MEE GORENG "BASAH"...HEHEHE...

P1230881
Assalammualaikum, selamat pagi. Dah sarapan?..Ni hari mat goreng mee saja dan terus merangkap makan tengah hari, aku malass koo nak masak, sebab utama, bonda berpuasa dan operasi memasak hanya bermula petang nanti. Nama mee goreng basah, tapi dalam gambar macam tak berapa basah pulak. Exceli ada kuah sikit2, tapi sebab mungkin mat ambik gambar ni ambik masa, is kelihatan dah kering. Eh, betullah nampak macam mee goreng biasa jee..alahh, ni yang tak bess....keciwaa sikit lahh dengan rupa paras dia tu, tak berapa nak cun.

P1230883
Mat masak 500 gram saja, tu pun bila dah campur aksesori2 lain, dah nampak banyak. Kerang dan sotong sebagai penyeri, tapi kerang dia kecik2 laaa, kurang menyerlah dalam gambar. Untuk menambahkan kebasahan, mat guna air rebusan tulang ayam, kalau tak de, guna air biasa pun ok tak de masalah punya. Perihal warna tu terpulang, nak lite atau medium dark macam mat buat tu, tapi kalau hitam2 sangat macam tak berseri kan, kalau mediun tu ok lah, nampak lawa dan memikat, ibarat kalau orang, kulit ala2 "Tan" atau kepeerangan....Jom sarapan!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning, cuci dan toskan
3/4 cawan sotong yang telah di potong
1/2 cawan isi kerang
1 keping fish cake, hiris
2 pokok sawi bok choy, asing daun dan tangkai, siang
1 mangkuk sedang taugeh, cuci dan toskan
1 keping tauhu, didadu dan goreng
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh cuka makan
Kicap cair secukupnya
1 1/2 cawan air rebusan tulang ayam @ air biasa
Hirisan timun, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi, sebagai hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingg harum dan garing, masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat dan cuka, kacau rata.
  2. Masuk tauhu, sotong, kerang dan juga batang sawi bok choy, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau sehingga menjadi scramble egg.
  3. Masukkan mee tadi dan gaul rata. Tuang air rebusan ayam, tambah kicap cair secukup rasa. Masukkan daun sawi bok choy dan juga taugeh, kacau rata dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan timun dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan segera. Sedap dimakan panas2...Selamat mencuba.

Post a Comment

15 Comments

  1. alaa.. tak basah still nampak sedap.. aktiviti memasak ptg ni ek.. leh le join... den pun pose... hahaha...

    ReplyDelete
  2. sedapla mee goreng nie... petang nanti harus buat untuk berbuka puasa...

    ReplyDelete
  3. momochan xmakan mee..tapi kalau nak buat char kue tow..step yg sama juga ke?

    ReplyDelete
  4. uwaaa..mi peberet...sedapnya ada fishcake..

    ReplyDelete
  5. sedap sungguh..tmbah plak ad hiasan..memang berselera sunggoh nk makan..

    ReplyDelete
  6. salam cmg ..... wahhhh enak nyer nampak mee goreng basah tu ..... nasib baik lah saya pose hari ni kalau tak dah lama cari kat cafe belakang opis ni ...... waa laa ....

    ReplyDelete
  7. meh bagi kita, nanti kita tolong kasi basah.. hehe

    ReplyDelete
  8. salam (abang?pakcik?)mat,salam ziarah.sedapnya mee goreng!teringat mee goreng mamak.hoho

    lama dah baca blog ni tapi xpernah komen pon.
    nak suruh mat try resipi ni,nampak macam sedap tapi tak berani nak cuba.
    aifaa baru umur 15tahun sebenaqnya,budak kedah.jadi komen saya memang pekat kedah piao.

    http://parispastry.blogspot.com/2009/02/chocolate-meringue-cake.html

    :)

    ReplyDelete
  9. mat.. kalo dekat aku order ngan nko jek. senang.. pastu nko delivery la kat umah aku. miakakakakaka...

    ReplyDelete
  10. pose gak ni sama dgn mak bonda.. tahan nafsu je dtg sini esp puding kat bawah ni ha
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  11. enmat..nak macam mana lagi..dah cantik dah tu..rasa pun ok kan ..
    puding mangga mat tu..betul2 menggoda..bolih ke guna aga22 biasa je..tak sabar pulak akak tengok..sedap sangat nampaknya..

    ReplyDelete
  12. salam nursuraya...
    waaaa..boleh2, esok eks.,.sebab puasa lagi..

    salam qira...
    Harusss dicuba..

    salam momochan...
    ok juga tapi air tu tak payah letak, atau letak sikitt jee..

    salam nur...
    Wajib kan ada fishcake kalau goreng mee..

    salam rozuan...
    tak cukup hiasan tu, sebab udang tak de...

    salam hann...
    Aisey, sori eks..

    salam khai...
    Terima kasih atas kunjungan anda..

    salam sari...
    wokey, tunggu kat simpang...

    salam aifaa..
    Ooo, pakcik mat lah, sebab anak ni muda remaja lagi...terima kasih sudi singgah yeaa..

    salam jiya...
    Waaaaa...ada kambeng laaaaa...jiyaa aku pesan kambeng putih, ni kaler itam aku tak nak.

    salam kak erna...
    kalau resipi asal kan, dia guna agar2 tapi saya suka guna jelly..

    salam hamsini...
    Yeaa betul, tapi nak masuk blog, kena kasi make over dulu..hehe.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.