BEN ASHAARI

Wednesday, November 10, 2010

MEE HOON GORENG KUNYIT

P1230736
Assalammualaikum, salam semua, dah sarapan?.. Pagi ni tadi mat goreng mee hoon saja, tapi sebenarnya plan nak goreng mee hoon kunyit ni telah dirancang 2-3 hari lepas. Masa mat jalan ke blog Ayu Singapore, blogger masak yang cukup teliti dalam penyediaan makanan, seriusm boleh tengok sendiri rupa parasa semua masakan dia di sini... Tapi kan seperti biasalah mat gebu akan memasak mengikut kesesuain bahan2, bukan derhaka tapi memasak ni kenalah versatile, tak boleh kalau kurang 1-2 bahan, tak jadi terus masak. Bagi mereka2 yang baru berjinak2 ke dapur, mee hoon adalah satu menu yang cukup mudah dibuat dan menjadi kegemaran ramai orang2 kita. Tapi sayanglah, sebab mat kehabisan stok taugeh....huhu, dah jadi kurang menawan sikit kann..

P1230739
Kadang2 ada juga yang komen, mat gebu kalau masak, aksesori kan main meriah, hehe, betul ke meriah?..Ok lain kali mat akan kurang kan aksesori dalam makanan tu yea, yelah kita ni sebagai blogger perlu juga dengar pendapat orang lain, mereka tu lah yang membuatkan blog kita jadi agak ternama, tapi pesan mat pada semua, kalau nak menegur kesilapan atau ketidakpuas hati, biarlah cara berhemah dan beretika. Tapi jangan pulak kata "Elehhm, si mat tu masa kutuk2 majalah SAJI, macam lupa diri"..uiikk yang tu wajib beb, sebab mempertahankan hak kita, betul tak?...Jomm kita layan resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mee hoon
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
2 pokok sawi bok choy
1 keping kek ikan, hiris kecil
1/2 cawan sotong yang telah dihiris
1/3 cawan isi udang
2 keping tauhu, didadu dan goreng
2 biji telur, dibuat scramble egg
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca teh lada sulah biji*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan mee hoon dalam periuk, tuang air sehingga mee tenggelam, masukkan serbuk kunyit dan rebus mee hoon tadi hingga lembut, toskan. Sawi bok choy diasingkan sekelopak2, cuci dan asingkan tangkai dan daun, hiris. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkn sotong, udang, tauhu, batang sawi dan telur tadi. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap.
  3. Masukkan mee hoon dan gaul rata hingga mesra. Tambah daun sawi dan gaul. Masak hingga daun sawi kelihatan layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup, hirisan cili dan bawang goreng sebagai hiasan....

11 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

selamat pagi mat..
wahh.. best ni.. mmg feberet anak2 akak..
nampaknya dah menular ke dapur mat pulak ye bihun goreng kunyit ni.. hehehe.. aritu kat umah ayu singapore.. tak kisahlah tak ikut resepi akak yg asal.. janji idea tu dapat kita kongsikan sama2 walaupun hanya sekadar resepi sempoi aje... betul kata mat.. kita masak ikut apa yg ada kat rumah.. tak perlu ikut 100% dari resepi asal.. tp bihun mat punya & ayu punya lagi dahsyat.. mcm2 aksesori ada.. hehehe.. thanks mat sudi mencuba..

Melati Qistyna's Mummy said...

wahha... sedap nyer tgk pown dh sedap... :drooling:

Peri PiA said...

teringat beehoon sup ,beehoon yg dikunyitkan hehe

rossalle said...

Tahun 70an dulu beehoon kunyit ni di jadikan inti karipap bila nak makan patahkan dua dan isikan sambal tumis kemudian baru ngap bestnya...

Ayu said...

salam che mat,
patutlah akak tersedak tadi..hehehe..
credit tu madiha juga for sharing this recipe ..dan setuju dgn madiha kita masak ikut apa yang ada kat rumah..thanks juga untuk che mat kerana sudi cuba recipe ni...:-)

Eyriqazz said...

nyam2,sedapnya..sib baik dah lunch..kalau tak ,kena ajak kak inakl singgah umah mat gebu ni..hik3

Faizal@PeJAY said...

nyum2

CT NoArIzAh ArIs said...

Meehon kuning ??...belum pernah wat g tapi nk try..nnt sy show dlm blog sy yea!!

Sis-Lin said...

mak aku klu goreng mee suka color kuning....hehehee

Mat Gebu said...

salam madiha @ ratna...
Terima kasih juga pada akak sudi share resipi...

salam melati...
Insya allah sedap, sebab tekak manusia ni kan beza2 citarasa..

salam peri...
Betul2..mee sup utara, mee hoon dia dikasi kaler kuning..

salam rossalle...
Eh, dulu kan saya pernah sekali rasa, beli kat pasar malam, karipap inti mee hoon, tapi mcm pelik..haha

salam ayu...
Hehhee, terima kasih mat pada org S'pore yang memang bijak dalam memasak.

salam eyriqazz...
Boleh, anytime, terima kasih sudi bertandang ke dapur DTS..

salam faizal...
ehem ehem..hehe.

salam CT...
Saya pun baru pestime try, esok2 nak try bihun biru pulak...pengsan tak?..

salam linn...
Waaaa, makcik rosnah biasalah kerabats..memang suka kuning2..

CT NoArIzAh ArIs said...

Ha ha ha...cik mat kalau warna biru..biru pulak mata hitam kuu..huhu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.