BEN ASHAARI

Saturday, November 6, 2010

SINGAPORE CHILI CRAB....TAK BOLEH TAHAN..

P1230582
Salam petang...Ohh ketamm, demi koo, aku rela digatal kan...haha, sabau je aku..tak lah, mat gebu lepas makan je terus telan ubat, takut juga nanti bergaru2 macam "berock". Sebenarnya plan nak masak ni lama dah, tapi tulah, selalu kalau pi pasar tengok ketam alah haii, uzur2 sangat. Apa2 pun makanan laut ni, kalau dapat yang segar, itu lah yang akan menambah perisa masakan kita. Pada mat makanan laut segar tak perlu di masak dengan pelbagai jenis ramuan yang agak rumit, takut hilang rasa keasliannya. Singapore Chili Crab ni mat masak ikut kesesuaian bahan2, jadi jangan komen kata, yang kat Singapore tak letak ni, tak letak tu. This is my style of cooking, di Singapura pun depa ada masak banyak versi chili crab nih....ok jom semak resipi... Nantiiii!!!..kejapppp...

Perhatian untuk blogger bernama "MissAlongwani", dalam komen di pastri buah berkastard, beliau ada tanya mat gebu macam mana rupa puff pastry yang mat guna pakai, ok tu diaa mat dah letak gambaq. Harga di Tesco paling murah, tak sampai RM4, tatau lah kan sekarang ni. Bersaiz 4 inci x 4 inci dan 1 paket ada 10 keping.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat kaki2 kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
  2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera...

18 comments:

fara dean said...

salam cik mat..
ni yg terasa nak beli ketam ni..cuma sy tak reti nak siang..huhuhu..

nur said...

kalaulah boleh makan true computer ni.. dah lama lesap wat dinner ni
ALL IN ONE

nur said...

through

ilahjy said...

c.mat p kat farmasi beli vermox..ubat cacing...insyllah kegatalan itu akan hilang..1 biji utk 6bulan...anak2 kak amalkan itusss... 1 biji 8rm jer..kat c4 wangsamaju cuma 6.90sen jer..
kalu tak sembuh ulang lagi setelah 6bulan..resdung dan lelah akan hilang..

CuteOven said...

salam cek mat...
mcm mana boleh merah menyala....
aduhhhh...lapar tak sabar nak meratah.

aishah said...

salam cik mat...

cik mat ni saje je nk menggoda dgn ketam tu...buat org geram je...his..x sbr rasa nk mkn ketam..huhu

K.Nor said...

sayu sungguh hati kalau tengok pastry puff hu hu...

Ruziawati Bukhari said...

cannot tahan maaaaaa....

t dtg ada hajat.. kalau sudi nak invite saudara baca blog t.. ruziawatibukhari@yahoo.com

ari tu keluar lagi menu u dlm majalah jelita.. kelas!!

tq

Rima said...

Chilli crab nampak?? heheh.. sodap tu especially bila makan dgn roti prancis :o)

LiFe KaMi said...

kami mmg gemar betul makan ketam sambal ni..
ish kena cuba msakan bro plak..thanks:)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

wah..
bab ketam nie..memang tak boleh blah...agak-agak kita nie kena makan ikan jerlah cik mat oooii....

tq juga syer tentang puff pastry tu....maklumlah...memang tak reti bab2 pastry nie..tapi wajib try....bila en zalie semakin sembuh

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

fuyooo! kemereah-merahan tu...heheh! nak trylah ni nanti... ;)

Mat Gebu said...

salam fara dean..
Erkk..ye ke, ok ok lain kali saya letak cara2 siang ketam ok..

salam nur..
hahaha, kesah doraemon lagi...

salam ilahjy...
Erkk yg ni kan kalau masa kena dia jadi gatal, lepas tu kalau parah, dia jadi ruam lampin..

salam cute oven...
Tumis dengan api perlahan hingga garing, dan kandungan gula pun salah satu sebab ianya jadi merah.

salam aishah...
Hmm nanti boleh cuba yea..

salam kak nor...
Alahi kesiannya, nak pos kang sampai saya tak leh guna pulak..tanya kak ummi kuantan kat mana dia beli.

salam ruziawati....
Terima kasih yea..hehe..kat Jelita tu boleh laaa...rezeki.

salam rima...
Yep, sedap kan, eh u org S'pore kan mesti pandai masak chili crab nih..

salam life kami...
Must try ok, senang dan sedap..

salam ayu...
Saya pun boleh kira sangat makan ketam ni, tak delah minat, cuma geramm jee...sama2 juga pasal pastry puff tu.

salam keyrill...
Haha, dah nama cili crab, takkan leer kaler biru pulak..

MiJa said...

tu dia,resipi yg ditunggu dh tiba!!
=)

suhana azlin said...

salam perkenalan CMG,
saya yang dok jauh di perantauan ni selalu duk kempunan telan air liur bila bukak blog ni hehe...and siap masuk list food blog kegemaran dlm blog =)

btw, thanks sbb postkan rupa paras puff pastry jenama kawan tuh..teringin jgk nak berkenalan, xpe blk msia boleh gi cari then nak pulun buat resepi pastri yg duk beradu dlm bookmark ni hehe

Mat Gebu said...

salam mija...
Yesss SCC, dah sampai...dgn pakej ubat gatal sekali..hehe.

salam suhana...
Terima kasih sudi melayari blog DTS, tak pe nanti balik nanti boleh mencuba yea, rasa mat ada letak cara2 nak buat puff pastry, tapi ianya agak rumit sedikit...

ila haron said...

td pagi pi pasar beli ketam...ok, confirm try resipi ni...hehehhehe

Ibu Aisyah Humairaa said...

Salam che mat gebu...sy mohon halal guna resepi ni yek...dah try...marbeles...seyes...sedap. Last friday saya try...Apa pun thanks a lot...resepi dari DTS memang tak mengecewakan

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.