BEN ASHAARI

Monday, May 31, 2010

KOBIS GORENG TELUR ASIN

Kobis Goreng Telur Asin
Salam semua, jumpa lagi di N3 terkahir malam ini, nak share masakan senang sangat, sebab apa senang, sebab rasa macam ter"malas" nak masak..hahaha, boleh gitu. Tapi yang ni mula2 dulu kalau tak silap mat nampak di blog "Ayu Singapore", geng masak2. Cuma mat tak ikut law, aku main belasah jeee koo, tapi idea asal dari dia lah.. Kalau diperhatikan ini macam goreng sayur biasa2 jee, cuma letak telur asin. Yang tu mat guna sotong kembang, kalau nak ganti udang, sotong segar atau ikan bilis pun boleh, tak de masalah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g kubis bulat, hiris sederhana halus, cuci dan toskan
1 ekor sotong kembang, hiris, celur dan toskan
1 biji telur asin mentah, asing kuning dan putih
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu, masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air.
  2. Tambah kuning telur asin (hancurkan dahulu) dan kacau. Masukkan kobis dan gaul rata, tuang putih telur asin tadi dikeliling kuali, biar mengeras sedikit dan kacau rata dengan kobis tadi.
  3. Tambah secubit gula dan rasa, jika perlu masukkan juga sedikit garam. Masak hingga kobis lembut tapi masih rangup. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera..

GULAI NANGKA MUDA

Gulai Nangka Muda
Assalammualaikum semua, salam Isnin, aikk lemah longlai jee, mesti sebab saki-baki cuti melekat kat body memasing kaannn... Ok hari ni seperti biasa lauk ulang tayang sebab itu je bahan mentah yang ada kat rumah. Kalau sesiapa yang tak boleh makan nangka tu mat minta maaf lah yeaa. Macam gulai nangka tu mat guna tulang ikan kurau masin, pada mat lah, kalau dapat tulang ikan masin tu kita nak guna baru dikerat pada bahagian2 kecil, yang penting kena kerat di bahagian "seggan" atau segmen2 tulang ikan tu, ini kerana sum-sum nya yang lemak akan mencair bila kita masak, yang tu akan menambah kesedapan kuah gulai kita nanti.. ok kalau dah ready jom tengok resipi ulang tayang ini....jangan muntah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g nangka muda, kupas dan potong sederhana besar, rendam
5-6 keping tulang ikan kurau masin, rendam
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1200 ml santan cair
250 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
9 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
15 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1/2 camca teh lada hitam*
1 keping nipis hirisan lengkuas*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nangka muda (toskan dahulu), bersama bahan kisar, serai titik dan tulang ikan kurau (toskan dahulu), gaul rata dan tuang santan cair. Didih dan masak hingga nangka empuk sedikit.
  2. Tambah asam gelugor dan daun kunyit. Tuang santan pekat, kacau dan biar mendidih perlahan. Masukkan sedikit gula (sapa nak pakai serbuk perasa pun ok). Kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Biar mendidih hingga nangka empuk tapi tidah lembik.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.

Sunday, May 30, 2010

TERIMA KASIH DARI "MAT GEBU"..

Assalammualaikum semua, minta maaf lah sebab 2 hari tak update blog, exceli kan tenet ni mcm slow leer, di samping tu mat ala2 sibuk sikit..Hari ini Jumaat 28 hb Mei 2010 bersamaaan 14 Jamadil Akhir 1431 Hijriah, merupa kan satu tarikh yang bersejarah pada Pak Tua @ Mat Gebu..ini kerana mat menerima kunjungan dari "Puan Siti Rahayu" sekeluarga dan teman2, "Puan Siti Indrawati" sekeluarga, tak lupa "Ayie"..orang Pontian nihh, dan juga...yang ni orang jauh, sopan santun, cuma kuat bebel kat blog, tapi di alam nyata, sungguh berhemah dan down to earth gitu....sapa lagi kalau bukan "Ben Ashaari dan Puan Azila"....Terharu dan sungguh berbesar hari menerima kunjungan mereka2 semua. Tak sangka juga mereka sudi singgah di pondok pak tua yang jauh dipendalaman ini, dalam N3 ringkas ini saya Adnan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Mat Gebu di alam blog, ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa semasa berbicara dan juga minta halal yea jika ada yang terkurang dari segi layanan....Terima kasih sekali lagi...

PUFF TUNA KELOPAK.

Puff Tuna Kelopak
Salam pagi Ahad semua, dah bangun tidur keee...yelah kan hujung2 minggu ni kalau bermalas2 memang bess....golek2 kat tilam, ada tu golek2 kat lantai...hahaha, jangan tergolek kat tangga sudah laaahhh... Hari ni kan nak share satu resipi senang gunakan pastry puff. Tempoh hari masa mat menerima kunjungan blogger, mat ada buat puff tuna kelopak ni, tapi tak dann nak ambik gambar, tak sempat, jadi hari ni mat buat lagi sekali. Memandangkan inti nya masih berbaki dan anak2 buah mat pun suka. Buatnya senang, kali ni mat beli je pastry puff jenama "Kawan"..boleh beli kat Tesco. Mat buat yang comel2 saja, maknanya 1 keping pastry puff tu berukuran 4 inci x 4 inci, kita potong 4 bahagian sama besar dan dapat 2 ketul puff tuna kelopak. Kalau nak buat majlis2 kecil-kecilan, resipi ni sesuai, budak2 pun suka. Cuma pada mat lah ianya agak renyah dan rapuh, jadi nak makan kena lah berhati2, takut berterabur...

Puff Tuna Kelopak
Lagi satu kan, puff ni boleh juga dimakan bersama sos pilihan, nak makan macam tu saja pun tak de masalah. Berbalik pasal inti tu, kalau nak guna ikan sardine pun ok boleh saja... Pada mat lah, pastry macam ni harus kita ada di rumah, bukan apa penyediannya cepat, bayangkan kalau hari raya, ada lebihan rendang atau serunding daging pun kita boleh guna sebagai bahan isian...Hmm ok lah sejak bila lah mat gebu pandai membebel kannn....jom lah kita tengok resipi senang dan ringkas ini...

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Saturday, May 29, 2010

INDULGENCE CHOCOLATE CAKE

Indulgence Chocolate Cake
Ok last N3 for tonite sebelum pak tua mu ini masuk beradu melenakan diri, mat nak share salah satu kek yang mat buat hari tu masa menjamu teman2 blogger. Maaf yea, masakan yang lain tu tak dann lah nak ambik gambar, tak sempat. Yang kek ni pun anak buah mat ambik kan, masa dah siap2 hidang. Mutu gambar agak tidak memuaskan sebab tempat tu agak gelap, biasa lah camera biasa, tapi sudah banyak berbakti, kalau tak de camera tu, hmm alamatnya tak bergambar lahh blog. Resipi kek ni asal2 nya dari "Mama Zieza" dan nama asal. "Choco-Butter Cake", dan resipi asal ada campur nescafe. Mat buat kali ni tak campur nescafe dan memandai2 aku derhakan nama dia jadi "Indulgence Chocolate Cake".. Pasal menghias tu ikut kreativiti masing2 lah yeaaa...macam dalam gambar, mat cuma gunakan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry saja....biar lah simple asal nampak sweet..tak gitu. Kek ini bersaiz agak besar kurang lebih 10 inci, jadi kalau nak buat kecik, pandai2 lah yea oter resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
340 g gula halus
4 biji telur gred A
2 camca besar coklat paste
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
300 g tepung gandum@tepung halus*
100 g serbuk koko*
Secubit garam*
1 1/3 camca teh soda bicarbonate*
1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
325 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin bulat berukuran 10 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingg kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan nescafe, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. Macam biasa lah yea, kalau masukkan tepung berelang seli dengan susu, bahan akhir sekali mestilah tepung.
  4. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 1 jam atau hingga masak. Gunakan kaedah mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, tandanya kek telah masak. Biarkan kek dalam tin selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapannya (itu petua mama zieza)...
  5. Keluarkan kek dari tin dan biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Alih kek tadi atas cakebod dan jika kek tidak rata, potong sedikit kasi rata. Hias dengan ganache coklat, biar mengeras dan hias dengan strawberry, chocolate curls dan jika suka sapu sedikit piping jell atas strawberry untuk nampak berkilat...

OHH!!...NASI LEMAK..

Nasi Lemak
Assalammualaikum, salam Sabtu untuk semua. Kemeriahan semalam semasa berbual sakan dengan teman2 blogger yang berkunjung masih terasa, kadang2 benda ni ibarat mimpi, bangun pagi tadi masih tertanya2..betul ke tak apa yang terjadi semalam. Tapi bila tengok pinggan mangkuk yang telah siap dicuci, baru lah kepercayaan tu timbul, dasat kan sampai macam tu sekali. Excelikan mat dah biasa juga melayan tetamu yang agak ramai, tapi tu lah, keadaan gementar tu masih wujud terutama menerima mereka2 yang pertama kali bertandang...Tapi lepas tu semua jadi ok dahhh....tak caya tanya mereka2 yang dah datang, macam bullet train koo aku borak...tak de masuk mana2 simpang, terussss jeee...Ok, semalam sambal tumis yang mat masak ada berlebih, jadi atas permintaan bonda ku, maka pagi tadi mat masak lah nasi lemak....

Nasi Lemak
Kalau kita perhatikan nasi lemak ni antara makanan warisan orang2 Malaysia, mana taknnya, femes betul seluruh Malaysia tak kira bangsa semua makan nasi lemak, dah lah tu ada macam2 versi nasi lemak, ada tu nasi lemak kukus, nasi lemak nyonya tapi bahan asasnya sama je, beras, santan, daun pandan dan garam. Tapi ada juga yang divariasi kan, macam mat sendiri dalam nasi lemak, ada dicampurkan halia, bawang putih, bawang besar, serai dan daun pandan (wajib). Ada juga yang tambah halba.. Apa2 versi sekali pun pastikan ianya menepati selera anda sekeluarga dulu....Resipi sebenarnya sama macam yang lepas, tapi dari kosong, baik mat tulis lagi, tengah rajin nihh..hehehe...

BAHAN UNTUK NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit, dan toskan
6 cawan santan
1 batang serai, dititik
2 helai daun panda, disimpul
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (mat guna sambal tumis sotong)
Timun, dihiris
Telur, goreng mata kerbau atau didadar
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sedikit (anggaran 1/2 camca teh). Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul tanak2, karih nasi tadi, gunakan chopstick dan balik kan 2 - 3 kali sahaja untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan sampingan. Yang ni optional, kalau nak tambah lauk lagi pun ok, macam ayam goreng atau ikan goreng...Selamat mencuba..

Friday, May 28, 2010

KERAPU SWEET SOUR

Kerapu Sweet Sour
Salam semua, ini bukan lagi hidangan baru, cuma masa mat nak publish hari Rabu lepas, tiba2 aku tertidur koo, tau dah pagi, bila nak sambung balik line tenet macam siput b**i....Jadi mat masukkan hari ni. Hampir 2 minggu lepas abah mat pi mancing di Pulau Aur dan dapat juga lah ikan. Antara yang ada, ikan kerapu..hmm nak kukus, macam dah jemu, jadi kita masak lah masam manis, seperti kebanyakkan orang Malaysia masak....Malas tau nak fikir apa, aku main belasah, campak2 segala macam benda yang ada...tapi sebab ikan tu sendiri dah fresh, jadi sedap leer masakan tuu......

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerapu sederhana besar
1 biji bawang besar, dipotong berbaji
2 ulas bawang putih hiris
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1 batang leek, dikerat2
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh sos tiram
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan air
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kerapu dibersihkan, kelar2, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng garing, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos cili thai, sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah semua jenis capsicum dan leek, masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula, masak hingga pekat.
  4. Tuang atas ikan tadi, ratakan dan hidang segera bersama nasi hangat....

Tuesday, May 25, 2010

PASTA GORENG PEDAS..

Pasta Goreng Pedas
Salam Selasa semua, apa khabar...dah makan malam ke?....Hari ni, merupakan hari malas sedunia, bila dah kata hari malas, kena lah faham2...Tapi petang tadi tiba2 ada sikitttt rajin.Kebetulan blogger "Aibaks" siap tanya mat kat chatbox, masak apa hari ni...Aku ni kadang2 pantang koo, bila orang tanya, terus terfikir dah apa nak masak....Jadi selemey2 dalam peti sejuk, pantry dan freezer, maka terlonggok lah segala benda yang boleh dimasak...Paling senang untuk minum petang mat buat lah pasta goreng pedas, rasanya dah pernah buat dulu...tak kesah lah, rewind pun rewind lah kan dari blog sunyi sepi jeeee.....kang kalau dah sepi pontianak, jerangkung, toyol semua datang singgah...erkkk takuttt tak nakkkkk.....hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g pasta (apa2 jenis pun boleh...)
3 batang sosej ayamas berlada hitam
15 ekor udang sederhana besar
1/2 biji red capsicum
1/2 biji green capsicum
1/2 biji yellow capsicum
2 biji tomato, dadu kecil
2 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato sos
1 camca besar cili sos
1 camca besar sos tiram
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 cawan air rebusan pasta
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. Udang dikupas kulit, buang urat belakang, cuci dan toskan. Sosej dihiris serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang besar dan putih hingga perang, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah tomato dadu dan masak hingga layu.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kiub ayam (hancurkan), kacau rata dan masukkan sosej dan udang. Tuang air rebusan pasta tadi, kacau dan biar mendidih. Masukkn sedikit gula dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam.
  4. Masukkan pasta (toskan dahulu), gaul rata dan masukkan capsicum merah, hijau dan kuning tadi. Tabur lada hitam tumbuk dan gaul rata2. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan sebagai minum petang....

Monday, May 24, 2010

SITI RAHAYU, JAJA'Z & CIKGU ISZA...MENGE"TAG"..

Wawawawaaaaa......musim tag ni bila lahh nakk habisss......Kali ni mat ditag lagi oleh "Puan Siti Rahayu" , "Jaja'z"dan juga "Cikgu Isza", tak pelah orang tag kita tu tanda orang ingat...tapi kan ada juga yang menyampah, tag juga....attack!...kan bunyi seakan2 gitu...Seperti biasa, tag2 semua ada undeng2....seperti berikut...
  • Tulis 23 pekara rawak tentang diri anda (sama ada fakta, impian, atau imaginasi)...laaa pesal 23 jee...lain kali suruh lah 2300!!!...baru besss!!!
  • Sampaikan tag ini kepada 5 rakan blog yang lain ....siap2lah koo orang kejap lagi aku pilih..tunggu ek!..
  • Harus ikut peraturan, kalau tidak, tag anda tidak sah.....Yesss madamm!!!...(banyak Jelita muka memasing!)..
  • Ikut segala yang ditulis di atas.... Yelah..yelahh!!!!....
Ok ni secara rawak dan ikut apa yang terlintas di fikiran yeaa...
  1. Nama penuh Adnan Ibrahim, panggil diblog Mat Gebu..kadang2 Ah Mat Gebu..kenapa?..sebab guaa ada chinese blood okeyy...
  2. Umur 34... (8hb January 1976) dah tua, tapi belum kerepot....
  3. Anak no 4 dari 4 orang adik beradik, kira pak usu lah..
  4. Anak2 buah panggil "Pak Usu"...ada juga yang panggil "Ucu"...arghh tak skeee leerr..
  5. Memasak memang dah jadi darah daging...tapi ada kala boring gilaaa koo..sabar..sabar..
  6. Berblog antara kegemaran.....pendek kata kalau 1 hari tak bukak blog, macam kitaran hidup ku tak lengkap.
  7. Takut lah tengok cerita hantu, tapi suka tengok....kalau part seram, buat tak nampak, atau skodeng celah jari..haha, pecah lobang guaa..
  8. Duduk di Sedenak...Lahir di Sedenak....kami adik beradik lahir kat rumah...tak sempat pi hospital, memasing dah keluar.
  9. Tinggal bersama bonda, ayahanda dan kekanda sulung ku....orang kata aku anak mak..peduli apa, dah dia yang beranakkan guaaa....
  10. Kadang2 semua benda macam nak buat....lepas tu kan satu pun tak buat...macam mana tu?.
  11. Dulu peminat setia memelihara ikan, paling suka ikan "Koi"...lepas peristiwa ikan ku mati seko demi seko, hobi itu turut terkubur.....frusttt!!!...
  12. Alergi makan udang, sotong, ketam dan makanan laut kecuali ikan...TAPI...godaan dia kuat sangat, makan lah juga sikit...banyak susah lahhh..
  13. Paling suka asam pedas, ulam2 dan singgang ikan...tapi yang lain2 tu makan juga..dah sendiri masak, betul tak...tapi ada tu ikut permintaan....
  14. Paling addict bila tengok teko antik....yang ni tak boleh nak elak dahhh...
  15. Tak tahan panas....nanti berasap!.
  16. Tak berapa suka tempat yang dikerumuni orang....rasa rimas dan stressss...
  17. Kalau shopping barang basah, suka sorang2, kalau ada geng, nanti tak puas nak belek2..
  18. Tak berapa reti nak berborak sangat...tapi bila dah start susah nak kawal...dia lajuu jeee..
  19. Petai my feberet ulam, walau pun bucuk, tapi sungguh mengiurkan..ahaks, but no jering and kerdas okeyy..tak suka.
  20. Cukuplah susah hati kalau dengar sesorang tu, tak dapat makan benda yang dia nak..kesiann kooo...
  21. Pantang yeaa...kalau orang tinggalkan secebis makanan dalam pinggan, lepas tu siap tutup dengan tudung saji....keji tau..motif nya...malas cuci pinggan...boleh gitu?..
  22. Cukup rasa tak keruan bila rumah tak de bekalan air, sanggup tak tidur 3 hari 3 malam, janji tangki air terisi...dah air keluar jam 3-4-5 pagi..macam mana nak tidur..
  23. Tak suka lipat baju (terima kasih pada bonda ku....)..sanggup berus longkang atau cuci bilik air dari lipat baju...tapi cuci dan jemur tu anytime beb....
Ok, selesai sudah tugas ku menjawab tag...jadi dengan ini...kita lihat sapa yang kena..tengah baling dadu ali baba nihh...aiseyy..tak de satu nama pun naik..tunggu lahh yeaa..bila2 nanti mat bagi tau..buat masa ni rehat2 lah dulu....

LAXSAMANA MENGAMUK

Laxsamana Mengamuk
Assalammualaikum semua, salam Isnin....Panasnya cuaca, kalau keluar kejap je dahh berpeluh, kat kampung cuaca pun dah hangat, apa lagi di bandar2..betul tak?...Ok hari ni mat nak share satu jenis minuman yang direka cipta oleh orang2 di negeri Johor. Nama saja cukup gerun kan, "Laxsamana Mengamuk"..tuu dia, macam nak makan darah jee...tapi hakikatnyya ia berasal dari satu sejarah yang berlaku zaman dulu2 kepulauan Riau, seperti sedia maklum Riau adalah jajahan Johor pada zaman dahulu. Menurut "Kak Zura" yang resipi ni mat ambik dari blognya...Kesah berlaku di Riau, seorang laxsamana ni mengamuk di kebun buah kuini, beliau menebas2 pokok kuini dan menebangnya, maka bergelimpangan buah tu merata2. Seorang ibu dikampung tersebut telah mengutip dan dan mengupas buah tadi, diraciknya kasar2, dicampur santan pekat dan gula..maka jadi lah sejenis minuman. Mengenangkan peristiwa itu maka minum tadi digelar "Laxsamana Mengamuk"..begitulah kesah sejarahnyaaa....sekian sejarah hari ni yeaa anak2 semuaa. Terima kasih mat pada kak zura dari blog "Warisan Iskandar Puteri" kerana berkongsi resipi warisan ini. Untuk melihat dan mempelajari sejarah dan masakan orang2 Johor, boleh singgah di blog beliau di sini......

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula seculup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini, dicuci bersih, kemudian kupas dan racik isinya kasar. Buat hingga siap dan masukkan dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Santan dijerang bersama secubit garam, daun pandan dan gula pasir secukupnya (yang ni agak2 lah yea, tapi tak payah manis sangat, sebab buah tu sendiri dah manis). Kacau rata hingga gula larut, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
  3. Masukkan air batu secukupnya dalam jug, diikuti dengan hirisan buah kuini dan santan tadi, kacau rata dan biar sekejap hingga sejuk. Boleh hidangkan, baunya cukup harum dan menyegarkan....

Sunday, May 23, 2010

IKAN TAUCHO PEDAS

Ikan Taucho Pedas
Assalammualaikumm...dah makan tengah hari ke u all semuaa....Waaa, ada tu sibuk cuci2 pinggan segala, nak bercerita pasal cuci pinggan mangkuk ni, kadang2 terfikir juga..zaman modern macam sekarang ni kan, kalau ada orang kata "MALAS" nak cuci pinggan, mat rasa orang tu macam kurang normal...Koo bayangkan zaman sekarang ni, pi kat sinki, bukak paip dahh keluar air, kalau zaman dulu, dah leer sinki bukan kat semua rumah ada, air pulak kena cedok kat telaga atau perigi (tu yg dok kampung laa, kalau kat area2 pekan mungkin lain gaya hidup depa), lepas tu basuh pulak kat pelantar, kena duduk mencangkung...nasi belum turun lagi, kita dah tertonggok cuci pinggan..kalau keadaan macam tu, kata "malas" at least boleh juga terima dek akal..betul tak?.... Ok cukuplah bebel pasal cuci pinggan, hari ni nak share masakan senang gilaaa, ikan taucho pedas....selain tu mat ada buat urap daun turi (again?...) kerabu buah kuini (again?...) dan ulam2....hehehe, betul tak lauk2 re-wind?...tu lah tak caya waa cakap....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong jenis besar
2 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris serong
1 batang leek, dikerat2 dan rendam
1 camca besar sos tiram
1/2 inci halia, diketuk
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar taucho
1/2 camca teh gula
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, jangan terlalu garing, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawag besar, halia, bawang putih hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah taucho dan sos tiram, kacau dan tuang air.
  3. Bila mendidih, tambah gula, cili hijau, leek(toskan dahulu) dan ikan goreng tadi, gaul rata, kecilkan api dan masak hingga kuah pekat sedikit, jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Saturday, May 22, 2010

HOT CROSS BUNS..

Hot Cross Buns
Salam semua, N3 sebelum masuk tidur (tapi kan kata je masuk tidur, akhirnya jam 3 atau 4 pagi baruu lenaaaa.....aduhhh, insomnia gamaknya aku nihh!!). Pernah makan hot cross buns atau roti palang?...Mat pun 1st time buat dan 1st time makan, hmmm ok lah not bad, tapi kan pada pendapat mat lah, ianya tidak akan menjadi pilihan untuk mereka yang bukan penggemar roti berempah, memang resipi asal depa letak serbuk kulit kayu manis. Tapi tu bukan paksaan, kalau tak nak tak payah leer letak. Kismis dan halwa kulit limau pun ada dicampurkan, yang tu pun kalau tak suka, tak payah leer letak, kan sendiri yang nak makan, kalau buat ikut 100% resipi, sekali dah siap tak lalu nak makan, dahhh membazir, penat pun yea....jadi resipi2 ni hanya panduan (tapi bahan2 "utama" tu jgn pulak pepandai oter, kalau tak jadi kang dah nyesal...).

Hot Cross Buns
Resipi asal mat ambik dari buku roti "Alex Goh", cuma dalam resipi ni mat tambah pelembut dan pemantap roti (yang ni optional yea...tapi kalau letak tu berbeza kelembutannya). Lagi satu kan, bahan pes untuk buat "cross" tu, kalau ikut resipi, jadinya banyak dan sah2 leer tak habis. Jadi mat dah kurangkan...biasa lah. ai kan kaki derhaka, mana yang rasa macam tak kena, apa lagi derhaka laaaaaa......tapi derhaka bertempat dan kena agak2 jugaa, jangan main harung semacam.....kalau yang rasa nak mencuba boleh semak resipi yang mat salin dari buku Alex Goh, kalau tak sedap koo orang marah kat dia....okey!..

BAHAN DOH ROTI :-)
250 g tepung roti
35 g gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar susu tepung
1/8 camca teh serbuk kayu manis
1/2 camca teh bread improver (optional)
1/2 camca teh bread softerner (optional)
2 camca teh instant yeast (mauripan)
100 mk air suam
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
25 g mentega
70 g kismis
30 g halwa kulit limau (optional)

BAHAN PES :-)
30 g tepung gandum
3/4 camca besar minyak masak
30 ml air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan yeast dalam air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu, satukan tepung roti, gula halus, garam, susu tepung, serbuk kulit kayu manis, bread improver/softerner dan bancuhan yeast dgn air suam tadi, gaul rata dan tambah telur dan terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (uli kira2 20 minit, kalau guna tangan). Kemudian, campur kan kismis dan halwa kulit limau, adun hingga rata dalam doh roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak, tutup dengan plastik cling dan perap 45 minit - 1 jam, hingga naik. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on", tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan kepada 12 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biar ia naik selama 45 minit.
  3. Sementara itu, satukan bahan2 pes dan kacau rata hingga menjadi pes yang licin, biar kan sebentar. Masukkan pes tadi dalam beg plastik yang bersih dan gunting bucunya sedikit. Sapu roti tadi dengan telur kemudian paipkan cross (palang) pada atas setiap roti. Bakar dalam oven pasa suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kepeerangan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

ASAM PEDAS IKAN & NENAS

Asam Pedas Ikan & Nenas
Salam Sabtu semua, kann dah kataaa...mesti lauk ulang tayang, betul takkk?...Hehehe, apa nak buat yang tu je mat masak hari ni selain tu kan ada juga kangkung goreng belacan dan sambal belacan buah kuini, yang tu semua tak payah leer interprem. Macam semalam, mat masak yang paling simple, cuma bening kacang panjang, ikan goreng dan sambal belacan, jadi semalam tak de N3. Biasa lah blog masak2 kan, kalau N3 yang tak melibatkan makanan takut pulak lari dari agenda asal berblog. Jadi hari ni tak kira lah ulang tayang ke, batman returns ke atau re-wind ke, janji blog aku ada N3 baruuuu...tak lama lagi dapat lah gelaran "Mat Rewind" pulak....erkkk...tak relaaaaa!!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 kepingan ikan merah (kalau kepala ikan lagi besss)
1 biji nenas madu, kupas dan potong serong
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1/2 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
800 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Nenas dicuci, kupas, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan kacau hingga rata dan masak sekejap.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan biar ikan masak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin rasa (sesapa nak letak serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

Thursday, May 20, 2010

BEN ASHAARI...JELAJAH BLOG VERSI 4.0..

N3 INI DALAM KEADAAN STICKY MODE SELAMA 3 HARI BERMULA DARI TARIKH DAN WAKTU IANYA DISIARKAN. UNTUK N3 BARU SILA SCROLL KE BAWAH.

Assalammualaikum semua, ok lagi sekali mat buat N3 pasal budak Ben ini, alaaa N3 sekadar mewar-war kan segmen terbaru jelajaH blog siri 4.0. Jangan pulak kata mat di"bayar", kita sekadar membantu antara satu sama lain..Blog ku masih seperti dulu, blog senja yang dihiasi dengan resipi2 ala kadar untuk dikongsi bersama...itu pun kalau ada yang sudi singgah dan menjengah. Ok berbalik pada jelajah blog sini 4.0, ini adalah kesinambungan jelajah2 yang dia pernah buat sebelum ni, jadi apa tunggu lagi...jangan lepas kan peluang....Syarat2 yang perlu anda patuhi ada tertera di blog Ben, jadi untuk lebih lanjut boleh lah ke siniiii..........

AYAM HALIA LADA HITAM

Ayam Halia Lada Hitam
Salam Khamis semua, apa khabar anda semua, sihat ke... Hari ni jom kita makan lauk ala2 orang berpantang, saja lah sebab nak bagi perhangat badan yang memang dah sentiasa hangat ni. Lauk paling senang nak masak, cuma guna sedikittttttttt saja minyak. Tapi halia memang lebih sikit lah, bau dia kan harum dan bila makan, berangin jeee...rasanya untuk orang yang baru bersalin pun sesuai makan ni....kalau dapat ayam kampung lagi sedap kan, pulak2 ayam dara.. Yang ni mat guna ayam daging yang di bogelkan kulitnya, tu pun masih ada sikit minyak...tapi ayam kalau bakar, kulit tak buang, rasa dia lagi sedap tau, isi dia pun moist gitu....Jom kita semak resipi senang teramat sangat nih....Lagi satu nak tambah...mat kan tak tahan gelak dengan N3 blog "Cikgu Isza"....hahaha...banyak2 bersabar yea cikgu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam dipotong 16 bahagian
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, hiris halus
30 g halia muda, hiris halus
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca teh kicap cair
Sedikit gula pasir
3 cawan air
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh minyak masak
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk ayam tadi dengan garfu. Cuci bersih, tos dan gaul dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi, perap sekurang2nya 2 jam.
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hiris hingga layu, tambah lada hitam tumbuk, masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air, kacau rata dan tambah kicap cair. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah gula dan rasa jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Kacau rata dan masak lagi sekejap. Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....

Wednesday, May 19, 2010

UBI REBUS & SAMBAL TUMIS

Ubi Rebus & Sambal Tumis
Salam petang Rabu semua, eh..eh..eh..tau2 dahh petang..kejap lagi dah malam pulak...hahaha, time so fast lahh now days..betul tak?...Kadang2 tu nak kentot pun tak sempat, tau2 dahh sampai masa.....Pernah makan ubi rebus?...Hahaha, soklan punn, kalau yang baca sure kata...pehal budak ni, tanya soklan "mengong"...Tapi ada jugak yang tak makan ubi, yelah ubi ni angin, kang makan over limit mula lah memasing menembak, segala angin2 toksid keluar...yang kena tembak pun sure macam nak pitam.. Memandangkan cuaca mendung dan hujan renyai2, jadi petang ni kami rebus ubi dan makan dengan sambal tumis ikan bilis, disertakan juga kopi panas...ohhh..heavennnn!!!... Nak cerita sikit, kali ni mat rebus bukan ubi cikai2 yea, ini satu spesis ubi dari Indonesia, yang depa dok panggey "Ubi Medan", pokok dia comey, kurang lebih 4 1/2 kaki macam tu, kontot jee koo...lepas tu usia penanaman cuma 4 bulan, saiz ubi dia tak delah besar gedebak, cuma sebaya lengan budak2 je, tapi kan rasa dia, hmm nice and berkanji...Rasa yang ni perlu ke mat letak resipi?...yelah ubi rebus tu sapa yang tak tau, cuma ubi, kerat2, kupas, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga empuk, bab sambal tumis tu, mesti semua pandai buat..betul tak....Tapi kan dari tak de mat share resipi sambal tumis cuka tu yeaa...

BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS CUKA :-)
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam 10 minit, toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 camca besar cuka makan
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan ikan bilis dan cuka, kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar dan sedikit air, masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi....air kopi jangan lupa...hehehe...

KERABU BUAH KUINI

Kerabu Buah Kuini
Assalammualaikum semua, dari awal pagi dah hujan kat kampung mat ni..tempat anda macam mana pulak?....Langit pun mendung je, hmmm, tak boleh nak buat apa2 kerja kat luar. Hari ni tiba2 teragak nak makan kerabu buah kuini, rasanya dah banyak kali mat buat dah letak diblog, harap anda2 semua tak jemu lah yea, resipi tu biasa2 je...pandek kata semua orang boleh buat cuma tak boleh nak jamin lah kena pada selera masing2 ke tidak, tapi kalau orang2 tua, insya allah depa suka, ni kira resipi orang zaman dulu kala..yelah masa tu resipi agak ringkas dan diperbuat dari bahan2 yang mudah didapati sekitar rumah. Ok kalau dah bersedia mari kita semak2 resipi yang senang, mudah dan sedappp....beranginn jeee lepas makan kerabu nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kuini yang masak ranum
1 biji bawang besar hiris halus2
1 1/3 cawan santan
3/4 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini dicuci bersih, kupas dan hiris halus isinya, letak dalam mangkuk, masukkan sekali bawang hiris dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Lada hitam ditumbuk halus, masukkan ke dalam santan tadi dan masukkan juga belacan hancur kan belacan tadi sehingga larut, tambah sedikit garam dan gula, kacau rata.
  3. Tuang dalam hirisan buah kuini + bawang hiris tadi, gaul rata dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum dihidangkan......

SOSEJ ROLL

Sosej Roll
Salam pagi Rabu untuk semua...terkejut ke tengok pepagi dah muncul N3 baru...hahaha saja jee. Kadang2kan kalau mat buat resipi ulang tayang, rasa malass nak masukkan kat blog, contoh macam sosej roll ni, dah banyak kali buat...tah2 ada yang meluat 360 darjah, siap teleng2 kang muka, sanggup ni tengok tembok dari pandang sosej roll kat blog mat gebu..ahaks, ambik koo, keji kan ayat..tak de lah gurau2 jeee, mat pasti anda2 semua berhati mulia..tak gitu...jangan marah2 dan bermasam muka, nanti muka teruss jadi macam tu, u all nak ke...i tak relaaaa...hahaha..

Sosej Roll
Exceli resipi ni mat daun buat banyak kali tapi menggunakan pelbagai jenis adunan asas doh roti. Kali ni mat guna resipi untuk buat "bun sambal tuna" sebagai roti untuk sosej roll. Untuk yang ni mat tak letak lah yea resipi, tapi mat link kan ke resipi untuk adunan asas roti. Mat buat guna bahan2 yang sama..cuma kalau nak ganti kan tepung gandum tu dengan tepung roti pun tak de masalah, kalau nak campur kedua2 pun ok, ratio dia 200 g tepung roti dan 100 g tepung gandum. Kalau diikut2kan boleh dapat 14 biji roti sosej roll ni, tapi 1 pack sosej ayamas cuma ada 10 batang je, jadi baki dia mat buat bun saja...ok lah mat letak juga antara bahan2 yang mat gunakan....Selamat bersarapan semua, dan juga minum petang (bagi yang baca time petang...)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan asas roti, resipi boleh lihat di sini....
14 batang sosej ayamas, rebus 2 minit, toskan dan biar sejuk
Telur (guna baki telur dalam resipi)*
1/2 camca besar susu sejat*(*disatukan dan kacau rata)
Bijan untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Canai doh roti tadi dalam bentuk empat segi tepat, kemudian potong kepada 14 bahagian (dalam gambar tu mat potong 10 jee...), ambik 1 bahagian dan lilitkan pada sosej, pasti kan punca doh tadi berada dibawah lilitan pertama, ini utk mengelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selit kan bawah lilitan terdahulu. Kemaskan dan susuh dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  2. Biar 45 minit hingga naik. Sementara itu panaskan oven pada suhu 190C sekurang2nya 10 minit. Sapu roti tadi dengan bancuhan telur + susu cair dan tabur dengan bijan. Bakar roti 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....

Tuesday, May 18, 2010

KARI LAKSA

Kari Laksa
Salam semua...hari ni kan mat rasa malass 200% nak update. Cuaca panas, badan pun rasa macam tak selesa, mata berair (bukan sedey, atau makan hati yeaa...). Actually kan resipi ni mat dah lama nak buat, tapi punya lahhh malassss...Ehhh, pantang tau sebut malas, kalau mak guaa tau, sah2 kena bebel, lepas tu dia re-wind 350 kali...koo nak ke macam tu...hoho tak bley..tak bley..bukan malas..cuma rasa tak berapa nak rajin..waaa, ayat ada sikit baik..hehehe. Sebenarnyakan kari laksa ni biasa2 jeee, dan kira satu resipi fusion yang mat olah...kira aku putar belitkan beberapa resipi dan transform kan ianya ke satu resipi baru...hahaha, boleh gitu? Gasak lah kan, janji koo bahagia dan bila makan tak masuk hospital....

Kari Laksa
Kalau diperhatikan, ianya ada unsur2 laksa lemak nyonya, mee kari dan laksa2 biasa. Pada mat kan kalau tak de mee laksa tu, makan dengan spaghetti pun sedap...dah ala2 laksa Johor, tapi laksa Johor lain...ibarat langit dengan bumi perbezaannya dengan kari laksa mat buat ni I(kita punya jenis cikai2 jeee), laksa Johor kerjanya rumit, bahannya semua yang elok2...koo tau jelahh orang2 Johor ni kalau benda2 makan nak yang seeeedaappp memanjang...Sepatutnya N3 ni keluar jam 3 petang, tapi kan tergendala atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielak kan.... Ok lah kalau anda sudah bersedia, kita saksikan calon2 nya....

BAHAN KUAH KARI LAKSA :-)
2 liter air rebusan kulit udang
1 cawan susu sejat "IDEAL" (sapa nak guna santan pun ok)
7 biji tauhu "pok", dikerat dua
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 1/2 camca besar rempah kari ikan, bancuh dengan sedikit air
1 tin tuna, toskan dan tumbuk lumat
1 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji cili merah*
3 biji buah keras*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN KARI LAKSA :-)
Mee laksa secukupnya
Telur rebus, dibelah 2
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk kesom
Fish cake, digoreng dan hiris nipis
10 - 15 ekor udang sederhana besar, asing kan kulit, dan celur, rebus kulit untuk stok
Sambal belacan - 3 biji cili merah + 1/2 inci belacan dibakar + sedikit garam = tumbuk lumat
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah kari, masak hingga terbit minyak, kacau kerap untuk mengelakkan hangus. Tambah air rebusan kulit udang dan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kerisik, daun kesom, bunga kantan dan ikan tuna, kacau rata. Tambah tauhu pok dan juga susu sejat, perlahan kan api dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan, rasa dan matikan api. Jangan mendidih lama sangat lepas letak susu, nanti kuah jadi tak cantik, kalau rasa nak tambah kuah lagi pun ok.
  2. UNTUK KARI LAKSA :- Dalam mangkuk atau pinggan mungkum yang sesuai, letak laksa secukupnya. Cedok kuah bersama tauhu pok dan curah atas laksa tadi hingga tenggelam, hias dengan bahan lain dan juga sambal belacan serta di akhiri dengan limau kasturi. Perah limau semasa menikmati laksa......enjoyy!!!

Monday, May 17, 2010

AYAM "OH"

Ayam "Oh"
Salam untuk semua, selamat malam....hari ni terrlambat masukkan N3, sebenarnya lepas masak pagi tadi, mat pi lah melawat sedara-mara waris2 kami yang duduk menetap di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Mereka2 ni semua warga emas tapi alhamdulillah sihat dan masih bertenaga. Bercerita sedikit pasal kampung Lukut tu, ianya dibuka sekitar tahun 1810 (kurang lebih) oleh waris2 terdahulu sedara-mara mat, dan tanah di Lukut tu cuma boleh bertahan selama 100 tahun sahaja untuk bertanam padi, lepas 100 tahun, tanah dah tak subur. Di situ juga pernah dijadikan lokasi filem "Semerah Padi" lakonan allahyarham P.Ramlee....Eh, ni blog masak2 kan, pesal jadi blog sejarah pulak....Kalau MamaFami baca, sah2 dia kena ambik ubat darah tinggi on the spot, sebab dia mula pening dan nak pitam...hahahaha...

Ayam "Oh"
Ok..ok..berbalik pada resipi hari ni, ada ke yang terkejut bila tengok nama resipi "Ayam "Oh". Sebenarnya ini satu resipi yang begitu sinonim dengan kaum peranakan baba nyonya Melaka. Ia menggunakan ayam yang direnih bersama pes taucho, kicap, halia dan lada sulah. Kentang dicampur sebagai pelengkap...Luu masak malam, esok try makan...lagi sedapp. Makan dengan nasi atau bubur pun sedappp...kira banyak ngamm......kalau lepey masak, luu kasi satu pantun, lagii ngamm....

OH! MANA BULAN..OH! MANA BINTANG,
SEMBUNYI MALU DI BALIK AWAN,
AYAM "OH" MASAKNYA SENANG,
SEKALI LU MAKAN TERUS TERTAWAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong kepingan
2 biji kentang (saiz sederhana besar)
1 3/4 camca besar taucu
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
30 g halia, hiris nipis2
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair (atau secukupnya)
1 camca teh lada putih biji, tumbuk kasar (mat guna lada hitam)
1 1/2 liter air (atau secukupnya)
1/2 camca teh gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah lapan setiap biji dan rendam. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia dan bawang putih tumbuk hingga wangi, masukkan taucu dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tambah air dan lada putih, kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih hingga kentang empuk.
  3. Tambah kicap pekat, gula dan kicap cair secukup rasa. Masak lagi sekejap, dan rasa, jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Hidangkan dengan menghias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.....kalau dibiar kan 4 - 5 jam, rasa masakan akan lagi sedap....

Sunday, May 16, 2010

AYAM SAMBAL TOMATO

Ayam Sambal Tomato
Salam semua...amboi melepak depan TV nampak...Ok N3 terakhir malam ni nak share masakan siang tadi..lauk biasa2 jee, mudah dan senang. Bayangkan ayam tu dah perap dengan rempah, rebus kasi air2 rempah tu kering, sejukkan dan goreng, lepas tu buat sambal tomato, koo lambakkan atas ayam, perah jus limau nipis dan boleh lah santap, senang kan...sapa kata susahh..malam ni malas nak bebel banyak, jomm kita terus tengok resipi, ok nak sedap perap semalaman yea ayam tu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, kerat 4 bahagian
2 batang serai, hiris halus*
2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1/2 camca besar kicap pekat*
1 camca besar madu*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN SAMBAL TOMATO :-)
4 biji cili merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato*
1/2 inci belacan*(*tumbuk hancur, tapi jangan halus sangat)
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu, ketepikan. Bahan2 kisar tadi ditambah garam secukup rasa, kemudian masukkan ayam, gaul dan perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Ayam tadi dimasukkan ke dalam kuali dan masak hingga air2nya kering. Sejukkan dan goreng terendam hingga kuning keemasan dan bahagian luarnya garing. Angkat dan toskan atas paper towel.
  3. UNTUK SAMBAL :- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hancur, tambah garam secukup rasa (letak sikit je) dan juga sedikit gula. Masak hingga garing sambil dikacau selalu. Akhir sekali masukkan jus limau nipis secukupkan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Kepingan ayam tadi dipotong 3 bahagian atau ikut suka, susun dalam pinggan dan curahkan sambal atasnya, hias dengan hirisan limau nipis...Hidangkan bersama nasi putih..

SOTONG LADA HITAM

Sotong Lada Hitam
Assalamualaikum semua, selamat petang, buat apa tuuu...hari ni mat masak yang simple2 saja. Hari tu masak meround2 ke blog kak ummi kuantan, ternampak dia masak sotong lada hitam, punya laaaahh mengancam koo gambau dia, kebetulan ada sotong lagi dalm peti sejuk..apa kata kita try test masakan tu..hmmm sedap dan sedap, berangin2 gitu, lepas makan mesti buang angin punya laahhh, mana yang alergi tu lepas buang angin, mesti garu2 sebab gata l (macam mat!!)..Resipi asal dari Kak Liza...hmm tak kenal ke Kak Liza tu siapa, ishh, dia tu kira otai sebaris dengan MamaFami. Kak Liza tu dalam proses menyiapkan buku masakan ala2 compilation buku2 yang dia tulis dan ditambah dengan resipi2 baru...jangan lupa dapatkan di pasaran sedikit masa lagi, dari info yang mat dapat buku tu akan berada sebelum belum puasa...itu sudah bagussss...jadi jangan lupaaa yeaa....Apa2 pun terims kasih pada kak ummi dan kak liza juga..moga suksess.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g sotong dbersihkan
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 camca besar sos lada hitam
1 camca besar lada hitam biji, tumbuk kasar
1 pokok daun bawang, hiris
Bawang goreng untuk hiasa
Garam secukup rasa (jika perlu)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji tomato, belah 6

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga layu. Masukkan sotong, sos lada hitam, lada hitam dan bawang besar, kacau rata dan biar mendidih sebentar.
  2. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan tomato, kacau dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan segera...

AWARD LAGI!!...DARI "TOM"..


Blog Paling Menyengat!

Wowwww.....ini award paling cunn pernah mat dapat, cantik...i likeee!!!....Terima kasih pada "TOM" dari blog "Nakashima Kureno The Legend", atas tanda ingatan ni ye...ada juga orang ingat blog senja pak tua nih, budak2 sekarang ni kepala kreatif dan cara mereka berfikir pun macam bersaing antara satu sama lain...maksudnya bersaing cara sihat, bukan cara busuk...nak tulis pun tak berapa nak reti, jadi sekali lagi....Terimaa kasihhhh!!!...Sudi2kan lah melancong ke blog budak Tom tu di sini......

TERIMA KASIH "BEN ASHAARI"..

Salam semua, nak buat satu N3 pendek....Terharu dengan N3 untuk "tiffinbiru" di blog "Ben Ashaari"... Ucapan terima kasih mat ucap kan pada beliau, yelah dalam sibuk2 membebel masih sempat menulis satu N3 untuk tiffinbiru. Kadang2 terfikir juga, pasal kesungguhan Ben berblog, kira tak buang masa, pantang masa terluang sikit, terus tulis N3 dengan idea2 terkini, kira macam bursa saham, kejap2 update..ligat kan dia berfikir. Jadi apa yang dia perolehi sekarang ni atas daya kesungguhannya dan sokongan dari teman2 blogger yang lain, macam pak tua ni cuma setakat meng"geli2" kan blog Ben saja...hahaha!!. Pada Ben, moga anda lebih berjaya pada masa2 akan datang...Sapalah tau Ben akan muncul salah seorang blogger femes di Malaya nanti...kita sama2 berdoa....Tak lupa untuk semua blogger yang memberi sokongan pada blog "senja" ku ini, terima kasihhh.....Blog masak2 akan bersiaran seperti biasa sebentar lagi.....

Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY!..

Esok 16 May ialah hari guru, sempena menyambut hari guru esok, mat mengucapkan selamat hari guru pada semua guru di Malaysia dan tak lupa rakan2 blogger yang berkerjaya sebagai guru...dan juga bekas2 guru...antara yang mat kenal pasti ialah- Cikgu Isza (manis orangnya..), Ben Ashaari (bekas guru....garang weyyyy!!!), Aziemas (cikgu sekolah ugama..sopannn), Kak Rozie Rembau (yang ni pandai melukis), Kak Azah Sabah (orang Kolopilah nihh), Hana the power puff jawa gurl (mati lah kena rotan), Tok Nabe (dulu2 ingat tua, rupanya muda lagi...hahaha), Cikgu Linda (isteri Kasawari), Kak Seha (sepupu mat), Kak Mah (sepupu), Kak Nor64 (betul kan, akak ibu guru?) dan yang lain2 juga...maaf jika pak tua terlupa nama2 anda....Anda semua ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk orang lain.....paling penting masa black out..dah nama pun lilin...hahaha, sudi2kan lah ambil tanda ingatan tu, gantung di blog memasing (tak kesah, asalkan anda seorang "guru")...Moga Allah swt membalas jasa2 anda semua...Insya Allah.

BUN SAMBAL TUNA

Bun Sambal Tuna
Salam semua, jumpa lagi dengan N3 terakhir malam ni, hari ni kan mat rasa stress sikit lah, tapi normal lah kita manusia rasa stress, kalau nak ok je hari2 mana boleh..alah dah nama manusia, jadi kan sebab stress, bosan gila dan rasa macam nak buat kerja2 yang tak berfaedah, maka dengan gagah perkasanya mat buat roti (hahaha, sure ada yang nak muntah)....tapi dengan bantuan orang gaji "Bibik Melayu" atau BM atau "Bread Maker", tapi kan yang mana tak de BM pun boleh buat, uli dengan tangan, insya allah hasilnya tetap menawan.....

Bun Sambal Tuna
Pasal inti tu kan, kalau nak guna sambal ikan bilis pun sedap, macam "Kak Jun" dia ada buat bun sambal bilis. Memandangkan mat malas nak kupas ikan bilis, aku belasah guna ikan tuna yang terkongteng2 tinggal 1 tin dalam pantry, tapi sedap koo, tak caya boleh buat lepas ni, dann masa nak buat roti tadi, tepung roti pulak habis...errkkk...as an alternative, belasah guna tepung gandum dannn hasilnya sungguh meletops...sendiri boleh tengok lah yeaa, nak puji2 diri sendiri pun tak elok, nampak macam riak...kalau nak tau, nanti u all boleh mencuba..okeyy...Jom semak resipi...

BAHAN DOH :-)
300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

BAHAN SAMBAL TUNA :-)
1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.
  3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa......