BEN ASHAARI

Friday, April 30, 2010

ROTI EPAL BELANDA.

Roti Epal Belanda
Salam semua, N3 terakhir malam ni mat nak share resipi roti yang mat ambik dari buku masakkan dari chef tersohor negara, sapa lagi kalau bukan "Tok Wan" atau Chef Wan dari buku "Juadah Manisan Istimewa"...Asal mula ceritanya mat tak rancang nak buat roti ni, tapi kan masa kemas2 peti sejuk, tergolek kooo sebiji epal hijau malang...keseann guaa tengok tu epal, terus teringat resipi dalam buku tok wan...macam biasa lah, projek pun bermula. Tapi mat buat 1/2 dari resipi asal, kalau buat semua, takut jadi banyak..pingsan pulak nak menghabiskannya.

Roti Epal Belanda
Resipinya tak susah, lagi2 kalau anda semua ada "Breadmaker" di rumah masing2. Cuma kan resipi asal guna tepung gandum, tapi mat pi gatai2 pakai tepung roti...jadi kalau sesiapa nak buat boleh guna samada tepung gandum biasa atau tepung roti. Rasa dia tak manis dan sedikit berempah dengan penggunaan serbuk kulit kayu manis (yang ni optional, kalau tak mo tak yah letak)...Masa bakar, aroma dia sungguh harumm u, satu rumah boleh bau (tapi kalau koo dok dalam "istana" tak bley lah nak bau satu istana!!)....yang dalam bilik air pun ikut bau sama..hahaha, tak ke pelik tuu...Ok, tak nak lah bebel, eh sebut2 bebel ni teringat budak Ben yang kuat bebel's, dia tak berapa sihat tu.....banyak2 berehat yea Ben....Mari kita jeling2 manja kat resipi roti ni...Resipi dibawah ni mat salin dari buku tu...jadi pepandai lah yea bagi dua untuk buat 1/2 bahagian...

BAHAN ROTI :-)
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula halus
7 g instat yeast
1 camca teh bread inprover*
1 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak, mat tambah sendiri)
1/4 cawan air
3 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla
1 biji epal, dikupas dan didadu

BAHAN HIAS ATAS :-)
1/3 cawan tepung gandum*
1/4 cawan gula halus*
2 camca besar mentega*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*campurkan semua dan gaul hingga sebati)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 roti kecuali mentega dan epal, gaul rata dan masukkan epal, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan kenyal. Bulat2 kan adunan, letak dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik bersih dan biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk roti dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga doh siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, canai hingga mendapat ukuran kurang lebih 22 cm x 35 cm. Ratakan 3/4 bahagian bahan hias atas, tekan2 sedikit dan gulung seperti swiss roll. Kemas2kan dan alih ke dalam acuan roti bantal yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Biar kan lagi 1 jam, tabur dengan baki bahan hias atas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 40 - 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong...

TERUNG SAMBAL SOTONG.

Terung Sambal Sotong
Salam Jumaat yang mulia untuk semua, apa khabar, hari ni mat masukkan N3 awal sikit....N3 semalam ada komen dari Puan Siti Rahayu, suruh mat masak cincai2 kan..Ok, hari ni mat masak cincai2... Exceli resipi ni senang gila, buat sambal sotong, pastu terung tu goreng, toskan dan susun dalam pinggan, koo curah jee lah sambal tu. Kalau yang diet, terung tu boleh salai dalam non-stick pan, sapu sikit minyak zaitun. Masakan ni macam ada pengaruh orang2 peranakan, tapi mat letak bawah kategori sambal. Bukan apa, kang kalau bawah label "nyonya delicacies" kena pulakk aku berpantun...nanti ada yang muntah ijau pulakkk membacanyaa.....ok jom semak resipi senang teramat sangat nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru
350 g sotong sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 camca besar cuka makan (mat guna jenama "JALEN")
3/4 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong sederhana tebal. Rendam dalam air bercampur sedikit garam. Sotong dibersihkan, kerat2, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel dan goreng hingga bertukar warna. Angkat dan toskan atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Susun dalam pinggan sesuai, ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggal kan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Tambah sotong dan hirisan bawang. Kacau dan masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal tadi atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat.....hmmmm...
CATATAN MAT GEBU :- Terung tu kalau tak nak goreng, boleh juga dipanggang dalam non-stick pan, sapu sedikit minyak zaitun pada terung dan salai (tapi hiris nipis sikit). Kalau tak boleh makan cuka, boleh ganti dengan perahan jus limau kasturi atau asam jawa atau asam keping, ikut suka hati luu orang....

Thursday, April 29, 2010

PUDDING MANGGA SOS STARWBERRY.

Pudding Mangga Sos Strawberry
Assalammualaikum dan salah sejahtera semua..waaa, macam nak bagi ucapan perhimpunan pulak dahh....Hari ni kan agak sibuk sikit, ada macam2 hal tapi mat gebu biasa lahh, sibuk sikit pun aku kata sibukkkkkkkk...Hari ni mat masak biasa2 saja dan macam tak de benda nak share dalam blog masak2 ni, tapi tadi mat nampak beberapa biji buah mangga yang masak ranum, terfikir juga apa aku nak buat ek, dari mangga2 tu monopos (maaf yea puan2 semuaa) begitu saja. Jadi hasil dari pemerhatian dan uji kaji yang boleh dikira berjaya, terhasil lah "Pudding Mangga Sos Strawberry". Sepatutnya kan sos tu guna strawberry segar dikisar halus dan masak dengan sedikit gula, tapi mat tak de laa, jadi belasah pakai strawberry filling je, kalau ada jem pun boleh digunakan.....Pstt cepat semak resipi, dediam yeaa jangan bising2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu sejat "IDEAL"
3 1/2 cawan air
1 pack konnyaku jelly powder, contoh di sini...
1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis, tambah yea)
1/4 cawan coffemate
1 cawan puree buah mangga
1 camca besar sunquick perisa mangga
3 camca besar jem strawberry*
2 -3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan periuk, satukan susu, air, gula, konnyaku jelly powder dan coffemate. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih, gunakan api sederhana. Kacau sentiasa hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan puree buah mangga dan sunquick perisa mangga, kacau rata dan matikan api. Tuang dalam bekas kegemaran. Biar hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk sehingga mengeras (biasanya jelly cepat keras).
  3. Hidangkan dengan menuang sedikit sos strawberry atasnya sebelum menghidang. Sedap dimakan sejuk....hmm....nyamannnn!!!...

Wednesday, April 28, 2010

SAMBAL BENDI

Sambal Bendi
Salam Rabu untuk semua, apa khabar...kadang2kan terfikir juga tau, hari2 ayat pembuka bicara samaaaa jeee....mat sendiri kadang2 boring....jadi mcm stereotype gitu...Lantak pi lah kan... Ok hari ni nak share satu masakan mudah, nama je sambal tapi ni ala2 kerabu....eh ini dalam kategori makanan sihat juga, jangan tatau. Tapi bukan semua orang suka makan kerabu2 macam ni, maklumlah budak2 sekarang semua nak melantak KFC, tak pun McD, macam kita2 ni tekak tradisional, jadi makan je segala jenis sayur. Kalau perhatikan mat guna set "baba nyonya" kan...sudah mesti nya resipi ni termasuk dalam "Nyonya Delicacies"....Tatau nak kata apa, mat memang suka sangat mengekalkan ciri2 peranakan dalam masakan, terutama dalam penggunaan set2 yang melambangkan "peranakan" itu sendiri....dah mulaaa dahhh sejarahh pulakk....terus ada yang nak tidur, bila baca....betul tak?....

Sambal Bendi
Resipi asal kan mat dapat kan mana yea..hmm kurang ingat, sebab mat salin dalam buku nota kecil tau, kaler buku tu pun dah jadi cekelet koo, makan hari!...Sambal bendi ni kalau buat kena sajikan terus, bukan apa, bendi akan mengeluarkan lendir, jadi kalau biar lama2 takut pulak berair dan kurang cantik, tapi tetap sedapp.....Ok sebelum tu , wajib pantun kalau masak lauk "baba nyonya"....layannnn....

KUEH BOULU DALAM BEKAS,
BOLEH DIMAKAN BERSAMA KAWAN,
SAMBAL BENDI BUATNYA RINGKAS,
SEKALI MAKAN LICIN SEPINGGAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi, pilih yang muda
1 biji bawang besar, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji tomato
10 - 15 ekor udang sederhana besar
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar gula melaka
Garam scukup rasa
2 biji cili merah*
3 biji cili padi (optional)*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi direbus dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam, hingga lembut. Toskan bendi dan rendam dalam air batu, bila sejuk, keringkan dengan paper towel..dan hiris serong, tapi jangan terlalu nipis. Udang dibuang kulit, kecuali ekor, buang urat belakang dan celur 2 minit, toskan. Tomato dibelah dua, buang bijinya. 1/2 biji di hiris halus dan setengah lagi potong kasar. Ketepikan.
  2. Masukkan tomato yang dipotong kasar, gula melaka dan sedikit garam bersama bahan tumbuk hancur. Terus menumbuk hingga semua bahan2 sebati.
  3. Dalam satu bekas, satukan udang, bendi, bunga kantan hiris, bawang besar, baki tomato dan bahan no. 2. Gaul rata2 dan tambah jus limau kasturi secukupnya. Rasa dan jika ok boleh hidangkan segera sebagai pembuka selera......

Tuesday, April 27, 2010

SAMBAL GORENG JAWA

Sambal Goreng Jawa
Salam semua, berjumpa lagi kita...Ok untuk N3 terakhir malam ni, mat letak lah resipi biasa2...Exceli masak siang tadi, saja je nak letak malam... Kalau tengok rupa "sambal goreng jawa" yang mat buat ni, sah2 ramai makcik2..akak2..abang2..jawa yang kutuk aku, yelah rupa macam tak cukup bahan...tapi memang betul, tak cukup bahan2...guna apa yang ada dalam peti sejuk. Tapi kan, janji "tempe" ada....yang tu kalau tak de, hilang seri ke"jawa"an nya..tak caya tanya "Hana" yang dok Jepun tu..kan hana...kan..kan.. Kali ni mat campur dengan pedal ayam. Kalau perhatikan terdapat pelbagai versi sambal goreng, ada yag berkicap, kemerahan, putih dan yang biasa2 jeee....mat punya ni jatuh dalam kategori "biasa2" jeeee (sebab tak cukup bahan).... Bila tengok sambal goreng teringat nasi ambeng...nanti lah satu hari akan ku laksanakan juga projek nasi ambeng nihh.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul pedal ayam muda
10 tangkai kacang panjang
1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
3 keping tempe, potong kiub
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
1/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 keping hirisan lengkuas
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....

KENA "TAG" LAGI!!....

PakTua di tag lagi....semalam buat tag dari "aibaks"..ari ni dari "puan siti rahayu" pulak....Cuba koo tengok, konon2 kucing tu aku..dan itik comey tu pulak, satu-"Puan Siti" dan satu lagi - "Aibaks".....hahaha... Pak Tua merenung dengan tajamnyaaa...siap koo orang!!... Tag macam ni kan mat pernah buat tau dulu, tapi takpe buat lagi sekali....Syarat2nya seperti berikut.......

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.


Ok, dalam folder ke-8 cuma ada 2 gambar je, jadi mat letak satu saje yea... Yang ni gambar "Norzalina Nordin", suami dan anak2 mereka semasa mereka singgah di rumah Mat dulu....Tau tak dalam sejarah mat berblog, Kak Lina yang pertama kali singgah, kira mencemar duli..Terkejut juga masa tu. Tapi mat terima dengan rasa berbesar hati. Kak Lina ni pada pandangan mat, seorang yang begitu merendah diri, tuturkata tersusun dan cara percakapan sungguh berhemah, bagaimana anda lihat dia di kaca TV, begitu jugalah secara peribadinya...tak ubah sikit pun. Begitu lah serba ringkas pasal gambar diatas tu Memandangkan mat tak boleh nak fikir sapa mangsa seterusnuya..jadi mat tak tag sesapa buat masa ni...Sekian terima kasih!!!!

ASAM REBUS NENAS..

Asam Rebus Nenas
Salam Selasa untuk semua, dah makan tengah hari ke?...Ok hari ni mat share satu lauk ulang tayang dan boleh dikategorikan dalam makanan sihat..sebab apa...sebab ianya tidak membabitkan sedikit pun penggunaan minyak masak, semua main rebus semata2. Cuaca panas2 ni elok makan asam rebus, lagi2 kalau baru baik dari demam. Mat campur ikan masih sepat dalam tu, tapi kalau nak letak tulang ikan masin kurau, lagi sedap. Dalam alam melayu, masakan asam rebus ni kira salah satu lauk2 tradisi. Ada pelbagai versi bergantung pada bahan yang digunakan. Yang ni mat guna nenas, tapi kan untuk mendapatkan asam rebus nenas yang sedap, gunalah nenas yang manis, kalau jenis masam, rasa macam kurang bess....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas kulit dan hiris
4 ekor ikan masin sepat, direndam (kalau saiz ikan besar, guna 2 ekor dan kerat 2 setiap 1)
3 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya
2 helai daun kunyit, disiat2
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nenas bersama bahan2 kisar halus, asam gelugor dan air. Kacau dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan juga ikan sepat tadi.
  2. Biar masak perlahan hingga nenas masak. Tambah secubit gula dan daun kunyit. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....

Monday, April 26, 2010

KENA TAG DARI "AIBAKS DOT COM"...

Salam semua, tiba2 di chat box ku ada tertulis "mat kena tag...dari aibaks"..siapa aibaks?..kenalah xplore blog dia disini.....Juling kejap mata pak tua..macam koceng dalam gambar tu (credit to "Merepek SemataMata Blog")..hahahaha.. tapi tak pe, bes juga kena tag ni, sebab apa tau, boleh juga merepek2...Oleh itu pak tua akan mulakan sidang merepak yeaa..ok antara tag yang perlu dijawab......... ;-)

1 :- 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE ....
  • Linn Md Noor
  • Mama Fami
  • Hamzah Ibrahim
2 :- YOUR MAIN RINGTONE...
  • Yang biasa2 saja....muzik zaman batu!!
3 :- WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT....
  • Biasa lah dok melangok depan laptop, sambil membaca coretan di blog rakan2 maya sambil ber"shopping"...hehehe..
4 :- WHO WAS THE LAST PERSON(S) U WHEN OUT WITH?...WHERE?....
  • Dengan Bonda dan Kekanda ku, ke satu majlis kekeluargaan di Pontian....fuhh yoo formal gila ayat tu...geli i!!!...
5 :- THE COLOR OF T-SHIRT YOU'RE WEARING NOW?...
  • Ungu @ Purple @ Voilet
6 :- THE LAST THING YOU DID?....
  • Baru sat tadi goreng tauhu dan tempe..biasa lah beb, abah i kan "Jawa"...
7 :- 3 OF YOUR EVERYDAY FAVOURITE ITEMS....
  • Laptop
  • Semua koleksi antik ku
  • Duit
8 :- THE COLOR OF YOUR BEDROOM....
  • Hijau kebiruan....Coklat.....Merah....
9 :- HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET KNOW....
  • Hahaha..ini mana leh bagi tauuu, tapi yang pasti setiap masa, memang ada RM 10 dalam sarung "Ang Pow" merah...itu gua punya ibu duit!!!....
10 :- YOUR FAVOURITE SONG....
  • Kalau pak tua tulis mesti ada yang gelak, exceli semua lagu boleh masuk (kecuali yang jenis "head banging")...tapi antara feberet, ghazal (Johor weyyy..wajib suka ghazal!), Zapin, Dondang Sayang (yang ni pun, sebab ada peranakan blood)...dan lain2.
11 :- WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND....
  • Tak de plan apa2 lagi....tengok lah apa yang berlaku nanti...
12 :- WHERE WAS THE LAST TIME YOUR SAW YOUR MOM....
  • Baru sat tadi, dok minum kopi sambil gebang2 sakan sampai tak hengat doniaaa....
13 :- WHERE IS SHE KNOW?....
  • Ada dalam bilik dia sambil berehat....
14 :- WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS....
  • Tak ingat, sebab hari2 dok cerita dengan depa ni, mana taknya dah dok dengan parent....gila kooo kalau tak bercakap dengan dia orang!!!....
15 :- WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU....
  • Min - from Min Baking Project.
16 :- WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT....
  • Kat rumah saja....rumah ku syurga ku....
17 :- THE LAST SUPRISE YOU GOT....
  • Kalau esok pagi bangun masih bernafas dan sihat..itu lah "suprise"....syukur Alhamdulillah!
18 :- LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIEND....
  • Tak de.....dan tak berminat....
19 :- WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE...
  • Biarlah rahsia yeaaa....sapa yang buat soklan "mami jarum" nihh, habaQ mai kat ceQ sat..nak kena nihhh!!!...
20 :- WHAT DID YOU FEEL KNOW...
  • Biasa2 jeee...mana boleh kata boring, sebab tengah jawab TAG.....tul tak....tapi keadaan ku sama macam koceng di atas itewww!!!!....hahahaha.
21 :- WANT TO SHARE WITH WHO....
  • Share dengan "Tuhan" sudah laaaaa...malas nak pening2 kepala.
22 :- WHO KNOWS YOUR SECRET....
  • Secret Recipe tau rahsia pak tua...amacam ok ke jawapan tu...layannn jee lah yea.
23 :- THEY KEEP YOUR SECRET....
  • Mestilah..dah nama "secret" recipe, mesti lah dia jaga rahsia2 pak tua....
24 :- ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE....
  • Apa kejadahnyaa yeop nak marah....dari marah kat orang, baik aku kelim karipap lapis..lagi bagus!!!...
25 :- WHAT DID YOU ORDER AT McD....
  • Rojak petis ada tak?....tak pun "budu" dengan ulam daun selom....ada?
26 :- THE LAST TIME YOU FELT SO SAD....
  • Ada lah baru2 nihh, bila aku tak dapat satu barang tu...keciwaaaa..tapi dah bukan rezeki pak tua...kita kena redha...
27 :- WHAT IS YOUR WISH FOR TOMORROW....
  • Moga esok lebih baik dari semalam dan kelmarin...
28 :- WHO WILL U TAG NEXT...
  • Hmmm....masih tak boleh nak fikir lagi laaa....tunggu yeaa, kot2 malam nanti mimpi..

SULTANA SCONES

Sultana Scones
Salam Isnin untuk semua, kejap kan, dah habis 1 minggu, masuk pulak minggu baru....pantas sungguh masa sekarang ni. Ok hari ni mat share resipi "sultana scones" yang resipi dia mat ambik dari blog "Kak Mon Brunei" (terima kasih Kak Mon"), seorang wanita yang begitu rajin dan berbakat besar, sentuhan nya berseni...Di Brunei, kak mon ni femes, hasil kerja tangan dia tidak boleh disangkal lagi, sungguh halus dan berkualiti, boleh jalan ke blog kak mon di sini...... Exceli mat nampak dah lama resipi ni, cuma nak buat tu macam malas...Tadi masa chat2 dengan kak ummi kuantan, ada terlepas cakap nak buat scones kak mon, sebab dah terlepas cakap baik lah buat, kalau tak nanti orang kata, hangat2 taik ayam jeee.....i don like that!!!!...

Sultana Scones
Mat buat 1/2 dari resipi asal diblog kak mon ku ituu, tapi kan mat ada kurangkan sikit susu, yelah kita buat ni kan ikut kesesuaian memasing. Sedap dimakan bersama jem (mat guna jem tanpa gula), mentega atau cream cheese (sah2 body jadi gebu lepas tu). Hidangkan bersama english tea (alaaa, aku belasah dengan teh boh jeee..), nak nampak formal guna pulak tea set yang lawa (kalau tak de koo hentam je mug hadiah ubat gigi...sapa ada kesah..tul tak..), lepas tu makan leer, pelan2 jangan pelahap sangat nanti tak dapat menikmati keenakan, keharuman dan kesedapannyaa...pitam ke u all baca?...hahaha, ok..ok. jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 g mentega, didadu kecil dan sejukkan dalam peti sejuk
90 g telur (pecahkan 2 biji telur, kocok sedikit dan timbang, simpan bakinya)
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
200 ml susu cair (kurang lebih)*
1/2 camca teh vanilla esen*(*disatukan)
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan sultana (kismis kuning)
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas satukan mentega sejuk, tepung dan gula halus, ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti kasar. Tuang atas meja kerja. Masukkan sultana dan gaul rata.
  3. Masukkan telur tadi dan gaul rata. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga bancuhan bersatu (jangan risau jika susu berbaki). Memang adunan kelihatan melekit2.
  4. Tabur sedikit tepung pada meja kerja dan juga adunan tadi. Rata2kan sehingga mendapat 2/3 inci tahap ketebalan. Terap dengan acuan bulat berukuran 3 inci (mat guna acuan bentuk "Chenta"...hehe). Perlahan2 alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu baki telur (campur dengan sedikit susu cair) atas setiap scones. Bakar 20 - 25 minit hingga kuning keemasa dan scones kelihatan merekah pada permukaannya. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

Sunday, April 25, 2010

MIX VEGE SAUSAGE BUN

Mix Vege Sausage Bun
Assalammualaikum semua, ok untuk N3 terakhir malam ni, mat nak share satu roti yang boleh dikatakan femes lah juga. Mix vege sausage bun ni rasa2nya pernah buat dulu. Doh asas untuk roti ni mat guna resipi Alex Goh, tapi mat tambah pelembut dan pemantap, kalau sesiapa nak letak water roux pun ok, tapi pepandai lah yea agak2 air dia. Menghasilkan 8 roti dan sesuai untuk kanak2 dan juga mak/ayah pada kanak2 tersebut...hahaha, dalam gambar tu patutnya mat picit lagi sikit mayonnaise sebelum tangkap gambar untuk nampak lagi cun, tapi apa kan daya mayo ku habis leerrr....ok lah jom kita tengok resipi....

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti
60 g gula halus
5 g garam halus
10 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
2 camca teh instat yeast (mauripan)
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
150 ml air
30 g mentega

BAHAN LAIN :-)
8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
Mix vege secukupnya
Sos tomato secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar, bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan..

SATE HATI GORENG

Sate Hati Goreng
Salam hujung minggu semua, apa khabar, jom makan hati...habis lah lepas ni semua kurus kering, yelah makan hati...ahaks!...Sebenarnya mat saja nak menghabiskan stok hati lembu yang masih berbaki. Puas juga fikir nak masak apa, kebetulan "Kak Liza" call mat tadi, then kami borak2, lepas tu bila sebut hati lembu, terus secara spontan kak liza kata hati lembu goreng berempah...Eh, bess juga kan, tapi mat try buat ala2 sate, dah memang pakai rempah ratus pun. Rasa dia sedap u, kalau nak lagi sedap, perap lama sikit, yang ni mat cuma perap 1 jam saja, kalau perap semalaman lagi sedap. Kalau dihidangkan bersama nasi impit, timun dan kuah kacang pun sedap nihh, kalau sesiapa tak makan hati, boleh ganti dengan daging lembu (guna jenis batang pinang) atau daging ayam...

BAHAN-BAHANNNYA :-)
650 g hati lembu
1 camca besar gula melaka
2 camca besar pati santan (guna susu sejat pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
3 inci halia*
2 inci lengkuas*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
7 biji bawang merah*
4 batang serai, hiris halus*
2 camca besar ketumbar*
3/4 camca teh jintan halus*
3/4 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh lada hitam*
1 inci kunyit hiudp*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu tadi diperap bersama 1 camca besar tepung, selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Masukkan dalam satu bekas.
  2. Gaul hati tai bersama bahan kisar halus, garam, gula melaka, pati santan dan tambah sedikit lagi gula pasir (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan perap sekurang2nya 4 jam (simpan dalam peti sejuk).
  3. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas, masukkan hati yang diperap tadi, kacau rata dan perlahankan api. Masak hingga kering, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Matikan api, angkat dan tabur hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan.....

Saturday, April 24, 2010

MARBLE CAKE

Marble Cake
Assalammualaikum semua dan salam pagi Sabtu....Aduhh legaaaa...sebab apa tau, semalam mat 1 hari tak dapat 0n-line, server kawasan mat ni down gila babi koo, mencii nyaaa...ibarat makan nasi tak bersambal belacan. N3 hari ni sepatutnya semalam dah letak, tapi sebab masalah teknikal tu, kenalah letak pepagi ni. Ok back to the real story....Hari ni mat share satu resipi yang begitu sinonim dengan mat gebu, Marble Cake (resipi asal "Trio Marble Cake")....sebab apa..sebab resipi kek ni mat dah buat banyak kali dalam blog...ada tu sampai dok kata, "Cik Mat, idea ko dah habis ke, asyik ulang tayang memanjang"...hahaha apa nak buat dah yang tu je aku buat masa tu, jadi letak jee lahh..Asal kek ni dulu mat letak resipi di "MyResipi" dan feedbacak dia kan sungguh memberangsangkan, lebih kurang 90 yang mat tau telah memberi feedbacak bergambar...klik sini.... Oh yea, kek ni mat buat dengan anak dara ku (anak buah) yang paling besar (usia yeaa..), tak lupa juga happy belated anniversary untuk abang mat dan isteri...Haji Hamzah Ibrahim dan Hajjah Azizah Din, may Allah bless both of you...aminnnn.... Ok sebab mat rajin sangattt, jadi aku tulis resipi dia yeaa..jadi yang mana macam loya2 tu..pi muntah dulu, maklumlah resipi ulangan....

BAHAN-BAHANNNYA :-)
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotog.
CATATAN MAT GEBU :- Ok, kalau nak buat Trio Marble Cake, adunan tu bagi 3 dan letak warna kegemaran anda, dan buat kaedah yang sama juga semasa mem"marble" kannya. Jika menggunakan tin atau acuan kek warna hitam, turun kan suhu tadi kepada 160C semasa membakar kek, kerana tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi. Jika kek nampak gelap tapi masih belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Jangan bukak oven dalam tempah 30 minit masa membakar, nanti kek bantut.... Selamat mencuba...

Thursday, April 22, 2010

GULAI NANGKA DAUN SALAM.

Gulai Nangka Daun Salam
Salam semua, ok N3 terakhir malam ni mat nak share satu masakan kampung yang femes lah tak kira dibandar atau kampung. Rasa2 mat negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei pun mungkin ada masakan seakan2 ini. Kalau sebut gulai nangka, semua orang sedia maklum yang masakkan ini menggunakan nangka muda sebagai bahan utama, dan dicampur samada daging, ayam atau ikan kurau masin sebagai perencah atau kata orang2 tua "ambik rasa".... Ok atas permintaan, mat pun memasak lah satu resipi yang rasanya dah letak juga dulu kat sini, cuma versi yang ini mat letak"daun salam", ianya begitu sinonim dengan orang2 Indonesia, sebab mereka menggunakannya begitu meluas dalam masakan, terutama masakan "Guddeg". Dulu ada orang kata daun salam = bay leaf, tapi tak sama langsung, mungkin dari segi rasa tu ada sikit2 kesamaan, boleh juga lah dikatakan ianya bay leaf versi asia. Untuk kali ni mat campur kan daging sebagai perencah....psttt...daun kering dalam gulai tu, daun salam yeaa..bukan daun kering yang jatuh dibawa angin...hehehe..
Align Center
Ok..ini rupa daun salam yang mat ambik di rumah sedara yang terletak di Kampung Kayu Ara Pasong, di Pontian tempoh hari, pokoknya besar dan kalau nak ambik, petik daun yang tua, kering dan boleh digunakan dalam masakan Daun salam ni, yang tua baru bau dia sedap dan bila dikeringkan, rasanya kekal. Nanti2 nak cuba lah resipi "guddeg"..nak pi tanya geng2 blogger masak2 Indonesia, pasti mereka tau....Sekarang ni kita lihat resipi gulai nangka daun salam ni yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda, didadu sederhana besar
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
4 helai daun salam yang telah dikeringkan
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
5 biji cili merah*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 inci belacan*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biar daging kecut. Masukkan nangka muda tadi, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun salam dan terus memasak hingga nangka 3/4 lembut. Masukkan asam gelugor, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun ok).
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sekali sekala hingga nangka empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.....hmmmmm...

BEN ASHAARI BUAT HAL LAGI!!!!!

Salam buat semua....Ben Ashaari buat hal lagiiii!!!....memang parah tau dia nihh, aku dah malas nak kata apa dahh....hahaha, ok ok back to the track, sebenarnya kan Ben ada buat satu lagi segmen menjelajah, tapi kali ni agak istimewa, sebab diberi keutamakan pada blogger2 yang mempunyai blog masak2....jadi apa lagi geng2 bas sekolah ku semua, cepat2 lah rebut peluang ini. Boleh juga up kan traffic untuk blog anda disamping memperkenalkan produk2 anda atau sekadar berkongsi2 resipi..maklumlah dunia masakan ni luas, apa yang anda tau, mungkin orang lain tak tau, begitu juga sebaliknya. Ben Ashaari ni cuma nak menolong, dia tu ada rangkain luas, ala2 mafia tapi ni mafia jenis "halal"..bukan jual xstacy, senjata haram atau pil kuda (no "viagra" also okeyy!!!)....hahahahah. Tapikan seperti biasa, ada syarat yang perlu ada patuhi...Ok sini, mat share yeaa..antaranya....

1:- HEADER BEN ASHAARI PERLU ADA...
Dahh adaaaa....Eh!! patut kan letak Pn. Azila belah kanan dia baru ngamm!!!....

2:- KETERANGAN RINGKAS MENGENAI BLOG ANDA....
Mula2 dulu mat buat blog "bluetiffin" dan dibentuk pada 27 July 2007, blog tu menghadapi masalah dan mat pindahkan ke blog "tiffinbiru". Tujuan asal berblog hanya untuk rujukan sendiri dan sedara mara terdekat. Bersesuaian dengan blog yang cenderung perihal masak2, sudah tentu majoriti yang menyinggah ada lah kaum hawa. Pada mat blog ni biasa2 jee, tempat lepak-ing sambil mencari2 idea masak, atau resipi yang boleh menambat hati suami/isteri, boipren, kekaseh atau pun kekaseh "gelap".....ahaks!!.

3:- APAKAH MENU ISTIMEWA YANG ADA DALAM BLOG ANDA...BERIKAN SEKALI LINKNYA...
Ok..excelikan pada mat, semua menu istimewa, tapi secara jujur, resipi "baba & nyonya" memang antara menu istimewa yang mat gemari, sebab apa ini benda warisan yang makin luput...antara yang paling istimewa pada mat mestilah "Laksa Lemak Nyonya".....klik sini untuk melihat keanggunannya....

4:- DARI MANA ANDA TAHU MENGENAI SEGMEN INI...LINKKAN SEKALI PADA NAMANYA...
Yang ni mat dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai, dan memang kerja dia ni ala2 reporter, menjelajah blog2 orang, tak kira lah apa pesen blog korang, memang dia akan serang, selagi anda memerlukan khidmat bantuannya....tak caya?....Hmmm malas cakap banyak, sendiri tengok sapa orang tu...cepat lah klik...cepat laa...klik sini......

CATATAN MAT GEBU :- Ok..kalau blogger2 yang ada blog masak2 dan ingin dijelajahi oleh Ben, sila buat N3 macam yang mat buat ni (tapi bab2 aku merepek tu, tak yah leer ikut, buat ikut style memasing yeaaa) dann..satu lagi nak tambah, dak Ben akan menjelajah 2 blog masak-masak sahaja dalam 1 hari.....Mudah-mudahan kita sama2 mendapat manfaat dari segmen ini... Insya Allah......

SAMBAL JANTUNG PISANG

Sambal jantung Pisang
Salam untuk semua, hari hari Khamis kan....hmm sekejap sungguh masa zaman sekarang ni. Hari ni masa agak terbatas, kerja macam dok menunggu saja..lepas ni, ada yang tu, lepas yang tu, ada yang ni pulak...peningg kepala tau, nasib baik lahh tak de boss nak suruh2, perintah2 atau arah2 kita buat kerja....legaaaaa. Ok hari ni kan mat buat "sambal jantung pisang", ini typical peranakan nya makanan...Sama seperti orang2 melayu, mereka juga mengadaptasi dan mengadun serta mengolah supaya ianya serasi dengan citarasa mereka, unik kan. Mat gunakan jantung pisang "nipah" memandangkan saiz nya besar, mat guna 1 biji saja..Tapi kan jantung pisang hutan lagi sedap...kalau yang tu kena guna 2 atau 3 biji sebab kecik2....

Sambal Jantung Pisang
Resipi asal dari Nyonya Florence Tan, pakar masakan nyonya. Dalam resipi asal dia ada campur dengan belimbing buluh yang dihiris halus2, tapi mat tak de stok, kat pokok pun dah habis gugur. Jadi mat cuma perahkan jus limau kasturi. Udang kalau dapat guna jenis kecik, baru nampak lawaa, dia melingkau jee atas sambal tu..yang ni guna udang besar, kena lah kerat kecik2....macam kurang cun laaa...hmmm ok lah jom kita lihat resipi mudah ini....eh..lupa pulak seperti biasa...pantun...hehehehe

BUNGA RAMPEI DALAM RAGA,
DIHIRIS HALUS OLEH CIK SERI,
TAK BOLEH TIDUR ASYIK TERJAGA,
TERINGAT SI DIA SEHARI-HARI.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah (kalau jantung kecik, guna 2 biji)
8-10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah, hiris halus
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar sambal belacan
200 ml pati santan
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang, dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian putih, belah 4 dan rebus dengan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga jantung pisang lembut. Tos, biar sejuk dan perah kering. Hiris halus dan masukkan dalam satu bekas.
  2. Masak santan tadi hingga mendidih, masukkan udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan bila udang bertukar warna, matikan api dan sejukkan.
  3. Satukan cili hiris, bawang hiris dan daun limau purut bersama2 jantung pisang. Gaul rata. Tuang no. 2 dan gaul sebati. Tambah perahan jus limau kasturi sehingga mendapat tahap kemasaman yang anda inginkan. Gaul rata dan hidangkan segera.

Wednesday, April 21, 2010

SWEET & SOUR SOSEJ

Sweet & Sour Sosej
Assalammualaikum semua, dah makan malam ke u all semua...Ok hari ni kan, saja nak share satu resipi yang begitu meriahhhh mak ngahhhh....berkaler2...ala2 divali pun adaa..hahaha, sebab terpesona dengan resipi di blog SueJoshua, mat dengan rela hatinya memasak. Lagi pun nak menghabis kan stok cili2 benggala ku itu. Tapi kan serius cakap nih, Sue tu masak pesal lagi lawaa, aku buat nampak macam ala2 jeeee...ke sebab menderhaka dengan resipi dia ke?..Kalau tak percaya lah apa mat kata, boleh tengok kat blog Sue, dia buat, cunnn sehhh!!!...tapi dia ni dok jauh nun di Denmark, jadi siap2 kan lah passport dan visa sebelum pi, terima kasih juga pada Sue (tapi aku minta maaf ek, sebab dehaka sikit2 kat resipi koo)....Pstt kalau orang2 Johor suka nama atau gelar2 dengan panggilan "Chik"...cute je bila panggil koo "Tok Chik"..ahaks.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 batang sosej ayam "Ayamas", kerat2 dan celur sekejap, toskan
1 cawan isi nenas yang didadu
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1 biji tomato, belah 8
2 pokok daun bawang, dihiris
1 biji bawang besar, hiris
3 cm halia, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
3/4 cawan sos cili
3 camca besar sos tomato
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 kiub ayam "Maggi"
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata. Masukkan lobak merah dan masak sekejap hingga lobak lembut (tambah sedikit air jika perlu).
  2. Masukkan red, yellow dan green capsicum, kacau rata, tambah sosej dan nenas. Masukkan kiub ayam manggi tadi dan kacau hingga mesra. Tambah jus limau kasturi, kacay dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan sedikit garam dan gula (jika perlu), kacau dan masuk daun bawang, masak hingga kuahnya pekat, matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi...

Tuesday, April 20, 2010

AWARD AND TAG FROM "CITARASA RINDUAN".

Sebelum tu mat nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada "Puan Siti Rahayu" atas kesudian memanjang kan award ni pada mat, Ohhh!! lihat lah doniaa!!!!...Teringat tau dulu2kan, award 1st yang mat dapat dari "Datin Jun"...lepas tu musim award bertambah meriah bila kita memanjangkan antara satu sama lain....Sekarang ni nampaknya musim award telah kembali....meriah nihhh. Tapi sebagai penerima, perlu ada syarat2 yang perlu dilunasi, kira macam TAG lah nihh...pstt sebelum ni mat pernah dapat TAG suruh tayang apa ada dalam peti sejuk....haru kann, tapi demi geng2 blog, apa lah sangat, bukan apa, takut niat murni di salah anggap dan ada yang bergossip belakang kita..yg tu memang tak bess untuk didenagr...Ok tanpa berlengah lagi kita lihat apa soalan2 maut yang harus ku laksanakan...jeng...jeng..jenggg....

:-) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
Hahaha, dah buat tu, tapi sikit jee lah, takut laaa....segann...seramm

:-) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
Tak lain tak bukan "Puan Siti Rahayu" dari blog "Citarasa Rinduan"...klik sini...

:-) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? (A BIT MUSHKIL LAA, AND KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....

1 - FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
  • Mat Gebu tu memang nama wajib diblog dan alam cyber.
  • Pak Usu/Pak Ucu (i don like this "gelaran actually---> UCU..erkkk!!!)
  • Adnan tu nama betul, so sepupu semua dok panggey "Denan"...very jawa kan..
  • "Nan" tu antara ter femes dalam pemanggilan harian dirumah.
  • Roti Nan, yang ni kan ada sorang jee anak buah dok gelar aku...budak2 nihh mmg nak kena!!!
2 - FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
  • 8 hb January--> Hari lahir patik sendiri.
  • 9 hb Januari ---> Hari lahir abang mat yg no 2
  • 11 hb Januari ---> Hari lahir anak "dara" ku yang paling "anggun"...anak sedara lahh..
  • 21 hb Januari---> Hari lahir bonda tercinta.
  • 29 hb Julai 2007 ---> Tarikh mat buat blog yang dulu dengan N3 pertama.
3 - FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
  • Masak
  • Masak
  • Masak
  • Masak
  • Masak.....hahaha...uikk ada yang muntah nampak...yang loya pun ada...hahaha
4 - FIVE WAYS TO BE HAPPY....
  • Buat orang lain gembira.
  • Dapat teko antik yang dah laaa ku idam.
  • Dan dapat teko lagi...
  • Kalau tengok anak2 buah suka makan apa yang kita masak...
  • Bila orang memberi pujian secara ikhlas dan tidak "plastik".
5 - FIVE FAVOURITE MOVIES...
  • Alamak..yang ni tak de idea nak tulis, sebab mat bukan kaki wayang, cuma tengok apa yang tertera kat TV jee..jadi skip yeaa yang ni...sorryy!!!
6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES....
  • Memasak
  • Kolek Antik
  • Blogging
  • Mentelaah benda yang bersangkut paut dengan sejarah sesuatu budaya
  • Dan....dan....dan....banyak lagi lahhh!!!
7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE....
  • Bonda
  • Ayahanda
  • Kekanda
  • Anakanda2
  • Teman yang nyata mau pun di alam maya...
8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
  • Tempat bercuaca dingin
  • Kawasan yang bersejarah (Melaka)
  • Perkampungan nelayan
  • Pantai (actually tak sangat..cuma suka kutip kulit siput)
  • Tuuu jee kot, tak bley nak fikir lahhh....
9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY....
  • Sebab dah kena TAG....hahahaha
  • Terasa dihargai...dan ada orang ingat kat kita
  • Saja untuk memeriah kan majlis
  • Boleh "tembak" kat sesapa yang kita suka pas ni...hahahaha
  • Ada banyak lagi sebab, jadi yang no 5 ni rahsia lah yeaa...
10 - FIVE PERSON TO TAG....YESS I LIKE THIS PART....SIAP2 LEER KORANG....

APPLE ALMOND PUFF PIE

Apple Almond Puff Pie
Salam Selasa semua, semalam hujan lebat kat Sedenak ni, dah leer aku tinggal seko2 kat rumah, boring gilaaa...lepas tu yang menambah kan ke"boringan...bila malam kurang lebih jam 8. 30 macam tu, elektrik pulak tak deeeeeeee........adoii, mati kutu pak tua. Berlilin lah pak tua untuk beberapa jam. Nasib baik "Sis - Linn" dari Bukit Indah call, dapat jugak lah borak2. Tapi pada mat takde elektrik ok lagi, jangan lah tak de air...mati lah guaaaa, tapi kalau masa tak de air, elekrtik pun tak de...habissss, 2 kali mati leer jawabnya, mana tak, nak guna air perigi/tangki kena hidupkan engine. Ok, hari ni kan mat saja gunakan stok puff pastry ku yang masih berbaki tu untuk buat apple pie tapi kali ni agak istimewa bila inti dia mat olah dengan menambah badam kisar....

Apple Almond Puff Pie
Kalau anda dan anda dan anda lihat bentuk puff yang mat buat ni, jangan lah pening yeaa...membentuk puff ni boleh ikut kreativiti memasing, nak yang paling senang, potong 4 segi, letak inti dan lipat dua atau ada lagi satu pesen (boleh klik sini.....). Kalau beli yang sedia pakai, ada yang kecik saiz 4 inci x 4 inci tu lagi senang....satu pack ada 10 keping....Jangan pening2 kepala bila tengok resipi ni, nak kena buat sediri PP pulak, seperti mat kata tadi, guna kan saja yang ready made, ada jual di kedai menjual bahan2 baking, tesco pun ada jual...Ok jom kita lihat resipi yang mudah ini....Layannnnn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung



CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Kemudian, bulat corak atas permukaan pastry (macam dalam gambar). Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada saiz acuan...

Monday, April 19, 2010

PIZZA GEBU

Pizza Gebu
Assalammualaikum semua, pa khabar...Buat apa tuu..Jom makan pizza, yelah kan, pak tua ni kalau nak makan2 luar ni agak "tak biasa", semua sapu makanan jenis "home-made". Hari tu perasan kat blog "MamaFami"....dia buat pizza, saja tau makcik tu nak seduce2 i dengan pizza dia tu. Pada pendapat mat lah kan, pizza ni kalau nak dimakan sangat, elok pi beli jee yang dah siap, sebab apa, keju mozarella dia tu...adoii kus semangat mak koo, mahal cekik darah...2-3 kali ni fikir nak beli. Pusing keliling mat kat kawasan jual keju tu, nak beli ke tak nak...nak beli ke tak nak...last2 beli jelahh..malas nak fikir....Resipi yang mat letak ni akan menghasilkan 2 keping pizza berukuran 9 inci dan menggunakan keju "mozarella" lebih kurang 175 g (kalau budget lebey, suka hati ko orang lah nak lambak keju banyak mana yeaa...)

Pizza Gebu
Kali ni mat guna sosej ayamas, sosej yang jenis berlada hitam tu sedap juga, cuma rasa dia sedikt masin. Lepas tu kan, pizza ni, nak sedap lagi, makan dengan sos tabasco atau sos "piri-piri" macam dalam gambar tu....sedapp kooo...tapi tu tekak mat lah. Lagi satu nak cerita sos base untuk pizza tu boleh guna sos tomato biasa yea, untuk yang ni mat buat sendiri sos pizza....Ehh, rasa idea nak merepek2 macam hilang lahh...sampai tatau dah ni nak tulis apa...nak kena pi kutip aura orang2 yang kuat merepek nihh, tambah idea...Ok lah jom kita semak resipi yeaa...

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PIZZA :-)
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2


1. Black Olive 2. Green Olive 3. Jeruk Capers

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  3. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

AWARD DARI "RINIEE"...

Salam pagi Isnin semua, ok hari ni mat ambik award yang diberi oleh "Riniee" dari blog "Cadarimpianku"...Dia menjalankan perniagaan menjual cadar atau "lecaa" kata orang2 Johor, secara on line...Terima kasih mat ucapkan atas tanda ingatan ini. Berbesar hati sungguh sebab ada orang yang masih sudi memberi. Jadi terima lah serangkap pantun sebagai penutup bicara :-)

CADAR CANTIK BERSULAM INDAH,
BUAT HIASAN DI BILIK TUANKU,
JALAN SUDAH AMBIK AWARD PUN SUDAH,
TERIMA KASIH UCAPAN DARI KU.

Sunday, April 18, 2010

RENDANG PEDAL AYA,M BERKICAP

Rendang Pedal Ayam Berkicap
Salam dan jumpa lagi dengan N3 terakhir untuk hari ni.....Masakan ni mat masak saing2 dengan assam kari ikan duri, cuma yang ni memang mat plan nak letak malam..sebab apa...sebab malam tak sama dengan siang...tul tak?. Bercerita pasal pedal ayam ni, ada orang kata tak elok makan organ2 dalaman ni, ntah lah guaa pun tatau nak kata apa. Yang ni mat masak atas permintaa ayahanda ku..kita hanya mengikut perintah..dah dia dulu masa kita kecik2, apa je nak, semua dapat...jadi setakat dia nak makan masakan macam ni, anytime mat boleh masak... Pstt kata orang2 tua, budak lelaki yang belum sunat pun tak bley makan pedal, nanti liat koo....kerat2 tapi tak moo putus (kulit dia yeaa...bukan kerat the whole "thing".....gila koooo!!!)..Tapi zaman modern ni, dengar cerita depa pakai "laser"..jadi yang liat macam selipar jepun pun bolehh zapppp....putus!..ahaks...Ok..jom semak resipi, kalau nak ganti pedal tu dengan daging atau ayam pun sesuai rasa2nya....Oh yeaa..lupa teman nak kabo, rendang ni tak guna "kerisik" yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g pedal ayam (kalau dapat pedal ayam muda), cuci bersih dan toskan
1 keping asam gelugor
2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
1 kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
5 kuntum bunga cengkih#
3 biji buah pelaga#(#rempah tumis)
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1/2 camca teh lada hitam*
5 batang serai, dihiris halus*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang merah dan putih yang dihiris, tumis hingga harum dan bawang perang. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan rempah kari, kacau hingga rata. Jika kering, tambah sedikit air. Biar rempah garing.
  2. Masukkan pedal ayam tadi dan masak hingga kecut sedikit. Tuang santan, masukkan kicap pekat dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga kuahnya pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
  3. Kacau dan masak hingga kering. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi sekejap. Hidangkan bersama nasi hangat atau roti. Makan dengan roti canai pun sedap. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.