KUKUS vs REBUS.....SAJIAN SIHAT.

P1230453
Assalammualaikum, syukur alhamdulillah, hari ini mat gebu pulih seperti sedia kala, tak ketat dan tak merana jiwa raga dah, walau pun dalam hati yang manyaaakkk dalam, masih ada kesan2 kekeciwaan...perghh, nampak macam skema betul ayat. Hari ni kan share lauk2 sebab dimasak, sihat dimakan dan senang teramat sangat, cuma satu jelah, takut tak memuhi selera tekak semua orang. Ikan kukus tu kan kalau lah dapat, guna ikan fresh, sebab isi dia lagi manis, lembut dan tak mudah hancur. Mat suka tu, lagi2 halia dia, sedap dibuat ulam, boleh buang anginn..haha, silap2 bergegar rumah kalau ramai2 melepas...hehe...

P1230449
Waaaa, yang ni pun bess, rasanya dah ada letak dulu, tapi tu dulu, kita cerita yang sekarang nih. Bening betik mengkal ni feberet arwah nenda mat dulu. Lepas tu bonda dan mat gebu sendiri amat2 menyukai nya, apa yang perlu, lada hitam mesti lebih sikit bagi seimbangkan "yin and yang"..maksud nya betik tu dari unsur sejuk dan lada hitam dari unsur panas...kira balance. Nantikan mat teringin nak cuba betik mengkal ni masak gulai dengan kerang, macam yang mat nampak di blog Kak Ida 1001 Resipi...aduhh menggodanyaa...perlu tak letak resipi?...hmm ok lah letak juga yea...

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas.
  2. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera.

BENING BETIK MENGKAL...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat2
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1/2 kiun pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulit, buang biji, kemudian hiris serong sederhan besar, ketepikan. Dalam periuk, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, ikan bilis, lada hitam tumbuk dan air secukupnya. Didihkan.
  2. Masukkan betik dan kiub ikan bilis (jika guna) masak hingga betik sedikit lembut, masukkan daun kunyit, garam dan gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

14 Comments

  1. Salam CMG teringat arwah nenda...semua ni kegemaran nenda...Al Fatihah buat arwah Nenda Siti Sara!

    ReplyDelete
  2. wahhh! bole buat sajian org berdiet ni.. :D

    ReplyDelete
  3. CMG
    arwah nenek saya dulu suka masak betik mengkal tp mentah sket dr yg cmg tepek tu ..kaler pun baru nak kuning² .. tumis dgn bawang putih,ikan bilis & lada hitam ..fuhhhhhhh tebal bibir mcm negro lepas mkn hahaha tp mmg sedap

    ReplyDelete
  4. huwaaaaaaa betik!!! mau mauuuu... erk.. bau sesuatu ar mat.. ko bau tak?? kekekekekee...

    ReplyDelete
  5. Uwwaaaaaaaaaaaaaaaaa...lauk sayur semua malatoppsssss!!!! Kurus kering la Mat lepas nih, makan yg kukus n rebus ajeee..hehehhee

    ReplyDelete
  6. Nak buat jugak resepi nih....tentu manis guna ikan merah........nampak selera sungguh..banyak dah resepi En Mat saya dah cuba..tapi derhaka skitlakan..

    ReplyDelete
  7. Waa... Mat, saya baru keliling rumah carik betik mengkal, tapi yang ada putik2 aje..tengok2 Mat dah makan dulu....essshhh kalo ada betik mengkal baling2 le kat BP Mat. heeheeeheee

    ReplyDelete
  8. slm abg mat..

    sedapnye ikan merah kukus tu,leh cuba ni. betik tu pun xpenah mkn yg masak camtu. dulu2,arwah nenek msk betik ni dengan sejenis daun,lupa daun apa... sy pn msk menu sihat arini,sup ayam,hehehheh.....

    ReplyDelete
  9. Salam Mat,
    betik rebus cicah sambal belacan, kawankan dengan ikan goreng...hmm...tak toleh kiri kanan dah kalau kak ida...:)

    ReplyDelete
  10. salam mat..
    saya teruja dengan perkataan "bening" yang anda gunakan..hehe..tu pinjaman bahasa jawa kan?bening a.k.a masak air..hehe..tahniah kerana mempopularkan bahasa jawa..

    sayur betik sedap gak masak tumis..kalo ikot resepi bonda..betik tu disagat halus...jadi macam mi..pastu goreng pedas..

    wauuuuweeee..sedap hingga menjilat jari kaki..hehe..

    congrate mat!sebab berjaya menfameskan betik..=)

    ReplyDelete
  11. salam cik mat

    inilah resepi yang sihat..ayu suka sangat...

    ReplyDelete
  12. ohoo..byk masakan leh amk kt sini...bg2 la resepi yg ringkas2..utk org bujang cm sy ni sng msk..ahakz.. =p

    ReplyDelete
  13. ohoo..byk masakan leh amk kt sini...bg2 la resepi yg ringkas2..utk org bujang cm sy ni sng msk..ahakz.. =p

    ReplyDelete
  14. sedang mencari resepi rebus rebusan. Alhamdulillah nampak macam sedap dan sihat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.