BEN ASHAARI

Wednesday, November 3, 2010

STRAWBERRY FINGER BUN

Strawberry Finger Bun
Salam semua, hehehe, adehh tiba2 kan tenet mengong, kejap2 off, patut nya ni N3 petang tadi dalam jam 6, tapi atas sebab2 tak boleh nak dielakkan, kena lah letak malam. Lama kan mat tak buat roti, rasa2nya sejak lepas raya ni baru mula buat. Puas juga fikir nak buat roti apa lah agaknya, kadang2 idea menderhaka tu banyak cuma konfiden tu agak kurang, manalah tau kan sekali tak jadi, membazir je. Jadi mat ambik jalan selamat, cuma mengoter cara membentuk dan bahan2 atasnya sahaja. Resipi asal doh roti ni ialah dari resipi "Roll Tuna Sandwich", tapi mat tukarkan jadi "Strawberry Finger Bun"...hmm sedap, serius ni cuma doh ni agak lembut, jadi nak membentuk tu susah sikit laa, kena tabur sedikit tepung. Tapi tak kesah kan janji rasa okey...

P1230485
Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Teksturenya lembut dan rangup diluar, doh roti ni kan anda boleh pelbagaikan, nak buat bun kosong atau letak inti pun ok, buat cinnamon roll pun ok, atau buat roti tocang pun sedap, tabur bijan sikit atas dia. Sekarang ni ada pelbagai teknik membuat roti, jadi terpulang lah pada anda nak ikut yang mana satu. Mat kan buat semua roti guna Bread Maker, maksud buat tu, ialah mat mengadun dan memerap doh roti tadi sebelum dibentuk, semua dalam tu, amat2 membantu, sejak beli hingga kini, rasa2nya puluh kali dah BM tu bekerja, ia amat memudahkan, campak semua dalam BM, set kan kaedah yang sesuai, kita boleh lah buat keje lain, nak cuci pinggan ke, jemur baju ke atau duduk bersantai sambil mengadap blog atau mukabuku..hehehe..

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN LAIN :-)
Keju Cheddar secukupnya
Strawberry filling
Telur untuk disapu (baki 30g tadi)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK STRAWBERRY FINGER BUN :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, canai membentul 4 persegi. Potong bentuk bentuk jejari sebanyak 14 bahagian, susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan anggaran 1 inci antara satu sama lain. Perap 45 minit hingga naik sekali ganda. Sapu kuning telur, parutkan cheese atasnya dan paipkan strawberry filling secara memanjang, buat 5 - 6 barisan.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga ke peerangan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi..
CATATAN MAT GEBU :- Strawberry filling tu kalau pekat, campur sedikit air suam, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih dan gunting sedikit bucu plastik tadi, dan boleh dipaip. Keju pulak boleh juga guna parmesan atau mozarella.

10 comments:

K.Nor said...

ermmm .. lamanya tak meroti gak.. dh aim nak buat finger bun, tepung roti dah 2 minggu beli. mood jer tak dtg2 hehe.. nak buat roselle finger bun jer kut :)

Kalamhati said...

pekena lak dgn kopi panas..perrgghh!

Tihara said...

oh abang mat..gebunya roti ni..mmg ske la tgk makanan kat sini..jadi laporr :)

Mas said...

perrhh..gebunya roti tu....geramm tengokk...

Ummi said...

Wawawaaaaa....finger stoberi eh..kita banyak stoberi...tp maleh nak buat jem, kita kunyah gitu je laa..hehehe, kita kan ada gigi depan, panjang tuk carik2 stoberi, carik bulu ayam pun boleh..hahaha

Amy Syaquena said...

amboi gebunya roti nie kalau pekena dengan kopi hangat sedap nie...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cik mat...

gebunya...jari jemarimu memang sesuai meroti tau!!

Mat Gebu said...

salam kak nor..
waa tu pun sedap juga...hmm nak buat juga nanti..hehe

salam kalamhati..
setuju....

salam tihara...
terima kasih..banyak ke yang berkenan?.

salam mas...
hehe, segebu tuannya...opsss..

salam kak ummi...
Erkk, akaknya saya buatkan lain, ada campur lobak merah dengan buah lai..

salam amy...
betul tu..terima kasih yea atas komen amy di blog DTS.

salam ayu...
Hiks..pstt jari saya cuma time susun jee, yang lain semua bibik melayu yang buat..

hana said...

manyak sidapppppp! lately nih mls btol aku nak meroti.. bibik aku kejenya membuta memanjang..aku rasa t**k mata dier dah satu tan! wakakakakaaaaaa

Mat Gebu said...

salam hana..
Aku ponggg sama, semalam lepas aku belai Bibik tu, sambil bisik2 kata manis, baru dia meroti...hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.