LEMAK PEDAS TERUNG PIPIT.

P1240198
Salam senja , hmm tutup tingkap dan pintu yea semua. Kalau di kampungkan, masa2 nak senja, harus tutup tingkap dan pintu, yelah masa tu kan pertukaran waktu siang ke malam, jadi makhluk2 halus ni akan memulakan aktiviti merempit mereka, lagi pun masa tu nyamuk banyak... Bagi yang ada anak2 kecil pun nak juga kita titik beratkan. Eh jangan mudah tak percaya dan kata tahyul, ada kebenarannya, tapi mat tak pasti lah kalau yang duduk kat pekan dan bandar2 besar...hehehe.. Ok kali ni mat nak share satu lagi typical masakan kampung. Terung pipit atau juga ada yang panggil terung palembang, satu jenis sayur/buah yang begitu sononim dengan masyarat nusantara terutama di Malaysia, S'pore, Brunei, Indonesia dan Thailand. Walau pun ianya ada rasa lemak2 pahit, tapi memang sedap kalau dimasak dan juga sesuai dibuat ulam, ada jual di pasar2 tani dan juga pasar basah, macam kami kat kampung, pi petik kat pokok sajaa... Ok semak resipi di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit, cuci dan rebus hingga 3/4 lembut
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik, belah dua, buang tulang dan rendam
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
200 ml pati santan
700 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1/3 cawan cili padi*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan ikan bilis tamban, terung pipit, serai, asam keping dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga terung lembut.
  2. Tambah pati santan, masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Post a Comment

7 Comments

  1. kat kg memang PETIK aje! hehehehe buat sambal pun sedop!

    ReplyDelete
  2. erkk..tetiba lapard dah makan ..padahal td dah makan bigmek

    ReplyDelete
  3. Masa kecik2 dulu, arwah ibu selalu masak sambal ikan campur terung rembang /palembang ni. Masakan ibu memang wallaaaaaaahh.

    ReplyDelete
  4. salam mat,mmm..sedapnya gulai ni..kami di rembau biasa gulai lemak cili api terung ni dgn ikan talapia salai.sedap tul cik mat,bila dah tutup api,perah limau kasturi...buat pedas2...alaaaahai..terliur rasanya nih..

    ReplyDelete
  5. Waduh, tengok menu...ni dah terliur. Sejuk-sejuk di Oxford ini kena 2 pinggan nasi berbaloi. Posla sikit belacan tu...
    http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. salam cklah...
    wah, terima kasih sudi kongsi info..

    salam kisah aku...
    Betul2, pokok dia tumbuk merata kan, mmg buat sambal tumis atau sambal kering dengan cili hijau, pun sedap.

    salam ana skodeng...
    Heheh, cubaaaannnnnn!.

    salam mamawana...
    Setuju,masakan ibu tiada tandingan.

    salam anymz...
    Huhu, ni yang ada termasak lagi kang, buat kecur jee..

    salam badrul...
    Bestnyaa, sejuk makan nasi hangat kan dengan lauk2 kampungg....hmmm

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.