tengok pagi2 buta dah ada N3 kek chiffon di blog mat gebu. Alaaa, jangan salah faham, kalau pagi2 buta macam ni dah ada N3, apa lagi sah2 leer auto publish...tul tak. Ok, sebenarnya ni projek semalam, biasa lah sebab pada mat kek chiffon gula melaka ni nampak macam "rare", kalau chiffon pandan ke, coklat ke, macam dah biasa. Tapi kan satu keistimewaan kek2 chiffon ni, ianya cuma guna minyak jagung atau minyak masak, dah lah lembut, gebu pulak tu. Sesuai untuk orang berusia, dan juga yang kurang bilangan gigi (erkk..terasa tauu, sebab ai pun gigi kurang...hehe)...

Kek Chiffon Gula Melaka
Resipi asal mat dapat dari blog geng masak2, orang yang berada di seberang tambak sapa lagi kalau bukan "Ayu Singapore"...Terima kasih pada Ayu sebab sudi berkongsi resipi dan mat pulak seperti biasa termenderhaka sikit dari resipi asal, sebab ikut bahan2 yang sedia ada....tapi alhamdulillah menjadi dengan elok...nasib baik..hehehe...

BAHAN-BAHAN "A" :-)
4 kuning telur
3 camca besar minyak masak
95 g gula melaka, hiris halus*
65 g air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*disatukan, masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
95 g tepung kek (mat guna tepung gandum)
1/4 camca teh baking powder
15 g sebuk santan segera
Secubit garam

BAHAN-BAHAN "B" :-)
4 putih telur
30 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, siapkan tin chiffon berukuran 23 cm atau 9 inci, tak payah disapu mentega atau margerine. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "A", kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar, tambah cream of tartar, putar hingga putih telur kental. Ambik 1/4 putih telur tadi dan gaul rata dalam no. 2 hingga rata.
  4. Tuang bancuhan tadi dalam baki putih telur dan adun dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak.
  5. Terbalikkan tin kek dan biar ianya sejuk dalam keadaan terbalik. Kemudian sisip tepi tin dengan pisau tajam, tarik keluar dan sisip pula bahagian bawahnya. Tanggalkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

Tuesday, June 22, 2010

NASI TOMATO BERAYAM

Nasi Tomato Berayam
Salam dan jumpa lagi sekali..Kali ni nak share satu menu biasa yang dimasak oleh orang biasa dan menggunakan bahan biasa2...Cuma diisi dalam tureen antik "Meakin Sunflower"..ha yang tu tak biasa sangat yeaa...Hahaha, ramai lah yang menyampah, maklumlah mat gebu ni kalau cerita macam mana sekali pun pasal set2 antik mesti dia bagi masuk juga sikit..apa nak buat dah sukaa. Ok, sebenarnya tak berrniat nak masak nasi ni, cuma mat tak tahan tengok beras basmathi yang berbaki dalam 5 cawan, dok tertonggok dalam peti sejuk. Jadi apa lagi, projek pun dimulakan. maka termenjadilah resipi tah hapa-hapa,"nasi tomato berayam"...boleh lah kan...at least ada juga nama...

Nasi Tomato Berayam
Lepas tu kan selongkar cari timun, satu haram pun tak de koo, jadi sebagai manusia yang ada kala ok dan ada kala tak berapa nak ok, mat pun mula fikirkan sesuatu sebagai ulam makan dengan nasi ni, maka terhasillah "salad" seperti resipi di N3 sebelum ni, lepas buat tu, mat bagi bonda rasa dulu, dia kata ok, boleh masuk..legaaaa den, maklumlah salad western ni bukan semua orang suka..lain lah mat gebu, semua jenis salad aku bedal, nasib baik rumput tak bley buat salad..Ok lah, jom kita jeling2 manja resipi nasi tomato berayam ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, ditumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
Sedikit garam*
1 camca teh madu*
Sedikit serbuk kunyit*(*disatukan dan perap 1 jam)
5 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
2 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris halus
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, diketuk
2 camca besar mentega
1/3 cawan minyak jagung
3/4 cawan jagung dalam tin
2 camca besar sos tomato
100 g tomato merah, didadu
1 cawan susu cair
6 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, panaskan minyak, masukkan mentega dan biar cair. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan 1 helai daun pandan, tumis hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga semua bahagian ayam perang, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan beras dan goreng bersama2 ayam tadi. Tambah tomato cincang, tomato sos dan jagung. Gaul rata dan masak sekejap, masukkan ke dalam rice cooker, tuang susu cair dan air, masukkan garam secukup rasa dan juga baki daun pandan tadi. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi tanak.
  3. Bila nasi betul2 masak, gemburkan dengan chopstick. Hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng sebelum dihidangkan bersama "salad" tadi....Selamat mencuba..

GARDEN SALAD WITH HONEY MUSTARD DRESSING.

Garden Salad With Honey Mustard Dressing
Salam Selasa semua, hari ni kita makan salad dengan nasi tomato berayam..tu resipi akan muncul dalam N3 lain nanti. Sebenarnya kan, mat buat sebab masa pi CH hari tu aku ni pi gatai2 rembat capsicum traffic light sampai 2 kg!!, biasa lah tak bley tahan godaan...tapi dah bagi2 kat jiran dan abg mat, tinggal lah tak berapa banyak. Excelikan resipi salad ni mat main belasah buat je, tapi rasa dia macam tersedap pulak...adehh, tiba2 termasuk bakul dan terangkat sendiri.. Kuantiti sayur2 tu mat main agak2 jee... Jadi kalau nak buat pun agak2 je lah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok "butterhead lettuce", contoh disini...
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
7 biji tomato ceri merah, belah 2 setiap biji
7 biji tomato ceri kuning, belah 2 setiap biji
1 biji bawang besar, hiris halus
1/2 camca besar minyak zaitun

BAHAN DRESSSING:-)
1/4 cawan xtra virgin olive oil*
1 camca besar english mustard*, contoh disini...
1 biji lemon perah jusnya*
1 camca besar madu*
Sedikit serbuk lada hitam*
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DRESSING :- Satukan bahan2 bertanda (*), kacau dengan whisk hingga mengemulsi dan sekata. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (jangan letak garam banyak sangat, letak sikit dulu, lepas tu rasa, jika perlu baru tambah lagi). Ketepikan sebentar.
  2. Capsicum dicuci, buang biji, lap kering dan lumur dengan 1/2 camca besar minyak zaitun. Bungkus dengan aluminium foil dan panggang dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Buang kulit capsicum tadi kemudian hiris sederhana kasar.
  3. Butterhead lettuce tadi dicuci satu demi satu, dan biarkan tos hingga betul2 kering (seeloknya buat awal2). Kalau besar potong 2 dan masukkan dalam bekas bersama capsicum, tomato dan bawang hiris. Tuang dressing tadi dan gaul rata2. Hidangkan.

Monday, June 21, 2010

KESAH SI BUAH SUKUN...

Sukun Goreng
Assalammualaikum sekali lagi, N3 penutup malam ni mat nak share satu benda....alah benda biasa2 jee..Pernah makan sukun goreng?...Ini satu kesah yang sungguh tidak disangka. Ahad lepas mat on-line lah kejap kat YM, lepas tu sms "Kak Ummi Kuantan", ajak chat sebab ada benda nak bagitau. Sekali kak ummi kata dia nak goreng sukun, secara otomitik tekak mat pun terliur...kesian kan aku, nasib baik jantan, kalau pompuan, ngandung pulak (tapi bukan lah "terrr"..yea), sure meleleh air liur anak ai...hahaha. Tulah jika dah rezeki, kebetulan sekejap tu bonda mat balik dari rumah jiran, dia bawak koo 2 biji sukun...aiseyy menn..suka nya aku masa tu. Pagi tadi bonda mat pun goreng lah, sorry yea mat tak buat sarapan, malas nak bagi alasan yg bukan2 lah..senang ngaku je...mat "malas", diulang sekali lagi "malas"., tu dia jujur lagi telus, tak tipu2 punya.

Sukun Goreng
Kalau kat Johor ni dan mungkin juga negeri2 lain, kalau makan apa saja baik pisang goreng, keledek, keladi, sukun waima ubi getuk goreng sekali pun, sambal kicap wajib ada. Kira pelengkap. Untuk N3 yang ni mat tak letak apa2 resipi, yelah setakat sukun goreng, sapa lah yang tatau kan..dan sambal kicap tu senang teramat sangat, cuma perlu cili padi, bawang putih ditumbuk lumat letak gula, tumbuk lagi dan tambah kicap, kacau rata..pepandai leer agak dan menggayakan rasanya, cuma bawang putih tu letak 1 -2 ulas sudah memadai. Ok dulu untuk N3 malam ni, selamat malam semua..moga tidur anda dibuai mimpi2 indah belaka yeaa...insya Allahh. Moga Allah panjang kan usia kita semua dan boleh bertemu lagi...
Eh sebelum terlupa nak sambung cerita sikit. Ada juga mat dengar orang2 tua kata, "pantang" tanam pokok buah sukun dekat dengan rumah, nanti pokok tu minta nyawaa!!..ada ke patut kata gitu...Mat ada juga nampak orang tanam di kawasan rumah mereka, tapi aku tengok penduduk rumah tu sampai kerepot, tak de pulak yang mati muda....benda2 ni semua mana boleh percaya, kalau usia nak panjang, koo tanam dalam rumah pun..umur koo tetap panjang juga...sudah ketuntuan Ilahi, terima jelah dengan rasa bersyukur...Ok pi sambung tidur balik..hehehe..

TUMIS AIR PETOLA BANTAL

Tumis Air Petola Bantal
Salam tengah hari semua. Dah makan?. Hari mat masak paling mudah, paling senang dan paling sempoi lah kata orang. Pernah dengar petola bantal?...Boleh lihat contoh disini... Pokok petola jenis ni dapat bertahan bertahun2 lamanya. Ada orang suka dan ada pulak yang kurang. Tapi pada mat apa2 jenis sayur-sayuran yang boleh dimakan, semua mat suka termasuk lah ulam2. Petola ni kalau nak masak kena pilih yang muda, maksudnya pilih yang sedang. Kalau pilih yang besar, petola sudah tua dan bersabut jika dimakan. Ada juga mat perhatikan orang2 cina mengeringkan sabut petola tadi dan digunakan sebagai alat penyental badan tika mandi. Mat campur dengan fresh black fungus atau cendawan telinga kera, dalam masakan ni, jangan lupa sedikit lada hitam, sebab petola ni dalam kategori sayur sejuk, jadi bila ada lada hitam, macam seimbang "yin @ yang" diaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola bantal
10 keping fresh black fungus
1/2 cawan isi udang
1/2 ketul kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
800 ml air
1/2 cekak soo hoon
4 biji bawang merah, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dikupas kulit, belah dua dan potong serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Cendawan dibersihkan, cuci dan tos. Soo hoon dikerat dan rendam hingga lembut. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang, masak sekejap dan tuang air. Masukkan kiub pati ikan bilis, kalau guna. Biar mendidih.
  3. Masukkan cendawan dan biar hingga lembut. Tambah petola, soo hoon (toskan dahulu) dan lada hitam, kacau dan masukkan garam secukup rasa. Masak hingga petola lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng.

Sunday, June 20, 2010

DALCA KACANG KUDA

Dalca Kacang Kuda
Salam hujung minggu semua, harap2 semua sihat sejahtera hendaknya...Dah minum petang?. Biasanya hujung2 minggu ni ramai kan ahli keluarga berkumpul. Ok hari ni mat nak share satu resipi biasa2 yang boleh dikatakan femes sangat di Malaysia dan Singapura. Kalau sebut dalca saja mesti semua orang tau. Masakan dalca ni kita versatile, boleh makan dengan nasi minyak, beriani, roti, lempeng pekak, roti jala atau belah2 Johor ni orang panggil roti kirai dan juga roti canai atai roti prata. Kalau lepas sehari dalca akan jadi lebih sedap. Tapi kali ni mat tak guna kacang dhal sebaliknya diganti dengan kacang kuda atau chickpeas dalam bahasa omputeh. Rasa dia lain sikit tapi tetap ada rasa ke"dalca"annya..tak lari mana pun...

Dalca Kacang Kuda
Petang ni kan mat makan lah dalca tu dengan roti canai @ roti prata. Tapi roti canai ni bukan buatan sendiri, tapi instant punya. Hmmm, nampak tak kacang kuda yang tergolek2 atas roti cabai tu..ishh sedap u..terasa bila digigit. Lagi satu dalam dalca ni mat tambah 1 camca besar kerisik untuk menambah keharumannya. Bagi kita orang2 melayu, kerisik antara elemen penting dalam masakan samada rendang, kari, gulai serta kerabu. Bagi kaum peranakan cina, mereka ada juga menggunakan kelapa yang digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk, cuma teksturenya tidak lah sehalus macam kerisik....sekian dulu penerangan hari ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging (nak sedap pilih yg ada "tetel")
200 ml pati santan
1 liter santan cair
1 biji terung, didadu besar2
2 biji kentang, didadu
1 batang lobak merah, dipotong berbaji
10 tangaki kacang panjang, kerat2
2 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1/2 inci lengkuas, diketuk
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
1 keping asam gelugor
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaha

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian rebus hingga empuk, asingkan daging dan stoknya untuk kegunaan kemudian. Rempah kari daging tadi dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan bawang kepeerangan. Masukkan lengkuas danbahan2 kisar halus, tumis hingga pecah minyak, tuang bancuhan rempah kari, kacau dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging tadi, kacau rata dan tuang stok daging dan santan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah asam gelugor, bunga kobis, kacang panjang, kacang kuda dan terung. Biar mendidih perlahan.
  4. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala, biar mendidih pada api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan lada belah, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda..Sedap juga dimakan bersama nasi putih..

Saturday, June 19, 2010

RICH BLUEBERRY MUFFIN

Rich Blueberry Muffin
Assalammualaikum semua, salam Sabtu. Minta maaf lah semalam mat tak letak apa2 N3, ada juga masak tapi yang biasa2 saja. Benda ulang tayang ni kadang buat orang jemu dan nak muntah kalau tengok kerap sangat. Sebelum tu mat hari ni menerima kunjungan dari Puan Nor Azian Iskandar bersama suami dan anak beliau, terima kasih mat ucapkan atas kesudian puan singgah di pondok hamba. Minta halal yea jika ada terkurang layanan dan tersasul kata2 tika berbicara tadi. Kalau ikut kan Ayu Citarasa Rinduan pun turut serta tapi keadaan tidak mengizinkan....Saya doakan semuanya sihat sejahtera yea...

Rich Blueberry Muffin
Kehadiran mereka tadi mat cuma jamu soto, kek keju dan adalah buat sedikit rich blueberry muffin sebagai buah tangan untuk dibawak balik. Sebenarnya muffin ni senang dibuat, dia ala2 kek pun ada, tapi kalau "the real" muffin teknik dia memang berbeza, kalau yang ni ala2 cup cake pun yea juga. Kalau diperhatikan resipi ni hanya resipi basic, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing... Ok jom kita semak resipi mudah ini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..

Thursday, June 17, 2010

STRAWBERRY SWEET BUN

Strawberry Sweet Bun
Salam semua...waaa ni malam Jumaat kan...ehem ehem ramai yang tidur awal nampak, ok sebelum pak tua pun tidur juga, ingin nak share satu resipi roti olahan dari resipi roti yang pernah mat buat sebelum ni seperti disini... Mula2 tak de lah plan nak buat sangat, tapi sebab virus2 kerajinan dari Sis_Linn Bukit Indah, Johor Baru, telah terbang singgah ke Sedenak, maka terjadilah bun ini. Linn, koo demam ek, kesiann...mesti penat sangat..banyak2 berehat dan jangan lupa makan ubat. Tak pe hari ni aku sambungkan "sawan roti" yang ada kat koo ek. Ahad lepas masa di CH (Cameron Highland) mat ada beli halwa strawberry, hmm manis u, nak makan pun seram, tapi dok fikir, nak buat sesuatu lah dengan benda tu. Maka setelah dibuat pertimbangan, mat putuskan nak mencuba bun yang diadun dengan sedikit strawberry emulco dan dicampur dengan halwa strawberry.....

Strawberry Sweet Bun
Menghasilkan kurang lebih 12 - 13 biji bun. Dalam pic tu mat saja2 letak dalam muffin cup saiz besar, kebetulan muffin cup tu ada gambar strawberry, jadi macam ngam pulak. Kalau tak nak, boleh buat bun macam biasa dan susun dalam loyang pembakar. Rasa roti ni tak manis sangat dan sesuai dengan halwa tadi tu bila dicampur ke dalamnya, pendek kata balance lah rasa dia...Kita semak resipi mudah ni yea. Rupa halwa strawberry seperti gambar dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast (mauripan)
50 g mentega
60 g halwa strawberry
1 biji telur*
1/3 camca teh strawberry emulco*(*disatukan dan pukul sedikit)
120 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)
Sedikit mentega, untuk disapu atas rati.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Bancuh instant yeast dengan air suam hingga larut, biar berbuih. Sementara itu satu kan tepung, gula, garam, bread improver dan gaul rata. Tuang bancuhan yeast dan gaul. Tuang pula bancuhan telur, terus menggaul hingga adunan menjadi doh, masukkan halwa strawberry dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit). Bulat2kan doh, masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK STRAWBERRY SWEET BUN :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan doh kepada 12 atau 13 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, atau isi dalam muffin cup saiz besar seperti dalam gambar. Biar 45 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit hingga permukaan peerang. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega. Boleh hidangkan sama ada panas atau pun sejuk....

KARI IKAN PARI KERISIK

Kari Ikan Pari Kerisik
Assalammualaikum semua, salam Khamis. Dah santap ke semua. Hari ni mat share salah satu lauk kegemeran mat, dah semestinya "Kari"..tak kesah lah apa jenis kari pun semua i likeeee. Maka beberapa hari lepas memang mat ada beli ikan pari, plan nak masak asam pedas, tapi tiba2 koner resipi jadi kari pulak, siap campur kerisik sebagai penambah rasa. Mat letak terung "Holland" yang dibeli masa pi Cameron Highland ari tu, besau koo terung tu, sebiji je dah banyak, kalau nak ganti dengan bendi pun sedap...Lagi satu kan, kalau masak kari ni, time petang, boleh buat lempeng pekak, makan dengan kuah kari....hmm sedappp.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan pari, potong sederhana besar
1 biji terung
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1 biji cili hijau, belah
1 biji cili merah, belah
1 camca besar kerisik
400 ml santan
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama "Baba's")
700 ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, belah 2 dan potong setiap belahan kepada 3 bahagian, rendam dalam air. Rempah kari dicampur dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah rempah kari dan kacau, masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga garing.
  3. Tuang air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan. Tambah asam gelugor. Masukkan terung dan tuang santan. Kacau dan masak dengan api sederhana. Bila terung lembut sedikit, masuk tomato, cili merah/hijau belah dan kerisik. Tambah garam/gula secukup rasa.
  4. Masak 1 - 2 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ulam2, sambal belacan dan lauk2 lain....

Wednesday, June 16, 2010

NASI AYAM..

Nasi Ayam
Assalammualaikum semua, salam Rabu... Hari ni dari pagi sampai laa ni, langit mendung, hujan renyai2 tapi tak lebat sangat. Tiba2 macam teringin nak makan nasi ayam, kalau nak beli bukan tak boleh, warung depan rumah tu pun ada jual..Biasa lah mat gebu 'PANTANG' beli kalau boleh buat sendiri....tu pun time rajin laa, kalau malas, aku tapaww juga. 1st impression bila orang tengok N3 ni mesti depa ingat mat nak tayang set lama tu kann...betul takk?...Hahahaha, dah agak dahh...Yelah..yelahh memang mat ngaku selain share resipi, nak juga share penggunaan set2 lama dalam hidangan, kiranya tak payah nak guna set Royal yang mahal2 tu pun, tetap hidangan nampak bergaya dan memikat...betul takkk....aikk ada tu terus nak muntah...hahahaha...sabar jee lah!!..

Nasi Ayam
Berbalik pasal nasi ayam ni, biasanya mat kalau buat, guna beras basmathi, selain cara penyukatannya mudah, rasa dan teksture nasi pun cukup lahh lembut, tak melekit dan panjangggggggg....Kalau nak guna beras biasa pun tak de masalah, cuma pada mat kalau guna beras wangi rasanya "macam" tak berapa sesuai laaaa, apa2 pun tepuk dada tanya selera, jangan tepuk dada orang lain sudah laaa...dosaaaa!. Style mat masak senang walau pun nampak rumit, semua main lebur dalam rice cooker saja.


Seperti nasi2 ayam biasa di Malaysia dan Singapura, set hidangan mesti ada sup, ayam samada dipanggang atau digoreng, sos cili untuk nasi ayam dan ulam timun, tomato dan daun salad. Cuma apa yang kita tau ada pelbagai versi nasi ayam....Macam yang mat buat ni tatau lah versi mana, ini bukan ipoh mali punya okeyy....waa ingat ini Selenak (Sedenak) mali punyaaaa.....
Haiya!!....Hana Jepun sulaa uhuk!!..uhuk!!..apa pasat..luu alee batuk2... Itu Hana hooo batu pahat mali punya amoi...sikalang lia luluk sana Jepun...haha..

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...