BEN ASHAARI

Saturday, November 20, 2010

MEE KARI LAKSA...."CERITA KREATIF" DI BLOG B.A.

P1240025
Salam pagi Sabtu, hmm masih golek atas tilam ke, pagi ni mat cuti masak, tapi masak juga mee kari laksa sebagai sarapan merangkum makan tengah hari...malassss wooo ini hari, nak sentuh piuk pun tak dak mood, tatau pesal lahh agaknya. Otak pun macam blurr, tak idea langsung. Masa kemas2 peti sejuk tadi, mat buat pemeriksaan pada bahan2 mentah, kot2 ada yang dah expired, tapi sekatakat ni semua masih ok cuma ada sedikit baki2 sayur yang mula kecut tapi masih boleh digunakan. Anda rasa bosan juga ke..hmm apa kata try join "Cerita Kreatif" di blog Ben, sekurang2nya boleh juga asah bakat menulis. Mat gebu tak boleh join sebab bakat menulis "negetif", kalau bakat merepek "positif" sangat...Eh menarik juga tau...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7-8 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos
2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan isi kerang
1 keping fish cake, hiris
1 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan, bancuh dengan sedikit air
4-5 biji tomato ceri, belah 2 (optional)
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, dititik
1 cawan susu sejat "IDEAL"
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

BAHAN LAIN :-)
500 gram mee kuning, cuci celur sekejap dan toskan
2 pokok sawi bok choy, cuci dan celur sekejap, toskan
2 keping tauhu, goreng dan hiris
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor, celur sekejap dan toskan (tak letak sebab takde)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan serai, tumis masak hingga garing, masukkan rempah dan kacau rata. Bila tebit minyak, tuang air secukupnya, anggaran 1 liter atau lebih. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, sotong, fish cake, kerang, bunga kantan, daun kesom, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih perlahan. Kecil kan api dan masukkan susu sejat, kacau rata dan biar mendidih perahan 1-2 minit dan tambah tomato (jika guna). Matikan api, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama mee.
  3. UNTUK MEE KARI LAKSA :- Letak mee secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama isi2nya ke dalam mangkuk tadi. Hias dengan sawi, tauhu, taugeh dan tabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan perahkan limau kasturi sebelum dimakan...

7 comments:

BEN ASHAARI said...

salam tuan ..

ehem.. tak cuba tak tau kan ? teringin baca karangan cik mat kita ni kan kan .. hahahha

Inchik Moza said...

cik mat..sangat menyelerakan tuu...

Mat Gebu said...

salam ben...
Hahaha, koo tengok nanti eks..tapi saja jelah bukan nak memang, bagi support siaaa..

salam inchik moza...
Hmmmm, dan tak guna santan...kira kuranglah sikit kekejaman dia..

Norziela binti Hamid said...

Saya selalu singgah cari resepi kat blog cik mat ni.....sedap.

Miza Yusof said...

ya Allah. sedapnya! udang tu menggoda betul. thanks ya encik mat. boleh miza cuba ni. macam2 resipi ada kat sini :)

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

mat gebu.. kita nak requestlah mat gebu masak mee laksa nyonya melaka.. pleasseee mat gebuuu .. jgn hampakan permintaan saya..

Mat Gebu said...

salam norzeila...
Terima kasih sudi singgah ke DTS.

salam miza yusuf...
sama2 kasih, ilmu yang sedikit ni kalau tak dikongsi bersama, kita juga yg rugi kemudian hari.

salam puan..
Uikk rasanya dah ada resipi kat sini kejap yea saya linkkan.

http://tiffinbiru.blogspot.com/2009/02/laksa-lemak-nyonya.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.