BEN ASHAARI

Sunday, November 7, 2010

SOTONG OHH SOTONG..

P1230613
Salam semua, selamat petang, dah minum petang?.. Hari ni mat masukkan N3 biasa2 agak lewat sikit, hari2 minggu macam ni kadang2 tak berapa nak rajin lah masak2. Tapi kan atas tuntutan mat gebu masak lah juga, yang ala kadar. Macam abah mat, dia suka makan yang agak simple dan tidak memeningkan, tapi awas, kalau silap tak kena gaya tekak dia, sah2 leer dia masak "maggi", masak maggi pun bukan guna rempah sedia ada, dia oter sendiri..hahaha...malas nak komen kang dosa...baik dediam jee.. Atas tu mat nya, Kerabu sotong mangga, yang tu hanya insan2 terpilih je makan, insan lain ada yang tak suka...haha, janji mat gebu suka sudah laaah..

P1230610
Kalau yang ni kan, semua suka, dari anak2 sampai bapak2 hingga lah ke atok2. Ni masak palingg senang, paling cepat dan macam2 paling lah. Lagi 10 minit nak makan nasi pun boleh masak. Memang kena masak cepat sebab sotong tu kalau rebus lama2 nanti, mula lah liat, macam nak tertanggal gigi palsu segala. Tengok nama singgang merah..hmm ngeri je kan, sebenarnya ni abah mat nya style, dia tak kasi buang kulit sotong tu dan tak payah letak kunyit. Asam keping lagi lah, dilarang sama sekali, kalau dapat, tu cili hijau sebiji pun tak bagi letak...takut pedas...hehe..

KERABU SOTONG MANGGA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram sotong, dibersihkan, kerat, cuci dan toskan
2 biji mangga yang mengkal
1 biji bawang besar, hiris halus
4 biji tomato ceri, belah 4 setiap satu
6-7 biji cili padi siam, hiris halus
1 camca besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar, hiris
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi dicelur 30 saat dalam air mendidih yang telah dicampur sedikit garam, angkat dan toskan, biar sejuk. Mangga dikupas dan parut kasar, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan tadi kecuali sos ikan, gula dan jus limau nipis, dalam satu bekas, gaul rata. Masukkan sos ikan, tambah gula secukup rasa dan jua jus limau nipis. Seimbangkan rasanya dan boleh hidangkan segera.

SINGGANG MERAH SOTONG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, cuci bersih dan kerat bulat (jangan buang kulitnya)
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus untuk setiap biji
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
700 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun sup sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan sotong, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan cili hijau, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

13 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

hehehhe...suka bila sotong tu dimasak dengan sayur...heheheh!

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, kita pun masak sotong gak ni ari.. ala2 sotong dry curry gitu..

LugieAmir said...

CMat! Singgang Sotong mu itew saya punya fav!! Mintak ijin cekop resepi tawww!!!

joegrimjow said...

mengiurkan
sexy

K.Nor said...

menu seafood aje dua tiga hari ni ya che mat, banyak standby ubat alergic :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ala..LM lum ada sos ikan lg la..nak beli dulu.br cuba.

aNa d'sKoDenG said...

oH sotong..
mmg peberet ku sotong niiii....
terliur wehhh

Jey Yusuff said...

nampak sgt sedap. berapa ek budget nk masak mcm ni

Yatie said...

Salam Mat,
Minggu ni Mat masak seafood ya...sodap tu...tapi awal2 mesti dah standby ubat alergic banyak2...betul tak...hi3..(jngn mareee..)

nursarah puteri biru said...

mesti sodap tuh


nak!

cek chun said...

owh sotong yg cun. cek lapaq ni mat..

sembil9n said...

adoi...sudah tak boleh mkn sotong... sedeyh!! alergy meh~

Ellen said...

sedap..tapi takut nak makan sebab asyik ingatkan c paul ja..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.