BEN ASHAARI

Sunday, February 28, 2010

SERABAI..

Serabai
Salam sejahtera semua, dah minum petang ke?...Pernah dengar nama "Serabai"..kalau orang2 Melaka mesti mereka tau apa itu serabai....kalau tak tau..hmmm boleh kena buang negeri leer koo orang!!!. "Serabai" ialah sejenis kuih tradisi orang2 Melaka bukan asal dari utara yeaa Hana...hahaha, ianya seakan2 apam dan dimakan bersama air gula yang dimasak ala2 pengat. Selalunya mereka menghidangkan kuih serabai ni bila ada orang meninggal, lepas 3 hari. Kaum peranakan baba nyonya pun ada juga sejenis kuih macam ni, tapi digelar "Apam Bokwa" atau "Apam Berkuah",proses dia lain sikit tapi kuah gula dia sama, cuma apam dia ada sedikit kaler biru hasil penggunaan jus bunga telang.

Serabai

Mat sebenarnya lama nak cuba, dijadikan cerita, satu hari tu mat ber YM dengan "MamaFami"...tau tak sapa dia tu, alah mamafami ni femes tau, dia ni pun jenis "kronik" juga dalam hal masak2. Kami pun berborak lah pasal serabai, dah dia tu kan Melaka mari, terus mamafami buat lepas tu...Tak lama, aweks Jawa Jepang, Hana pulak buat..ehh ini tak boleh jadi, tu yang mat pun buat juga...Tapi kan kalau buat guna lah kuali yg kecil, tak pun guna non-stick pan saiz 4 inci, ada jual kat tesco, giant dan C4. Macam mat, guna saiz besar, jadi kurang comel, aku punya gaya serabai orang kebulur, tu pasal besau2...apa2 pun kalau ada masa cuba lah..ini kuih tradisi kita orang2 melayu...wajib kita wariskan pada generasi muda...Cuma guaa heran laa, mamafami buat lobang dia melahau besau, aku punya alahh hai kecik2 koo....muskhil nihh!!!..Eh lupa nak kata, mat buat 1/2 dari resipi di bawah ni..harap maklum...

BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
  2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Dalam gambar tu mat guna non-stick pan saiz besar tu pasal serabai ku nampak nipis. Kalau boleh guna non-stick pan macam kat blog mamafami tu yeaa...

MAGGI GORENG BUNGKUS..

Maggi Goreng Bungkus
As'laikum semua....aduhhh..penat, letih dan mengantuks ni, dah 2 - 3 hari mat tidur lewat antara jam 4 hingga 5 pagi...Sebabnya kawasan kejiranan kami tak de bekalan air paip. Tapi semalam dah ada, cuma air tu tak sesuai lah untuk digunakan, kotor. Tapi hari ni dah ok, bersih. Alasan yang pihak Syarikat Air Johor bagi..."kawasan encik tekanan air rendah"...tau lah kawasan kami ni agak tinggi dan rumah mat kedudukanya pun agak tinggi...stresss kooo!!!.. Excelikan ini mat buat semalam tau, tapi tak sempat nak masuk N3, jadi masukkan hari ni. Ok, sebenarnya kan mat tak pernah goreng mee maggi!!, jangan tak caya beb!...Satu hari tu kan tah macam mana terpanggil pulak nak goreng maggi, ini gara2 cerita pasal sorang "budak muda" ni buat maggi gorenng yang "tulen".....kisahnya ada kat sini.... (Ben, sorry ek!!).... Tapi kan kali ni mat cuba try a fusion way of style in making maggi goreng..tuu diaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket Maggi perisa ayam + perisanya sekali
2 batang crab stick
1/2 cawan isi ayam
5 -6 ekor udang besar
1/2 camca besar sos cili
1/2 camca besar tomato sos
1/2 kiub tom yam "Maggi"
1 cawan taugeh (optional)
2 kuntum cendawan butang, hiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
5 biji cili padi, hiris halus (tak tahan pedas, letak sikit atau abaikan)
Sedikit air
2 biji telur*
1/3 camca teh serbuk lada hitam*(*dikacau rata)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasa
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mee maggi hingga lembut, angkat dan toskan. Crab stik dikerat2. Udang dikupas, buang urat belakang, cucu dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hiris hingga harum. Masukkan sos cili, sos tomato, kuib tomyam dan perisa ayam (yang disertakan bersama pack maggi). Kacau rata dan tuang sedikit air.
  3. Masukkan cendawan, isi ayam, udang dan crab stik. Kacau rata dan masukkan mee maggi tadi, gaul dan tambah taugeh, kacau hingga rata. Rasa dan jila ok boleh matikan api. Ketepikan sebentar.
  4. Panaskan kuali non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak. Goreng telur dan jadi kan telur dadar nipis. Biar hingga masak. Alih dalam pinggan, letak maggi goreng tadi dan bungkus kemas2. (rasa2 kan boleh dapat 2 bungkus...tapi isi tak banyak lah)
  5. Terbalikkan dalam pinggan sesuai (bahagian berlipat dok belah bawah). Potong permukaan telur berisi maggi tadi dalam bentuk "X". Kembangkan dan hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan belahan limau kasturi....Lepas tu apa lagi balunn leerrrr!!...

Friday, February 26, 2010

KEREPEK UBI REBUS

Kerepek Ubi Rebus
Salam Jumaat semua... Hari ni kan mat nak letak N3 satu kudapan yang femes di kampung2. Sebenarnya ini bukan mat yang buat, tapi Bonda dan Abah yang membuatnya, saja2 mengisi waktu2 senggang mereka. Lagi pun dengan cuaca yang panas dan kering sekarang ni, adalah agak sesuai untuk menjemurnya. Ubi pulak, abah mat ambik dari kebun kami, kalau duduk kampung tak sikit banyak mesti ada kebun. Pada pendapat mat, kerepek ubi rebus ni elok gunakan ubi bewarna kuning, kerana hasilnya lebih rangup dan renyah, nak sedap lagi, sira dengan gula...dan nakkkkk sedapp lagi, sira pulak dengan cili....dah jadi kerepek pedas...hehehe. Tapi awas!!, anda tidak akan berhenti mengonyel (mengunyah)...ketagih u!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu, yang bagus ubi kayu kaler kekuningan
Gula
Air dan secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu dikupas, kerat sederhana besar, cuci bersih dan rebus hingga 3/4 empuk dengan sedikit garam (jangan empuk sangat, nanti susah nak hiris). Toskan dalam tapisan dan biarkan ubi tadi sejuk.
  2. Hiris nipis2 ubi tadi (seperti dalam gambar 2), buat hingga siap. Kemudian susun atas tudung periuk (seperti dalamgambar 3), susun rapat2 tapi jangan bertindih. Jemur bawah terik mentari sehingga kering dan ringan. Kalau cuaca macam sekarang ni, jemur 5 - 6 jam, dah kering. Tapi seeloknya, jemulah selama 2 hari. Bila dah kering dan ringan, boleh lah digoreng.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jangan panas sangat, nanti hangus. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Ok kalau nak sira, masak gula dengan air (contohnya--> 1 senduk gula + 1 senduk air) hingga berbuih dan sedikit pekat, masukkan secubit garam, kemudian diikuti kerepek tadi, gaul rata dan biar sampai kering. Angkat dan biarkan sejuk...
  4. Kalau nak sira pedas, cuma perlu cili kisar, 1 ulas bawang putih tumbuk, gula, garam dan sedikit cuka makan. Tumis cili dan bawang putih hingga harum, masukkan gula dan sedikit garam. lepas tu cuka. Kacau rata dan masukkan kerepek ubi, gaul rata hingga mesra. Angkat dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara...

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH..


Salam Jumaat yang mulia untuk semua, hari ini 26 hb Februari bersamaan 12 Rabiulawal 1431 Hijrah, kita umat islam seluruh alam menyambut hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda membawa sinar ke setiap penjuru alam. Nilai2 murni dan contoh2 terbaik yang telah baginda tunjukkan turut diperakui oleh bangsa dan ugama lain. Moga Allah SWT, memberi keberkatan kepada kita semua umat Nabi Muhammd SAW. Selawat ke atas nabi junjungan kita ..... dan selamat menyambut "Maulidur Rasul"......

Thursday, February 25, 2010

NASI KEBULI II

Nasi Kebuli II
Seperti yang dijanjikan, mat letak N3 "Nasi Kebuli"...Kebetulan bonda berpuasa hari ni, jadi boleh lah hidangkan untuknya juga. Disamping tu mat masak juga rendang ayam kampung dan acar rampai mentah. Pada asalnya nampak kat blog "Kak Ummi Kuantan".. Lepas tu "Mama Fami" pulak buat, mama tu saja lahh tu nak goda2 i..ahaks, mati kang orang ingat ada skandal!!!...Nasi ni kan tatau nak kata apa, tapi sedap tau dan rasa rempah2 dia "asli". Lepas tu kan penggunaan serai dan daun limau purut mendatangkan satu nuansa yang agak berbeza. Santan yang digunakan menjadikan nasi tu rasa seakan2 nasi lemak berempah...senang cerita, kena buat lah baru boleh tau rasa dia macam mana...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul (resipi asal tak letak)
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit (mat letak 1 camca teh)
Garam secukup rasa
2 biji telur, didadar, hiris halus
Kismis, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan (tak letak sebab malas nak buat!!!)

BAHAN ACAR RAMPAI MENTAH :-)
Acar Rampai Mentah

1/4 bahagian kobis bulat, hiris
1 biji timun, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
1/2 biji nenas, hiris (mat guna nenas tin)
1/2 batang lobak merah, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Cuka makan secukupnya (mat guna cuka "Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI :- Cairkan minyak sapi dan tumis halia, serai, daun pandan, daun limau purut, buah pelaga, bunga cengkih dan bahan kisar halus, masukkan serbuk kunyit dan kacau. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng 2 - 3 minit, gaul rata2. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan dengan chopstik, jangan ganas2 nanti nasi patah2...Tabur kismis, telur dadar dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran dan acar rampai mentah...
  2. UNTUK ACAR RAMPAI MENTAH :- Satukan semua bahan2 acar kecuali gula, garam dan cuka. Tambah 3 bahan tadi sehingga mendapat rasa seimbang..Biarkan 10 - 15 minit dalam peti sejuk sebelum dihidangkan....

PACERI TERUNG TELUNJUK

Paceri Terung Telunjuk
Salam semua, diam tak diam dah hari Khamis dan kita pun hampir berada di hujung bulan Februari. Ok hari ni mat masak paceri terung telunjuk, sebenarnya kan plan hari ni, insya allah, nak masak nasi kebuli, tapi bukan resipi sama yang mat pernah masak dulu, kali ni mat ambik kat rumah kak ummi kuantan, kalau tak de aral melintang, ianya akan menyusul dalam n3 akan datang yea... Terung telunjuk?..pernah ke dengar?..Di Malaysia ni selain terung2 biasa, ada pelbagai lagi terung esotik yang banyak dipergunakan oleh orang dulu kala terutama di kampung2 untuk dimasak. Satu nak kata, terung2 kampung ni tahan pada perubahan cuaca dan tidak mudah diserang serangga perosk, jadi bila secara semulajadi ianya tahan, kita pun tak perlulah sembur racun serangga. Mat pernah diberitahu oleh seorang kenalan, cili merah yang ditanam di kebanyakkan kebun, ada tu disembur dengan 14 jenis racun serangga!!!...Macam
tak percaya kannn?......Serammmmm bebbb!!..

Rupa terung telunjuk, ianya bewarna hijau muda dan ada sedikit belang2 putih terutama di bahagian hujungnya....Abaikan stuktur jari yang "gebu2" itu yeaa....hehehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 biji terung telunjuk
2 biji cili merah
1 keping asam gelugor
1 camca besar kerisik
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cawan santan
1 cm halia, dititik
2 tangkai daun kari
4 biji bawang merah, hiris
1 biji bawang putih, hiris
1 1/2 camca besar rempah kari ikan + 1/3 cawan air, kacau rata
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang pangkalnya, kerat 2 tapi jangan sampai putus untuk setiap biji terung, rendam dalam air garam. Cili merah juga dibelah tapi jangan putus, rendam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hiris, kayu manis, bunga lawang, halia titik dan daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan santan dan juga asam gelugor. Tambah kerisik, garam dan gula secukup rasa (lebih sikit gula, sebab paceri manis sedikit). Kecilkan api dan masak hingga pekat dan terbit minyak. Masukkan terung (toskan dahulu) dan gaul rata.
  4. Masak hingga terung lembut sedikit, masukkan belahan cili merah, masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula sedikit lagi. Bila paceri pekat dan rasa semua ok, boleh angkat dan hidangkan...

Wednesday, February 24, 2010

KARI IKAN SEGERA

Kari IKan Segera
As'laikum dan salam Rabu untuk semua, menu apa hari ni....Untuk menghabiskan stok ikan, mat masak kari paling senang sekali, tak pedas dan budak2 pun boleh makan. Mula2 mat terperasan kat satu blog geng antik dia masak kari ikan duri, tapi kita tak dak ikan duri, jadi guna jelah ikan apa yang adaaa....terima kasih yea "Kak Nannie" sebab kongsi idea dan resipi. Tapi kalau nak pedas boleh je tambah cili kisar..Sedap dimakan bersama nasi putih, roti, lempeng pekak, roti canai dan apa2 yang sesuai....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong kacang (atau ikan kegemaran)
10 batang kacang bendi
2 biji tomato
2 cawan santan
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1 1/2 camca besar cili kisar
3 camca besar rempah kari ikan, bancuh dgn 3/4 cawan air, kacau rata
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1/2 inci lengkuas, dititik
1 camca teh halba campur
3 pelepah daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan kerat dua. Bendi direndam, tos dan buang sedikit hujung dan pangkalnya, kalau besar kerat 2. Tomato dibelah 3 setiap biji. Cili merah dan hijau, dibelah 2 tapi jangan putus, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan halba campur, lengkuas, daun kari, bawang merah dan putih hiris serta halia, kacau dan biar hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tuang rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api perlahan.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 600ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan santan. Tambah asam jawa , bila mendidih masukkan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masukkan bendi. Biar mendidih 1-2 minit, kalau perlu tambah sedikit lagi air.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau belah. Tutup api dan tutup periuk, biar sayur2 masak dengan wap yang terhasil. Boleh dihidangkan mengikut selera masing2. Sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman berserta nasi hangat...hmmmm

Tuesday, February 23, 2010

LEMPAP TELUR IKAN

Lempap Telur Ikan
Batu belah....batu bertangkup...makan aku, telan aku...aku kempunan telur tembakul!!!....Ngappp, terus kena telan, lepas tu sampai sekarang dia tak telan manusia lagi sebab dia telan mat gebu, yelah aku kan "gebu" jadi terus kenyang si batu belah tu!!!....Lagi malang masa batu tu nak telan dia tercekik kooo!!!....hahaha, sedap juga merepek2 ni kan..Ok pernah tak makan telur ikan?..Tadi masa mat operation kan seekor ikan parang besar, dapat leer telur dalam 300 g macam tu, cantik dan segar u, terus teringat bonda mat dulu2 pernah buat lempap telur ikan, tapi dia guna telur ikan sungai... Kali ni mat guna telur ikan parang, jangan memain...Ok jom kita tengok resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g telur ikan parang (kalau guna apa2 telur ikan pun ok kot, kecuali telur ikan duri!)
4 helai daun kunyit
1 ulas bawang putih*
2 biji bawang merah*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur ikan dibersihkan, berhati2 jangan sampai terkoyak sarung telur. Gaul dengan bahan tumbuk halus, tambah garam secukup rasa dan tabur kan serbuk lada hitam (anggaran 1/2 camca teh). Perap 15 minit.
  2. Ambil sekeping telur ikan tadi dan bungkus dengan daun kunyit, buat yg sama untuk yg satu lagi. Panaskan kuali non-stick, kecil kan api (paling kecil), letakkan telur ikan yang siap dibungkus tadi.
  3. Ambil piring dan letakkan atas telur ikan tadi. Biar ia tertindih. Masak selama 5 - 6 minit, kemudian, alinkan piring dan terbalikkan telur tadi. Letak kembali piring, tapi kali ini letak benda berat atas piring tadi, contohnya anak lesung batu atau mangkuk berisi air. Biar masak untuk 7 - 8 minit.
  4. Balik kan kembali dan buat kaedah yg sama....bila kelihatan garing, boleh diangkat dan hidangkan...makan dengan nasi sedap, makan macam tu pun sedapppp!!!!!!

IKAN KUKUS HALIA

Ikan Halia Kukus
Salam semua, apa khabar, dah masak?..dah makan?...Cuaca panas2 ni makan yang simple lagi sedap...Hari ni mat kukus ikan, tapi kan ikan pun mcm dah meninggal lama, kalau dapat ikan yg fresh lagi sedap..Resipi amat mudah sekali dan hidangkan sejurus dimasak, kata lah lagi 15 minit nak makan, kukus dan bila cukup masa terus angkat dan hidangkan, nikmati ianya selagi hangat, kalau dah sejuk rasa dia ok juga tapi kurang menyengat u. Ikan tu terpulang ikut suka hati memasing yeaa...Tapi kan resipi ni agak "hangat" dan berangin!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong kacang (rupa macam ikan selayang tapi BESAR!)
3 kuntum cendawan shitake segar
1 batang leek, hiris serong dan rendam, toskan
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 ulas bawang merah, hiris halus
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 camca besar jus limau kasturi*
1 inci halia tua, dicincang halus*
1 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/2 camca teh gula*
Garam secukup rasa*(*disatu dan kacau rata, bahan sos)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan perap dgn asam limau dan garam, 10 minit, cuci kembali dan toskan. Letak dalam bekas tahan panas, ambil sedikit halia, bawang putih dan leek sumbat dalam bahagian perut ikan tadi.
  2. Taburkan cendawan hiris, cili merah dan baki halia, bawang putih dan leek tadi. Kemudian curah bahan2 sos atas ikan tadi, taburkan lada hitam tumbuk. Kukus 10 - 12 minit dengan api sederhana kuat. Hidangkan segera....

Monday, February 22, 2010

KEK SEMOLINA...

Kek Semolina
Salam semua, buat apa tuuu...Hari Isnin ni mesti ada yang boring kan, biasa lah dah semalam cuti, jadi "daki2" cuti tu masih dok lekat kat body memasing, tu yg rasa malas2..hehehe, Sebenarnya kek semolina atau kek suji ni mat nak letak malam tadi, tapi dah tertidur. Ini kes nak habiskan stok suji yang dah tersimpan dalam freezer. Masa mat jalan2 ke blog "A Nyonya's Kitchen"...terpandang kek suji yang dia buat, nampak lembap dan sedap...Jadi bila mata sudah mengimaginasikan kesedapan nya, maka naluri kerajinan tu pun mula timbul... Tapi kan kek ni memang sedap, lembap dan ada rasa macam kekacang sikit, mungkin sebab suji yang digunakan. Sesuai untuk minum petang...satu mat nak pesan, penggunaan mentega berkualiti tinggi akan memberi hasil yang berbeza dari guna mentega "biasa2"...lepas tu kan lemak kat body pun mesti jadi "mahal2" jugak...hahaha...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkab tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

AKU ANAK JOHOR....

Salam semua, ok ni n3 bukan n3 masak2, tapi mengenai daya usaha seorang blogger Johor yang begitu sinonim dengan kami geng2 kolektor antik, tak lain tak bukan Puan Azura, atau lebih mesra dengan panggilan "Kak Zura". Sebelum tu, n3 kali bukan atas dorongan atau permintaan sesiapa yea, ini mat buat dengan sukarela dan penuh ke ikhlasan memandangan mat sendiri dilahirkan di Johor, jadi mat sebagai anak Johor, warga Johor, wajib memelihara dan mengekalkan identiti ke Johor an, tak kira dari apa segi pun (terutama masakan).. Bukan nak puji dengan kak zura ni, tapi tahap "kronik" dia dalam memelihara warisan orang2 Johor wajib dicontohi, yelah dia bukan nak publisiti, mat cuma bagi tau jeee...Baru2 ni kak zura telah menzahirkan satu blog "Warisan Iskandar Puteri"....masa kami beborak2 di telefon sikit masa dulu, kak zura memang ada menyatakan hasrat dia tentang blog ni, dan sekarang sudah pun terlaksana....apa2 pun mat cukup bangga dengan azam kak zura ni, moga blog kak zura akan membekalkan lebih banyak informasi mengenai, sejarah, masakan dan kesultanan Johor itu sendiri, sudi2kan lah singgah yeaa...KLIK SINI... dan "SINI" untuk blog beliau yang lagi satu...

Sunday, February 21, 2010

ROTI BENGGALI...

Roti Benggali
Rasa2 lama juga tak meroti, pagi tadi masa berjalan dari blog ke blog kekawan cyber, mat singgah blog "Yani". Dia ni dulu dok kat Jepun dan pemilik My Resipi, tempat yang agak femes juga untuk berkongsi segala resipi, mat asal2 dulu masa belum ada blog, kat situ lah kita sumbang resipi, boleh bertukar2 idea. Mat nampak yani buat roti benggali, tapi dia punya very the licin dan cantik u. Mat buat juga tadi, cantik juga cuma tak licin sangat...hehehe. Resipi dia mudah dan rasa dia memang asli, maksud asli disini ialah, bahannya hanya asas saja, tak de letak telur, pelembut atau penstabil, bila cicah dgn kopi atau sambal tumis, rasa dia lagi lahhhh sedap...yg dalam gambar tu mat makan dengan jem tanpa gula....jemm tu sedapp u..i likeee!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
Secubit garam
120 - 160 ml air suam
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan dan susun dalam dua bekas yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.

TUMIS UDANG PETAI...

Tumis Petai Udang
Salam hujung minggu semua, mesti tengah berehat2 bersama keluarga, atau pun pi berjalan2, makan angin, tapi musim2 panas ni, eloklah dok rumah, duit pun selamat.... Tapi bagi geng2 blogger antik, mesti depa dok melilau kat Amcorp...kalau nak ke kedai apek, hujung2 minggu macam ni depa tutup kedai. Ok hari ni mat masak biasa2 je, cuma semalam ada stok petai di rumah, jadi dengan rela hati tanpa paksaan atau godaan dari sesiapa, mat masak tumis udang petai atau sambal udang leer. Nak cerita sikit, yang ni mat masak gaya2 peranakan, kenapa peranakan?....Hmmm, pada mat seni orang2 peranakan ni its a living art, jadi kita kena memperkenal dan mendidik generasi muda mengenai kaum minoriti ini, eh mereka ni unik tau, terutama masakan.....for more information about peranakan history u can click here.....

RUMAH BABA DI HUJUNG TAMAN
BANYAK KERAWANG DAN JUGA KEKISI
GUAA TAU LUU TENGOK PUN TAK TAHAN
APA LAGI CEPAT LAH MULAKAN OPERASI

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 ekor udang besar
1/2 cawan isi petai segar
1/2 inci lengkuas, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, dibelah 6
Garam dan gula secukup rasa
7 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas, kulit, tinggalkan sedikit dibahagian ekor, belah belakang udang untuk membuaang uratnya, buat hingga siap, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan jus asam jawa, petai, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat sedikit.
  3. Masukkan udang dan bawang besar belah, kacau rata dan biar hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran

Saturday, February 20, 2010

ASAM BEREMPAH...

Asam Berempah
Salam.....Waa, belum apa2, ada yang dah jeling2 manja kat masakan i, tau lah sedap..hahaha, mesti ada yg meluat dan buat muka tak siap kan bila baca nihh....Seperti biasa, ini masakan yang mat suka, jadi aku letak leer kat blog. Nama bukan main "Asam Berempah" padahal asam pedas jee...hahahaha, kalau nama sama, ada pulak yg tak mo singgah, yelah masakan biasa2 kann..Tapi kan pada mat, masakan selalu berubah2 mengikut apa bahan yang kita gunakan. Teknik memasak penting, pengawalan api, tapi zaman sekarang masak guna dapur gas senang, kalau dulu2 guna dapur kayu, adehhhh, boleh pitamm, silap2 hangus...dah lah tu rupa paras kita pun jadi huru hara, bersepai!!!....Ok lah, kalau sudi cuba2 lah tengok resipi, kot2 berbeza....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 -4 ekor ikan kembong saiz besar, mat guna ikan kembong kacang..
2 biji tomato
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar cili kisar#
5 biji cili merah#(#dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 inci halia, dititik
Air secukupnya
Garam dan sedikit gula
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, jika besar,kerat 2, tomato dibelah 4 setiap biji, daun kesom direndam kemudian ditoskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama lengkuas, halia dan serai hingga harum, masukkan cili merah + cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan, daun kesom dan tambah jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Kacau perlahan dan masukkan tomato.
  4. Masak untuk 2 - 3 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api, jika menggunakan serbuk perasa, boleh juga direnjis kan sedikit...Awas!! terlebih serbuk perasa akan menyebab kan anda "BOTAK"!!....

KANGKUNG BELACAN....

Kangkung Belacan
As'laikum dan salam sejahtera....Mesti dah makan tengah hari. yelah ni dah jam berapa kan... Ada menu istimewa kee hari ni?...Hari ni menu2 di kediaman kami semuanya simple dan mudah dimasak. Kangkung belacan atau kangkung goreng belacan ni mesti semua dah tau, pernah rasa dan pernah memasaknya. Setelah lama juga tak makan kangkung, jadi hari ni mat masak, ini bukan kangkung yang dibeli, tapi dipetik dari kebun kami..biasalah orang kampung kalau tak dak kebun, susahh leer beb....ok, jom tengok style mat masak kangkung belacan yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekek kangkung, siang, rendam dan toskan
1/2 cawan isi udang, ada budget lebih, boleh tambah
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air (anggaran 1/3 cawan)
1 biji bawang besar*
1 inci belacan*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukka sos tiram, kacau dan tuang air. Masukkan udang dan kacau rata.
  2. Tambah garam dan masukkan kangkung, gaul rata dan masak hingga kangkung layu tapi masih kehijauan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Friday, February 19, 2010

IKAN KEMBONG BAKAR....

Ikan Kembong Bakar
Salam sejahtera buat semua....Kalau tengak judul resipi semua orang dah pernah buat, alah ikan bakar apa susah, betul tak...Tapi tak kesah, mat letak juga, yelah, blog kita ni kalau sepi je takde n3, mula lah kena gossip, kat email pun melambak dok tanya, pesal tak update, koo pingsan tergolek kat dapur ke, hakikatnya bukan apa, kita masak benda yang sama, jadi takut pulak komen2 pedas, lagi berasid terkena kat hamba...Sebenarnya ikan bakar ni meluas, boleh pilih dari pelbagai jenis ikan di pasaran, tapi dengan syarat, nak ikan sedap, kena guna ikan segar, mana yg dok dekat dengan kawasan nelayan baru angkut naik ikan dari laut, memang lah bertuah, ikan segar, koo rebus buta2 pun sedap, apa lagi kalau dibakar, ishh buat laksa pun sedap.. Pada mat, paling utama nak bakar ikan, mesti guna api bara, baru keenakan tu terrrserr lah. dengan haruman bau2an asap...ada juga yg kata tak elok, zaman sekarang ni macam2, sampai tatau nak kata apa, tawakal jee lahh. Lagi satu, hidangan ni perlu ada pencicah, itu terpulang, bagi mat, sambal air asam dgn budu, yang palingg ku gemari...boleh pingsannnn!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembong hijau (atau ikan cencaru)
Garam secukup rasa
1/2 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1/2 camca teh minyak masak


BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
20 - 25 biji cili padi siam (kaler merah), yang ni ikut suka, kalau nak keluar asap, boleh tambah
1 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
1/3 cawan budu
1/2 cawan jus asam jawa
Gula secukup rasa
4-5 biji limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong (atau apa2 ikan pilihan), disiang, cuci bersih dan perap dengam garam, minyak dan bahan tumbuk lumat, selama 20 minit. Kemudian bakar atas api bara hingga masak, kurang lebih 7- 10 minit untk setiap bahagian. Nak bakar guna oven pun ok, tak de hal punya.....Buat hingga siap, angkat dan hidangkang bersama sambal air asam budu, sertakan dengan ulam jika suka...
  2. UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :- Tumbuk lumat cili padi, bawang merah/putih bakar dan belacan. Masukkan air asam jawa dan budu, tambah sedikit gula, perahkan jus limau kasturi, kacau rata. Ok, untuk yang ni, citarasa bergantung pada individu, nak masam tambah jus limau, nak kurang pedas sikit boleh tambah gula, tapi garam tak payah budu dah sedia kala masin... kalau tak makan budu, boleh abai kan yea..tapi rasa waa garenti tak sama....Selamat mencuba...

SOTONG KUNYIT ISTIMEWA..

Sotong Kunyit Istimewa
As'laikum semua, dah siap masak ke?. Hari ni mat masak sotong, tapi awas tidak sesuai untuk yg ada sakit gaot atau alergi (eh..aku alergi juga...aiseyy, macam mana boleh lupa!)...Kadang2 sotong ni masak paling ringkas dah sedap. Hari ni nak try satu resipi experimen, tapi ini macam sotong goreng kunyit biasa tu...tapi ada kelainan nya, nak tau apa, ok jom lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih hiris
2 batang leek, dibersihkan, kerat2 dan rendam
1 camca besar jus asam jawa
Garam dan sedikit gula
1 inci kunyit hidup*
2 biji cili hijau*
1 camca besar bawang goreng*
3 ulas bawang putih*
1 kiub ikan bilis maggi*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong ditoskan kering, kemudian gaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata, perap 30 minit dalam peti sejuk. Toskan leek dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga perang dan wangi, masukkan sotong, kacau rata dan masukkan leek. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih.
  3. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan tambah garam (jika perlu) dan sedikit gula. Masak hingga pekat, angkat dan tabur dengan bawang goreng (jika suka). Hidangkan panas....

LONTONG.....AGAINNN!!!!.....

Lontong
Salam pagi Jumaat yang mulia...dah sarapan ke belum?....Jom makan lontong...tau tak apa tu lontong?..Hmm definasi lontong ni pun ada macam2, kalau di Singapura, "lontong" tu sendiri berupa beras yang dimasak di dalam kelongsong daun pisang dan direbus beberapa jam sehingga menjadi padat seakan2 ketupat dan dihidangkan bersama kuah lodeh. Kalau di Malaysia, ketupat atau nasi impit dimakan dengan kuah lodeh, kita panggil lontong. Kat Johor sedikit berbeza, teknik memasak kuah lodeh pun ada pelbagai cara, kadang kala peninggg kepala guaaa... Sebenarnya mat buat lontong ni semalam untuk bersarapan pagi nie, kebiasaannya lontong dimakan bersama bahan sampingan seperti telur rebus, serunding kelapa, sambal tumis atau kuah kacang, tapi kali ni mat buat seringkas yang boleh sebab guna apa yang ada dalam peti sejuk...kurang lengkap tapi masih sedapp!!!....Perhatian yea, ini masakan ulang tayang yang ke tah berapa puluh ratus kali!!!...Harap maklum semuaa.....

BAHAN KUAH LODEH :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)
Nasi impit, didadu
Sambal tumis @ Kuah kacang
Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :- Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air. Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang. Sedap dimakan sebagai sarapan pagi, nak melantak waktu petang pun tak de sapa nak larang!!!!.....

Thursday, February 18, 2010

RED DEVIL CUP CAKE...

Red Devil Cup Cake
As'laikum semua, salam Khamis, laaa dah hari Khamis aje, rasa macam baru semalam Sabtu. Masak apa hari ni, budak2 masih bercuti ni, tentu lah mak2 (dan abah2?...) masak yang sepesel kan. Tau tak, anak2 kena bagi makan hasil dari air tangan ibu, jadi mereka akan bertambah kasih sayang pada mak mereka, bayangkan kalau hari2 makan bibik yang masak, last2, bibik tu jadi mak tiri dia orang...ha, sapa nak jawab tu... Baru2 ni mat ada masuk satu blog nama "Ben Ashaari", orangnya biasa2 je, bukan menteri, atau kaki pukul, tapi coretan dia kelako waa cakap sama lu beb...walau pun begitu, banyak informasi berguna....boleh buat lepas2 stress, at least tak de lah sakit jiwa sangat.. Hari ni nak share satu resipi cup cake, asal nya dari rumah "Kak Jun"...nama kat sana lain, mat dah tukar pada nama yang lebih sensasi...tapi garenti ini bukan ajaran sesat atau membuat akidah sesapa terpesong.....

Red Devil Cup Cake
Asal nama "Red Velvet Cuppies" tapi kan saja je tukar pada "Red Devil Cup Cake"...kalau tukau cakap bahasa melayu = "Kek Cawan Setan Merah"!!..awwww...memang seram...apa pun kek ni senang sangat nak buat, rasa sedap (tatau lah tekak orang lain) dan sesuai diajar pada anak2....Exceli kaler dia bukan lah merah menyala, tapi merah baldu, cantik dan nampak mewah, kata kak jun, kek ni untuk orang yang makan sayur2ran (bukan kambing yeaa tapi "vegetarian"), nak lagi sedap, simpan kek semalaman, kek tu jadi lembap dan lunak.... anda berani mencuba?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu soya (mat guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minya canola (mat guna minyak jagung)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.
CATATAN MAT GEBU :- Menghasilkan 12 - 15 biji bergantung pada saiz muffin cup masing2. Kalau tak de cuka epal, boleh ganti dengan perahan jus lemon atau cuka makan biasa...Selamat mencuba untuk semua!!!

Sunday, February 14, 2010

APAM PISANG II...

Apam Pisang II

As'laikum semua, salam hujung minggu. Mesti ada yang dah melepak di kampung halaman masing2, yelah kan cuti panjang. Cuti2 macam ni nak hunting ke kedai apek dah sah2 tak boleh, yelah depa kan tengah berhari raya, sibuk...Ok hari ni mat buat apam pisang, tapi kan pada mat ianya lebih kepada kek pisang kukus, sebab penggunaan mentega cair di dalamnya dan teksture pun macam kek.

Apam Pisang II

Resipi mat ambik kat FP "Kak Rinchan"...Masa meround2 kat blog "Che Tam", mat nampak resipi yang sama juga. Jadi terima kasih pada kak rinn dan che tam kerana sudi berkongsi resipi apam ni. 1 adunan ni akan menghasilkan satu loyang berukuran 9 inci, kalau nak buat dalam bekas kecik2 pun boleh, jadi u all pepandai lah yea kecik kan sikit resipi ni kalau nak buat sikit.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Saturday, February 13, 2010

GONG XI FA CAI.....YEAR OF TIGER...

Gong Xi Fa Cai

SEMPENA TAHUN BARU CINA YANG AKAN DISAMBUT MASYARAKAT CINA PADA AHAD INI, 14 FEBRUARY 2010. MAT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA PADA SEMUA KAUM2 CINA TAK KIRA DI MANA MEREKA BERADA. MOGA TAHUN HARIMAU AKAN MEMBAWA TUAH. BERHATI2 SEMASA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG...."GONG XI FA CAI".....INI TAHUN WAA SAMBUT CHINESE NEW YEAR ALA PERANAKAN...JEMPUT SEMUA, MAKAN LIMAU!!...

Friday, February 12, 2010

KUETIAU KUNG FU

Kuetiau Kung Fu

Salam Jumaat semua, apa khabar....apa menu minum petang tadi?....Cuaca panas sekarang ni sedap kalau kita makan yang berkuah, macam sup atau masak singgang. Hari ni mat masak "kuetiau kung fu" resipi dari buku masak "Kak Liza" siri "Mi, Mee Hoon Dan Kuetiau".. Resipinya ringkas dan sedap, mudah dibuat, cakap betul yea, tadi mat ambik masa tak sampai 30 minit u untuk memasak, itu pun berhenti kejap sebab jawab panggilan telefon.....tapi yang perlu, bahan2 mentah seperti udang, sotong dan ayam sudah kita bersih dan siapkan awal2....

BAHAN A :-)
500 g kuetiau
5 biji telur

BAHAN B :-)
100 g udang basah, dibuang kulit
150 g daging ayam, dihiris (tak letak sebab tak de)
100 g sotong, dibersihkan, hiris (tak de dalam resipi asal)
100 g sawi kailan, dipotong (mat ganti dengan kobis)
100 g bunga kobis, dipotong
100 g lobak merah, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung (mat letak 1 camca besar je)*
1/2 cawan air*(*dibancuh rata)
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang, sotong dan ayam. Tuang air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan kailan tadi. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato, matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK KUETIAU :-Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing (biar kuali panas betul2, kalau tak kuetiau melekat, atau guna kuali non-stick), kemudian alih ke dalam bekas sesuai (mat tambah sedikit kicap cair masa menggoreng, anggaran 100 g kuetiau = 1 biji telur)...
  3. PENYEDIAAN KUETIAU KUNG FU :- Isi kuetiau dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2 nya. Kalau suka hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan segera bersama cili hijau jeruk atau cili kicap. Hidangkan panas2....

Tuesday, February 9, 2010

PECAL JAWA..

Pecal Jawa
As'laikum semua, salam Selasa...Minggu ni macam minggu "Jawa" pulak, semalam masak meranti (sorry yea hana, aku dengar koo mengingau ek semalam, pasal sayur jawa tu..ahaks). Hari ni saja2 buat pecal jawa. Hari tu mat jalan ke blog "Kak Intan" sekali nampak dia buat pecal, aduhh terus macam termengidam pulakk. Jadi dari kempunan, mat pun buat lah juga, ye lah kan kot2 kang aku terbongkang dalam parit ke, tak pun jatuh tertiarap ala2 teletubies ke..sapa nak jawab?...Tapi excelikan mat sendiri tak percaya tau pasal "kempunan2" ni, kecuali kalau aku terlepas nak beli teko antik idaman hati, ha! kalau yang tu baru betul2 kempunan...Ok jom kita semak resipi, mungkin orang lain caranya lain...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...

IKAN KUAH ASAM

Ikan Kuah AsamAlign Center

As'laikum, dah makan nasi ke semua, ok hari ni tak reti nak cerita-ceriti, sebab hari ni nak cakap pun macam malas, nak fikir pun malas, nak cerita pun malasssss.....nasib baik jari masih rajin menaip kata2.... Sebab kan tekak nak makan benda2 yang sedikit masam (pleasee yeaa bukan aku ngandung okeyyy...gila koo, jantan nak bunting apa!!!), mat pun masak lah masakan ni, resipi tatau lah mana dapat, aku main belasah jee...janji kena dengan tekak ku ni sudah laaa...ok jom kita semak resipi yeaa, pada yg sudi tuu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan bawal sederhana besar (kalau yg besar guna 1 atau 2 ekor)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 batang leek, cuci dan kerat2, rendam
1/2 cawan air + asam jawa sebesar ibu jari
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih, toskan, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis halia, bawang besar, bawang putih dan leek hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan sos tiram, kacau rata dan tambah jus asam jawa (tapis dulu). Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan goreng dan hirisan cili merah, kacau rata dan masak hingga kuah pekat sedikit. Tambah secubit gula dan garam secukup rasa. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat...

Monday, February 8, 2010

SAYUR LEMAK MERANTI

Lemak Sayur Meranti

As'alikum semua, dah makan tengah hari ke, sebenarnya kan mat ada menu lain nak buat, tapi buat masa ni kita masukkan salah satu masakan melayu yang biasa2 dimasak. U all tau ke apa itu sayur meranti?...Ianya sejenis sayur yang biasa orang2 jawa masak, boleh dilihat sini... (tak caya koo tanya "Hana", mesti dia tau punya lahhh!!!), rasanya lemak2 pahit. Setau mat ada 2 jenis meranti, satu jenis hutan lagi satu jenis dah hybrid. Sedap dimasak lemak dengan keledek, digoreng dengan belacan atau dimasak tumis air. Masalahnya bukan semua yang makan, tapi mat memang suka sayur ni, rasa dia walau pun ada pahit2 sikit, tapi cukup menyenangkann....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak daun meranti
10 kuntum cendawan tiram
5 batang putik jagung
2 keping tempe
800 ml santan cair
250 ml pati santan
1 biji keledek sederhana besar
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun meranti, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Cendawan tiram dipotong, putih jagung dikerat 2, tempe dipotong kiub, keledek dikupas dan potong baji. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan santan cair, keledek, udang kering, hirisan bawang besar dan bawang putih. Didihkan dan masak hingga keledek 1/4 empuk. Masukkan tempe dan putih jagung, biar mendidih sekejap.
  3. Masuk sayur meranti dan juga cendawan tiram, biar mendidih 1 - 2 minit. Tambah pati santan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah. Kacau rata dan biar mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin...

Saturday, February 6, 2010

RENDANG ALA NYONYA

Rendang Ala Nyonya
As'laikumm, yuu huu buat apa tuu...Hari2 Sabtu ni mesti masing2 ada agenda tersendiri, tapi tak juga, memandangkan anak2 bersekolah ganti untuk Chinese New Year, kena lah hadkan aktiviti luar. Hari ni mat masak rendang mudah, iaitu rendang ala nyonya. Hendak menghabiskan stok ayam dalam peti sejuk dan juga sebagai pelengkap nasi jagung (resipi di bawah). Masakan ni senang, lagi satu kalau lah tak nak guna santan, boleh ganti dengan susu cair, macam resipi hari hari ni mat guna susu cair, baki dari masak nasi jagung tadi. Rasanya tetap meletopssss!!!...

Rendang Ala Nyonya
Kalau diperhatikan masakan peranakan ni tak lari dari penggunaan rempah ratus macam orang2 melayu juga, lepas tu santan, belacan, daun limau purut tu semua boleh dikatakan wajib dalam satu2 resipi. Lagi satu, orang2 peranakan depa tak guna kerisik macam kita, tapi depa guna kelapa parut yang digoreng tanpa minyak hingga kuning keemasan dan ditumbuk kasar. Kalau kerisik, ditumbuk hingga keluar minyak. Yang paling utama, buah keras atau omputeh dok gelar "candle nut"..yang tu mesti ada, tak sah kalau tak letak dalam gulai2 mereka... Jom pantun kejap:-)

BUNGA TELANG BEWARNA BIRU,
MARI DIISI KE DALAM SAKU,
WALAUPUN ZAMAN BERGANTI BARU,
MASAKAN NYONYA TETAP DI HATI KU.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
250 ml santan (mat guna susu cair jeee)
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kelapa goreng yang ditumbuk kasar (guna kerisik pun ok)
1 1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
700 ml air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 biji cili merah*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bahan2 kisar dan daun limau purut. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan (atau susu) dan air, kacau rata. Masak hingga kuah pekat sedikit. Masukkan gula melaka, garam secukup rasa, asam gelugor dan kelapa goreng tumbuk. Gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga hampir kering.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi jagung tadi. Sedap dimakan bersama nasi putih, roti dan lain2....

NASI JAGUNG

Nasi Jagung
Salam sejahtera semua, apa khabar....Diam tak diam dah masuk bulan Februari, cepat sungguh kan masa zaman sekarang ni, rasa macam baru sangat tahun 2010... Hari ni mat masak nasi jagung. Plan nak masak nasi ni asyik tertangguh jee, dari tahun lepas dah nak buat, tapi tak buat2 juga dann akhirnya hari ni digerakkan untuk mat laksanakan resipi tertangguh ni. Kalau diperhatikan masakan ni biasa2 jee, tak susah... Apa yang penting sukatan air mesti betul, baru dapat nasi yang lembut, gembur dan gebu.... Ok jom kita semak resipi ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g beras basmathi (mat guna beras basmathi "Maharani" keluaran "Faiza")
1 tin jagung manis, toskan dan simpan airnya
1 kiub ayam "Maggi"
2 helai daun pandan
200 ml susu sejat (mat guna susu "Ideal")
4 camca besar minyak sapi
2 biji bawang besar, didadu
4 ulas bawang putih, dititik
2 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 batang serai, dititik
Garam secukup rasa
Air secukupnya (air dari jagung manis + air biasa sehingga dapat 1400 ml)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan. Dalam kuali cairkan minyak sapi, masukkan halia hiris, bawang putih titik, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan dan rempah tumis.
  2. Masukkan jagung manis yang telah ditos tadi, kacau rata dan tambah beras. Goreng beras dengan bahan2 tadi selama 2 minit sambil dikacau. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker eletrik.
  3. Tuang susu, air (1400ml), baki daun pandan, kuib ayam (hancur kan dulu) dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk kegemaran dan acar...
CATATAN MAT GEBU :- Jangan kacau nasi ketika dalam proses memasak, ini akan menyebabkan nasi patah2. Lagi satu, nak kata, bila nasi dah cukup tanak, gamburkan nasi dengan chop stick, cukup dengan membalikkan nasi 2 - 3 kali sahaja. Jika terlebih sangat, ini pun boleh menyebabkan nasi patah2....Selamat mencuba!!!....