BEN ASHAARI

Friday, November 5, 2010

SOTONG SELASIH MANIS

sotong selasih manis
Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia..Hmmm, semalam ketamkan, ni hari sotong pulak. Tapi ni hari N3 tak ketat sebab dah ada ubat "gitu-gitu"...hehe . Ini sotong segar, jadi masak ala kadar pun sudah memadai, sedappp...mat dah rasa tadi. Sotong ni saiz agak besar, 2 ekor je dah 500 gram, ada lagi besar koo, tapi alhamdulillah tak liat, cuma mat masak sekejap saja lah. Sebelum mat dah celur dalam 30 saat, lepas tu toskan. Dalam resipi ni apa yang penting daun selasih atau sweet thai basil, wajib ada, kalau guna "Basil" mat saleh yang fresh tu pun ok rasanya, kat Malaysia ni mana lah nak cekau, pulak2 yang duduk kampung macam mat gebu ni, kalau nak kena pi Jaya Jusco, tu pun bukan semua cawangan ada jual. Tapi bagi mereka2 yang mendiami tanah tinggi, rasanya tak de masalah kan nak dapatkan herba segar. Ok mat share resipi mudah ni....Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong
4-5 biji cili merah*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 biji tomato*(*dikisar hingga lumat)
4 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 genggam daun selasih @ basil
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, buang kulit luarnya, kerat sederhana besar, cuci dan toskan. Didihkan air, letak sedikit garam, celur sotong tadi selama 30 saat, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar lumat hingga garing dan terbit minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah sotong dan gaul pantas. Tuang jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
  3. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

11 comments:

fara dean said...

salam cik mat,,
aduhai..sopan santun betul nama resepi ni..

wanie said...

adesss...ni yg wat mengidam nak mkn sotong ni...hehehe

Sis-Lin said...

aku td keluarlkan sotong..pastu masukkn balik x jd masak..
anak2 batuk demam..masak bubur je mat..huhuhu

aZLiNa aZiZ said...

Salam Mat Gebu. :) Selamat bercuti ;p Awal pagi lagi, saya dah terjah blog Mat. Cari resepi sotong goreng kunyit. Memang menjadi betul. Licin. Tup2 petang ni ada resepi sotong lagi. Hehhe. Nway bagus juga, boleh cuba lain kali.

maz said...

salam cik mat..sib baik perut kmaz dah pnuh kena pza hut tdi..klu tak mau nk mtak nsi spngan tgk stun cik mat ni..hri ni akak bwa anak2 jejln tgk wyang megamind..kmaz xmsuk pun..duk melilau kat popular.. belek2 bku rspi..hehee..

suri solehah said...

salam CMG..dah lama tak beli sotong,,tak tahu nak masak..tp ada resipi ni,,nak kena cuba tu..

Mata Hati said...

ni yang buat aku tak tahan nak makan ni..sabar sabar..tgh diet...

waveX said...

tengok gambaq pun dah meleleh ayaq liuq..hikhik

Recent Post.. Giveaway 4 Bday oleh chiLl Out...!! & chiLleD...!! (Masam Manis Kehidupan)

Cinta Super said...

salam perkenalan cik mat.
saya org baru disini. :)

btw, ialah. payah amat nak jumpa ini daun herba. nak-nak pulak kita yg jenis jauh dr supemaket grand2 gitu. jumpa pucuk paku je laa.. hahahaha

aishah said...

salam cik mat.....saya org baru gak...seronok tgk blog cik mat...buat saya kecur je...hehe...pg td sarapan saya buatkan cucur nasi ikn bilis....amik resepi dr cik mat...mmg sedap...tp xjd bulatla...huhu

bintanghati said...

nk ckp psl resepi en mat ni mmg leleh liur...
tp yg buat sy tertarik nk komen sbb en mat msh gunakan pinggan version lama...
teringat pinggan tu, ade kat kg sy lg...dan jrg dh tgk pinggan tu skang ni kan...hehehe..
hope trs maju dgn blog ni...nice..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.