BEN ASHAARI

Wednesday, March 31, 2010

CHICKEN LUNCHEON ROLLS

Chicken Luncheon Rolls
Salam Rabu buat semua, dah minum petang ke. Rasa2 macam dah lama tak buat roti, alah buat gunakan perkhidmatan "Bread Maker" ni memang menyenangkan, koo timbang, sukat dan lambak je dalam dia, pastu pilih setting untuk doh, tekan dan tunggu dok siap, bentuk2 dan bakar...tau2 dahhhh siap, tinggal makan je. Hari ni mat nak share satu jenis roti yang resipi dia mat kutip dari blog "MamaFami" yang begitu sinonim dengan dunia2 memasak ni... Mama buat nampak lawa, tapi mat buat nampak lagi lawaa...ahak (boleh tengok kat sini...), hawaw je aku kan kata macam tu..hehe, tak de lah, mat buat nampak "tembam" beno, mama punya just nice dan roll dia terserlah gitu...erkkk..mama..nanti bila chat luu bagi tau guaa, macam mana luuu roll itu benda...okey!

Chicken Luncheon Rolls
Roti ni lembut dan dalam dia digulung bersama chicken luncheon (mat guna sosej ayamas yang ada lada hitam tu jeee) dan juga keju mozarella (tak de keju tu, belasah keju cheddar je). Tapi kan seperti biasa kalau cik mat gebu yang buat,aku akan menderhaka sikit pada resipi, mat tambah bawang putih yang ditumbuk dalam doh roti tu bagi dia wangi. Oh yeaa sebelum kita semak resipi, nak tanya...cun tak tea set yang mat guna tu, selain gambar makanan, secara jujur dan tak mo hipokrit, memang mat dok guna set2 antik tu, bukan nak menunjuk, tapi kalau fikir2 dah masuk blog, orang pulak ramai yang tengok, kira nak menayang lah tu...tapi seikhlas hati ku, sekelumit pun tak de rasa riak atau nak berbangga...seriuss nii, waa kalau cakap bukan main2 wooooo!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung roti (high protein flour)
30 g gula halus
20 g susu tepung
6 g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1/2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih, tumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130 ml susu segar (mat guna air biasa)
30 g mentega (mat guna minyak sapi)*
3 keping "chicken luncheon" hiris kecil (mat guna sosej ayamas berlada hitam)*
Keju mozarella, diparut (mat guna keju cheddar)*


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*). Gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Doh lembut sedikit. Bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik. Biar 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali yang bertanda (*), ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MEMBUAT ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk sedikit untuk membuang udara, tabur tepung pada papan pencanai dan juga doh tadi, canai sehingga menjadi 4 persegi, anggaran 1/2 cam tebal. Tabur dengan hirisan sosej dan keju tadi rata. Kemudian guling seperti membuat swissroll. Potong kepada 12 bagagian sama besar dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi...

PENTING!!!...HARUS BACA!!....

TERKINI!!! - DIN BERAMBOI DISYAKI DENGGI BERDARAH...BUKAN DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS SEPERTI YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN......KLIK SINI UNTUK BERITA LEBIHH LANJUT.......

Mati kerana air kencing tikus

Tarikh: Tuesday, February 13 @ 17:57:58 MYT
Tajuk: Kisah Benar


Hati-2 jgn kita terima musibah seperti di bawah ini.
Punca kejadian kecil aje; tapi akibat yang kita
kena tanggung begitu besar.

Subject: Air kencing tikus...

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang
kawan saya di Bangi

untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa.
Dia bagitahu yang dia baru jer
balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair
kerana salah seorang bapa kawannya telah
meninggal dunia kerana disyaki
keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak
percaya kejadian yang
berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana
arwah nie sihat sepanjang
hari sebelum meninggal.

Tiba-tiba jer kena macam
strok masa kat umah
dia.

Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri
sehinggalah ke akhir hayat
beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker
klinik. Doktor yang periksa
arwah nie bagi tahu dia kena strok.
Dia terus refer
kes ni ke hospital besar.
Sampai jer ke hospital terus kes nie
dirujuk ke bahagian ER.
Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak
tanda-tanda kena strok.
Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut
sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah.
Bila diaorang check pun check diaorang
dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.

Doktor amik sample apa yang patut pada arwah.
Tapi saya tak pasti samada dia amik
kat kepala jer atau kat bahagian lain.
Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana
cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan
tertinggi kandungan asid yang
sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie
boleh ada pada sistem otak arwah.
Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil
apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang
suka makan kat luar.

Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer.
Tikus pun tak penah nak ada dalam
umah diaorang.
Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat
yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air
minuman dalam tin.

kalau tak silap saya air tin bergas.
Doktor minta pagawainya ke umah arwah
bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu
tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing.

AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada
permukaan air tin tu.
Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie
kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang
tercemarnya adalah
permukaan air tin tue jer.
Mengikut doktor tu mungkin tikus telah
merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing
pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah
mata kasar kita nie boleh
nampak kesan air kencing tikus nie kalau air
kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia,
berhati-hatilah bila saudara dan saudari
membeli mana-mana barangan jenis tin atau
berbentuk makanan yang dipack
dari mana-mana kedai atau supermarket kerana
dikhuatiri perkara nie
berulang.
Pasti bekas tin atau makanan
dipack yang dibeli dicuci sebelum
digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap
kita tak boleh nak salahkan
dia dah fitrah dia macam tu.....dan
kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit.

Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli
barangan untuk
keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah
semoga roh arwah dicucuri Rahmat
dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.




PENGGUNA BIJAK PASTI MELAHIRKAN KELUARGA YANG SIHAT.

Terima kasih pada "Puan Hidayatt" kerana sudi berkongsi info, kalau tak sebab insiden "Din Beramboi"..pasti kita tak jangka dan terfikir tentang ni....artikel ini pada asalnya dapat di sini...

Tuesday, March 30, 2010

TERUNG SOS HOISIN & SOTONG SWEET SOUR.

Terung Sos Hoisin
Assalammualaikum semua, salam sejahtera... Masakan paling senang dan simple adalah yang sedap..betul tak?...Macam hari ni kan, masakan semuanya paling senang dan mudah, tak banyak karenah dan guna kan bahan2 mentah yang sedia ada di dalam simpanan saja. Yang 1st ni mat masak terung dengan sos hoisin, kurang lebih macam terung masak taucu tapi tak guna taucu..senang dan sedap. Tapi yang tak makan terung tu minta maaf lah yeaa...pasti yang ini bukan selera anda (nak tukar sayur lain pun ok kot, apa kata guna petola..tak pun timun ke...hmm sedap juga tuu!)....

Sotong Sweet Sour
Dan seterusnya sotong sweet sour..yang ni lagi bess, aku guna ready made nya rempah untuk sweet sour...alaa tu lah yang keluaran "Maggi" tu... Sesuai ni untuk ibu2 yang bekerja, yang nak masak cepat bagi suami dan anak2 makan. Tapi sotong tu kena lah ready awal2 sikit kalau nak cepat masak. Dan kalau ikutkan, depa guna ikan, tapi ini hak kita untuk mengubahsuai resipi, jadi gunakan lah sotong, kalau nak try guna ayam pun sedap agaknya. Hidangkan panas2 dengan nasi, mesti licinnnn...yang mana alergi (macam tuan punya blog ini...) koo makan sikit sudah lahh, kang bergaru2 bagai..dah susah...cakap dulang paku serpih...sambung sendiri yeaa lepas tu..hehehe... Jom semak resipi 2 masakan di atas tu...layannnnnn....

BAHAN UNTUK TERUNG SOS HOISIN :-)
2 biji terung biru, buang sedikit kulit, hiris serong dan rendam dalam air garam
1/2 cawan air
1 camca besar sos "hoisin"
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap cair
1 batang leek, kerat2 dan rendam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan sos tiram, sos hoisin dan leek. Gaul rata dan tuang air. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan terung tadi (toskan dulu), kacau dan masukkan kicap cair dan cuka makan. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.

BAHAN UNTUK SOTONG SWEET SOUR :-)
500 g sotong, cuci bersih dan potong (kalau sotong kecik, tak payah kerat)
1 biji bawang besar. dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
Sedikit garam jika perlu
1/2 camca besar sos tiram
1 paket rempah sweet sour jenama "Maggi"*
1/2 cawan air*(*dibancuh dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan masukkan sotong serta hirisan cili merah/hijau tadi. Tuang rempah sweet sour yang telah dibancuh tadi. Kacau rata.
  2. Masak 5 minit dan cedok keluar sotong tadi dan letak dalam bekas sesuai. Kuah yang tertinggal dalam kuali tadi dimasak dengan api perlahan hingga pekat dan kemudian curah atas sotong. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.

CERITA POKOK NAGA & AWARD DARI LIN..

Pittaberry
Salam Selasa untuk semua, pagi dah mendung, langit pun macam nak hujan...Jadi sebelum hujan, baik mat pi kutip buah naga @ dargon fruit @ pittaberry kat pokok belakang rumah lama yang penuh misteri dan keseraman itu.. Pokok ni abang mat yang sulung tanam, dah sering berbuah..tapi yang pasti kena lah letak baja, nak bagus guna baja organik. Pokok naga ni spesis pokok kaktus jadi kawasan tanahnya harus bersalirian baik dan tidak bertakung air..kalau tak pokok tu mati. Buah ni juga ada yang bewarna putih isinya dan merah maroon macam dalam gambar. Kalau betul2 kan, pokok ni ditanam, usia 8 bulan dah mengeluarkan hasil. Bunga nya besar dan cantik, kembang pada waktu malam hingga awal pagi, seakan2 bunga "bakawali". Rasa buahnya manis bila betul2 masak tapi tak de satu rasa khas untuk buah naga itu sendiri. Sekarang ramai pengusaha telah mempelbagaikan cara untuk menghasilkan produk dari buah naga ni....


Nak share gambar pokok naga yang sedang berbuah, boleh tahan juga lebatnya, mungkin sebab musim panas yang lepas tu, jadi pokok tu macam stress dan manghasilkan buah yang boleh tahan. Satu pasal buah ni, jika satu dahan ada 2 - 3 biji, buah akan jadi kecil..sebabnya pembahagian makanan pada buah yang sedang membesar telah dibagi2...kalau nak besar, terpaksa lah korban kan 1 atau 2 biji, tinggalkan sebiji jee..bagi mat biarlah kecik asal dapat lebihh..hehehe, lepas ambik gambar tu kan, buah2 tu telah ku ambik, dan tinggalkan sebiji dua yang masih comel2 lagi..lom cukup masak...

Dann tak lupa juga mat ucapkan terima kasih pada "Sis-Linn" sebab sudi panjang2kan award ni pada blog ku yang tak seberapa ni. Bercerita mengenai sis linn ni kan, dia ni orang Johor, dok kat Taman Bukit Indah di JB. Kami dah biasa berborak, bergurau dan berceloteh macam2 pekara, 1st time datang rumah mat dulu, kami dah mcm kenal lama, dok borak sakan, sampai tak hengat apa..dan kalau datang, Mr Kasawari pun wajib ada...tul tak linn.. Jutaan terima kasih yea linn...pstt ada pantun nihh untuk koo..

SIS - LINN DOK DIAM DI BUKIT INDAH
WARNA UNGU MENJADI PILIHANNYA
TERHARU SUNGGUH SAMPAI TAK BOLEH NAK CAKAP DAH
TERIMA AWARD YANG BEGITU JELITANYA....

Monday, March 29, 2010

NASI BERIANI JUS OREN & ACAR NENAS..

Nasi Minyak Jus Oren
Assalammualaikum buat semua....apa khabar, maaf lah dah malam baru sempat masukkan N3, petang tadi hujan lebat..jadi keadaan macam kurang sesuai untuk tangkap gambar. Sebagai alternatif kenalah guna bahagian ruang makan rumah dan buka selagi ada lampu. Ok hari ni nak share Nasi Beriani Jus Oren, resipi dari "Hana" aweks jawa yang dok di Jepun....kannn Hana. Sebenarnya hajat hati nak buat benda lain, tapi kerana semalam tergatal pi rendam beras basmathi, lepas tu kensel pulak nak masak.. Tu yang guna beras semalam untuk masak nasi ni. Rasa dia sedap dan sedikit berbeza. Mat sama macam Hana, dok guna jus oren sunquick, tak denya nak perah2 limau...sebab tak de limau kat rumah...hehe...Pstt..cun kan set pinggan mangkuk bunga kangkung tu...nostalgia sungguh...i likeeee!!!...u don like keeee?....


Disamping nasi beriani tu, mat ada juga buat acar nenas resipi dari "Norzalina Nordin" dan satu lagi lauk daging yang tu tak payah lah letak dan resipi dia pun biasa2 jee... Sebenarnya apa jenis lauk berasas kan ayam atau daging boleh dimakan dengan nasi ni, tapi yang paling utama, acar atau rojak mentah yang paling perlu sebagai pemangkin rasa dan mengimbang rasa2 rempah pada nasi dan lauk2..betul tak?..Alaaa, mat tau, yang pakar2 memasak pun ada juga masuk sini, depa ni lagi lah expert dari mat.....segan nihhhh..terus macam nak cuti masak pulak..hehehe....

Nasi Beriani Jus Oren
Bila dan sampai waktu berbuka puasa, maka bonda mat pun santap..kami yang tak puasa ni pun ikut santap sama...saja memeriahkan majlis, excelikan ini mat masak untuk bonda berbuka tadi. Kalau rasa2 teragak nak mencuba kejap lagi boleh baca resipi2 dia. Yang nasi tu memang mat ikut resipi Hana, cuma lebihkan sikit dan acar tu pulak ikut keadaan semasa dan bahan2 yang ada...ok wonder pet semua, jom kita semak resipi.....

BAHAN NASI BERIANI JUS OREN :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah beriani + sedikit air, bancuh jadikan pes
1 1/2 camca besar bes oren sunquick
1 kiub ayam "Maggi"
1 ketul kecil gula batu
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 5 bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar (yang ni agak2 jee)
2 camca besar minyak sapi
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Gajus, kismis dan kacang pes, untuk hiasan

BAHAN ACAR NENAS :-)
1 biji nenas, kupas dan hiris kecil
150 ml cuka makan (mat guna cuka Jalen)
60 ml minyak masak
2 camca besar gula makan
5 biji cili merah (mat guna 3), belah 2 tak putus
4 biji cili hijau (mat guna 3), belah 2 tak putus
2 biji bawang besar, belah 8
10 biji bawang merah, belah 2
2 ulas bawang putih, belah 2
5 biji buah keras*
3 cm halia*
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
Sedikit belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ACAR NENAS :- Panaskan minyak dan goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Angkat, tos dan ketepikan. Panaskan semula minyak dan tumis bahan kisar halus hingga harum. Masukkan gula pasir, garam secukup rasa dan cuka makan. Masak hingga mendidih menggunakan api perlahan. Rasa dan jika ok matikan api. Dalam satu bekas, masukkan nenas hiris tadi, bawang2 yang telah ditoskan dan belahan cili merah/hijau. Tuang bahan yang dimasak tadi dan gaul rata. Biarkan ianya 3 jam sebelum dihidangkan. Mat simpan dalam peti sejuk sementara nasi masak...
  2. UNTUK NASI BERIANI JUS OREN :- Dalam kuali, cairkan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan bawang besar dan tumis hingga harum. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah beriani tadi. Kacau rata. Masukkan beras dan goreng hingga rata dengan rempah. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Masukkan air, susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Kacau rata dan tambah garam seckup rasa, masukkan juga gula batu. Masak seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, gajus, kismis, dan kacang pis. Buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning (bancuh dengan sedikit air). Biar nasi tanak betul2 dan gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng...Selamat mencuba!!

Sunday, March 28, 2010

CHICKEN VANDALOO

Chicken Vandaloo
Salam hujung minggu semua....buat apa tu, sambung tidur kee..geng2 antik mesti dok melilau kat amcorp, biasa lah hunting....Ok hari ni nak share satu resipi mudah, cepat dan sedap..."Chicken Vandaloo" ni resipi ala2 India, tapi pada hakikatnya ianya ada pengaruh Portugis yang mereka bawa masa menjajah "Goa" dulu. Resipi ni mat dapat dari fotopage "Muna"...tapi ini FP masa dia dok diam di Belanda dulu...sekarang dia dah pindah ke Denmark. Muna ni kan dia berbakat, kerja2 seni semua dia pandai....dannn yang paling mat suka (mamafami also....) dapur kat rumah dia di Denmark tu....dah lah luas, lapang dan pemandangan kat luar pun lawaaa.....tak caya?..boleh pi FP Muna tu...sendiri tengok kat sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, dikerat sederhana besar
2 biji bawang besar
4 camca besar minyak sapi
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 camca teh jintan manis
2 camca teh ketumbar
2 camca teh halba (mat guna 1 camca teh)
1 camca teh serbuk kunyit
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
4 tangkai cili kering (ganti dengan 1 1/2 camca besar cili kisar)
2 camca besar tomato puree (mat ganti dengan 3 biji tomato, cincang halus)
3 camca besar cuka makan
Garam dan gula
Sedikit badam, untuk hiasan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bawang dihiris kasar dan goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keemasan. Toskan dan kisar bersama2 halia, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halba dan serbuk kunyit hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, cairkan minyak sapi dan goreng ayam tadi hingga kekuningan pada semua bahagian. Masukkan bahan kisar tadi, kayu manis dan buah pelaga. Gaul rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan tomato cincang, cuka dan air secukupnya (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih dan kuah pekat (kurang lebih 40 - 45 minit, dgn api sederhana). Tambah garam secukup rasa dan gula. Biar mendidih perlahan 4 - 5 minit lagi sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kepingan badam sebelum dihidangkan.....for english version you can click here......

Saturday, March 27, 2010

LEMPENG PEKAK & KARI DAGING..

Lempeng Pekak & Kari Daging
Salam Sabtu semua, dah tutup lampu ke tadi?.... Mula2 kat FB, mat cakap malas nak masak, tapi memang betul, malas sungguh nak masak. Namun macam tu, seperti biasa lah mulut kata malas tapi hati mesti juga nak masak, walaupun masak air. Excelikan pagi tadi dah siap2 masak kari daging, plan tu untuk makan dengan lempeng pekak...hahaha, mesti ada yang pening dengar nama "lempeng pekak"...tak pe yang tu kita cerita kemudian. Lepas dah siap tangkap gambar kan baru teringat, semalam ada masak sambal tumis kupang...alaaa, rugi boleh lupa nak letak sekali, kalau tak lagi bess dan meletops. Yang ni buat untuk minum petang sat tadi...ehem ehem..


Ok...kenapa lempeng tu kami panggil "Lempeng Pekak?"..sebab ianya hanya guna bahan2 asas saja, tepung, garam, air dan sedikit minyak masak...tak de letak telur dan sebagainya. Kari daging tu rasa2nya semua dah pandai buat..betul tak..Yang tu guna santan, kalau tak suka, boleh guna susu cair atau yogurt, tak de masalah..nak buat plain without coconut milk pun ok, ala2 kari India....terpulang pada citarasa sendiri...tak de paksaan yea...

Lempeng Pekak & Kari Daging
Lagi satu, lempeng pekak ni mat kalau buat suka garing2 sikit macam dalam gambar tu, nampak macam ada gelumbung2 kan...baru lah wangi. Yang ni guna non-stick frying pan 8 inci, dapat dalam 8 - 10 keping. Kalau nak buat kuih gulung atau ketayap, resipi ni pun ok, cuma air tu letak separuh susu cair + air dan sedikit perisa pandan...dan kalau nak sedap, minyak ganti dengan mentega cair...habis laaa kolestrol koo orang naik lepas tu..hehehe...Oh, yea lagi satu kan, kalau mat, nak buat kuih gulung tu, dadar dia tak perlu dibalikkan. Kita dah tuang adunan dalam kuali, ratakan dan masak dengan api sederhana. Bila nampak permukaan jadi warna pucat, ok dadar dah masak, boleh alih dalam pinggan, letak inti kelapa dan gulung kemas. Tapi kalau lempeng pekak ni kena lah masak ke dua-dua bahagian.....

BAHAN-BAHAN KARI DAGING :-)
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna "baba's), bancuh dengan sedikit air
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci kunyit hidup*(*kisar halus)
3 biji bawang merah, hiris halus#
2 ulas bawang putih#
1/2 inci lengkuas, diketuk#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
3 pelepah daun kari#(#rempah tumis)

BAHAN-BAHAN LEMPENG PEKAK :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
3/4 camca teh garam
2 camca besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KARI :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (#) hingga harum, masukkan cili kisar dan bahan kisar (*) dan tumis hingga harum. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tambah kentang dan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan daging masak (biasanya daging batang pinang ni cepat masak). Rasa dan jika ok, boleh matikan api...
  2. UNTUK LEMPENG PEKAK :- Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis. Rehatkan adunan 15 minit, nak senang satukan semua bahan lempeng dalam blender dan kisar hingga halus, ketepikan. Panaskan non-stick frying pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat cuma sapu dengan paper towel yang bersih yang dicelup dalam minyak masak). Tuang kira2 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit. Alih dalan pinggan. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari daging tadi....Selamat mencuba!!....

EARTH HOUR 2010

EARTH HOUR IS A GLOBAL EVENT CREATED BY SYMBOLIZED THAT EACH ONE OF US, WORKING TOGETHER, CAN MAKE A POSITIVE IMPACT ON CLIMATE CHANGE - NO MATTER WHO WE ARE AND WHERE WE LIVE.
~:SATURDAY , MARCH 27, 2010 - EARTH HOUR 2010:~
TURN YOUR LIGHTS OFF FROM 8.30 PM TO 9.30 PM
(CREDIT TO "TOWN OF BELOIT")

Friday, March 26, 2010

KUETEOW SUP AYAM

Kueteow Sup Ayam
Salam petang Jumaat semua...tau2 dahh petang, kejap nooo...kang tau2 dahh malam.. ..Jom makan kueteow sup ayam, alahh ni resipi2 biasa jeee....nampak gambar bukan main lagi kan, tapi sedapp leerr, ada rupa, ada rasa....serius ni tak tipu...tapi kalau yang lain tatau lah, sebab tekak manusia ni kan citarasa lain2. Ini buatnya palingg senang, janji ada kue teow dan sup ayam. Resipi sup ayam tu mat dah letak banyak juta kali juga kat blog, tapi demi memudahkan para pengunjung blog, mat tulis lah, lagi pun hari ni rasa macam ringan "jari" nak menulis..apa ingat jari gebu, berat ke?...hahaha, kalau jari puan2 tu mat tatau lahh, kot2 memang berat dek intan berrrrlian!!!....

BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
800 g ayam, potong sederhana besar
4 biji kentang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh rejis sedikit serbuk perasa (mat tak guna..). Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama kue teow dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga cili kicap...hidangkan selagi hangat....enjoyy!!!!

AWARD DARI "BEN ASHAARI".....


Salam Jumaat yang mulia...Psttt, dapat award hari ni, rasa2 mat ramai dah kenal dia ni, walau pun dia berada diluar lingkungan dunia masakkan, tapi coretan dia boleh tahann, banyak maklumat dan ada kala perlu kan kita berfikir selepas membaca. Kalau sebut "Ben Ashaari", mesti dah ramai tau kan... Excelikan mat jumpa blog dia ni secara tak sengaja. Lepas tengok dan baca..hmm not bad juga tulisan budak besi nihh, tak delah formal gila...ala2 santai jee....dan selain humor, isu2 semasa, politik dan agama pun ada diselitkan sama.. Jadi sesiapa yang rasa otak tu macam dah nak beku, atau mula nak stress..boleh lah pi lepak2 kat blog Ben, tak kena bayarrr pun.... Ok..lepas menerima ni mat kena pulak merebak2 kan award ni pada beberapa blogger seperti yang disyaratkan....

A :-Thank and link the person who gave your the award. (Ok...beressss!!!!)

B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic. (Erkk...kalau ikut yang asal kena 20, budak Ben tu dah kurang kan jadi 13....banyakk tuuu!!!).

C :-Contact said blogs and let them know they've won the award..(yelahh...yelahhh...nak buat lah nihhh!!!)

  1. Mama Fami - Spice n Splendour
  2. Yatt - Yatt's Precious
  3. Maz Bahrain - Ilham Dapur
  4. Datin Jun - Yummylicious - Jun
  5. Ummi Kuantan - Home Sweet Home
  6. Sis Linn - Bisikan Hati
  7. En Azman - Kaswari
  8. Tok Nabe - TokNabe's Page
  9. Retna - anakomak6
  10. Shai - S.H.A.I.Z.H.A.R
  11. Lemon Grass - Salam 2 Benua
  12. Hana - Hanamemories
  13. Gert - My Kitchen Snippets
  14. Kak CT dan En. Mat - Taman Syurga Abadi

Thursday, March 25, 2010

BISTIK DAGING.

bistik daging
Salam Khamis buat semua.... Hari ni kan tiba2 rasa malass teramat sangat. Tapi tak boleh malas, kena rajinnn...betul tak..ok..ok...bersemangat nihh!!....Mat nak share satu resipi dari buku masakan "Norzailina Nordin" berjudul "Variasi Masakan Selatan", sebenarnyakan dah lama juga nak mencuba tapi tu lah, asyik terbuat menu yang lain, "Bistik Daging"...mesti dah ramai pernah cuba kan.... Psstt ni nak share sikit, mat kan exceli, baru 1st time nih cuba masak bistik daging...hehehe, habis "pecah lobang". Oleh tu kan mat ikut 100% resipi dalam buku tu. Eh..sedap koo, makan dengan roti, dengan nasi pun sedap...Ianya tak pedas, sesuai untuk budak2 juga, cuma mat buat macam terkering sikit, kalau dapat biar ianya berkuah....Ok kalau cerita banyak nanti air liur jadi kering, baik semak resipi dibawah ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan

BAHAN KUAH :-)
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

BAHAN DIKISAR :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
  3. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...Selamat mencuba untuk semua!!!

Wednesday, March 24, 2010

TAUHU LEMBUT KUKUS.

Tauhu Lembut Kukus
Salam Rabu untuk semua, mesti dah makan tengah hari..betul tak?...Kadang2kan idea memasak ni sungguh meluas, apa yang perlu, kretiviti masing2, tapi perlu diingat kan juga, jika kretiviti kita terlampau kreatif, bahaya juga takut lari dari matlamat asal, terus sakit perut pulak nanti. Hari ni mat nak share satu resipi palingg mudah dan senang. Tapi ianya perlu dihidangkan segera sejurus dimasak, dan sos dia tu boleh siap kan dulu....Rasa2nya dah ramai juga buat...tak pe itu versi mereka, yang ni versi mat gebu!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack tauhu lembut (ada jual di pasaraya)
10-12 ekor udang kecil, dibersikan
3/4 camca besar sos tiram*
1/2 camca besar kicap pekat*
1/2 camca teh minyak bijan*
1/2 camca teh kicap cair*
1/3 cawan air*
1/3 camca teh gula*
1/2 camca teh tepung jagung + 1 camca besar air, kacau rata
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh minyak zaitun
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan bahan bertanda (*), kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan udang. Kecilkan api, tuang bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat, masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, tauhu tadi dikeluarkan dari pack dan letak dalam bekas tahan panas, berhati2 sebab ianya lembut. Kukus 5 minit. Keluarkan dari kukusan. Belah 4, kemudian curah sos tadi atasnya. Sususn udang dan hias dengan hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng.
  3. Hidang kan segera. Kalau dihidangkan lambat, nanti tauhu tadi akan mengeluarkan air....Sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi hangat.....dengan bubur nasi pun sedap. Tauhu tu tanpa rasa dan sedang elok bila dimakan bersama sos nya tadi...Selamat mencuba!...

Tuesday, March 23, 2010

AWAR DARI "CINDERELLA...

Assalammualaikum pada semua. Terima kasih mat ucapkan pada "Cinderella" dari blog "name me poison, name me passion"...atas kesudian memberi tanda ingatan "Beautiful Blogger" pada blog masak2 mat ni. Kalau dulu2 kan zaman orang bagi award ni macam bermusim, apa2 penghargaan harus kita terima dengan ikhlas, itu tandanya orang ingat kat blog kita. Dengan ini mat panjang2kan juga award ni pada semua pengunjung yang mempunyi blog atau FP. Sudi2kan lah ambik dan letak diblog dan FB masing2 yeaa....Terima kasih tak terhingga juga untuk anda semua yang tak jemu2 singgah dan mentelaah blog masak2 yang tak seberapa ini.....PENAMBAHAN......Rupanya kan kena cerita 7 perihal diri penerima award tu...sapa ek penerimanya..sapa lagi kalau bukan "Pak Tua" mu ini..ok lah kita ceritalah sikit2....
  • Nama betul Adnan Bin Ibrahim, tapi nama kat "My Resipi" dan Blog = Mat Gebu...dan nama "Ah Mat Gebu" tu adalah nama2 timangan yang kami dok guna antara saya dengan "Norzailina Nordin"...alah chef a.k.a penulis buku resipi dan novel2 cinta dari Alaf 21 tuuu. Kerana kami ada darah kacukan cina....
  • Saya ni manusia biasa2 laaa....tak sempurna dan banyaakkkkkkkkk kekurangan, tapi syukur alhamdulillah Allah kurniakan cukup sifat, ada tangan 2 dan jari2 yang boleh melakukan banyak benda dengan pantas (jangan kata aku pencuri pulakkk!!!)....
  • Tak suka nak fikir benda2 remeh..bukan apa, benda2 tu semua boleh mendatangkan stress, bila dan stress mula lah muka semua jadi tak lawa, lepas seminggu kedutz semua muncul (kalau boleh seterika tak pe juga).
  • Memasak menduduki carta teratas, selain mempelbagaikan resipi yang ada....sampai yang ada tu kan lari 99% dari resipi asal...gila kan aku ni...punya kejammm, nasib baik lah tuan punya resipi asal tak saman...
  • Lagi satu, orang dok tanya, cik mat ni dok mana...selalu saya kata saya ni duduk kampung very the ulu...ada tu sampai takut nak datang. Tapi hakikatnya, dah ramai juga blogger datang rumah saya....tau tak "Sedenak" terletak dalam daerah Kulai Jaya, dalam negeri Johore..tak tau sila google yeaa...
  • Dalam keluarga kami ada 4 orang adik beradik, semua "lelaki" tak de sorang pun perempuan kooo....cuma bonda jee sorang perempuan, menurut sejarah, bonda keguguran 3 kali..ada kemungkinan 3-3 tu perempuan's. Apa nak buat terima jelah apa yang Allah dah tetapkan. (nasib baik anak buah ramai perempuan's).
  • Alaaaa...yang ke-7 ni kan tatau nak tulis apa..maklumlah lipatan sejarah saya ni bukannya bess sangat....hmm...cukup lah yea 6, kalau kita "pecah lobang" semua nanti tak bess, bila jumpa macam dah tak de cerita nak story....Kalau nak cerita pasal antik..no hal punya, anytime!..

NASI DAGANG

Nasi Dagang
Assalammualaikum semuaa, jom makan nasi dagang....rasa dah lama juga tak buat, tapi dalam stok mat tak de beras nasi dagang yang kaler coklat tu, mula2 dalam kepala dah mula terfikir dan rendam beras tu sebahagiannya dengan pewarna makanan coklat jeee, tapi tak jadi lah..biarlah ianya putih, nampak suci dan murni... Resipi asal mat ambik dari buku masakan "Norzalina Nordin"..tapi kan sebelum tu nak minta maaf pada kak lina, sebab mat dah buat ikut style sendiri..minta halal yeaa...kita pun sedia maklum, buku2 masakan tu sebagai panduan dan rujukan, mereka pun tak paksa kita ikut 100%...tapi nak oter tu agak2 lah juga, jangan sampai tak jadi...membazirrrr!!!!!!...


Di samping nasi dagang dan gulai ikan tongkol & udang (resipi dalam N3 sebelum ni), ianya juga lagi sedap jika disertakan acar mentah..baru balance.. Perihal nasi dagang ni, kalau dibelah Terengganu, nasi dia lebih kaler putih...kalau di Kelantan, mereka masak dengan dicampur beras bewarna coklat khas untuk nasi dagang..... Lain kali kalau mat ada stok beras nasi dagang coklat tu, kita try masak lagi..okeyyy!!!....

BAHAN-BAHAN NASI DAGANG :-)
800 g beras siam*
200 g beras pulut*(*disatukan, gaul rata, cuci dan rendam 4 jam)
1200 ml santan
1 camca teh garam
1/2 camca teh gula
10 biji bawang merah, hiris
2 cm halia, hiris halus
1 camca besar halba

BAHAN-BAHAN ACAR MENTAH :-)
1 biji timun, disagat
1/2 biji lobak merah, kupas dan sagat
1/4 bahagian kobis sederhana besar, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 biji cili merah, hiris halus
1/4 cawan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI DAGANG :- Siapkan kukusan, alas dasar kukus dengan daun pisang@aluminium foil, bocor2 kan. Beras ditoskan dan masuk dalam kukusan dan kukus 20 minit. Sementara itu, satukan santan dengan garam dan gula, kacau rata2. Keluarkan beras dari kukusan tadi dan masukkan dalam bekas besar. Gaul dengan bawang merah hiris, halia hiris, halba dan juga santan tadi (tuang sikit2 hingga habis). Gaul rata2 kemudian masukkan balik dalam kukusan, lubang2kan sikit nasi tadi dan sambung mengukus selamat 45 - 50 minit atau hingga nasi masak. Gemburkan nasi dan boleh dihidangkan bersama gulai dan acar tadi....
  2. UNTUK ACAR :- Satukan semua bahan2 acar, perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin). Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit. Hidangkan bersama nasi dagang.

GULAI IKAN TONGKOL & UDANG II...

Gulai Ikan Tongkol & UdangAlign Center
Salam Selasa..apa khabar semua, lama juga tak masak gulai ikan tongkol..Masa kemas2kan freezer hari tu, terjumpa lah 2 ekor udang galah, baki dari hari tu..yang ni saiz dia besar kooo, jadi saja mat masukkan dalam gulai ikan tongkol tu...Sebenarnya ada plan nak buat nasi dagang, tu pasal siap2 masak gulai ni. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada "Kak Maz", sebab berkongsi tips memasak gulai ikan ni. Untuk pengetahuan semua, untuk ikan tu mat masak dalam pressure cooker selama 1 jam, bagi tulang2 dia semua reput macam sardine. Udang tu masuk last sekali, bila lepas ikan tu masak....kalau tak de periuk tekanan, boleh masak seperti biasa...tapi tulang dia tak reput lahh yeaaa....harap maklum.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan tongkol sederhana besar, siang, kerat 3 setiap ekor, cuci bersih dan toskan*
4 keping asam gelugor*
1 camca besar gula melaka*
1 camca teh garam*
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*bahan untuk merebus ikan)
2 - 3 ekor udang galah (optional)
700 ml santan
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
5 -6 biji cili padi, belah 2
1 camca besar kerisik
Garam dan gula
2 camca besar cili kisar
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan putih*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tongkol tadi disatukan bersama bahan2 rebusan, tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ikan tadi). Rebus 15 minit. Asingkan ikan dan stoknya (keluarkan bahan2 lain juga).
  2. Dalam periuk, tuang santan, masukkan bahan kisar halus, stok air rebusan ikan, serai, kerisik, asam geluor dan ikan. Kacau rata dan didihkan. Biar mereneh sehingga terbit minyak dari santan tadi. Kacau sekali sekala.
  3. Masukkan udang (jika guna) dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Biar mendidih dan masuk cili padi belah tadi. Biar mendidih hingga kuah kelihatan pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

Monday, March 22, 2010

ROTI KISMIS GEBU.

Bun Kismis Gebu
Salam Isnin semua, dah sarapan ke... Hari ni nak share resipi roti kismis gebu, nama asal cuma roti kismis, yang "gebu" tu mat letak sendiri, tapi minta maaf lah sebab dalam gambar tu tak nampak pun kismis dia...Tapi kan kalau in real, bila dan rabak kan roti tu, pasti anda nampak kismis dok diam dalam dia... Sebenarnya resipi ni mat dapat dari blog "Recipes House" dan resipi asal pulak dari blog "Shinta", sorang blogger masak2 dari Indonesia....Terima kasih pada kalian berdua yeaa....

Roti Kismis Gebu
Roti dia sedap dan lembut....Lepas tu kan yang bess, permukaan dia licin jee koo, macam kena botox..lepas sapu mentega nampak lawaa jee...Cuba tengok yang mat dah rabak kan tu, nampak lembut kann...eh..ada pulak kismis sebiji tersentil..perasan tak?...Sambil2 makan roti tu, minum pulak kopi hangat...kena pulak hari hujan..perghhhh!!....2 ketul pun tak cukup!!!... Kita tengok resipi dia pulak yeaa....Oh yea, lupa nak kata, ada sedikit olahan dari resipi asal, sebab mat guna bahan2 yang sedia ada...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

Sunday, March 21, 2010

BLUEBERRY CHIFFON CAKE.

Blueberry Chiffon Cake
Salam hujung minggu untuk semua.. Buat apa pagi2 Ahad ni....mesti dah plan macam2..tul tak?, terutama untuk bersama keluarga. Rasa dah lama juga tak buat kek, excelikan ni mat buat semalam, tapi hari ni baru letak kat blog, tapi di FB dah letak semalam.... Cerita pasal kek ni, tau tak..kadang2 kan orang yang lama baking pun menghadapi masalah juga, ada kala kek batat, tak naik, merekah dan macam2 lagi lahh...Baru2 ni kan mat ada buat satu experiment, tapi kan hasilnya sungguh menghampakan, rasa tu setakat "so-so" saja... asal kejadian dia pun ishh segan nak cerita...keras jelatu macam batu bata koo, oleh yang demikian, maka rezeki ayam lah kek tu..rugi jee mentega aku.....tak pe lah, belajar dari kesilapan..kalau tak, tak tau..betul tak?...

Blueberry Chiffon Cake
Berbalik cerita pasal kek chiffon ni, resipi asal kek chiffon pandan, tapi seperti biasa, cik mat gebu telah meng"oter" dan meng"twist" kan nya menjadi blueberry chiffon cake...tak susah sangat cuma perlu pandai mengagak bahan2 yang perlu kita tukar (kek yg tak jadi tu, sebab terlampau pandai sangat laaah kononnyaaa..hehe). Kek ni lembut dan kalau yang gigi tak de pun boleh makan..dah lah lembut..lembap pulak tu.....Kalau dah siap cuci mata, kita tengok pulak resipi dia yeaa....

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
  3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
  4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"

ASAM PEDAS TUKA.

Asam Pedas Tuka
Assalammualaikum semua, selamat pagi Ahad. Hari ni mat masak awal, sebab ada benda yang perlu ku beres kan sebentar lagi. Tak lupa N3 "asam pedas tuka" ni merupakan N3 mat yang ke - 1000...syukur alhamdulillah...Moga Allah memelihara kesihatanku ini. Mesti heran kan pesal asam pedas lagi..Habis tu nak buat macam mana, dah ini lauk yang mat suka.. Resipi ni mungkin dah berpuluh kali kot letak kat blog, tapi seperti biasa, setiap kali masak ada yang tak sama...hehehe... Asam pedas tuka ni abah mat suka, sebab tuka atau anak ikan pari, daging dia lembut...ok lah hari ni nak cerita banyak pun tak sempat, kita tengok je lah resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor anak tuka @ anak ikan pari
10 biji terung telunjur, kerat tangkai, belah 2 tapi jgn putus dan redam dalam air garam
1 biji tomato, dibelah 6
1 hirisan lengkuas, dititik
1 hirisan halis, dititik
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula
2 camca besar cili kisar
4 biji cili merah, dikisar
1/2 camca teh lada hitam*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Anak ikan pari atau anak tuka tadi dikerat 4 setiap ekor, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan halia, lengkuas dan bahan tumbuk halus, tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan cili merah yg dikisar tadi, masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air seckupnya (anggaran 1200ml), masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan dan terung telunjuk (toskan dulu). Kacau perlahan, masukkan daun kesom, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar masak perlahan hingga terung lembut.
  4. Masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sekejap hingga tomato lembut dalam kuah panas. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan sayur2 kegemaran.

Saturday, March 20, 2010

MEE SANGGUL KUAH KICAP

Mee Sanggul Kuah Kicap
Salam Sabtu semua, hari ni cuaca dingin sepanjang hari, hujan rahmat membasahi bumi di kampung kami.... dah lama juga tak rasa sejuk macam ni (duduk dalam bilik ada air-con, tak sama okeyyy!). Sebenarnya mat cuti masak hari ni, malas lahh, tapi kan sudah menjadi tebiat mat, tak boleh kalau tak pegang periuk belanga walau pun sehari, rasa kitaran hidup ku tak lengkap...hahaha, rasanya aku ni normal ke tak ek?....Ok, petang ni sebagai makan petang, mat masak satu resipi ala2 mee hailam tapi ada sedikit berbeza. Mat guna mee sanggul (tapi kan rupa tak macam sanggul punn). Sedap juga petang dalam cuaca sejuk, duduk menghirup kuah mee sambil bergebang sakan dengan ahli keluarga...kopi jangan pulak lupa yeaa.... Ok jom intai resipi mudah ini...

BAHAN KUAH :-)
250 g daging lembu, hiris nipis*
1 inci halia, hiris*
2 ulas bawang putih, diketuk*
7 - 8 ekor udang besar (mat guna udang galah)
1/2 batang lobak merah
2 batang putik jagung
1 pelepah kobis cina
1 biji tomato
1 batang leek
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos "hoi sin"
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair
1 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh cuka makan
4 titik minyak bijan
Sedikit gula

BAHAN LAIN :-)
3 keping mee sanggul (contoh mee mat guna seperti dalam gambar dibawah)
Hirisan daun bawang/daun sup
Hirisan cili padi (optional)
Bawang goreng



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan bertanda (*) dan rebus hingga daging lembut. Asingkan daging dan air rebusannya. Udang dibersihkan dan buang kotoran dikepalanya (jika guna udang galah...kalau udang biasa boleh kupas kulitnya). Lobak merah, dibelah 2 dan hiris serong setiap belahan. Leek dihiris halus dan rendam dalam air. Putik jagung dihiris serong, begitu juga kobis cina tadi. Tomato dibelah 6. Ketepikan semua bahan2 tadi.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan minyak bijan, tumis bawang putih dan leek (toskan dulu) hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan masukkan air rebusan daging (anggaran 1500ml). Tuang kicap cair, kicap pekat dan lada sulah. Masukkan hirisn lobak merah, putih jagung dan udang. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan sedikit gula dan cuka. Tambah kobis dan tomato. Biar mendidih dan rasa jika kurang masin, tambah kicap cair sedikit lagi. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Mee sanggul di celur dalam air panas selama 2 minit, toskan. Ambil kuantiti secukupnya dan letak dalam bekas sesuai. Tuang kuah secukupnya bersama isi2nya sekali. Hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, cili padi hiris dan bawang goreng. Hidangkan segera.....

Friday, March 19, 2010

BINGKA UBI 2..

Bingka Ubi
Salam petang Jumaat yang mulia....Dah minum petang ke...Kat kampung mat, hujan sekarang ni, sejuk....rasa macam dah lama tak sejuk macam ni..apa2 pun syukur alhamdulillah. Petang ni macam ter rajin sikit, mat buat bingka ubi. Sebenarnya ubi ni dah siap2 parut semalam... nak cerita pun segan, semalam kan abah mat parut ubi ni siap2, then dia nak makan lempeng ubi, tapi kan tah macam mana, aku boleh terlupaa koo nak buat...ishh..ishh...lepas tu abah mat buat sendiri, tanpa banyak bicara...dah tu dengan tak malunya aku pun makan juga sikit...arghhh...apa lah punya anak....tak patut...tak patut....hehehehe... tak pe, hari ni mat dah buatkan bingka ubi, feberet dia tu..ye lah kan ubi tu pun cabut kat kebun sendiri....

Bingka Ubi
Resipi asal mat ambil dari "MyResipi"..tapi kat situ dia guna gula pasir, mat pulak guna gula melaka + gula pasir. Oleh yang demikian resipi asal telah diolah sedikit untuk penyesuaian bahan2 yang mat guna.. Rasa dia lemak2 manis dan harum. Teksturenya lembut tapi kenyal dan sedikit rangup pada bahagian atas kuih, lagi satu kuih ni tak guna telur (versi yang guna telur boleh lihat disini....). Apa2 kuih bingka pun perlu permukaan nya garing, baru lah sedap dan wangi, yang ni sedikit nipis, sebab mat bakar guna acuan 8 x 8 x 3 inci, kalau nak tebal sikit bakar guna tin 7 x 7 x 3 inci...ok jom kita lihat resipi yang begitu mudah...

BAHAN-BAHANNTA :-)
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....

SINGGANG PEDAS IKAN HARUAN

Singgang Pedas Ikan Haruan
Assalammualaikum untuk semua...Pernah makan ikan haruan?...Bukan haruan makan anak yeaa...tapi ikan haruan atau omputeh panggil "snake head fish"...erkkk!!!..Kalau tak silap mat ada 2 ekor ikan lagi yang seakan2 ikan haruan, satu jenis tu kita panggil ikan "toman" dan satu lagi "bujuk". Rasanya nya permintaan ikan haruan ni agak tinggi juga berlandaskan khasiat yang terkandung dalam ikan tu. Kalau di bandar2, boleh beli dipasar..tapi kami kat kampung, pi mancing kat sungai jee..itu pun ikut nasib, kalau anda seorang "penganyir" (maksudnya "penganyir" tu, ialah orang yang kalau pi mancing selaluuu je dapat ikan banyak), maka mudah lah nak pancing..apa2 pun itu semua bergantung pada rezeki masing2 yang Allah nak bagi... Ok hari ni mat share satu masakan yang bonda mat gemar selain ikan ni disalai, masak lemak cili padi... Kali ni mat campur dengan nenas, kalau ada belimbing buluh pun boleh letak..kalau tak nak letak pun ok, boleh ganti dengan tomato atau terung..apa2 jelah yang anda rasa sesuai...Ok jom kita jeling2 resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan haruan
1 mangkuk hirisan nenas
2 batang serai
1/2 kiub ikan bilis "maggi"
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 camca teh lada hitam biji*
5 biji cili padi *
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh ketumbar biji*
1/3 camca teh jintan kasar*
1/3 camca teh jintan halus*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan haruan dilumur dengan garan dan limau nipis untuk membuang lendirnya. Siang dan kerat 2 setiap seekor ikan (bergantung pada saiz ikan). Cuci bersih dan perap lagi dengan jus limau dan garam selamat 10 - 15 minit. Kemudian bilas bersih dan toskan, perahkan lagi jus limau nipis dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak. Tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kiub ikan bilis dan nenas. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Rasa dan jika semuanya ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ulam2 dan sambal belacan....Kalau tak makan ikan sungai, boleh ganti dengan ikan laut...

Thursday, March 18, 2010

RENDIDIH AYAM BERKICAP.

Align Center
Rendidih Ayam Berkicap
Salam Khamis semua, tau2 dahh Khamis...cepat betul kan masa sekarang ni, plan makan apa tengah hari ni?... Hari ni mat nak share satu resipi "rendidih ayam berkicap"..kalau nak senang anggap je macam masak kicap.... Tapi ada sikitttt berbeza. Untuk resipi ni mat syorkan guna ayam "pencen", tapi kalau yang tak de banyak masa, boleh guna ayam muda... Kalau kita sebut rendidih, mesti lah teknik memasaknya makan masa yang agak lama, 1 - 2 jam macam tu kan. Kalau guna ayam muda, mungkin cepat tak sampai 30 minit kot, kalau lama sangat nanti habis semua lucut daging dari tulang...dah tak lawa, nampak terseksa beno pulak rupa ayam tu. Ok jom kita tengok resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kepingan ayam (nak guna seekor pun boleh)
1 tin cendawan butang dalam tin, ditoskan dan belah 2
1 biji bawang besar, belah 8
Air secukupnya
40 g halia, hiris nipis
5 biji ulas bawang putih, dititik
1/3 cawan sos lada hitam*
2 camca besar sos tiram*
1/4 cawan kicap cair*
2 camca besar kicap pekat*
1 batang leek, dihiris halus dan rendam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 camca teh gula
1 camca besar cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
contoh pokok "leek"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit dan lemak2, cuci bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan leek dan bahan bertanda (*). Kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan gula, cuka makan dan bawang besar. Gaul rata dan masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga ayam 3/4 empuk. Masukkan cendawan tadi dan terus merenih hingga ayam empuk. Jika air kering dan ayam belum empuk, tambah sedikit lagi air, gunakan air panas...
  3. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair (lauk ni tak guna garam). Masak untuk 3 - 4 minit lagi. Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan cili merah hiris. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur.... Selamat mencuba...