BEN ASHAARI

Friday, January 29, 2010

GULAI NANGKA DAGING SALAI...

Gulai Nangka Daging Salai
As'alikum, salam Jumaat untuk semua..dah makan ke u all... Hari ni mat masak lauk senang, tapi rumit sikit kerja dia. Tak kesah, apa yang penting keikhlasan...Lagi satu masak2 style tradisional ni memang lah rumit sikit, tapi bila hasil dia memuaskan, sapa juga yang kembang hati?...Kitaa jugak, pendek kata semua lah kembang lepas tu.. pulak2 lepas makan tak hingat, body pun ikut kembang sama....ahaks. Sebenarnya daging salai ni mat dah salai awal, ini lebihan daging korban lepas. Nangka tu pulak beli 2 hari lepas dengan sorang bibik....sedap koo nangka tu. Kata bonda mat, nangka kalau nak masak gulai, kari atau rendang, mestilah guna nangka "temabal" atau nangka muda yang bijinya masik kecikkkk...Kalau nak masak lemak putih, guna nangka yang bijinya besar sikit tapi yang masih muda. Ok jom kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda
600 g daging batang pinang
3 batang serai, dititik
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/3 cawan cili padi*(*dikisar halus)
5 biji bawang merah, dhiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dicuci bersih, cucuk dengan garfu, lumur sedikit kunyit dan garam, perap 15 minit dan salai atas api bara hingga masak, balik2kan daging setiap 2- 3 minit (seperti dlm gambar). Sejukkan dan hiris nipis. Nangka dikupas kulitnya, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 hiris dan serai, tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Toskan nangka tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 daging salai hiris. Gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih, kecilkan api dan biar merenih hingga nangka lembut (tambah air panas jika perlu).
  4. Masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali tuang pati santan dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....

Sunday, January 24, 2010

KERABU KACANG BOTOL

Urap Kacang Botol
Salam hujung minggu semua, apa khabar...Plan masak apa hari ni?...Kebetulan rumah mat ada stok kacang botol, yang ditanam sendiri oleh bonda. Selain dibuat ulam bersama sambal belacan, ianya juga sedap dibuat urap. Jadi hari ni mat pun buat lah urap sebagai salah satu juadah membuka selera. Kalau dapat yang segar baru dipetik, lagi sedap, bukan apa, kacang botol ni mudah jadi kecut dan lebam, terutama di bahagian tepi2nya yang beropol2 tuu... Kadang2 kan terfikir juga, kenapa ianya dipanggil kacang botol?.....ada rupa botol ke?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g kacang botol, cuci, tos dan hiris
2 biji bawang besar, hiris halus
1 cawan kelapa parut putih
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci ubi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 biji cili merah*
6 biji cili padi siam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan tumbuk bersama kelapa parut putih dan gaul rata kemudian masukkan kacang botol dan bawang besar hiris, gaul hingga semua mesra.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan hidangkan segera...sedap dimakan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan.......

Saturday, January 23, 2010

DOUBLE-BERRY CHEESE CAKE

P1160489
Salam Sabtu semua, buat apa tuu...waa ada tu tengah cuci kasut sekolah yeaa...Uikk, yg dok berkepit pun ada jugakk...hahaha, gasak leer, janji bahagia. Masa kemas2 peti sejuk, terjumpa seketul krim cis nasib baik belum xpired u!!...Tanpa berlengah, mat keluarkan semua bahan2 yang ada, bagi dia dok pada suhu bilik (bukan suhu bilik tidur!!!!)... Lepas tu projek pun bermula, kek ni mat pernah buat duluuuuuuuuuuuuuuuuu (tu tanda dah lama). Tapi kali ni kita kasi dia meriahh lagi, siap letak 2 perisa dalam dia, satu blueberry dan satu lagi strawberry. Kalau ikut resipi asal, dia guna jem raspberry, tapi mat guna filling untuk muffin jee....kalau nak guna jem perisa lain pun tak salah...

P1160504
Resipi ni asal2nya dari "Chef Wan" yang femes senantaro dunia tuuu, kalau tak silap, mat kutip dari majalah Jelita tahun 90-an.. Kek ini lembut dan rasa dia mewah dengan rasa keju, mentega dan susu (tu pasal kena makan sikit2..kalau koo baham seketul besar..boleh pitammm!!!).. tapi kan bila kita makan sambil minum teh hangat yang diperah jus limau kasturi atau lemon, hmmm nyamann bahhh!!!... Ok jom kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g cream cheese
150 g mentega
3/4 cawan gula halus (mat kurangkan sikit)
3 biji telur gred A'
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar
4 camca besar blueberry filling
4 camca besat strawberry filling
Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
  2. Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
  4. Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
CATATAN MAT GEBU :- AWAS!!!...jika menggunakan acuan silicone, jangan sekali2 cucuk terlalu dalam atau guna lidi sate yang tajam..takut tercucuk acuan dan bocor!...elok guna lidi sate yang tumpul dan agak2 leer jangan sampai tembus (kalau guna acuan tin, tak de masalah yeaa)..."Snow Powder" tu macam gula aising (boleh guna gula aising sebagai ganti) tapi ianya berbeza dari gula aising. Snow powder ni tak mudah larut atau melengas bila dok lama di atas kek...

Friday, January 22, 2010

SULTAN JOHORE MANGKAT......

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
1932 - 2010

UCAPAN TAKZIAH UNTUK KAUM KERABAT DI-RAJA JOHORE SERTA RAKYAT NEGERI JOHORE ATAS KEMANGKATAN SULTAN JOHORE, DYMM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL. MOGA ALLAH SWT MENGAMPON KAN DOSA2 DAN ROHNYA DICUCURI RAHMAT.....AL-FATIHAH...

SELAMAT HARI LAHIR BONDA KU.....

P1160477
As'laikum semua, hari ni "22 hb January", ialah hari kelahiran bondaku yang tercinta "Puan Jamaliah"... Moga bondaku dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan oleh Allah SWT... Mat tak buat kek, sebab bonda sendiri bukan lah penggemar kek, kalau pulut kuning tu dia suka lahh (tapi kan, pulut kuning tu, bonda yang buat sendiri..hehehhe). Sempena hari lahir ini, mat ucapkan jutaan terima kasih dan sedia maklum, jasa2 mu memang tidak terbalas sehingga hembusan nafas ku yang terakhir....tapi percaya lah, bonda ibarat separuh dari nyawa ku... Tak lupa mat ucapkan selamat hari lahir untuk teman blogger pinggan antik "Puan Hidayat Hussein" atau lebih dikenali sebagai "Yatt" dan juga pada mereka yang menyambut hari kelahiran pada hari ini...moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan di dunia dan juga akhirat kelak...Moga Allah swt merahmati kita semua....Untuk resipi pulut kuning tu boleh rujuk disini.... dan udang yg tertonggok tu, resipi ada kat n3 semalam.....enjoy!!!

Terima kasih mat pada "Kak Intan"..atas tanda ingatan istimewa untuk bonda mat...lawa kan jambangan bunga rose tu...tau dak, kak intan ni kan citarasa dia ada "kelas" tau...dan teliti, itu dari firasat hamba...hehehe, terima kasih sekali lagi!!..

Thursday, January 21, 2010

UDANG SERI RAMPAI

P1160478

Salam untuk semua....Musim udang galah kembali, jangan mareee....Kadang2 kan pening juga tau kepala nak memikirkan menu. Resipi ni mat masak guna apa yang ada dalam stok. Udang tu pulak seperti biasa, hasil abah mat memancing. Resipi ni ala2 kari ada, ala2 rendang ada, ala2 paceri punnn ada, kira all blended lah!!...Sedap dimakan bersama nasi hangat, roti canai, lempeng pekak, roti, nasi impit atau ketupat dan juga pulut kuning....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah sederhaha besar
1 cawan pati santan
1 cawan air
2 camca besar kerisik
2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau purut
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kari ikan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai, dihiris halus*
10 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepala udang, buat hingga siap, cuci, tos dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/3 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air jika perlu), kacau rata dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, air dan tuang santan pekat. Tambah gula melaka, kerisik dan asam gelugor. Bila kuah pekat, masukkan udang. Gaul rata dan masak hingga hampir kering tapi masih berkuah.
  4. Tambah garam secukupnya dan masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Angkat dan hidangkan...

KUETIAU DAGING HALIA

Align Center
Kuetiau Daging Halia
As'laikum semuaa..apa khabar, hari ni petang mat buat kuetiau daging halia, saya nak menghabiskan stok daging korban. Resipi ni mat dapat dari buku masakan "kak liza", siri 23 - Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau.... Buku ni murah (RM 5.50 sSemenanjung dan RM 6.50 Sabah/Sarawak) dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak2 nak ke dapur (untuk yang dah pakar pun amat berguna u!!), lagi2 lah yang baru menikah, yelah nak masak bagi suami makan...kalau lantak kan telur goreng hari2, hmm alamatnya bermadu lah u ols tak lama pastuu...choyyy selisih malaikat!!!!...ketuk dinding 3 kali, buang suwey!!!!..hahahaha. Ok jom kita tengok resipi mudah tapi sedap dari kak liza...

BAHAN A :-)
500 g kuetiau
1 biji capsicum hijau bersaiz kecil (dihiris)
2 biji tomato, dipotong kecil
1 pokok daun bawang, dihiris
2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa

BAHAN B :-)
200 g daging (batang pinang), hiris nipis, cuci dan toskan
50 g halia muda, dihiris halus
3 camca besar sos tiram
2 ulas bawang putih, diketuk
1 ulas bawang merah, dihiris
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 "B", gaul rata dan perap sekejap (mat perap 30 minit). Panaskan minyak dan goreng kuetiau sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan "B" tadi, kacau rata dan masak hingga daging kecut, tambah air, masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan capsicum dan tomato, kacau rata.
  3. Rasa dan jika ok, matikan api. Kemudian curah atas kuetiau tadi, hidangkan segera selagi hangat....sedappp i tell uuu!!!!!

Tuesday, January 19, 2010

TAKZIAH UNTUK KAK SITI DELIMA......

SIANG TADI MAT MENERIMA BERITA SEDIH ATAS PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA "KAK SITI DELIMA". BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL, TAPI APA KAN DAYA ITU SUDAH HUKUM ALAM YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT, YANG HIDUP PASTI MATI....AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT, DIAMPONKAN SEGALA DOSA2NYA DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN HAMBA2NYA YANG BERIMAN....UNTUK KAK SITI DELIMA DAN ENCIK RAHMAT (SUAMI KAK SITI), MAT DAN KELUARGA UCAPKAN TAKZIAH YEAA......

Monday, January 18, 2010

NYONYA SAMBAL TERUNG

Nyonya Sambal Terung
As'alikum dan salam sejahtera semua, dah makan tengah hari ke....mesti kaum ibu sibuk menguruskan persekolahan anak2. Hari ni mat tak masak apa2 sangat, cuma teragak nak makan sambal terung gaya nyonya. Rasa2 dulu2 macam dah letak resipi ni. Resipi ringkas ni kan sedap sekali dimakan bersama nasi hangat (kalau dapat nasi tu lembut sikit), lepas tu ada ikan goreng...sedapp i tell u....ishh nak power koo makan dengan petai, mau pingsannn lepas tu!!!...Oleh sebab ada pengaruh baba nyonya, kena lah berpantun...

TERUNG DATANG DARI JAWA,
BAWA BERSAMA ASAM DAN CUKA,
RESIPI MUDAH RASA ISTIMEWA,
DARI DAPUR PERANAKAN MELAKA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru saiz besar (kalau kecil, guna 2 biji)
2 helai daun limau purut
5 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji buah keras*
1/3 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong serong dan rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam. Limau kasturi, diperah jusnya. Ketepikan.
  2. Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas(anggaran 30 saat). Angkat, tos dan letak atas paper towel. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut dan masak hingga pecah minyak, tuang jus limau kasturi, gaul dan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  4. Angkat sambal tadi dan letak atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan ikan goreng....

Wednesday, January 13, 2010

MEE TOM YAM LEMAK.

Mee Tom Yam Lemak
Salam petang Rabu semua, dah minum petang?...Hari ni kan tiba2 macam nak makan mee tom yam, tapi jenis letak santan. Sebenarnyakan ni kes nak habiskan stok mee kuning dalam peti sejuk. Dan masakan ni biasa2 je, macam u all masak tom yam, lepas tu koo curah leer santan dalam 1 cawan macam tu, kalau rasa nak memperkayakan kolestrol, tambah lagi 1/2 cawan....hahaha. Lagi satu nak kabo, mee kuning tu boleh ganti dengan apa jenis mee atau pasta, rasa2nya kan mee hoon pun sedap, tak pun mee laksa. Kalau pasta pun sedap...kalau tak nak, belasah makan macam tu aje pun sedapppp Mak Ngahhhh!!!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
1500 ml air (atau secukupnya)
300 ml pati santan
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
10 biji cili padi siam, diketuk (nak pingsan, boleh tambah lagi!!!)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 camca besar pes tom yam (mat guna jenama "LIFE")
1 kiub ayam "MAGGI"
Garam dan sedikit gula
5 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1 biji tomato, belah 6
6 keping cendawan tiram, disiat kasar
1 batang saleri, hiris serong
150 g bunga kobis, potong kecil
2 keping fish cake, hiris nipis
150 sotong, dibersihkan dan kerat2
15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
Hirisan cili padi*
Hirisan daun ketumbar*
Belahan limau kasturi*
Bawang goreng*(*untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, masukkan air, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, kuib pati ayam, bawang besar dan pes tom yam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah, saleri dan bunga kobis.
  2. Masukkan sotong, udang dan fishcake. Tambah serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan sedikit gula. Tuang santan, kacau rata dan masak dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan mee secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya sekali. Hias dengan bahan2 bertanda (*), sebelum dihidangkan hangat....

Tuesday, January 12, 2010

KERABU SOO HOON

P1160361
Salam Selasa untuk semua....dah makan ke?...Tiba2 teragak nak makan kerabu, alaaa, kerabu biasa2 saja....ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Pembuka selera ni ringkas dan sedap dimakan begitu saja....makan dengan nasi lagi sedap. Apa yang penting keseimbangan rasa masam, manis, masin dan pedas mesti ada....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 g soo hoon (yang kering), dikerat2
4 ekor sotong saiz sederhana besar
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan hiris
3 tangkai daun sup, hiris
5 -6 biji limau kasturi
Beberapa helai daun salad
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Soo hoon, direndam dalam air panas hingga lembut dan menjadi jernih. Toskan dan cuci bawah air mengalir. Biar kan kering dalam tapisan. Udang dibersihkan, buang urat dan celur sekejap. Sotong dipotong cuci bersih dan celur sekejap. Letak sedikit garam dalam air rebusan tadi. Tos dan sejukkan.
  2. Gaul kan semua bahan2 diatas kecuali garam, gula, jus limau kasturi dan daun salad. Tambah garam dan gula serta jus limau kasturi secukup rasa. Alas bekas hidangan dengan daun salad, letak kerabu tadi dan hidangkan segera.

Monday, January 11, 2010

ASAM PEDAS HARUM...

Asam Pedas Harum
Salam semua, apa khabar....Hari ni mat masak asam pedas (asam pedas lagiiii!!!!)...tapi apa nak buat dah tu yang kita suka dan gemar makan, jadi jangan mareee!!. Lagi pun yang ni ada sedikit berlainan dari segi rasa dan aromanya. Malas cerita banyak lah yea...kita layannn je lah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan duri (ikan mayong), dipotong
1 kepingan besar daging ikan duri, dikerat 2
1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dua dan kerat serong
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1/2 cm lengkuas, dititik
1/2 cm halia, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan mayong dicuci bersih, perap dengan limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis halia, lengkuas, serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan terung.
  4. Masak hingga terung lembut dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

Friday, January 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY JANUARY!!!......

Salam sejahtera untuk semua yang dilahirkan pada bulan January...... Jatuh pada 8hb January 1976, mat dilahirkan ke dunia ini, dengan nama ringkas yang di beri iaitu "ADNAN BIN IBRAHIM". Pada bulan January juga ramai kaum keluarga, sahabat handai mau yang dekat, jauh dan juga rakan cyber yang menyambut hari lahir masing2.....Untuk mereka semua, mat ucapkan selamat hari lahir dan moga allah memelihara kesihatan dan kesejahteraan di dunia mau pun di akhirat....antara yang mat kenal pasti menyambut hari lahir pada bulan Januari :-)
  • ADNAN BIN IBRAHIM - 8 HB JANUARY (MY SELF)
  • HAMZAH BIN IBRAHIM - 9 HB JANUARY (ABANG NO.2)
  • SH. WAHANI SD. JOHAN (KAK PAH) - 9 HB JANUARY (KENALAN CYBER)
  • HANISAH OGAWA (KAK HANI) - 10 HB JANUARY (KENALAN CYBER)
  • AISHA NABILA HAMZAH - 11 HB JANUARY (ANAK BUAH)
  • PUAN JAMALIAH - 22 HB JANUARY (BONDA TERCINTA)
  • HIDAYAT HUSSAIN - 22 HB JANUARY (KENALAN CYBER)

Terima kasih pada "Kak Ummi Kuantan" atas tanda ingatan ini...tak lupa untuk abang (darling kak ummi) juga yea....Saya tengah tunggu akak nyanyi nieee.....

Dan juga terima kasih tak terhingga pada "MamaFami"...rasa dihargai bila teman2 blogger memberi ucapan, pada semua mat juga ucapkan jutaan terima kasih... Insya allah selagi nyawa dikandung badan, blog ini akan berfungsi seperti biasa....


Paling istimewa bila mamafami mereka sepasang teko yang begitu cun....yang belah kiri tu teko "jantan" dan belah kanan teko "pompuan"...sabau je mama nihh..hahaha, terima kasih yeaa mama....

Thursday, January 7, 2010

MEE SUP TOMATO..

Mee Sup Tomato
As'laikum semua, buat apa tuu...minta maaf lah sebab dah malam baru masukkan n3. Sejak2 ni kan mood memasak merudum betul lahhh, risau juga ni....Tapi tak pe, itu mungkin hanya "sementara". Rasa2nya dah lama tak masak mee atau pasta. Hari ni mat cuba me"inovasi" kan sup tomato dalam tin sebagai salah satu bahan kuah mee....Sedap uuu!!, tapi tatau lah kan tekak orang lain, kalau tekak mat rasa sedap jee...Selain tu kan tomato sup ni kalau orang belah utara, depa dok guna dalam masakan nasi tomato tau....Ok jom semak resipi :-)

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin "heinz cream of tomato soup"...boleh lihat sini....
1 biji tomato, cincang halus
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 kuib pati ayam "Maggi"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*(*kisar halus)
300 g isi ayam, dihiris
200 g sotong, dihiris
15 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1/2 batang lobak merah, hiris serong
1/2 biji red capsicum, didadu
1 pokok bok choy (sawi jepun), dikerat2
4 biji telur (optional)
600 g mee kuning, cuci dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Tambah daging ayam dan tuang tomato soup. Masukkan air dan kacau rata. Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam, lobak merah, red capsicum, udang dan sotong. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu (kalau guna telur) ke dalam kuah tadi dan biar masak perlahan sehingga telur mengeras.
  3. Tambah garam dan sedikit gula. Masukkan mee dan sayur bok choy tadi. Gaul rata, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Tambah kuah lagi jika perlu. Hidangkan segera.

Tuesday, January 5, 2010

PANCAKE @ LEMPENG INGGERIS....

Pancake
As'laikum semua....selamat tahun baru. Minta maf lah sebab dan hari ke - 5 dalam tahun 2010, baru mat sempat masukkan satu n3 resipi. Sesungguhnya masa sungguh ketat sekarang, sekejap saja dah tengah hari, tau2 dah malamm.... Insya allah mat akan masukkan n3-n3 lain nanti. Sebenarnyakan "pancake" ni orang dah buat bezaman, mat ada juga buat...baru hari ni nak masukkan ke blog. Resipi mat ambik dari blog "Dayang Jack" yang u all kalau tengok dia masak semuanya vogue2 belaka!!!.....Lepas tu masa mat jalan ke "FP Muna" yang dok diam di Denmark tu, dia pun buat pancake juga... Aiseymen!! ini tak boleh jadi, tu pasal mat buat jugakk..sebab teruja....

Pancake
Satu nak kata lah, pancake atau lempeng inggeris ni boleh dimakan dengan apa2 manisan yang anda suka, tapi pada mat paling suka makan dengan jem "tanpa gula" bersama buah2an segar. Kalau nak cicah sambal tumis pun boleh, kira ala2 pancake fusion. Kalau rasa2 nak ubah sikit untuk mendapatkan pancake sihat, boleh ganti mentega cair dengan minyak canola atau minyak zaitun. Susu boleh juga ganti dengan susu soya. Boleh juga campur sedikit quaker oat untuk menjadikannya lebihh sihat walafiat!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 camca besar gula halus
1 cawan susu segar (atau 1 cawan air + 2 camca besar susu tepung)
1 biji telur
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (optional)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan whisk hingga semua sebati, halus dan tidak berbintil2 atau masukkan semua ke dalam blender dan kisar hingga rata. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick frying pan menggunakan api paling kecil, sapu dengan sedikit mentega kemudian lap dengan paper towel. Kemudian tuang 1/2 cawan adunan pancake di tengah2 pan tadi. Biar sehingga permukaannya berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap.
  3. Alihkan ke dalam pinggan. Buat hingga siap. Api perlu kecil untuk mendapatkan pancake yang sekata warnanya. Lagi satu jangan ada tompokan mentega atau minyak pada pan, nanti pancake tak jadi licin dan ayu. Hidang bersama manisan kegemaran dan hias ikut kreativiti masing2....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.