BEN ASHAARI

Tuesday, November 23, 2010

SELERA KAMPUNG.....RINGKAS DAN MURAH.

ikan
Salam Selasa semua, ok hari ni mat share masakan kampung yang ringkas dan murah. Kalau perhatikan cuma masakan biasa2 kan. Dah nama selera kampung, mestilah masakan yang biasa di kampung2. Yang atas tu nampak macam ikan goreng gitu2 saja kan, tapi sebenarnya itu ialah ikan kukus, kemudian digoreng, dan lauk ringkas dan murah seterusnya......

turi
Tau tak apa itu, ha itu sebenarnyakan daun turi yang digoreng pedas bersama bunga serta kacangnya yg masih muda. Ini ambik kat pokok belakang rumah siaa, yelah kan dok kampung, tanam jee lahh...Lagi satu daun turi ni kira versatile boleh masak dengan ketam, udang dan masak lemak dengan kacang hijau pun ok. Oh yeaa..minta maaf semua yea, Chat Box terpaksa mat delete buat masa sekarang ni atas sebab2 tertentu untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan reputasi kami sebagai blogger..harap maaf semua...

Mat letak contoh bunga turi, kalau matang bunga dia akan kembang. Kekacang dia pun boleh dimakan juga, sedap digoreng, tapi pastikan yang muda, kalau yang tua tu dah jadi biji benih...haha, ada kang tumbuh pokok dalam perut....kus semangat!!

IKAN KEMBONG REBUS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong hijau (jenis besar)
1 camca teh penuh garam
1 biji bawang besar hiris
10 ulas cili padi merah
10 ulas cili padi hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih2 terutama dibahagian perutnya. Lumur dengan garam rata2 pada semua bahagian ikan. Panaskan kukusan dan kukus ikan tadi selama 10 minit, sejukkan.
  2. Panaskan kuali dalam minyak, goreng ikan tadi tapi jangan terlalu garing, cuma lembap2 saja. Angkat dan toskan.
  3. Bawang dan cili padi digoreng hingga keperangan, angkat dan tabur atas ikan tadi. Hidangkan panas bersama nasi hangat...jangan lupa sambal belacan dan ulam-ulaman..

BUNGA TURI GORENG PEDAS....

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 kuntum bunga turi, cuci dan toskan
5 tangaki kacang turi (biji benihnya yang masih muda), di kerat2, cuci dan toskan
6 pelepah daun turi, diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*(*ditumbuh hingga lumat)
1/2 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, kacau rata. Masukkan semua jenis bahan2 sayur tadi, bunga, daun dan kekacang, kacau rata.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan masak sekejap. Bila sayur kelihatan laju, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangka segera...

20 comments:

Sya said...

Adeh Cik mat..lapar dibuatnya...lg stgh jam kena tunggu ni...

eqbalzack said...

yg simple tu yg sedap...
tak keluar lunch lagi ni mat...

Khai Adry said...

salam cik mat .... wahhhh best nyer cik mat ikan rebus tu .... kesukaan saya tu masa kecik2 dulu tapi kalau beli kat kedai tu tak best sangat tapi bila cik mat wat ikan tu kukus cam tu saya nak ikut lah cara cik mat tu ... mintak izin ye cik mat ...

NaniRostam said...

Salam mat....

Adui kat rumah nani pun ada pokok turi...dah besar bagak...kalau nak makan pucuk dengan bunga dia...nani tebang dahan dia..kelakar...nanti nani blog pasal tu ya...mat jenguknya....heheh

Betul mat....bunga turi tumis-tumis biasa pun sedap giler dowh...

Zullism said...

tak tahu plak daun turi boleh goreng camtu mat..biasanya kat kampung mak buat maak lemak jer...tq mat kasi resepi ni..:)

azila said...

salam..sedapnya masakan kg...dahla tgh kelaparan ni.heheh

kakchik@ella said...

Hah?? pengsan saya tgk lauk2 sedap kt sini pakcik mat. hehe ..

Norhafiza said...

alahai..buke time lunch ni nengok ikan kukus goreng tu..fulamak!!! makan ngan nasi panas2 pun boleh menambah 2-3x tu..

Ctnaemah said...

baru tau harini yg bunga turi tu boleh makan..akak ingat daunnya aje yg org buat lauk... :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ikan rebus goreng tu feberet akak juga tu mat.. mmg sedap tambah pulak cukup rasa masam & garamnya..
tak sangka pulak bunga & kekacang turi tu boleh dimkn.. selalu akak masak daunnya aje... bagus mat berkongsi info.. yg tak tau jd tau.. lenkali boleh try pulak..

p/s: patutlahh dah xde.. rupanya mat dah delete... hehe..

Mama Kembar said...

pergh terus berkeroncong perut! kekonon tgh nak dite nih & makan roti jer for lunch. Tp asal dtg blog cik mat jer, konpem niat diet tu berkubur begitu saja... adehhh....

rapheydhillo said...

CMG,
klu kat utara ikan tu panggil ikan temenung pelengat atau temenung rebus (walaupun dikukus!). Mmg favourite tu.. masak sambal tumis, masak lemak or goreng camtu pun sedap!!

KiD said...

adoiii.. dah makan lunch, jadik lapar lak tgk resipi nih... nyum nyummm

Qira d' Dapur said...

Salam...
Cik mat Sedapnya ikan kembong rebus nie... ini masakan menambat selera nie...Boleh la nanti kita cuba...

akuanakpahang (AAP) said...

Salam Pergh! serta merta dtg laparnya saya :)

Jom Singgah "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan - akuanakpahang"

Mamamya said...

x penah lg try grg sayur turi ni...biasanya mak masak lemak + ubi keledek.... :)

norhidana said...

lama tak mkn daun turi tuh...
kalu msk lemak putih daun turi tuh... emm mmg sedap

hana said...

aku pong cam nk tendang jerk sbox aku tuh sbb kdg byk iklan.. huhu..... turi oh turi.... aku rindu sama turiii.....

atis said...

turi a.k.a pucuk geti..

Ezrin Jamil said...

sedapnya ikan kembung kukus goreng tu. teringat arwah atuk. kegemaran dia tu :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.