BEN ASHAARI

Friday, November 19, 2010

TOM YAM MAKANAN LAUT.

TY2
Salam Jumaat yang mulia untuk semua. Hari ni mat masak tom yam, sebab nak bilas tekak yang macam dah tak boleh masuk masakan bersantan. Tapikan, hari ni nya tom yam semua "UBAT", hehe, bayangkan sotong, udang dan ketam...Tiga serangkai tu beb..kalau terlupa makan ubatnya, bergaru sakan leer gamaknya. Tapi kan, benda2 segar ni memang akan menghasilkan tom yam yang manis dan sedap tanpa menambah serbuk perasa. Mat guna pes tom yam sedia pakai jenama "LIFE". Kalau nak dimasukkan ayam pun ok juga tak de masalah. Lagi satu kan, mat guna stok rebusan ayam sebagai kuahnya...Hmmm kalau teringat2 jus limau nipis yang dicampur pada saat2 akhir dalam tom yam tu, aduuhhh bikin kecur tekak guaa siaaaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap ekor
2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos.
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang putik jagung, hiris serong
1 batang saleri, hiris serong
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
1 biji bawang besar, belah 4
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, belah 6
1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih dengan akar2nya sekali
10 biji cili padi siam warna merah, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar penuh pes tomyam jenama "LIFE"
2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sos ikan secukup rasa @ garam
2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
Sedikit gula
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan air kedalam periuk, tambah pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas titik, cili padi, daun ketumbar bersama akar2nya dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan. Bila lobak sedikit lembut, masuk ketam dan udang. Kacau rata dan tambah putik jagung. Masukkan sotong dan perasakan dengan sos ikan secukupnya atau garam. Masukkan sedikit gula. Biar mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau nipis, rasa dan jika kurang masam tambah lagi. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas..

11 comments:

Kalamhati said...

tak pernah cuba tomyam paste LIFE..so far pkai yg Adabi tu..
nanti nak cuba yg LIFE plak..mesti sedap!tq Cik Mat..

Peri PiA said...

salam CMG


oo life ade tom yam paste :),terima ksh info ni
demam2 ni pekena tom yam blh sihat ni,hehe

AvatarCun said...

aiguuuu tomyam... rindunya rindunya... u make me hungryyyy

mrs Gee :) said...

abg mat wat kite terliur jer.. dah laa xlunch lg nih.. dap nyer..

Miss R said...

meriahnyer tomyam.. lg dasat perut ni bunyi2 biler tgok gmbr tomyam tu.. :)

same la kiter mrs Gee, lom lunch lg nih..

aima in luv said...

xpenah dengar tomyam ada ketam...
nie mmg special nie.....
yummy

Inchik Moza said...

wife jarang buat tomyam pakai perencah ni..dia buat perencah style sendiri-cara orang kelantan-siam..hehe

tapi yang ni memang wallah...kaya betul dengan lauk :)

azila said...

salam...adehh...byknya lauk.tetiba rasa lapar ni.hehehe...

Iris Kitchen said...

tomyam seafood.. sedapnye...

Mat Gebu said...

salam kalamhati...
Saya sebelum ni guna yg dari thai, tapi sekarang tukar selera guna LIFE punya pulak.

salam peripia...
Sama2 kasih..

salam avatar cun...
alalalaaa, kesiannyaaa..

salam mrs gee..
Waaa, kalau dekat boleh join mat gebu kita makan sama2..

salam miss R...
Biasalah mat gebu kan suka meriah dan byk xsesori..hehe

salam aima...
Try letak ketam, memang sedap, tapi kalau dpt yg fresh lagi sedap.

salam inchik moza...
waaaa...boleh ;ah share resipi dengan saya..

salam azila...
Hehehe, memang kan, tak pe pil gatal ada, tapi kalau ada pun kita je lah yg makan, Ben tak boleh kan.

salam iris...
Memang sedapppp, tapi kalau tak makan pil, lepas tu meranaaa..huhu

aishah said...

salam cik mat..

lamanya saya x buat tomyam...bla tgk tomyam cik mat rasa nk buat je..

tomyam cik mat nmpk menarik bersma bekas yg cantik tu...mmg cantikla bekas tu..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.