MUFFIN MEE MAGGI....BOLEH LAHH.....

mf1
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan ke, ok mat letak N3 secepat mungkin, sebab ada benda nak diuruskan. Ok ni resipi R n D, mat tak boleh jamin rasa dis sedap ke tak, tapi so far not bad lah. Tadi kan mat tiba2 nak cuba test mee maggi dibuat ala2 muffin, dan resipi mat cedok dari pelbagai sumber dalam blog DTS. Hasilnya agak memberangsangkan juga. Mat guna mee maggi perisa kari. Jumlah yang dapat tu bergantung pada saiz muffin cup, jika besar dapat sikit, dan jika comel2 dapat lah banyak. Boleh juga dihidangkan bersama cili sos atau apa2 sos kegemaran anda...

Amacam, cun tak?..Hehe, bila dah sejuk, ia lembut jee. Minum dengan kopi panas pun sedap. Cuma dalam gambar tu tak berapa nak nampak lah mee maggi dia, huhu. Lagi satu, mat guna sosej ayamas, kalau anda nak guna udang segar yang dipotong kecil pun ok, tak de masalah. Nak tambah keju parut atas dia pun boleh, tapi mat rasakan, tak payah pun tak pe, nanti muak. Oh yeaa ingat tak N3 "kalau ben 3 ribu....mat 7 ribuu!!..itu adalah antara resipi yang ben ketarakan pada mat dulu, pasal kerjasama ini, hingga timbul kes skandal Mat-Ben. Sekarang BA ada letak satu resipi diblog beliau, nak tau klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perisa kari
2 biji telur
100 ml susu segar
1 camca besar mayonnaise
1 biji sederhana bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris halus
1 pokok kecil daun bawang, hiris
2 camca besar mentega, dicairkan
1 cawan tepung naik sendiri*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh gula halus
Secubit garam
1 batang sosej ayamas, didadu kecil
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Mee maggi dicelur lembut, tos dan biar sejuk, ketepikan.
  2. Satukan tepung bersama sosej, bawang besar, cili merah, perisa kari (dari dalam paket maggi), secubit garam, mee maggi dan daun bawang yang dihiris. Gaul rata2.
  3. Dalam bekas lain, satukan susu, gula telur, mayonnaise, mentega cair dan kacau hingga sebati dan gula larut. Tuang ke dalam no 2, kacau dengan spatula hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, tabur dengan hirisan daun bawang untuk hiasan dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan panas atau sejuk mengikut citarasa masing2...Selamat mencuba..

Post a Comment

18 Comments

  1. salam...

    blog pilihan malaysia amy masukkan blog ni sebagai blog tutoriol pilihan..

    ReplyDelete
  2. alamak... jgn bagi saya masak... huhuuu... *saya suka masak tp slalu xde masa* ehhh blh tak bg alasan mcm tu... heheeeee...

    En Mat Gebu, blh tak wat strata malaysian style... smlm saya try wat tp alala Rachael Ray...

    ReplyDelete
  3. cedap nye...

    mat gebu : hehehe..ade award utk kamoo....

    http://orange-850727.blogspot.com/2010/11/first-award-dr-aku.html

    tq..

    ReplyDelete
  4. aku piza ko megi.. bagoss bagoss... besok aku ayam ko kerbau! eh bukanlah rebit! kekekekekeke.... mampos nnti kakak rebit bwk abg rimau! kekekeke...

    ReplyDelete
  5. wahhh osihi so! nak cuba la wiken ni...

    ReplyDelete
  6. setuju dgn @AAP...apa saja yang mat gebu buat even guna bahan megi pun mesti leh terliur....huhu =) leh cuba ni..

    ReplyDelete
  7. Salam singgah CMG..x sangka plak sy maggi boleh dibuat muffin..insyallah akan dicuba jugak..just nak bgtau CMG, sy dah masak daging lada hitam, mmg sedap dan menjadi resepi CMG ni, dan sy derhaka jugak ..hehehe..sy tambah lagi dengan serbuk masak lada hitam seri Aji...

    Tqs for sharing ya...

    ReplyDelete
  8. saya memang minat memasak tapi masa tak ada

    ReplyDelete
  9. Salam encik Mat... Rupanya kat DTS ni mcm2 boleh dibuat...menarik tu mee segera jadi muffin pedas. En mat , jika buat mcm cucur mee megi boleh tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.