BEN ASHAARI

Thursday, November 4, 2010

LEMAK KETAM DENGAN DAUN TURI...N3 KEJAM!.

P1230500
Hari ni mat tak berapa suka...kenapa lah mereka2 ni kejam pada mat gebu, tau lah mat gebu ni tak pandai, lepas tu kuat melawan, degil, kepala stone, lepas tu kalau nak apa2 selagi tak dapat, 34 tahun aku nyebut tak sudah2..tapi kenapa mereka suruh juga mat gebu masak "KETAM"..duhh, demi untuk memuaskan semua pihak mat gebu masak juga lah benda alergi nih, tak patutt kann. Hehehe, amacam segmen lepas geram mat gebu..keji tak?..Alahh ketam ni sedap, segar, abah mat beli kat Tanjung Gemok, kira baru naik dan memang fresh from the sea..aduhh tak berapa rela nihh nak tulis N3...arghh...ketamm kenapa kau goda ku dengan rupamu yang seksi sangat!!...boleh penggsannn...

Tengok lah kalau tak percaya, saiz ketam tu, besar dan nampak segar sungguh. Tangan tu pulak cuba tengok, gebu, berisi, padat dan..dan..dan...sendiri tambah lah apa nak kata..haha. Tiga ekor tu pun dah seperiuk koo, tak pe lah biarlah mereka makan, mat gebu makan juga, makan hati, hari ni mat gebu makan lauk acar ikan semalam jee..huhu...pstt tapi kan exceli ketam tu mat ada cilok 2 ekor, nanti lah aku nak masak "Singapore Chili Crab"...kena beli ubat alergi dulu...Ok mat tulis resipi yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ketam biru @ ketam bunga saiz BESAR
1 cekak daun turi muda bersama bunga2nya,
2 keping asam gelugor
1 liter santan
300 ml pati santan
2 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan cili padi kampung, jenis hijau*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci cekur*
10 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit keras, cuci bersih, dan kerat dua setiap ekor, masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor. Jerang atas api hingga ketam berubah warna.
  2. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun turi bersama bunganya yang telah diasingkan dari tangkai, dicuci dan toskan. Gaul dan masak hingga daun turi lembut.
  3. Tuang pati santan, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin, sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok tak de masalah. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

20 comments:

kakchik@ella said...

pakcik mat .. mak saya dulu selalu buat lemak turi + keledek. sedap !!

Siti Indrawati said...

Salamat petang sifuku..boleh gitu?..boleh apa.tanpa DTS x adalah aku pandai memasak yg best2,meroti bagai hehehe..saya suka makan ketam oleh kerana cik abang alergic mcm sifu..jd jarannng-jaaaraaang lah ketam ni ada didapurku yg bersempadan hehehehehe..

nieza said...

Salam CMG...saya baru jer keluarkan ketam dr freezer tgh fikir2 lagi nak msk lemak ke nak buat mee ketam..tgk2 CMG dh keluar n3 ni..menarik juga ni...hehe

AdiaLuze said...

En.Mat Gebu elergik ke? Ala ciannye..Tkpe...leh makan kagi..telan je ubat elergi tu dulu....Hehehehe

alexa yussida said...

ketam!!!sedappppnyeeee
wow~~
my feveret la cik mat..:)

MiJa said...

mmg sexy habis la ketam tu..fresh!!saya tunggu resipi the famous Singapore Chili Crab CMG!

Kalamhati said...

ketam ni memang musuh ketat saya..hehe kalau makan gatal2 abis muka..huhu

hana said...

oh turi! aku rindu sama kamu... ketam ko ensem la mat! ketam wokey! jgn nak perasan...wakakakaa

leeza said...

aduhai dah la saye tengah ngidam ketan si blogger ni buat entry ketam lak huiuhuhhuh huuu

Tihara said...

wow, fresh ketam ni..pic pon fresh..ske tengok,

Hayatcemresi said...

your blog's very enteresting.

Ummi said...

Hahaha...mmg kejam diaorg kat ko eh Mat..tp ko dpat pahala apa! Kalau ikhlas laa..x makan xpa, pahala dapat..hahah, keji kee? Tp kalau agak2 x cukup isi ketam, leh tarah jari montokss ko tu, gulaikan sekali..hahahaha...kejam kee akak? Taaaaakkk kaaann...

Jue Hussin said...

Aaaaaahhh.. Mat, memang kejam la sangat. ko memang mat.. huhuhu... mahal tu kalo kat KL sekilo, tu pun dah tak segar.. :C

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

wah...
cik mat..
inilah ketam yang bak beli semalam yer

kesiannya cik mat..sampai kena masak walau ketam jadi musuh kulit cik mat,.

tak, apa kita pi beli ubat mcm cik mat kata..lepas tu makan semua...sampai orang lain tak dapat makan..heheheh

keji tak ayu?

Yasminhamid said...

cik mat, turi tu apa yer??? daun cekur manis yer??

cek chun said...

Adoiii. My peberet tu mat. Sini mana ada ketam montoks mcm tu. Haluih ja ketam yg ada. Pssssttt.. Cili crab nanti pos sini sepinggan

Cik Kamoo said...

Mat Gebu.....sedapnye ketam tu. Teruja hati nengok. Rasa cam nk makan jerk

dmj said...

Salam CMG..

Lagi kejam bila CMG ulang balik ketam masak lemak ni... huhue.. ingatkan CMG nak buat Chillie Crab..

makdara TERdiva said...

nak tggu singapore chili crab...cepat2 cikmat.. :)

cherryblossomstory said...

slalu follow blog cik mat ni,tp arini baru nk komen...daun turi 2 daun geti ek??kat kg saya xpnh dgr nama daun turi huhuhu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.