BEN ASHAARI

Saturday, November 6, 2010

MENU MASA MOOD TAK BERAPA NAK RAJIN

P1230576
Assalammualaikum, salam Sabtu...hmm malas kan, rasa macam nak cuti masak je. Ada juga blogger tanya, mat, u ni hari2 yea masak..haha, sudah semestinya, kalau tak mana datang menu2 dalam blog ni, walaupun menu ulang tayang ala2 astro. Dari blog bertapa, elok lah letak, tak kesah ulang tayang ke, atau apa pun, janji terisi. Banyak kali mat dah tulis, blog masak2 ni lain dari blog menulis menggunakan idea2. Kita blog masak2 kerja lebih, bayangkan perlu ada gambar, lepas tu penelitian resipi itu sendiri, sessi soal jawab jika ada yang membuat tapi hasilnya tak sama...hmmm betul tak mat kata agak lebih kerja sikit. Tapi kita letakkan benda2 ni dalam mood seronok, jadi tak lah rasa tak suka atau terbeban...

P1230590
Menu ringkas, mat cuma masak tumis air pucuk manis dan asam pedas ikan pari. Ikan pari ni segar dari laut, dan sudah pasti kuahnya juga terasa kesedapan. Hmm apa yea nak tulis lagi..Haa disamping tu kan mat ada masak "Singapore Chili Crab"..hehe, yang tu petang nanti baru keluar yea..mana boleh tahan beb, tu hari masak mat gebu tak jamah pun, ni sebab dah ada beli ubat "gitu-gitu" maka mat gebu pun memberanikan diri memasaknya....Buat masa sekarang ni kita cuci mata dulu dengan masakan ala kadar ni yea..

TUMIS AIR PUCUK MANIS...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk manis
2 keping tempe, didadu
4 batang putik jagung, hiris serong
1/3 cawan isi udang, cuci dan toskan
800 ml air
Garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis maggi (optional)
4 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk manis, diasingkan dari tangkainya, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan juga udang tadi, tumis hingga kekuningan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan tempe dan putih jagung, kemudian masukkan pucuk manis tadi. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga daun lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

ASAM PEDAS IKAN PARI....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 kepingan ikan pari
1 biji terung biru
1 biji tomato, belah 4
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci, perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, belah 2 dan potong serong setiap belahan, rendam.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, Tuang air dan masukkan bunga kantan. Biar mendidih dan masukkan terung (toskan dahulu), biar sekejap.
  3. Masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, Biar masak dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan tomato. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

10 comments:

aque said...

asam pedas sedap.....

Kak Rose said...

menjejeh air liur tengok tempe dalam sayur bening tu... jawalah katakan!

umialya said...

mmg le mat rajin, dlm xder moodpn, menunye kemain lg.. sedaaaapnye

ilahjy said...

salam cmg... kak pernah makan tengah hari dirumah pengarah HKL ..isteri dia kwn akak..dia masak gulai ikan pari dgn bendi wala wala nyummy sedapppp... kari tu dia masak pekat sgt...pestime akak mkn..selalu masak tumis asam dan masak kicap asam jer..cuba laa...

::Azura Rahman:: said...

mood x berapa nk rajin pon lauk sedap2 tu en mat oiii.. saya ni mmg arini x de mood just masak ayam masak kicap je.. tu baru betol2 x de mood..

asam pedas en mat tu betol2 mengancam jiwa lah.. sy suka ikan pari masak asam pedas tp susah nk dpt yg segar.. ikan pari kalu x segar punyer la x sedap.. huhu..

Neny said...

camtu lauk malas mat? Tu kira lauk tahap rajin sy. Sy kalau malas sy tomyamkan aje semua benda - lauk satu periuk yg lengkap sumber protein ngan sayur2 semua...hehehe

Lyana said...

pucuk manis + keledek masak bening atau masak lemak pun sedap kan...

aishah said...

salam cik mat...

terliur je tgk lauk2 tu...x rasa lg dh tau sdp...cik mat ni mmg rajin la..

IBU WAFIQ said...

salam..1st time singgah...bayak betul resepi...kering idea nak masak leh tengok sini..dah letak kat link kat side bar supaya tak ketinggalan resepi..hahah..TQ yer...

Mat Gebu said...

salam aque...
Hmmmmm....hehe

salam kak rose...
Yess..betul, jawa lah katakan, kalau seminggu tak makan tempe, boleh penggsann..

salam umialya...
Aduhh, ni mmg masakan tak de mood, nak motong bawang pun deh malehh bona.

salam ilahjy...
Hmm rasanya mat pernah masak sekali kari ikan kari...

salam azura...
Wahh ayam masak kicap feberet saya juga tu. Setuju dgn akak, ada ikan pari yang liat, berbau hancing hmm dan mcm2 lagi lah.

salam neny...
Lauk malas sebab senang dimasak..tapi kan rempah2 dia saya kena tumbuk..sebab nak rasa authentic...huhh...

salam lyana...
yeaaa betullll....ada sambal belacan dgn ikan masin..penggsann!.

salam aishah..
Rajin tu tak lah, cuma boleh laaa..saya ni bukan pandai sgt masak, serius nihh..

salam ibu..
Terima kasih sudi singgah dan link blog DTS...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.